Khamis, 30 Jun 2016

Buka Puasa Di D'Saji Kajang Perdana

Gantung kuali lagi.....kali ni join dept. suami pergi berbuka puasa di D'Saji. Ni kan katerer famous FELDA. Kami pergi di Kajang. Dekat dengan rumah.

Untuk elak jammed, kami pergi awal. Jadi sempat ke Kamdar cari kain untuk buy kurta Aqlan. Takde kain lebih dari pakaian yang ditempah untuk abahnya.

Sempat nak jahit ke tak...cerita lain. Hehe..

Sampai2 je cek bilik air. Maklum tempat macam ni ramai. Siap plan..makan sikit pastu terus solat Maghrib siap2.

Sebelum tu amik daging kambing bakar dulula..sebelum line lagi panjang.

Bila turn aku dah siap solat, Zcat pulak pergi. Nak kena suap Aqlan lagi..boleh tahan banyak dia makan.

Aku pun makan serba sedikit nak rasa. Tak payah tamak kemudian membazir buang makanan. Tak elok. Membazir Itu Kawan Syaitan.









Overall makanan  sedap..banyak...harga RM45. Staff dept. semua bawa ahli keluarga masing2. Riuh juga. Bangsa lain pun ada buka puasa sekali...hehehe...



Dah habis semua pergi rumah kak pa sebab nak beli kerepek bawang. Kemudian hantar Illyas ke Seri Petaling.

Rabu, 29 Jun 2016

Nasihat Kalau Masak Nasi Beras Panjang

Nasihat ni aku terima setelah hantar gambar aku masak nasi arab ke family group. Nasi aku menjadi tapi patah2. Sebab patah2 aku kacau dia dengan bahan hiasan lepas dah hampir masak. So next time letak je bahan2 seperti kacang pea, raisin, bawang goreng, daun ketumbar dan daun sadri yang telah dihiris.  Biarkan 10 minit lepas masak barulah tak pecah2. Kalau tak jadilah macam kat bawah ni...hahahaha.


Proses sebelum tutup periuk. Bahan2 ni semua dah dimasak atas dapur gas dulu. Masak separuh.

Dah nak masak

Masukkan bahan hiasan lepas kacau tu yang jadi macam tu...hehehe.

Lagipun dah lapar nak buka puasa..mana dan nak tunggu lagi 10 minit. Nasi mi siap masak on time.

Selasa, 28 Jun 2016

Kalau Dah Berhutang Bayarlah, Jangan Mengelak

Siapa la tak berhutang kat dunia ni..kalau tak duit; yang memang lazim buat orang marah..ada juga hutang puasa..hutang bukan kebendaan. Contohnya..

Aku sendiri masih berhutang duit ansuran kereta..nasib Alhamdulillah laki nak bayarkan untuk setahun ni lagi je. Pastu bebas hutanglah aku. Hutang PTPTN dah lama settle...tu pasal rilek je berhenti kerja.

Rumah memang takde..tak mampu beli. Kalau beli hari tu memang masih kena kerjalah. Bukan kerja makan gaji je..tah2 kena ada 2-3 kerja lain.

Aku sebolehnya tanak berhutang dengan sesiapapun walau jumlah yang kecil...seingat aku dah buat bayaran balik kepada sesiapa yang aku pernah minta hutang. Kecuali satu ni jelah lagi nak bayar duit homestay balik kampung nanti. Dah aku yang deal, akulah yang bertanggungjawab walaupun nanti dapat claim balik dari laki dan adik beradik. Hehe sewa homestay share jimat sikit.

So siapa2 yang aku ada hutang dengan dia silalah email aku. Sebab aku tak ingat dah. Maybe ada hutang zaman sekolah atau kerja.. sepuluh ringgit ke lima ringgit ke duit jugak.

Pasal orang hutang aku...adalah juga yang liat nak bayar..tunggu jelah...kadang2 tak tahu nak cakap apa lah...depa ni macam buat dek jek..adakah depa ni ingat bila depa nati anak keturunan depa selesaikan. Atau kita yang bagi hutang ni sebab masing2 tanak susah kat akhirat, maka dihalalkan.. eii jangan ambil kesempatan ya. Ajal maut mang tak tahu bila. Tapi dah nak mati sok atau dah dalam kubur kena belenggu orang atas dunia tak tahu beban azab yang ditanggung.

