Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Mei 2019

Kedai Baju Serendah RM5 Sehelai

Kalau murah kita war war kan. Tapi satu jelah nak bagitahu tak ambil gambar kedai kat mana. Tinggal rajin nak pergi cari je.

Kedai ni dalam The Summit USJ. Mall yang kelam dan lesu. Tapi kami suka datang sebab semua bergerak perlahan. Haha. Takyah pening sangat kepala kalau tiba2 Aqlan lari jauh sikit masih boleh nampak. Dia dah pandai aim kedai mana nak tuju.

Ok kat tingkat LG sekali dengan McD. Takde nama. Maybe pop up sementara. Ada macam2 dijual. Pakaian, mainan, cable fon. Yang syoknya sebab selai RM5 dan kalau pandai cari jumpa pakaian yang kainnya sangat berkualiti. Bukan barangan terpakai tau. Tapi tak dapat lama shopping sebab Aqeel menangis. Dia tak sihat jadi dia nak aku je dokong. So abahnya mana tahu sangat nak pilih jenis kain. Yang penting corak kat mata dia. Aku jenis pilih fabrik. Sempat pilih baju je. Seluar tak sempat. Semua pun hanya beli untuk Aqlan.  Sian Aqeel pakai tinggalan abang dia. Hihi...asal masih elok buat apa beli baru kan. Ok mostly pakaian kat sini untuk lelaki. Ada je untuk perempuan tapi tak lawa dan terhad. Hahaha. So kalau nak beli pakaian untuk suami dan anak2 laki ke boleh datang sini lah.

Yang kelabu dan biru depan sekali tu laki yang pilih. Baju ni untuk umur 6 tahun. Besar sikit takpe sebab anak bujang tu cepat tinggi. Shawn the sheep tu fabrik macam Uniqlo. Saiz 120.

Rabu, 20 Mac 2019

Penangan Marie Kondo

Tahu tak siapa Marie Kondo tu? Mula2 aku tak tahu juga siapa dia ni..asal semua start tengok trending Marie Kondo excited pergi Academy Award. Eh siapa dia ni?

Marie Kondo semasa di Academy Award

Marie Kondo ialah penulis buku The Life-Changing Magic Tidying Up. Dia ajar kita cara mengemas. Haha dengan penuh gembira ya!. Anda juga boleh ikuti siri Tidying Up With Marie Kondo di Netflix. So dari situ tahulah apa dia buat. Aku baru tengok 1st episod pun dah excited.

Perkataan penting dia atau tagline Spark Joy tu sangat menggembirakan. Haha..dan2 aku kemas baju anak2 ikut KonMari method. Boleh cari jer kan.. so 5 method penting yang mesti ikut turutan nak mengemas tu ialah:-


  1. Pakaian
  2. Buku
  3. Kertas
  4. Komono (lain2)
  5. Sentimental item

Yang syoknya masa 1st episod tengok tu kan anak2 orang tu pun join melipat baju. Kan dah senang sikit kerja mak. Mak pulak tak suka buat laundry. Bapak pulak suka rumah bersih. Ahahaha...sedikit sebanyak KonMari method ni dapat menjaga hubungan mereka laki bini..masa kemas sentimental item tu mulalah terkeluar gambar2 masa diorang kawen. Mulalah kan...sebab tu bab sentimental kena buat last sekali. Dah tentu asal jumpa teringatla..mulala tu memori come back.

Buku tu susun pun ikut kaler atau saiz. Dokumen paper tu kena ada sistem fail supaya senang nak ambil bila perlu macam waranti kad, geran kereta, insuran..surat beranak dsb.

Yang lain2 tu macam susun pinggan mangkuk periuk belanga..barang2 kat stor. Pastikan barang susun secara menegak senang nak ambik dan tengok. Lebih baik gunakan sistem drawer dan kalau beli bekas simpan biar yang transparent. Alat2 memasak susun ikut saiz. Huh...aku pun banyak barang dapur ni. Adududu. Dapur kemas syok kan nak memasak.


Khamis, 28 Februari 2019

,

Cara Untuk Ganti Puasa Sebulan Ramadan

Nak tanak seorang ibu yang melahirkan anaknya di bulan puasa atau bulan Syaaban pun, kena ganti sebulan penuh puasa tu. Kes aku anak lahir 30 Syaaban. 37 minggu. Ikut tarikh doktor bagi patut lepas la 2 minggu puasa tu tapi larat lagi ke nak puasa kalau darah tinggi pun mencanak naik nak dekat 200. Tu pasal dapat anak lebih awal dari jangkaan.

