Thursday, August 28, 2014

Thursday, August 21, 2014

Kerana Nak Basuh Tangan

Kerana Nak Basuh Tangan
Ahad lepas kami ke AEON AU2. baru nak shopping groceries sikit, Jija cakap Aqlan berak. Aku dah agak sejak keluar dari restoran bawang kecil lagi.

Oklah aku pun pergi la tukar diapers budak ni. Punyalah banyak berak. Lama juga aku mengerjakan dia. Siap tembus lagi. Sudahnya mandi. Nasib ada bawa baju spare. Memang dah kebiasaan bawa satu baju spare kalau keluar.

Lepas dah settle kan dia aku pun letak dia dalam stroller. Aku nak basuh tangan bagai. Sekali pusing ada lagi. Basuh tangan lagi. . Sekali lagi pusing dah takde stroller tu! Ya Allah!! sentap. Segala macam ketakutan muncul. Paling aku fikir apa aku nak cakap dekat Zcat anak dia dah hilang dalam tanggungjawab aku pulak tu.

Terus aku keluar dari bilik tu cari anak. Takda handbag ke stroller ke aku tak peduli dah. Yang penting mana anak aku. Sekali elok je aku nampak Zcat tengah tolak Aqlan. Ya Allah berdebar tu tak tahulah. Gilalah aku sound ke dia. Orang2 kat situ tengok je...

Its like kalau anak ko hilang pun diorang cam buat dek. Or diorang memang ingat setiap orang yang tolak stroller tu family budak tu. So boleh je kan kalau penculik yang tenang berlakon. Bayangkan kalau bukan Zcat yang tolak anak tu. Buatnya memang orang culik anak aku.... Sakit dada aku ni..

In the end Zcat kata dia nampak aku basuh tangan. Dia buat camtu sebab dia nak aku lebih alert next time. Selalu aku tak camni. Taktaula nape hari tu aku cam terlepas pandang Aqlan.

Satu hari Zcat mengingatkan aku akan perbuatan aku tu. Yelah I salah. .. tak buat dah. ..

Sobs

#bukan senang nak dapat anak. Mesti lebih berhati-hati.

Sunday, August 17, 2014

Tuala Polo Yang Murah Dari Spotlight


Yelah tuala mandi pun nak cap Polo. Poyo betul ko ni nengse.

Aku tak poyo. Dah murah aku belilah. Aku bukan fikir brand sangat. Dah nasibla aku baik dapat beli tuala Polo harga murah.

Berapa murah ko dapat...

RM50 6 helai.

Cam haram murah. Mana ko beli.

Spotlight Ampang Point la. Eh itu je pun cawangan Spotlight kat Malaysia. Eh tapi aku tak tahu ada lagi tak. Aku beli lepas balik raya hari tu.  Kira awal bulan 8. Lebih tepat 2 Ogos 2014. Tak taula ada lagi tak sale nya.

Semua tuala besar ke. Murah gila kot.

Takdela. Melampau la kalau 6 enam semua tu RM50 je. Hagak la sikit.

Habis tu saiz apa je.

2 tuala mandi saiz normal. Tapi orang sebelah aku test muat je pakai.. 2 tuala tangan katanya tapi bolehla balut badan Onono aku. 2 lagi tuala muka. Tu pun besar gak. Hah puas hati?

Ok gakla.

Ada 2 kaler je tau. Merah dengan kuning. Dah tentulah aku beli kuning. Titibe rasa rugi gak nape aku tak beli kaler merah juga buat stok.  Bukan selalu dapat harga runtuh macam ni.

Yelah kalau tak boleh aku beli dari kau je. Dah tentu dah habis promosi kan..

Tah..ko tengokla websitenya.. aku selalu je dapat email notifications bila ada sale. Kata member gitu.

Cis dan cis.. camner ko leh jadi member.

Kawan aku Ping bagi 1 kad. Masa pelancaran aku tak pergi sebab masa tu aku ada hal lain. Siapa pergi hari tu diorang bagi free kad dan koala toy. Ping bagi aku kad je. Takde bagi koala toy..sobs..

Drama lebih kan..ada gak orang bagi ko. Aku ni langsung tak de.

Tapi dah ada kad tak daftar online tak guna gak. Ko daftar baru ko dapat menikmati faedah sebagai member.

Gitewwwww...

Dah apa websitenya..

Sabarla aku godek phone aku balik. Sebelum tu tatapla tuala aku ye. Baru nak basuh je hari ni..kekekeke...




http://www.spotlight.com.my

Ok Selamat  Membeli-belah

#kadang2 aku memang suka bercakap sendiri.

Thursday, August 14, 2014

Selsema Dan Free Pizza Hut

Pagi lepas mandikan Aqlan nampak macam dia tak sihat. Bersin. Hidung tersumbat. Oh!

Patutlah dia menangis semalam. Beria menangis macam kena tinggal or kena marah.

Sms la ke orang yang patut. Pastu terus pergi HIAZ jumpa doktor pakar, Doktor Nazim. Sebab sabtu lepas cucuk 5 bulan dengan doktor ni. Senang nak cerita.

Ya Aqlan first time selsema. Kesian. Mujur la nak jumpa tu tak lama menunggu sebab sampai tepat jam 9am.