Siapa berpengalaman dalam ahli keluarga paling banyak cakap pinjam meminjam pastu buat dek walaupun bila ada perjumpaan boleh buat muka toyè.. boleh jadi gaduh yang besar ok.

Ada juga orang yang meminjam ni bila tak buat bayaran hidup dia tak senang. Maksudnya walau macam mewah tapi tak senang dari segi masa ke...atau apa2 je kesusahan. Tapi tetap tak sedar diri... cer belajar muhasabah diri tu sikit. Orang yang kau berhutang tu punyalah harap duit dia dipulangkan.

Orang minta hutang memang muka tak malu. Nak bayar hutang kita pulak yang malu nak minta. Apalah kan..

Aku pun tunggu jelah orang bayar kat aku balik....pasal kat akhirat esok memang aku tanak tunggu dia..ingat akhirat tu sama ke dengan kehidupan dunia. Semua orang nak dihisab cepat2. Nasiblah jadi umat nabi Muhammad. Balasan Allah lebih adil.

Hari tu beli beg Bella Ammara dengan PS. Kita memang kenal benar dia ni. Sekali dapat beg ada defect sikit. So kita pun bagi tahulah..jadi dia suruh kita tukar dan dia poskan siap2 beg baru beserta sampul poslaju dan duit setem untuk pos beg defect. Bagus takkk. Laki kita baik hati ajak hantar kat rumah dia sebab otw ke area rumah dia kami dari Gombak ambik kek. Ni pun kira hutang jugak kalau tak pulangkan. Padahal defect tu bukan isu besar. 

Isnin, 27 Jun 2016

27 Jun 2016

ulang tahun ke-52 untuk Abg Lut, abang aku yang ke-3, anak ke-4. semoga sihat dari sakit2nya yang dihidapi sekrang. semoga Allah panjangkan umur dan diberi kesihatan yang berpanjangan. Abang ni lah yang mak duduk bersama di Kota Damansara.

abang lut nombor 4 dari kiri

Ahad, 26 Jun 2016

Collect Kuih Raya Puan Nani Rostam

Aku beli kuih online first time kot. Dah lama aku dok tengok IG snfad_diela ni. Alah gadis Melayu yang bersuamikan lelaki Korea. Muka diorang memang sama ok.

Jadi hari ni nak collect kuih yang dibeli dari dia di MidValley. Ingatkan boleh jumpa pasangan Korean-Malay ni, tapi rupanya kena ambil dari ibu dia....melepas nak tengok kecomelan diorang.. hahaha. Tapi aku dapat tengok adik2 dia...ermmm diorang semua mata sepet. Tapi sepet yang cantik macam orang Korea. Serius cakap.
Short bread RM38

Biskut arab RM38

Lepas tu jalan2 jap dalam The Gardens. Tak kuasa masuk MidValley penuh orang okay. Nak cari kasut..dah berkenan takde saiz pulak...

Isetan ada additional discount for members sedihnya kasut yang aku nak tu takde saiz....


Sudahnya ke The School Jaya One nak tengok sale kasut by Christy Ng. Tapi dah last day kan...apa jelah yang ada.




Main2 kejap dengan Aqlan di meja yang disediakan...lepastu balik jelah tapau Nandos.


Sabtu, 25 Jun 2016

25 Jun 2016

selamat hari lahir ke-34 untuk adikku Yome. masa kecik kami geng, kadang2 gaduh cubit sampai lebam. sampai berdarah2. terjun bukit, panjat pokok. boleh jadi lasak, boleh jadi lembut. hahahah.

juga happy birthday kepada suami anak buahku Ana, namanya Ahmad je..senang kan...26 tahun dah umur dia.

semoga kalian dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik dari baki umur yang ada dan dipanjangkan usia.


Jumaat, 24 Jun 2016

Main Masak2 Sepanjang Minggu Ke-3 Puasa

Waduhhh nak masak apa sering jadi topik sebelum tidur. Kalau pilih nak makan kat kedai mana pun boleh gaduh.

Jadi minggu ni;

Isnin - Ikan cencaru goreng sumbat
Selasa - Ikan selar masak taucu
Rabu - cuti
Khamis - Ayam goreng kentang, sardin dan popiah
Jumaat - Nasi Beriani telur..


Enough Of Shopping Tudung For Raya

Perempuan tudung sehelai tak cukup. Mula2 pakai tudung dah kena ada 2 helai. Nak salin.  Pastu eh...kena ada 7 helai sebab setiap hari lain2 nak pakai. Takkan nak pakai yang sama hari2. Busukla..lebih2 lagi lepas balik restoran mamak.