Lepas dah habis tempoh pantang tu..habis nifas bagai, mana boleh ganti terus. Pulak2 menyusu badan lagila..badan pun tak habis letih lagi kandung anak tu 9 bulan. Dalam tempoh pantang tu pulak berulang alik ke hospital dan KKM sebab anak masih perlukan rawatan. Paru2 bocor, jaundice semua nak kena rawat. Keletihan dia...hanya Allah je tahu. Susulan ke klinik pakar Paed tu tak berkesudahan lagi ya. At least sampai umur 2 tahun. Takkan dah habis 2 tahun baru nak ganti puasa...dah sah2 kena bayar fidyah berganda, jadi tahun ni nak kena puasa jugak sebab Ramadan dah dekat. So cara aku:-


  • Lepas dah 6 bulan baby dah boleh makan jadi masa tu masa terbaik untuk ganti puasa. Baby tak harapkan susu ibu je sebagai makanan tumbesaran dia.
  • Untuk tengok keserasian makanan seperti bubur nasi tu dengan penerimaan perut baby, aku start puasa masa dia berumur 7 bulan. Tengok ok je dia makan, takde masalah..takde kelaparan.
  • Hari pertama ganti puasa tu kenalah sahur. Hari2 pun kena sahur. Tapi malam sebelum nak sahur esok pagi tu pun makan kena berkali2. Supaya tak lapar dan melepek esoknya. Dah macam budak darjah satu nak belajar puasa pulak. Sahur tu penting. Minum air kena banyak2. Macam aku minum air kopi dah 500ml..air masak dah 500ml..kadang 1 liter. Memang nak muntah air pun ada. Ok minum air manis tu perlu untuk gula. Kang esok puasa pengsan takde gula kang payah gak. Dahla nak kena jaga baby, menyusukan lagi..kerja rumah lagi..ada jugak abang baby tu nak kena handle jugak. Syukurlah dia dah pandai sikit uruskan diri.
  • Puasa weekdays je. Sebab laki takde kat rumah. Hahaha. Ok bagi yang jadi suri rumah macam aku ni memangla tak penat nak kejar public transport dan angkat file tinggi2 dah, tapi kerja rumah lagi banyak ok dan non-stop. Malam ko jangan harap nak tidur lena juga sebab baby ni dia akan bangun anytime je bila dia lapar. So susu badan kan, kena bagi direct. Pump susu? Haha bukan takde pump susu tapi kalau dia dah kerap minum bila masa susu tu nak bertakung untuk di pump (macam masa bekerja makan gaji dulu, lainla..siap boleh bengkak susu kalau tak pump.)
  • Minggu pertama puasa 2 hari je. Sebab masa tu January 2019 awal bulan laki cuti panjang pulak. So Khamis dan Jumaat je puasa. Sabtu tu rasa dah raya dah...padahal ada lagi 27 hari nak kena ganti puasa. Okay Ramadan tahun lepas cuma 29 hari.
  • Bila tiba hari appointment dengan doktor baby pun tak puasa. Sebab tahu dah prosedur dia macam mana. Private ke government service ke tetap lama kena tunggu juga berjam. Baik tak puasa bila haus boleh minum banyak2. Yang penting jangan sampai baby tu terabai pemakanan dia sebab kita nak ganti puasa..memang bukan mudah..kita puasa ganti Ramadan tu wajib..bagi anak makan kenyang tu pun tanggungjawab besar.
  • Ada hari tak boleh puasa kena migrain sebab cuaca panas.. kadang rasa susu badan tu tak cukup sebab stress jadi tak boleh teruskan puasa sebab kesannya pada baby dan diri kita juga. So takyah puasa la. Enjoy jangan menekan sangat diri tu. Yang penting tulis dalam diari dah berapa hari ganti. Bila weekend laki reward belanja makan. Ececece..laki aku pun dilahirkan 1 Ramadan ya, puas jugak mak mentua ganti puasa tu. Siap dia cerita dia ganti puasa 10 hari.. 10 hari..aku tak boleh buat direct 10 hari...pengsan rasa.
  • Bila masak untuk berbuka puasa tu masakla lebih sikit lauk. So esok boleh buat sahur takyah masak2 dah. Ada juga hari nak makan nasi goreng waktu sahur aku dah prepared siap2 bawang mak nenek perencah semua malam tu jugak. Esok bangun campak2 je.
  • Ada hari tak terbangun...alarm dah bunyi tapi mengantuk ya amat. Sekali terjaga macam ada 10 minit je waktu imsak pulak tu..masih boleh makan ya cuma kena berjaga2 waktu azan Subuh tu. So aku makan biskut coklat yang manis dan air  kosong. Gula penting sangat diambil masa sahur kalau tak memang melepek.....
  • Aku juga ada hari malas masak untuk berbuka atau bersahur. Selalu Isnin dan Jumaat. Jadi bantai je makan apa yang ada boleh ngap dengan cepat atau laki tolong belikan makanan.
  • Niat janganla lupa. Selain niat puasa, niat juga moga makan sahur tu mengenyangkan kita untuk berpuasa penuh dan boleh beribadah.
  • Kurangkan kerja2 rumah yang tak perlu seperti mengubah perabot dan menyusun pinggan mangkuk (favourite aku ni). Masa awal2 puasa tu memang aku tak basuh kain. Actually laki hantar baju ke laundry sejak minggu aku nak bersalin dah. So memang lama la dah berbulan2 dia ke laundry...aku baru je start basuh kain balik sebab dah ok sikit.. aku kan czer mana larat nak angkat bakul baju2 kotor dari tingkat ke atas ke bawah hari2. Pastu nak sidai kain baju..nak angkat cepat2 especially waktu hujan turun..berkejar dengan baby dan anak sulung lagi..kena tough ya. Anak2 aku lelaki walau 2 orang je pun tapi lasak dan aktif serta fast charging. Tidur setengah jam pun lepas tu bangun dah tah ke mana2 bergerak dalam rumah. Laki aku juga upah helper 2 minggu sekali datang kemas dan lap segala tingkap, perabot dan kipas dan macam2 lagila dia buat hingga rumah nampak bersih dan berkilat. Ya aku tak mampu nak kemas semua tu. Setakat menyapu tu bolehla.
  • Bila masak makan untuk anak sulung tu aku masak lebih juga untuk aku berbuka. Contoh masak nasi ayam. Atau pasta carbonara. Kalau masak sikit2 nanti aku kena masak lagi sekali untuk berbuka kan dah buang tenaga tu.