Alang2 EL kami pergi collect kad pengenalan yang dibuat Isnin lepas. Hehe. . Barulah comel. Kekekeke.

Then ke KWSP ingat nak tukar penama terus tapi saksi tak boleh sesama kami. Print statement dan update no pin untuk online jelah.

Pastu Maybank lak update buku ASW2020 aku dah 2 tahun tak tengok. Adalah dividennya walau pun sikit.

Zcat ke pejabat pos pulak tukar lesen memandu baru dan terus renew untuk 3 tahun. Tiru akulah tu. Hari tu lepas habis pantang aku ajak dia tak terfikir pulak nak tukar sekali.

Turun ke tingkat bawah gatal nak beli tudung butterfly lagi. Dapat. Betul2 depan Pizza Hut. Ada pula bagi free pizza so kami pun ambiklah.
Pizza Hut Giant Bandar Kinrara.  Kata pekerja seluruh negara bagi free pizza hari ni. 

Aku makan tiga keping sorang2 sebab Zcat puasa. Yums sedap sangat sebab panas. Pulak tu memang lapar tak makan lagi time tu.
Seronok sebab banyak benda dapat buat hari ni. Cuma kesian juga ke Aqlan kenalah ikut kami.

Monday, August 11, 2014

Maskahwin Akhirnya Ku Lepaskan Jua

Punyalah menyimpan bunga duit ni sebab tak dan katanya nak simpan di bank. Padahal awal lagi dah niat nak masuk daftar tabung haji. Nak buka akaun tabung haji dan daftar pergi haji dengan duit ni.

Memanglah takkan cukupla nak daftar sebab at least kena ada RM1300 kan. So akaun buka dulu masukkan RM50 je dulu.

Berbulan kemudiannya baru nak tambah. Sabo jelah dengan kesibukan diri sendiri.




Tinggalkan sekuntum pesan orang sebelah aku
Dah nak cabut bagai ni payah juga. Takut terkoyak. Haruslah berhati-hati.
Dengan duit berkedut ni aku berjaya simpan di Tabung Haji cawangan Putrajaya. "Duit puan ni kering". Aku gelak je. Mana taknya simpan hampir 1 tahun 9 bulan. 
Mengikut kata pegawai tu tahun 2073. Tah ada nyawa lagi ke tak. Tapi katanya boleh merayu kalau duit dah cukup. So mesti berazam ye. Harap badan masih kuat bila tiba masanya.

Saturday, August 2, 2014

Bila Tersedar Tupperware Digigit Cik Ti

Masa duduk aras sofa sambil nak mengunyah brownies aku ternampak sesuatu yang menyakitkan hati..!!!

Tupperware kena gigit dengan cik ti!!! Kalau dah kenan gigit macam ni memang tak dapat tukarla dengan yang baru. Geramnya. Masalah cik ti ni dah berlarutan agak dalam sebulan. Macam2 makanan dalam plastik semua digigitnya. Sehingga kami kena pastikan semua makanan disimpan elok dalam bekas.

Agaknya cik ti tak puas hati dah lama tak dapat makan dimakannya Tupperware aku. Hai sakitnya hati. Lagi2 bila memikirkan aku beli Tupperware ni dah hampir 10 tahun lepas. Zaman aku takde komitmen bayar duit kereta.

Aku macam biasa mengadu kat Zcat. Katanya takpelah nanti i belikan yang baru untuk u. Huhu. Tak sama ok...tak sama.. perasaan kali pertama memilikinya.. waaaaa....


Friday, August 1, 2014

Keadaan Kami Hari Ini

Kami bangun awal ingat nak balik Ampang awal jam 10 pagi.

Mama masak pula untuk kami. Katanya dia tak puas kalau tak masakkan. Mulanya nak goreng nadi je. Sudahnya siap ada terung goreng, terung berlada, ikan goreng, dan sambal tumis petai ikan bilis. Siap masak untuk tapau lagi. Jam 11:56 pagi baru kami bertolak.

Kami sampai DUKE jam 2:41 petang untuk solat jamak qasar zuhur dan asar. Kemudian pergi pasaraya Hero untuk beli bahan makan petang. Jam 4 petang sampai rumah dan terus mendobi sampai 3 round.

Mandi. Mandikan Aqlan dan beri susu. Masih tak mahu tidur. Sepanjang perjalanan dari Ipoh ke Surau DUKE tu dia tidur.

Jam dah 7 malam. Akhirnya Zcat yang sediakan dinner. Makan wrap berisi telur hancur, kepingan ayam Turkey dan salad segar dari Cameron Highlands.

Jam 8 malam Aqlan masih merengek. Tapi tak teruk. Maybe dia penat. Zcat sekali lagi kena tukar cadar baru. Ya kami tukar cadar setiap minggu. Sejak Aqlan kena gigit pijat. Siap sembur ubat.

Untuk Zcat boyfriend berlesenku, tanpa kehadiran kamu saya tak mungkin mampu mengharung semua ini. Menjadi ibu, menjadi isteri, anak dan menantu. Tanggungjawab yang melelahkan. Ku harungi jua denganmu kerana amanahNya untuk kita laksanakan. Terima kasih.

Novelle for King size mattress. 825 thread count. 70% discount. Bought last sale for AEON member on 24th July 2014. Sarung bantal tambahan Jean Perry 50% diskaun.