Wednesday, May 30, 2012

Dave's Deli, 1 Utama

 
kali pertama menjejak kaki masuk ke Dave's Deli. penuh juga rupa2nya. jadi ambil seat belakang dekat dengan pintu belakang - if nak rasa ambiance luar la.

okay layan makan2 memang seronok. heheh.

zcat prefer this drink
its mine, kambing ok. la ni gemar betul makan daging kambing


harga2 makanan tak jumpa resit buat masa ni. yang pasti makanan delicious dan yummeh!

ribena laici, fullamak sedap.  






Tuesday, May 29, 2012

Puding Kastad Menjadi....

aku memang penggemar puding. cuma aku tak reti buat. aku pernah cuba buat dulu sekali, keras degang. banyak sangat tepung kastad kot. jadi aku telah belek2 resipi dalam my resipi. hehe. resipinya mudah dan bahan2 mudah dibeli. jadi aku pun try la buat last week.

bahan2 yang aku gunakan;-

  1. 180gm gula pasir - aku anggarkan satu sudu penuh sudu sama dengan 30gm gula
  2. 650ml air bertapis
  3. 10gm agar2 serbuk cap Swallow Globe
  4. 1 sudu penuh tepung kastad cap Nona
  5. 1/2 tin susu cair cap Ideal
  6. 60gm mentega cap Totura (oiginal butter - sila baca kandungan, yang ini ada cap halal dari Victoria, Australia)
  7. 1 biji telur saiz besar 
  8. 1 penutup botol perisa vanilla cap Star
  9. 1 sudu penuh serbuk koko cap Van Houten - kena cairkan dengan air, aku dah terletak lebih air..dah makin cair warnanya
  10. sedikit pewarna biru cap Star
  11. sedikit pewarna merah jambu cap Star

A - mula2 masak air + gula + agar2 sehingga mendidih.
B - telur dipukul kemudian tambahkan susu & tepung kastad. tapis.
bahan A + B dimasak dan didihkan. masukkan vanila + mentega = kena selalu kacau, aku punya sampai berkerak sebab khayal buat benda lain. hahaha.
bahagikan 3 dan letak warna2.

hasilnya..

maafkanla SE yang dah 5 tahun lebih ni.


terima kasih pada my resipi miss alma atas resipi yang ringkas. sedap pulak dah...harusla aku buat lagi tapi pelanginya tak menjadila..

Monday, May 28, 2012

Sushi..sushi..again...YES!

ketagihan terhadap sushi dah agak teruk. nasib hari ni aku kedai jual sushi tapi tak makan. sebaliknya makan nasi. tapi..haa terlebih kenyang la pulak. kanss..

sushi isi ketam RM13.90. memang sihatla penuh dengan sayur-sayuran.
sushi ni di Restoran Octopus Sushi Ampang Point. lagi satu cawangan di Wangsa Walk.

Voir Group Clearance Sale 30 May - 10 June 2012

Voir Group Clearance Sale 30 May - 10 June 2012
to all my beloved readers, feel free to shop at F12A, First Floor, Ampang Point Shopping Centre from 30th May until 10th June 2012.


Participating Brand
Categories
-          VOIR
-          Voir Shoez
-          SODA
-          Soda Kids
-          Applemints
-          Diadora
-          South China Sea
-          Noir
-          Swiss Polo
-          VKI
-          Lenne
-          Sentini
-          Guns & Roses, Bum etc
-          Rav
-          Lee Cooper,NAF NAF,
-          Swarovski,NBA

-          Women Ladies Wear
-          Lady Shoes
-          Unisex Wear
-          Children Wear
-          Basic Ladies Wear
-          Unisex Sport Wear
-          Missy Wear
-          Missy Wear
-          Men Apparel
-          Ladies Shoes
-          Men & ladies Shoes
-          Handbag
-          Leather Wallet, Belt
-          Men Apparel
-          Perfume



ni aku betul2 copyright dari email yang dihantar dari pihak yang hendak buat promosi. Silalah datang. korang dah dapat gaji kan....hehehehe..

Sunday, May 27, 2012

Orang Nomad Tak Berpacaran

Orang Nomad Tak Berpacaran
hari ni tengok Bio. My Big Fat Gypsy Wedding. dan fakta2 yang aku tak tahu amat menarik.