Kepada yang belum berganti puasa tu...selamat mengganti segera sebab bulan Ramadan lagi 2 bulan lebih je. Kot siapa nak share macam mana dia ganti puasa bolehla cerita kat komen ke atau buatla entry. Syok jugak kan baca pengalaman korang yang kena ganti puasa macam aku. Huish menguji kesabaran dan keimanan ya. Sebab aku ni kalau kena migrain masa puasa aku takkan berbuka..sebab sayang..maka tahan jelah sampai Maghrib berkumandang.

Isnin, 10 September 2018

,

Cabaran 25 Hari Blogging - Apa Dalam Beg Saya

Ok dah ada anak kecil apa lagi yang ada selain tentulah lebih banyak keperluan anak berbanding kita.

Dulu2 selit barang mekap semua sekarang kalau dapat bawak lipstik pun dah kira untung. Haha.

Kita dah tak bawak beg besar. Bawak sling bag kecil dan satu bag pack yang besar untuk letak barang2 Aqeel. Dulu bawak beg sandang tepi sakit bahu la berat tak dibahagikan. Now dah pakai beg sandang belakang rasa lega sikit. Lagipun senangla bila bawak baby carrier buh Aqeel kat depan, bag pack kat belakang dan sling bag kat tepi. Ini biasa kalau ke klinik atau hospital. Kalau takat pergi makan semata tinggalkan bag pack dalam kereta tak kuasa nak angkat semua tu, berat.

Tapi cukuplah ditunjukkan apa dalam sling beg tu...




Ni dalam kocek sebab kadang2 je guna. Asalnya ada satu kad beg yang khas. Banyak sangat nak bawak jadi kita pilih mana yang perlu je.

Termasukla juga HP yang digunakan untuk ambil gambar ni..