Kemudian muncul tudung segera sebab senang nak sarung pergi mana2. Senang kalau tiba2 ipar lelaki dan lelaki atau perempuan ajnabi masuk rumah. Senang nak pergi sidai kain atau petik sayur kat luar rumah.

Pastu eh eh kenduri tudung kena lain. Nak kena lawa sikit. Pastu tudung raya sebab nak baru sama dengan barunya baju raya. Dan kemudian beratus alasan keluar untuk beli tudung baru. Hahahaha...

Tudung2 lama tak pakai silalah bagi sedekah pada orang lain. Maybe bagi diorang itulah paling cantik. Kalau dah berbulu atau tertarik benang takyahla bagi. Gunting2 buat perca kain sumbat dalam bantal.

Tak cadang beli tudung banyak. Siap beli kain jahit tepi kat kedai nak letak bunga2 sikit. Kemudian.....

Bila tengok si Neena buat shawl baru teringin pulak nak ada sehelai 2. Di samping tolong kawan berniaga kita nak rasa jenis kain yang dia buat shawl tu. Kata jatuh terletak...laki aku cakap pakai tudung ni mukanjadi runcing sikit. Yelah i dah tembam pipi

Bila hujung minggu laki suka offer nak kemana2 tak..pantanglah kan..cepat je dia plan nak pergi kedai mana. Untuk elak terjebak beli baju raya atau tudung aku masuk Cotton On. Beli baju sale je. Bila nak bayar nampak pulak shawl diorang 2 helai RM60. Kalau tak sehelai RM49.90. Rembat.

Kemudian pergi Uniqlo tengok koleksi Hana Tajima yang baru belum mampu nak belim tunggu sale jelah...kalau takpun memang tak muat nak pakai. Sendat tang hips.. sekali tengok shawl jatuh RM19.90. Beli 2. Alasan beli senang takyah iron.

Maka balik rumah dan sudah2lah beli...

Hari ni teman adik ipar pergi Naelofar kat TTDI. Pagi2 ajak pergi..maka temanlah orang nak beli Naelofar kita siap dah niat takkan beli apa2...

Kita tengok jelah dia sarung tudung satu persatu. Hahaha...sekali dia offer nak belanja sehelai tudung. Aku cakap eh mahal tudung diorang takyahla...tapi dia suruh jugak..hurmmm..lepas tu tak membantu dari sehelai jadi 2 helai. Aku tanya aku bayar sehelai dia kata takpe...adoyai...kira2 dah RM134. Aku tak pernah memiliki tudung Naelofar Hijab. Tapi bila dah try2, tengok cara pakai dan rasa2 kain memang berbeza sangat dengan tudung2 lain. Ke aku je yang tak pernah beli tudung mahal? Sampai beratus2 selai tu. Sampai orang berebut2 dan yang beli online sampai tunggu depan pc dan tekan keyboard macam pemotong bawang professional? Hahaha. Btw puas hatilah jugak.....jangan lepas ni aku ke Naelofar pulak senyap2.

Lagi satu minyak wangi dia bau sedap harga RM55 untuk 30ml. Tapi tak beli sebab.....alamak.....alamak.....tidakkk...





Khamis, 23 Jun 2016

Merebut Pahala 10 Malam Terakhir Ramadhan

Sheikh Maher (Imam Harem Makkah) telah memberi nasihat yg sungguh praktikal di sini:

Dia mengatakan:
Idea-idea untuk sepuluh hari terakhir Ramadhan:

1. Sedekah 1 dinar(ringgit ?) setiap malam , jadi jika ia jatuh pada malam lailatul qadr, bermakna seolah-olah kamu bersedekah setiap hari selama 84 tahun.
2.Sembahyang dua rakaat
setiap malam, jika ia jatuh pd mlm lailatul qadr, bermakna kamu bersembahyang setiap hari selama 84 tahun.
3. Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali setiap malam, jika jatuh pd mlm lailatul qadr, bermakna seolah-olah kamu telah membaca seluruh AlQuran setiap hari selama 84 tahun.

Dia berkata lagi, sebarkan maklumat ini supaya nanti kamu akan dapati _*"hasil yg lumayan dalam akaun kamu..."*_

Allah akan anugerahkan kemenangan kpd kita....

Mesej ini telah disampaikan oleh anak buahku Abdul Aziz yang berada di Sarawak.