  • orang nomad/travelers/gypsy tidak pernah keluar berdating. 
  • mereka mencari pacar bila ada festival, seperti festival kuda tahunan - di mana ada suka kuda dan orang berdagang kuda.
  • seawal usia 16 tahun mereka sudah berkahwin. berkahwin pada usia 22 tahun adalah sangat tua....
  • mereka juga didiskriminasikan. ini bukan menarik. seperti kata mereka, apabila hendak buat majlis kahwin dan diketahui mereka ini gypsy, tempahan hotel akan dibatalkan oleh pengurusan hotel serta-merta. jadi mereka selalu senyap dan berahsia.
  • anak2 gypsy hanya akan kahwin sesama mereka. kerana bagi ibu bapa penting mereka mengekalkan keturunan mereka dan anak2 semua taat dan setuju.
  • anak2 perempuan dibenarkan berpakaian seksi dan mejolok mata, tapi mereka tak pernah ke disko, party, minum arak, dadah dan berzina.ya mereka memang anak dara dan teruna.
  • dan bila mereka berkahwin, selesai di akad, mereka hanya cium di pipi. wahhhh..
  • di majlis kahwin, lelaki dan perempuan duduk asing2.
  • bila masa menari, barulah mereka akan menari campur..untuk berkenalan dan mencari bakal suami/isteri dan pada masa itu saja mereka akan berseronok. ada lampu disko dan muzik yang kuat.

tentang hal keluar berpacaran, wah golongan mereka lebih baik daripada kita.

Tuesday, May 22, 2012

Pedicure At Mod Paradise, Selayang Mall

first time nak try pedicure & manicure. nak tahu apa sedap orang buatkan berbanding kita buat sendiri. beli buffer mula2 dulu rajinla nak buat. lama2 buffer pun tah ke mana2. hahaha.

okay appointment jam 3pm di Selayang Mall. jauh jugak nak pergi. tapi pergi jelah dengan zcat pun yang drive guna GPS. masuk parking RM1 je all the time. gila murah, tapi still orang nak parking kat luar tepi2 jalan dan kasi sesak. biasalah. kedekut. tak sayang kereta.

sepanjang buat proses ni aku memang tak ambil gambar langsung. masuk2 je terus duduk, rendam kaki. jari2 tangan dihulurkan untuk diurut, dibersihkan...begitu juga dengan kaki. siap berbalut plastik 10 minit. 

akui memang azab masa kena buang kutikel kuku dan urut2, aduh....rasa nak jerit2 je, tapi cover dengan majalah yang baru dibeli. sambil2 aku duduk rendam kaki, mereka offer untuk ambil pakej pedicure lagi dengan harga RM300 untuk 4 kali sesi. tapi aku tak mahulah. mahal ni. yang aku ambil ni guna kupon Dealmates. dari RM118 (pedicure RM90, manicure RM28) jadi RM33 je aku bayar- lepas tolak diskaun2 & redeem points. ha kan ke untung tu. 

tapi selepas buat rawatan ni, aku memang happy sebab hasilnya memang bagus. sampai hari ni jari2 kaki masih berkilat digilap, jari2 tangan dah hampir2 malap gilapannya sebab selalu basuh tangan kan.

zcat pula pergi berurut. sudah angin satu badan lepas tu. dia kena pun RM30 je. aku rasa kat Mall ni, murah2 je servis macam ni. hehehe. oh Mod Paradise tu aku ambil memang yang paling banyak sesi pembersihanla. guna honey la, mana tak rasa lembut jek, hehe.

selepas hari ke-7

macam sapu pengilat kuku je, tapi hakikanya aku kena buff punyalah sakit weh. dan inilah hasilnya.

sape tak sanggup tengok jejari kaki aku sila X cepat2 page ni. hahahaha.

Pedegg

tumit pecah2? ah biasalah perempuan. kadang2 aku jealous dengan lelaki, tumit diorang tak pecah-ini sebab diorang pakai stokin dan kasut penuh setiap kali pergi kerja. hm...aku perempuan kejap pakai setokin, kejap pakai kasut tutup, kejap wedges, kejap heels..paling lama pakai sandal atau Fipper. heheheh..

macam2 alat pengakis kulit kasar aku dah beli. malah alat rendam kaki elektrik pun aku ada. besen untuk rendam kaki pun ada. batu pumice pun ada. siap berus. cuma tinggal rajin+malas je.

in the end aku pergi beli benda alah ni sebab dah tengok kat advertising ntv7 malam2. hehehe. kuasa iklan sangat kuat kan. phew!!