Ahad, 9 September 2018

,

Cabaran 25 Hari Blogging - Tips Kemas Rumah

Kemas rumah aku memang suka. Alih2 barang. Alih perabot. Pastu nanti ada yang tanya eh kat mana eh tu..haha..

Kalau cakap tips kemas rumah, rumah ni ada banyak bahagian. Ada ruang tamu, bilik tidur, bilik mandi, dapur, halaman, ruang tambahan..ha macam2. So mula2 kalau la kita ni sejenis suka rumah bersih mestilah nak pastikan rumah tu bersih sentiasa. Takdela sampai dah bersawang baru nak kemas. Tapi hari2 nak kemas rumah macam mop bagai tu memang takla. Yang penting..

  • Susun atur perabot atau barang2 yang selalu digunakan mestilah mudah untuk dicapai. Kalau nak tengok tapi kena alih tu ini kan susah. Haha. Lainlah nak tengok atau gunakan sebulan sekali ke. 
  • Meja makan hendaklah sentiasa dibersihkan selepas makan. Takkan nak biar sisa yang tertinggal kat situ. Esok nak guna meja makan tu kena kemas dulu. Kan dah buang masa. 
  • Pinggan mangkuk dalam sinki mesti takde. Pastikan kosong sebelum tidur malam. Esok nak start new day takdelah berdarah biji mata tu nak cuci pinggan nak buat sarapan lagi. 
  • Kamu kena ada wet tissue selain tisu biasa dan tisu dapur. Akan memudahkan kerja pembersihan. Kalau makanan tumpah seperti air manis ia akan melekit. Terus lap jangan tunggu kejap lagi. Sebab kejap lagi jadi lupa nanti. 
  • Mainan anak2 kalau dikemas akan disepahkan balik. Sediakan bakul atau kotak untuk mainan. Ajak dan ajar anak melakukan kerja kemas mainan bersama2. 
  • Pakaian yang sudah diangkat lebih mudah diasingkan mana yang hendak digantung atau mana yang perlu dilipat. Kami selalu hantar dryclean la ni. Laki asingkan ikut milik masing2. Katanya senang nak cari. Tapi bab pakaian ni selalu bertangguh nak kemasnya kan. Haha.  
  • Untuk mudahkan kerja, sampah kami diasingkan mengikut jenis. Ada tong untuk sampah dapur seperti sisa makanan, tong untuk kertas, kaca, plastik dan tin. Juga ada tong untuk lampin pakai buang yang telah digunakan. Ye memang banyak jenis tong tapi lebih memudahkan kerja pembersihan juga. Malah ada barang2 terpakai ni yang boleh dijual semula.

Sebenarnya susah aku nak bagi tips sebab aku ada pembantu rumah yang datang bersihkan rumah 2 minggu sekali. Dia akan buat semua kerja. Tapi aku akan monitor dan sediakan alat dan bahan2 untuk kerja2 pembersihan. Kami akan maintain keadaan rumah selepas dia balik. Tapi biasalah tentu dapur dan lantai akan melekit juga bila selalu masak2. So takkanlah tak menyapu terus kan. Dia lebih kepada mencuci tingkap, cuci kipas dan kerja2 yang susah untuk aku buatla sementara ada baby kecil ni. Dulu2 aku cabut juga rumput ya. Aku memang tak setuju mula2 cadangan laki aku ni nak ambil pembantu. Dia kesian kat aku. Ok dah laki sayang tangan bini kan kita taat jelah. Hehe.

Lepas makan di kedai juga biasakan diri tu kemas pinggan2 bagi senang pekerja restoran nak angkat. Memangla kerja dia tapi secara tak langsung mengajar kita dan anak2 supaya menjadi seorang pengemas. Takdelah nanti budak tu semua nak lepas tangan bila dirumah. Eh banyak cantik kan..
Haha berjaya juga aku kan. Pheww..tengok sampai bila aku mampu nak menyahut cabaran 25 hari ni.

Ahad, 3 September 2017

,

Ingat Tak Keluar Dah...Sekali Ke Jakel, Sogo Dan Sunway Pyramid!!!

Hari ni cadangnya nak duduk rumah je. Sebab penat semalam belum habis. Jadi basuh kain pun mana dan la. Kalau tak menimbun dan penuh pulak ampaian tu. Hari ni pun just nice cuaca panas.

Aku pun masak sup ayam, goreng ikan untuk anak dan laki. Sebagai bekalan....kang takdela lapo depa dua orang tu kena tinggal.