Rabu, 22 Jun 2016

Ke AEON Seksyen 13 Shah Alam

Hari ni plan nak beli kasut untuk pakai raya. Klise sangat kan. Asal raya nak kasut baru. Padahal 3 bulan sekali nak beli kasut.

First time ke sini. Sebab last ke Shah Alam nampak mall ni dari jauh je. Teringin gak nak jejak..mallhoping kan kegemaran kami.


Bertolak dari rumah jam 2.30. Sampai masuk parking jam 3.10 camtu. Panjang queue nak masuk parking. Terus ke rooftop lagi senanglah...

Dah masuk tingkat 3 terus nampak segala syurga permainan kanak2. Adusss...

Tapi kami singgah ke fuel shack dulu bagi Aqlan makan..kami je ibu bapa bagi anak makan dalam kedai. Ibu bapa lai aku tengok diorang tapau dan bagi makan kat kerusi2 duduk dalam taman2 artificial yang dibuat.

Tapi aku teman sekejap je. Zcat suruh pergi cari apa aku nak. Jadi aku terus nak ke Uniqlo. Cehhh orang lain beli barang raya kat kedai jual2 pakaian Melayu la. Aku pulak nak ke kedai Jepun.

Tapi....sebab besar dan hujung dunia nak pergi, tengah2 jalan tu aku sangkut kedai kerongsang. Belilah 10 biji RM10. Yang kecil2 sudah. Bukan pakai sangat sekarang ni. Takat untuk ketatkan bahagian muka tudung segeralah...

Lepas tu aku still tak nampak Uniqlo. Sudahnya aku ke concierge diorang. Kan senang sebab aku tak nampak direktori.

On the way ke sana....tengok ada je sangkut tempat lain...akun ke Cotton On. Sale gila2. Apalah.....dah tak kerja pun tapi still shopping macam masih bekerja. Takpe2 duit suami bagi memang kita peruntuk shopping pakaian je selalunya. Yang lain semua dia take over sepenuhnya...syukur sangat2.  Nak kerja balik nak pegang duit sendiri....kena buat bisnes la...tinggal semenggah dengan tak je.

Sangkut lagi.. patut beli sikit je tapi bila sampai kat cashier nampak lagi benda murah2. Beli lagi..Ya Allah..tapi sebab cantik jadi aku macam tak dapat nak lepaskan tangan darinya. Okay 4 pakaian RM100. Jimat banyak kot.

Kemudian barulah aku jalan...tapi nampak H&M jadi masuk sat sebab nampak DEALS DEALS DEALS..Ko tahu jelah kalau ada perkataan tu memang jual murah. Masuk... jangan tak masuk.

Banyak pakaian jual murah2 tapi aku nampak kasut je yang cantik. Siap dah ambil2 gambar bagai...siap try 3 pasang. Tapiiii..takdak saiz. Hancur hatiku...so ke Uniqlo la.

Aku kenan yang ni. Hihihi sebab tinggi dan selesa tapi jari2 kaki aku macam terkeluar pulak.



Kat Uniqlo tengok latest fashion Hana Tajima. Hurm hurm....takpe pergi ke arah yang last season. Nampaklah shawl dengan inner harga drop dead sale. Ciss sebab aku dah beli last time harga RM39.90 untuk Innerneck Airism dan sekarang RM19.90. Dan Shawl braids RM29.90 tapi sekarang RM19.90. Humphhhhhhh...walau bagaimanapun aku tetap beli 2 helai shawl. Ok kedut2 takyah iron.

Lepas tu elok jam nak 5 petang kami pun balik. Dan yang bestnya tak kena caj apa2 pun  aku macam tak percaya juga...lalalala. sebab macam ada lebihan 2 jam 7 ke 10 minit. Ke aku salah tengok...tahlahhh yang penting free parking..yay.

Kami tapau lauk kat Restoran TTDI Shah Alam. Beli separuh kari kepala ikan, paru goreng, ulam kacang botol dan kacang panjang, bubur durian dan bubur jagung campur durian semua kena RM30 je. Murah rezeki owner restoran.. Solat asar di Masjid TUDM.

22 Jun 2016

selamat hari lahir untuk Byah yang ke-25, anak ke-2 kak pa...erm baru habis belajar farmasi je di UIA nun....jadi ahli pharmacist lah lepas ni senang nak rujuk pasal ubat2 moden..


Byah 4 dari kiri semasa majlis pernikahan kakak sulungnya, Yuahan.