RM14.90 melalui milkAdeal. dipos ke office aku. senang. malas nak ambil sendiri

Sunday, May 20, 2012

Starbucks Frappucino Promo

kepada penggemar2 Starbucks, silala cuba minuman terbaru mereka sebelum 2 Jun 2012 ni. aku dah try perisa Mocha Frappucino. pergh...siap amik paling besar. ala2 tak sedar diri gitu. dari RM17, dapat half price campur tax kenalah RM9. syok.




sekarang Starbucks ada member card. walaupun aku suka minum air kat sini tapi aku tak bercadang nak ambil kad. 10 kali beli air dapat 1 minuman free tau.

Ke Button My Buttons

Ke Button My Buttons
semalam ke Gold Chili untuk makan nasi goreng daging pedas. memang pedas gila. bolh nampak cili hijau dan cili keringnya.... ok itu cerita tutup dulu. 

actually enjin kereta dah start tapi kami tak dapat keluar sebab sesak sangat dengan kereta keluar masuk. sambil2 tunggu aku pun teleng2 kepala tengok2 kedai di sekitar SS15. sekali aku terpandang butik yang selalu aku tengok websitenya. hehehe..kedai ni memang sebelah Gold Chili. area2 yang dekat dengan First Subang.

apa lagi joms la tengoks.

hahaha..takde gambarla sebab aku tak mahu buat macam tu. tapi apa yang aku boleh cakap, ownernya Shahida Shariff ni amat lemah lembut orangnya. tak sombong langsung. ye aku ada gatal2 sarungkan kasut tapi tak muat sebab kecil. ada banyak jualan half price sebab kedai ni dalam renovation process. selama ni hanya di tingkat atas sekarang sudah tambah tingkat ground floor. 

apa yang menjadi tajuk bincang ialah pasal custom made shoe. adala 2-3 kasut aku try yang semuanya 5 inci. waduh kekok mahu jalan. aku berminat nak buat custom shoe 3 inci sudahlah. tapi SS ni sangat sibuk dengan tempahan dan events. makanya diberi date yang sesuai untuk buat appointment.

ya kepada siapa2 yang berminat nak custom shoe dari SS at least kena bagi 3 bulan. pada bulan hari raya, beliau memberi cuti sebulan kepada pekerja2nya. bos yang baik hati!

dalam hati tetap rasa nak mempunyai sepasang baju signature beliau, kurung moden beriben. tengok kat website semuanya yang ready stock size S dan M je....oh..oh..saya ada masalah peha besar di sini. hehehehe

Friday, May 18, 2012

Duit Tepi?

Duit Tepi?

Duit tepi. Apa yang difikirkan bila disebut duit tepi? Duit rasuah/duit bawah meja/duit kopi? Duit jumpa di tengah2 perjalanan ke suatu tempat? Duit terpijak?

Bagi aku duit tepi ialah pendapatan bukan utama. Macam aku bekerja makan gaji. Tiap2 hujung bulan dapat gaji. Kerja baik…atau bos baik..akan bagi bonus tahunan. Ah itu duit utama bukan duit tepi tau.

Duit tepi bagi aku; dari emak, dari kawan2 yang suruh beli hadiah sendiri bila birthday. Sebab mereka dah malas nak belikan hadiah. Sebab aku dah dewasa, nak barang2 yang kadang2 mereka tak terfikirkan. Juga duit2 belen hasil duit kumpul bayar makan kat restoran, dan kawan tu cakap..ko simpan jelah belen tu. next time turn aku pulak. hahahaha macam2 pe’el kan kawan2 ni. Dan kita yang dapat duit cara mcam tu mesti cakap halal tau. Jangan korang tuntut kat akhirat pulak. sangkut aku nanti nak masuk syurga. Eh berangan. Harusla beramal soleh kalau nak masuk Syurga.

