Sabtu, 31 Januari 2009

Pengalaman Aku Bersolat Di Surau-Surau Awam


Aku perempuan yang leceh, penggeli dan pemilih. Aku memilih surau yang bersih supaya hatiku tenang tatkala solat. Tapi sebelum tu aku kena check tandas yang disediakan juga bersih. 

Sekitar KL/Selangor

Sebagai contoh, aku suka bersolat di Jusco Midvalley lebih dari bersolat di surau yang disediakan oleh pihak Midvalley. Kenapa? Sebab tandas yang disediakan agak mengecewakan..terlalu moden?Takde pili air sebab air akan terpancut dari hujung lubang tandas. Ruang solat besar tapi telekung yang disediakan tak begitu selesa. Surau Jusco lebih kecil, tapi aku rela berasak sebab aku pemilih. Tapi kini aku tak tahu bagaiman keadaan surau awam di Midvalley sebab dah lama tak pergi. Dulu masa tinggal di Bangsar, aku selalu ke sana, sanggup balik solat dirumah kalau rasa2nya sempat balik.tapi dengan teksi la,kalau dengan bas, mahu pengsan nak menapak lagi 10 minit ke rumah.

Surau Sogo? Lagi tak boleh blah. Aku rela menapak ke Pertama Complex atau ke Maju Junction. Kecik, busuk..huhu tak boleh tahan baunya. Kalau di Pertama Complex boleh naik ke tingkat 5 dan solatla sekali dengan budak2 MARA yang belajar kat situ. Tapi last time aku pergi dah tutup pulak, upgrading kot. Tapi tandas dia ok. Surau Maju Junction memang selesa. Tandas pun best tapi buka tandas surau aku pergi sebab tandas dia tandas duduk,maka adalah insan yang panjat tandas dengan selipar..geli betul...

Surau Mines Shopping Centre pun aku pernah masuk sekali je..haha jadi tak boleh cerita sangat yang pasti aku terpaksa je solat kat situ sebelum asar aku burn. Tandas, langsung aku tak pernah masuk.

Surau Times Square memang best, tandas pun best.cuma yang tak best pintu masuk surau dia. Surau perempuan di tingkat berlainan dari lelaki, jadi jika ada teman lelaki yang meneman depan surau, dia bolehla nampak kitorang yang baru ambil wuduk ni kalau ada insan yang tak reti nak tutup pintu..aiyyyy..

Surau Sungei Wang Plaza juga best. Tandas kena bayarla.aku suka je solat kat sini, maklumla kalau dah shopping kat sini, tak 3 jam bkn akulah..

Surau KLCC...memang bestla..kata tempat hebat.tandas pun hebat..kalau masa kerja kat Petrosains, tandas dia takde pili gak, air kuar ikut atas lubang tandas..hehe pandai2la guna silap2 boleh basah seluar.tapi kalau ikut mood aku rela menapak ke Masjid As-Syakirin KLCC. Lagi feel nak solat tenang je..

Surau kat Ikano Power Centre, memang gempak habis.aku takjub dengan dekorasi. Begitu juga di The Curve, aku tabikla pengurusan yang buat surau untuk orang2 Islam ni bersolat dengan selesa selepas menghabiskan duit membeli-belah di butik2 mahal diorang..hehe..pun samala surau di One Utama, tapi penat sungguh mencarinya buat kali pertama.

Selain tu surau kat Sunway Pyramid juga best.aku memang seronokla kalau nak solat kat situ.tapi tak dapat di comparekan dengan surau di Ikano ler..

Mana lagi surau selesa?Jusco Alpha Angle pun okla..kat situ kalau shopping boleh tahan juga ketidaksedaran aku..tapi dah lama tak pergi sana.

Last sekali citer pasal surau kat Ampang Point, walaupun tak selesa mana, tapi aku tetap kena kerjakan solat sebab kat dalam building tulah aku bekerja sekarang. 

Akhir sekali, bawalah telekung sendiri kalau nak lebih feel.sebab telekung surau awam selalu kuning, busuk tang muka,dagu..bertahi lalat dan macam2 comot mekap boleh jumpa. Aku solat pun boleh jadi express kalau tak bawa telekung sendiri. Bagi aku kalau dah sanggup jinjit beg shopping, apa salahnya jinjit beg solat dengan telekung sendiri. Lagi2 pulak bila fikir ada orang kainnya/seluarnya menjejeh sapu lantai bilik air lepastu solat pakai kain tak tanggal kain "penyapu" tu..eiiii tambah geli tekak aku mengingatnya. Nak jumpa Allah, biarlah bersih dan suci, ya tak?