Lepas zuhur baru kami gerak lepas alas sedikit perut. Aku makan kek buah 2 potong je. Ada gula la sikit bagi tenaga kononnya. Mama dan adik ipar makan nasi dengan sup sikit.

Kami ke Jakel dulu sebab Mama nak beli baju untuk suaminya. Aku pulak tak ikut naik sebab ada sale gila2 kan..3 helai tudung RM10. Bila tengok tudung awning. Kaler dia 3 je...kuning, putih dan merah. Ko nak buat marhaban sesuai. Hehe. Tapi la ni semua orang sibuk nak lilit shawl je kan..tapi rasa makcik2 suka lah tudung camni. Xpress. Sarung dan siap. Aku tak beli. Jalan2 dalam butik tengok shawl2. Ada murah. Tapi berapa ratus tudung aku nak ada? Dah la semua harga pun sehelai nak ratus2. Tapi serius sale ni ramai gila orang. Siap ahli keluarga datang beramai2. Maybe bila kenduri kawin ke nak buat sesondon untungla beli.

In the end aku beli juga...tapi bukan tudung ratusan ya...hanya anak tudung yang ada awning sikit untuk dipakai dengan tudung bawal. Tu pun sebab 2 helai RM38. Kalau tak...sehelai dah RM69. Memang tak belilah... but alhamdulillah sekali lagi mama belanja...dia pun tanya baju yang aku buat dia belum bayar..aku cakap takyah dahla dah belanja anak tudung sudah2 lah..ye aku ni tak bergaji..tapi aku bukan suka amik kesempatan. Mama suruh aku amik upah tapi aku rasa belum bersedia sepenuhnya. Tunggulah mesin jahit tepi aku beli ke..hehe.. Insyaallah aku akan amik tempahan tapi bersyarat. Hahaa...

Lepas tu kami masuk Ariani bahagian baju2 pulak..eii mahalnya ek baju sukan aku tengok. Terus rasa baik beli di SportDirect. Tapi ni style muslimah..so...but..still mahal la bagi aku.

Then ke Sogo..ni aku beli juga walau mula2 dah janji tanak beli apa2. Tapi sebab murah dan tu je yanh ada baik aku grab. Ok aku cari seluar jeans putih. Susah ok dengan badan aku yang sekarang ni. Siapa badan macam aku korang pergi Mango beli jenis Violeta. Memang sesuaiiiii.. sampai saiz 55 ke 56 aku jumpa..tapi aku pakai 44 je..tu pun kira saiz 12 la. Adoi..

Beg2 Mango di Terranova Sogo. Tak beli pun..

Secara peribadi aku ingin nyatakan bahawa badan macam aku ni sesuai beli seluar saiz buatan UK or US. MALAYSIA punya buatan, saiz keding2 bolehla...jika dah 73kg tu ko lupakan. Haha. Sebab ia akan fit di perut yang dah pernah beranak dan kena czer tu. Lagi satu elakkan pakai jeans low waist. Memang ko saje nak cengkam tempat jahit tu ke apa? Aku beli seluar ni pun murah je..RM50 je..nangis mak kalau tak beli. Seluar Creacion yang aku kenan tapi takde saiz tu pun nak cecah RM100 tu pun sebab ada sale... takdak sale lagi ratusan. So ya kadang2 aku keliru dan tertanya2 kenapa buatan local mahal. Maybe korang patut hantar kat China sana lah.. murah sikit kos buruh. Tapi Rizalman pun hantar sana pun mahal jugak. Kekekeke.

Dah turun ke area Beauty aku beli celak mata jenis pen basah tu. Sebab yang jenis ada sekarang aku tak berapa gemar. Keras dan susah nak cuci..lama2 baru hilang.

Kemudian kami ke Sunway sebab adik ipar nak pergi La Senza. Ada diskaun 60% kalau beli 5 helai. Kan ke banyak. Tapi nak pergi last...jalan2 tempat lain dulu. Mama dah penat berjalan, kami bagi dia rehat2 minum coklat panas dan makan bagel di TCBTL. Ok kami nak jalan laju2 beli barang dan kembali ke dia nanti.