Okay serius sikit. Duit tepi boleh jadi hasil dari ko berceloteh kat blog dan ko benarkan  pengiklan letak banner kecik diorang dalam blog korang yang meletup2 ceritanya. Harusla 200-300 ribu pengujung..income barulah besar. Kalau setakat 50 orang je..RM50 pun belum tentu kau dapat. Hahahahah ---Γ  macam aku sangat2. Hahahaha..pulak2 sekarang aku banyak entry tanpa gambar. Sudah. Aku sekarang nak cerita ikut sedap mulut aku. Sebab dulu aku banyak cerita ikut sedap perut -Γ  asyik cerita makan je….

Duit tepi juga boleh dapat dari hasil ko jawab soalan survey. Macam aku masuk Global Test Market. Memang seronok jawab soalan. Tapi tengokla berapa point dia nak bagi. kalau kau jawab lain macam je…dan-dan dia matikan survey. Kalau nasib untung..dia bagi sampai 40 points. Tukar points2 jadi US$. Kan best. Contoh zcat la paling dekat. Dia dan kumpul point banyak. Boleh redeem dan joli katak. Heheheheh.

Boleh jadi juga duit tepi ialah hasil kraftangan. Aku dah kaku sekejap. Dulu aku rajin jahit manik. Sekarang aku dah malas. Aku ni memang ikut trend. Sekarang trend jawab survey. Jadi itu pasal blog aku ke laut. Hahahaha, eh mesti selamatkan sebelum lemas kena tarik dek obor2.

Okayla..aku nak order makanan dari blogger yang rajin buat duit tepi. Itulah post lagi gambar masakan sendiri yang buat aku drooling. Heheheh.

Thursday, May 17, 2012

Kencing Tak Basuh?

Kencing Tak Basuh?

Dalam bab feqah, salah satu perkara wajib ialah beristinja’. Iaitu mencuci ‘ain najis sehingga benar2 suci dan bersih menggunakan air mutlak. Okay aku tanak cerita habis bab beristinja’, ceritanya sangat panjang, aku risau pengolahan aku menjadi salah faham pada pembaca .

Aku sentuh bab ni sebab ada kejadian semalam. Ia buat aku piss off sikit.

Aku ke Guardian untuk membeli kapas muka. Nak tanggalkan mekap. Nak guna untuk toning. Sambil2 mata meliar tengok  barang2 keluaran Hada Labo. Eh murah..hehehe..RM60 – cleanser, milk  moisturizer & moisturizer apa tah lagi. Kawan aku pulak dah memeluk pantyliner Carefree beli 2 percuma 1 yang kecik. Dan-dan je ada orang menegur.

“Hey you beli ni tak elok.  You patut guna ini.” Sambil menunjukkan satu risalah berkenaan produk penjagaan vagina  - international brand.

Dan dia pun pot-pet pot-pet..cakap kencing tak basuh busuk. Itu p**** tak cuci bau tau…berak tak cuci..lap2.. actually dia cakap pada kawan aku dan sambil2 pandang aku. Hello…kami Islam okay. Dah tentu aku beristinja’. Cuci bersih!.  Kawan aku ni Cina masuk Islam, dia pun ajak cakap dalam bahasa Cina. Aku pulak blur dalam masa yang sama interesting nak dengar, hahahahha..cerita pasal menjaga alat sulit ni penting.  Tapi jurujual ni failed dari segi menyampaikan maklumat dengan harapan dapat menarik minat pembeli. Bahasanya agak kasar dan seolah2 bercakap di pasar.

Memang benar katanya bahan2 untuk membuat alat mecuci itu telah diuji oleh pakar dermatalogi. Siap bagi tahu “you tahu siapakah diorang ni?”. Aku buat bodoh. Padahal aku tahu sangat2la sementelahan aku selalu jugak jumpa pakar kulit. Saja aku nak dengar dia bercakap, pandai sampaikan maklumat ke failed. Tiba masa aku rasa nak complaint je pada bos dia yang cara penyampaian dia teruk.

Setelah kami kata tak berminat, sebab kawan aku cakap dia gunakan barangan Cosway, aku pulak dah menjerit kecil tadi “hey I cuci dengan airla. Mana ada lap2 dengan tisu!”

Hah..sudah. aku meletup pulak kat Guardian. Sudahnya aku beli Hada Labo dengan kapas muka. Sambil2 fikir, aku tahu Cina tak basuh kencing berak, tapi kalau diorang ada yang membasuh tu kira pembersihla. Sebab selalu je kalau masuk toilet lepas diorang keluar..pastilah hancingnya ada. Sebab mereka Cuma tahu pump.  Agak2 bau hamis tu sebab apa?