Selasa, 21 Jun 2016

,

Jangan Claim Cheque Global Test Market

2 ke 3 minggu lepas aku terima cek dari Global Test Market atas masa2 yang aku berikan untuk jawab survey. Dah lama aku main survey ini...

Aku dapat 2 keping cek dari mereka, setiap satu USD50, Citibank. Mana tak happy 2 keping dah USD100. Kalau ikut tukaran mata wang sekarang boleh dapat RM400++. Terus berangan nak beli macam2.

Last week aku tengok bank history transaction aku ada cek dah clear pada hari Rabu dan Jumaat. Tapi......aku pelik, satu jumlahnya RM50.28 dan satu lagi RM50.02. Total RM100.30. Aku pun macam takpe tunggu Isnin kot2 ada lagi...mana tahu diorang buat pecah2. Aku bank in kan cek2 tu di Maybank Kinrara. Memang aku tahu ada caj2 akan dikenakan...tapi takkanlah aku dapat RM100.30 je?

Isnin malam aku tengok...lepas subuh pagi Selasa iaitu hari ni aku tweet ke @myMaybank. Soalan aku direct. Ialah sebelum aku call Maybank masa office hour baik aku buat persiapan. Jangan kata tak buat kajian sebelum nak menghentam. Aku kan kerja akaun dulu tiap2 hari pergi bank. Hampir setiap minggu call bank dan....siapa jaga akaun tahulah. Malas nak citerlah...

Tengahari lepas zuhur aku angkat baju dan tengok mailbox ada surat untuk aku. Ni macam dari bank je.....haiiiiiii.....

Bila dibuka aku memang dapat surat dari Maybank pasal transaksi cek luar negara tu. Hurm....aku baca betul2...biar betul fee agent aje dah USD31. Maksud aku dapat USD19 je. Belum lagi caj dari Maybank pulak.......

Ni penjelasan Twitter dari @myMaybank.






Aku memang masih terkejut ni sebab lebih RM300 ditolak untuk agent fees. Ikut kata Zcat dia dapat dulu dalam RM280 untuk USD100. Tapi dia masukkan ke Citibank. So dianggap house cheque la.

Aku macam menyesal juga tak buat carian mana bank patut aku masukkan cek tu..aku ada je akaun RHB, AmBank dan Tabung Haji...lepas aku baca kat blog ni... barulah aku tahu caj Maybank paling tinggi... bank Muammalat paling rendah.

Sudah lepas ni aku claim voucher je. 2400 points banyak ok nak kumpul kemain lama..last2 dapat RM100.30. Nangis.

Isnin, 20 Jun 2016

Ianya Kelemahan Aku Boleh Jadi Kerisauan

Suatu ketika dulu di universiti aku langsung tak boleh minum oren. Apa2 oren je. First aku detect lepas minum mesti badan start panas dan demam. Aku malas nak percaya...jadi aku cuba pelbagai jenis oren. Dan everytime pun aku akan kepanasan dan demam. So aku stop minum pren. Tak kira kordial atau fresh.

Lama aku mengalami keadaan macam tu. Hal tu terjadi tahun 2000.

Kemudian aku beralih minum kopi segera seperti Nescafe. Ermmm rasa berdebar2 jantung lepas minum. Banyak juga orang lain aku dengar mengalami perkara yang sama.

Tapi minum oren dan demam agak rare dan macam mengada2. Bila aku mula berkawan dengan Zcat aku beritahu masalah tu. Dia pun macam dengar tak percaya. So aku minum oren dengan dia kemudian aku demam. That it.

Hal ni berlanjutan sehingga aku lahirkan Aqlan. One day aku teringin betul minum jus oren. Lantak aku nak rasa. Kemudian aku tak demam dah. Eh eh...

Sejak tu aku asyik tibai minum air oren. Hahahaha. 14 tahun kot takut2 nak minum oren.
Mesti tutup oren. Sebab lebih banyak sacs.

Satu lagi kisah diri aku yang agak pelik aku tak boleh makan atau minum coklat pagi2. Ni pun aku discover masa belajar di universiti. Ada pagi tu dah la kena masuk tutorial jam 8 pagi. Aku lak kebulor tak sempat sarapan kat Muhibbah. So aku bawak coklat Cadbury dan makan dengan ngap ngap ngap nak habis satu bar besar. Lepas tu sakit perut tak hingat. Direct tu...