Sini ada kedai baju2 style Korea yang cantik dan murah namanya Mirrorcle. Tahannnn.... masuk Nichii...dah semakin elok buatan dan fesyen2  banyak copycat Zara..tahan jugakkkk..pastu aku pergi Cotton On. Ni tak tahan sebab bersebab. Sila open mind bila baca perenggan seterusnya.

Panties 5 helai RM80. Jenis seamless tu. Cantik2 dan ada saiz aku..ni lagi satu. Membeli seluar dalam boleh jadi hal sebab yelah pungkoq tak muat tak selesa dan macam2 lagi. Aku selalu tukar2. Takkan pakai seharian. Dan takkan pakai yang sama bertahun2. Sebabnya hygiene dan kulit sensitif. Jadi ya selain tudung, beli panties ni pun dah macam kerap jugak. Satu lagi aku suka feeling selesa...nyaman je pakai satu2 brand tu. So siapa saiz cam aku korang patut cuba Body by Cotton On dan juga Mark's and Spencer. Sorella pun okay. La Senza kena lupakan.... sedih....sebab rasa terhiris je di parut czer tu. Renda2 la katanya. Beli jelah granny panties confirm selesa..hahaha..but high waist brand2 yang aku sebut ni sangat bagus. Munafie aku dah try..takleh la gatal2 dibuatnya dan suka sangat bergulung. Hishhh.

Last sekali aku ke Zara. Baju2 Zara memang cantik. Aku telan airliur je nak beli yang embroidery belang2 biru tu. Bukan murah2 ya. Jangan tak tahu banyak copy kat luar tapi takleh lawan jenis embroidery dia. Aku pun ada la beli tapi sebab murah dan berbaloi. Bawah RM100. Over than that memang mak tak belilah...pujuk diri aku tak reti jahit sulam..mak kena kumpul duit beli mesin ni.. apa citer kan..asyikla kumpul duit pastu shopping sampai bila pun tak cukup duit kau Neng oiii..

Tengok Mama pun pakai bawal scallop. Siapa nak aku jual RM12 pulak selai..kalau beli 3 ke atas jual RM10 selai. 😅😆

Kembali kepada asal, kami pun balik rumah. Elok masuk rumah laki pulak sengih2 terus keluar rumah nak lepak dengan kawan2 dia pulak..Hoccay....turn jaga anak dan anak akan melekat sudah tiba...

Khamis, 24 Ogos 2017

,

Buat Sarung Kusyen Dari Kemeja Lama

Ada beberapa helai kemeja lama tak muat atau dah tak sesuai nak dipakai aku gunakan untuk membuat kusyen alas tempat duduk. Mengapa kemeja? Sebab dah ada butang..senang..



Bahan2 yang diperlukan:-


  1. Kemeja lama
  2. Isian bantal (kekabu atau seumpamanya)
  3. Velcro


Sehelai kemeja.

Isi sarung bantal. Ni beli masa sale di Spotlight RM10 je satu. 


fluffy.

Mula2 kenalah potong kain panjang x lebar ikut berapa luas tempat duduk kerusi tu. Macam kerusi kat rumah aku 16.5 x 16.5 Inci.

Butang kemeja yang dah sedia ada tu memudahkan kerja. Tak perlu buat lubang butang atau jahit butang dah. Tak perlu zip dah. Senang kerja.

Potong Velcro pun ikut kelebaran tiang kaki kerusi. Kerusi kat rumah ni 4 Inci ialah saiz yang sesuai.




 

Barulah sedap punggung nak duduk lama2 menjahit.

Rabu, 23 Ogos 2017

,

Kari Udang 2 Minit

"Tipulah mana ada masak kari 2 minit je."

"Memang pun......"

Yang 2 minit tu tempoh udang dalam periuk kari tu dimasak. Jangan lebih2 nanti udang tu keras overcooked tak sedap. Itulah tips sebenarnya hasil tengok rancangan memasak dan pengalaman masak kari udang.


Cuma pastikan masa bawang2 dan serbuk kari digoreng tu betul2 naik bau kasi garing sikit, masukkan air sikit je supaya kelihatan macam paste. Kemudian masukkan santan cair..renih jangan kasi bubble nanti pecah minyak..masukkan santan pekat...renih lagi..masukkan udang..2 minit tutup api.

Udang yang dimasak setakat 2 minit tak membengkok, lembut dan manisnya.

Rasanya kari udang lah paling senang dimasak berbanding kari ayam, daging dan ikan. Kari daging tak pernah buat pun..cam susah je...hurmmm..