Tuesday, May 15, 2012

Keputusan Ujian Darah

Keputusan Ujian Darah
hari ni ambil cuti. sebab nak ambil keputusan test darah last month. haha punyalah lama kan. tapi takpe..bayar RM1 je. daripada aku bayar RM70 di Hospital Pusrawi dulu. pitams okay...

so klinik memang dekat sangat dengan rumah aku, tapi kali ni aku bawa kereta sebab tengok langit macam nak hujan dalam masa yang sama..sangat panas. mak beria-ria suruh aku bawa payung.

tak lama pun tunggu, sambil2 aku baca Zombijaya. masuk bilik nombor 6 jumpa doktor Cina. first time aku ke klinik kerajaan ada doktor bangsa ni. takpe, mari dengar pendapat doktor.

keputusan..hish ngeri. last time buat tahun 2009 kot. gila dah lama tu. setiap kali pun aku tense nak tahu tahap kolesterol aku. 

so this Doc, directly cakap kolesterol jahat aku tinggi. berapa tinggi? aku tengok itulah tahap kolesterol jahat aku paling rendah aku ada. hahaha. 

jadi Doc tak mahu bagi ubat. aku pun cerita aku dulu2 selalu je dapat ubat sebab paling tinggi aku kena 6.8. kan giler tu. dah macam orang2 dah berusia. kata Doc aku masih muda (masih muda youuuuu...) patut bukan setinggi ini. jadi nasihatnya, no nasi lemak. makan oat (which is oat tahun 2010 masih ada tak habis makan...hahahaha) dan bersenam 3 kali seminggu. oh senang aja. tapi tahap kerajinan susah sikit. hahahaha..

Doc juga cakap, aku takde kencing manis, which is itu memang menakutkan kalau arwah bapak aku ada penyakit tu. yang lain2 pun semua okay. alhamdulillah.
 
dan disebabkan aku tak suka oat direct, aku dibenarkan makan biskut berunsur oat. okaylah kan. makan oat nak muntah okay...itu pasal tak habis2.

aku pun dah beransur2 melupakan nasi lemak,...susah tau. tapi kalau aku masak nasi lemak tu..memang aku dah tak tahanla nak makan tu. hahahaha.

selamat menjaga kesihatan ya kawan2.

Monday, May 14, 2012

Period?

Period?

Period. Perempuan period. Lelaki pun ada yang mengaku dia period. Bila ditanya pakai apa? Lelaki akan gelak2 kemudian serius balik. Buat2 muka moody sebab period. Berlakon diva sangat.

Kalau perempuan moody terus kena chop period. Sebabnya memang selalunya macam tu. emosi terganggulah. Mood takdelah. Jiwa kacau. Benda remeh jadi besar. Benda besar? Terus meletop2.

Tapi ada juga yang gunakan alasan period sebab nak mengelak. Kadang2 memang takde mood nak cakap dengan orang. Tengok muka orang tu memang rasa benci. Meluat. Alasan period sangat sesuai. Diterima pakai tanpa soalan lagi.

Aku pula menghadapi pengalaman period yang berbeza2. Sebab aku ni moody all the time selalunya. Hahahahaha. Jadi kawan2 tak tahu bilakah aku moody sebab period. Kadang2 time period aku pulak ceria semacam.

Tapi kisah moody all the time dah kurang. Hidup aku ceria je. Gembira takdelah 24 jam. Tapi aku rasa bila bercakap dengan orang yang kita suka, automatic gembira aje.  Sebab itulah guna alasan period sebab tak suka cakap dengan seseorang itu berkesan. Hahahaha. Jahat betul.

Okay. Kawan2 sekeliling aku melalui saat2 hari pertama period dengan teruk. Mereka perlukan ubat untuk atasi kesakitan yang melampau. Mereka tak mampu berjaga tanpa pil2. Memang kasihan. Ada antara mereka di diagnose mengalami ketumbuhan atau cyst. Saluran sempit mengakibatkan mereka alami kesakitan yang amat.