Aku macam tak caya gak. Maybe hari tu je sebab perut kosong...kemudian aku test la lagi makan coklat atau minum air coklat buat sarapan pagi..feeling omputih ko..end up aku sakit perut memulas macam ke hapa pun tak boleh tahan memang kena ke jamban!

Sudah..sejak tu aku takut makan pagi2 coklat dan seangkatannya. Sampai sekarang hari ni, aku masih takut.

Coklat jadi snek petang dan malam je. Tengok mood aku. Sebab kalau dah dapat satu bar tu memang aku makan habis sekali hadap je.

My fav all time choc for now..

Ahad, 19 Jun 2016

Bila Kain Jahitan Tepi Hilang Pandangannya

Hari ni datang Karysma balik nak ambil kain yang buat jahit tepi tu. Datang2 terua oergi belakang sekali dimana staf2 dengan duduk menjahit. Bila diberitahu warna plastik apa..aku diminta cari di rak dilorong tengah. Puas ku cari tak jumpa2.

Sudahnya staff tu datang tolong cari pun tak jumpa2. Aishhh...Jangan kak, aku nak pakai raya...lepas tu dia janji dia akan cari balik sebab aku cakap aku nak pergi beli susu anak di Manjaku. Oklah sejam tu dia kata. Aku kata tak...setengah jam je..

So aku ke Manjaku. Dari nak beli susu je... beli diaper Drynights. Sippy cup, topi dan tisu basah. Ini mengenangkan nanti nak balik kampung beraya takyah kelam kabut fikir dah. So habis semua aku ke Karysma balik...

Sampai je....ha...ada pun kain aku. Siap sebelum tu laki aku cakap kalau tak jumpa suruh diorang ganti atau bayar balik. But aku punya conclusion berdasarkan kelam kabut tadi bahawa diorang ni tak organize dengan betul. Tempahan patut masuk bakul tertentu ikut tarikh nak diambil atau hari. Jadi tak kelam kabut bercampur dengan orang lain. Juga patut diberikan resit kerana masa aku cari2 tu staff kata ada tak kakak ambilkan ke? Ehhhh tak lah. Nampak tak kelemahan kat situ. Orang boleh ambil je mana2 kain dah siap dijahit dan claim tu dia punya. Sebab tak terkawal kan. Bahayalah.

Ok end up aku beli juga renda. Nak jahit renda kat kain tu. Hahaha.


Terus ke Alamanda sebab nak tukar bateri jam Swatch. Dah lama mati masa bercuti ke Terengganu hari tu. Free kata laki. Patut kena RM15. Dia pergi aku jaga anak nak main dalam play area.

Habis tu kami terus balik. Sempat solat semuala sebab nak ke Saba nak tapau nasi Arab. Masa masuk pakai TNG bila touch keluar sekali takde kena caj. Ehhh...rezeki sangat hari ni. Sebab rasa lebih sejam juga duduk tu. Siap tukar popok budaklah...

Ke Saba hujan turun lebat sangat. Actually masa sampai Alamanda lagi. Pun cepat dapat makanan. Parking pun senang dapat. Sebenarnya hari ni parking semua dekat dengan tempat kami pergi. Mudah sangat hari ni rasanya. Alhamdulillah.

Sabtu, 18 Jun 2016

,

Kinrara, Bukit Indah, Axis & Kota Damansara

Jam 3 lebih keluar ke Bazar Bukit Indah, Ampang untuk beli tepung pelita. Last week lewat sampai dah habis. Kali ni siap tunggu owner buka meja. Kami juga dapatkan air tebu dan air mata kucing.

Dah dapat ke Axis Atrium untuk beli lauk di Asian Taste sebab tiba2 plan tukar nak buka puasa dengan Mak dan keluarga Yome.

Maka bermacam lauk dan kuih muih atas saprah dan suratkhabar. Duduk atas lantai makan ramai2.

Yome bawak KFC, roti john, agar2, air tembikai dan samosa. Beli kat area rumah mak je.




Popiah basah gemuk ni pun satu kemestian kalau ke Bukit Indah.





Tepung pelita Salleh. Dulu2 dalam bekas plastik custom made. Bila ditanya kenapa tak buat dah? Harga dah naik, dia tak untung. So 5 biji kuih ni RM3 sekarang. Kuih inilah menyebabkan kami ke Bukit Indah sekali lagi.

Dalam bentuk plastik pun ada. Rasa sama je.

Mak, aku dan Yome. Aku dan Yome dah membesar ni. So boleh pulak main2 siapa leher paling besar antara aku, Yome, Zcat dan Kema.