Aku? Jarang sangat. Memang pernah sakit tapi mungkin 1-2 kali je seumur hidup ni.  Period time aku pun bukan betul sangat. Paling lama jarak sehingga 8 bulan. Sebab tu bila jumpa doctor dia akan Tanya selalu kena ke? bila jawab ya, maka dia kata lepas 4 bulan tak jumpa baru datang balikla. Ni yang aku malas jumpa doctor. Baik aku buat2 rilek je. Jangan fikir sangat. Ceria2 je.. aku tak risau sangat pasal period time lewat. Susah mengandung dan segala mak nenek ketakutan yang dimomokkan. Tapi aku wonder bila masa aku nak menopause. Hahah agak2 masa tu apa yang aku rasa. Moody ke?

Wednesday, May 9, 2012

Perkara "Tak Apa" Dalam Solat

Perkara "Tak Apa" Dalam Solat
tulisan ini berdasarkan nasihat yang diterima dan apa yang dilihat. mari sama2 ingat-mengingatkan kerana solat adalah perkara pertama akan ditanya di Padang Masyar manakala bab berhadas/bersuci adalah perkara pertama yang akan ditanya di dalam alam barzakh.

  1. kaki nampak masa solat, padahal dah tahu kain yang dipakai pendek, kain pasti terselak waktu sujud, kaki kelihatan setiap kali sujud, padahal kaki adalah bahagian aurat.
  2. kalau yang pakai stokin sebab tanak pakai kain tu, pakaila stokin tebal dan panjang, bukan setakat ankle je. lagi2 yang pakai kain baju kurung atau skirt, masa sujud, boleh nampak pangkal betisnya. kan itu aurat.
  3. kalau pakai tudung pastikan tudung itu boleh dipakai dengan menutupi bawah dagu, itu juga aurat.
  4. solat tanpa tuma'ninah. laju2 solatnya..hilang adabnya depan Maha Pencipta. terkejar2 apa tah semua nak cepat.
  5. anak2 rambut dibiarkan terkeluar dari telekung. kadang2 juraian rambut pun tak dihiraukan. tak salah pun kalau guna hujung jari je pun nak masukkan rambut2 yang terjurai keluar tu. itukan aurat.
  6. mekap tak ditanggal dengan betul. cuci dengan air biasa takkan hilangnya.. dah pasti pakai mekap berasaskan minyak supaya tahan lebih lama. sebab itulah kadang2 nak pakai telekung awam aku tak gemar, banyak naa tompok merah, coklat dan hitam. wudhuk tak terangkat oiii..sebab air wudhuk mesti diratakan pada permukaan kulit, dah kalau mekap tebal seinci, macam mana air nak sampai.
  7. telekung bukan main cantik dan panjang, tapi ada pulak kerawang penuh yang berlubang2. sampai boleh kelihatan aurat terutama bahagian leher.
  8. kain telekung sepatutnya tidak menunjukkan kezahiran warna kulit. maksudnya telekung sepatutnya tebal bukan nipis. ya ada antara kita memiliki telekung yang nipis dan ringan. mudah dilipat masuk ke dalam beg yang amat kecil untuk disumbat dalam tas tangan kita.
  9. anggota sujud ada 7; dahi+hidung, kedua2 telapak tangan, kedua2 kepala lutut, dan kedua2  jari2 kaki kiri dan kanan.
  10. apabila bersujud, dahi mestilah atas tempat sujud dan tidak boleh dilapik dengan telekung yang sedang dipakai. tahulah kalau tempat sujud tu basah sebab dah ramai orang gunakan sejadah tu, tapi cubalah ambil inisiatif dengan menggunakan tudung sendiri sebagai alas atau tahan sajalah busuk/basah tempat sujud.
  11. sujud sepatutnya kedua2 tangan disimpan ke dalam, maksudnya bukan dikembangkan macam jemaah lelaki bersujud.
itu sahajalah buat masa ini. jika ada yang nak tambah kesalahan2 biasa dalam solat boleh panjangkan dalam komen. sama2 menegur, betulkan niat menegur, InsyaAllah kita sama2 dapat menentang kejahilan dan menambah ketaatan.

Monday, May 7, 2012

Perangai Bikin Sesak

Perangai Bikin Sesak
pagi ni hujan. aku start enjin jam 907am. hujan rintik2..ingatkan jammed, tapi cantik je aku punch card jam 927am. hehe.

jam 10am lebih sikit aku ke site. tugas2 biasa di awal bulan. hari ni last day. yay!

hampir jam 1pm aku keluar ke Jalan Sultan Ismail untuk balik ke Ampang. laluan pun clear. best. tapi sampai je simpang keluar ke arah Jalan Tun Razak, jammed..kereta slow motion. cuaca mendung je.

lepas sampai office, simpan apa yang patut, jalan kaki ke Restoran Rasyid tapau makanan. makan...makan..makan..mengantuk. elok. tapi tak tersengguk. bikin cerita pasal Buku Fixi dengan Fahada. sebab dia dah belikan aku di pesta buku sebanyak 3 buah. dapat diskaun untuk buku lama 20%. buku baru 10%. siap dapat beg multi-use bergambarkan harimau sitora jadian. eh ye ke? tah dah malas pulak aku nak pergi belek beg hitam bertanda oren itu.

jam 631pm punch out. pergi cari barang nak buat puding kastad. tapi aku tak jumpa agar2 yang aku yakin halalnya di Giant. eh mana nak cari haaa?? dah beli2 apa yang patut, aku pun balik jam 650pm. jalan baik je.....hehe. lepas tu jammed macam haram. aiks!!! takde trafik polis ke? ok dah jam 7pm kan agak2la. sambil aku berangan2 dan main2 brek slow2..aku pun toleh ke laluan sebelah yang kosong takde kereta. chitt best betul kan. boleh drive laju kalau kat situ. tapi aku nak balik rumahla...sekali....

ada accident. kereta myvi sebiji warna kereta aku. ish. aku pun titiber teringat aku accident dulu. kemudian aku nampak sebiji motor dah tergolek depan bumper depan. baik punya lori tarik dah ada. entah bila sampai aku pun tak perasan. tu lah lama sangat berangan. kenderaan makin slow. ni yang aku geram ni.

aku duduk lane kanan, accident betul2 sebelah lorong nak naik AKLEH dari Bandar Baru Ampang. aku pun dok terfikir siapa yang salah ni. motor tak nampak kereta ke atau kereta laju sangat..

yang paling aku bengang, mat2 motor makin ramai. berhenti kat laluan aku. laluan paling kanan untuk masuk ke Taman Cempaka. aish...semua nak tengok accident!! aku pun geram2 kena juga hati2..karang terlanggar mat 
motor aku pulak jadi bahan tontonan.

kemudian aku teleng2 jugak, mat motor yang kena langgar tu mana ek? lepas tu aku nampak ada satu benda belakang kereta. barang mat motor ke? sekali ngko.....aku tak tahulah itu pembonceng ke penunggan motor..terlipat macam katak ko... tak tahulah bangsa apa. punyalah jammed...sesak aku nak jalan slow2 ni. aku pelik juga, balai polis sekangkang kera je, tapi 1 biji kereta polis pun takde,..masa tu dah lebih 15minit kejadian, sebab aku tengok jam masa tu dah 715pm macam tu. mak aiiii...ambulans pun takde.

elok aku dah masuk lorong Taman Cahaya, barulah nampak ambulan Hospital Ampang. masa tu dah gelap. dah nak jam berapa da....

Sunday, May 6, 2012

Rojak

makan secara rojak. rojak=campur2?

aku suka makan rojak. tapi bukan semua rojak yang jual kat kedai tu aku akan mengulang makan. 

rojak tepi loji kumbahan depan surau simpang Max Value, Ampang. rojak ni ada kuih, mee, telur rebus sibiji, dan macam2 tambahan..dalam RM4.00
lemon chicken RM13.50 Octopus Sushi Restaurant, Ampang Point


dried butter prawn RM28 Kota Damansara

mee goreng?

nasi goreng?
macam2 perut ni dah telan. macam2 lidah dah rasa. macam2 dah tekak aku menikmati hidangan dari pelbagai tangan tukang masak. 

kadang2 bila makan makanan tak sedap dan mahal pulak tu, mulalah nak banned. mulalah perasan, aku masak lagi sedap wei....

tepuk perut, dan rasa lemak2 taknak pergi. mulalah menyesal. kemudian fikir, masih adakah nikmat makan untukku selepas ini. jadi bersyukurla dengan apa makanan yang dapat hari ni. samada dari air tangan sendiri atau tangan orang lain. yakinkan diri, dapatkan sumber rezeki dari pembuatan yang halal.