Resipi hari ni...rupanya dah masak beberapa kali tapi tak pernah tulis resipi, puas cari dalam blog sendiri last2 kena buka buku resipi..hahaha..

5 biji bawang Shallots - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
2 tangkai daun kari
Masukkan cili padi yang dihiris2 jika suka (tak masuk sebab nak bagi anak makan)
200ml santan kotak Harmuni
Sedikit air
Udang dalam 15 ekor

Jumaat, 11 Ogos 2017

,

Beli Baju Siap Tapi Kena Alter

Masa ke KWC kan terjebak beli baju style Korea. Beli sampai 3 helai pulak tu. Pastu bukan boleh cuba2. Letak2 kat badan je rasa muat terus grab. Ada sehelai tu kaler hijau terus grab je. Sekali sampai kaunter staff kata itu yang last. So inilah baju yang nak kena alter tu.

Kisahnya bila sampai rumah buat fashion show depan mertua, ipar dan laki. Bila disarungkan nampak cam ketat. Hoccay aku dah menambah selulit kat pinggang...

Jadi mereka cadangkan baju tu di alter. Hurm aku pun fikir apa kain aku nak guna. Kain perca kaler hijau rasanya takde. Susah ni. Pastu aku dok pandang shawl yang dah ada kesan2 minyak taknak hilang tu..adakah aku patut gunting dan tampal kat baju tu?

Akhirnya dapat idea...aku akan gunakan kolar baju untuk buat extension pada tepi baju. Idea ni datang dan aku kena terus buat je. So tetas bajulah nampak gayanya. Haii benci tetas2 ni. Sebab tu siapa pandai buat alterations lagi mahal upahnya. So adakah aku berjaya?


Bahagian kolar leher akan dijadikan extension tepi pinggang. Kena hati2 sebab itu je kainnya!

Selain itu, baju ini juga perlu dijahit balik semua butangnya kerana dah nak tercabut. Juga ada satu lubang butang tidak ditetas. Mentang2la baju pameran. Takpe..

Semua tampalan juga hanya menggunakan gam. Bukan dijahit. Itu juga perlu difikirkan sama ada untuk menjahit menggunakan mesin atau sembat je.

Isnin, 7 Ogos 2017

Idea Untuk Menyusun Alat2 Jahitan

Haaa sebab2 aku ke kedai di KWC untuk beli barang2 mentah bagi membuat rak untuk alat2 jahitan aku lah. Puas juga google. Ada yang buat sendiri. Ada yang beli bahan2 di Daiso. Memandangkan Daiso dah makin mahal..RM5.90 satu barang maka lagi berbaloi aku ke KWC.

Yang paling penting ialah wire net tu. Puas juga cari nama ni dalam google. Jumpa mesh net. Jaring la..mostly yang keluar bahasa Indonesia kemudian blog dari Singapore baru Malaysia. Apalah...takde orang buat sangat kot...aku lak tengok idea ni dari orang putih la.

Dah tu kena beli pulak hook yang sesuai. Untuk gantung2 kan. Beli juga penggantung untuk wire net tu. Ni last minit kat kaunter, staff tu yang cadangkan. So total cost:-

Wire net RM9
Hook RM3.20 x 2 packs (ada 20 in total)
Hanger for wire net RM2.70 x 2.
Grand total = RM20.40 je.

Nak juga beli tailor mannequin tapi mahal la yang boleh cucuk2 jarum tu. 200 lebih tu..kedai depan dia jual RM80 tapi kaki besi hudoh aku tak suka. Kaki kayu RM160. Oh aku kena survey lagi..nak pergi kedai2 kat luar KWC tatau mana satu dan kami masa tu dah kelam kabut nak balik.

Sekarang kena tunggu laki tolong pasangkan wire net tu ke dinding..atau kat mana2 yang sesuailah..angan2 je dulu jadi macam ni..


Rabu, 2 Ogos 2017

Merawat Dermatitis

Aku memang mudah alami dermatitis. Terutama bila musim panas, pakai baju kain tak sesuai mudah sangatla dermatitis muncul.

Dermatitis ni satu keradangan pada kulit. Ia akan menyebabkan kegatalan. Aku pernah jumpa doktor sebab dah tak tahan dan doktor terus cucuk aku. 6 bulan ok, kemudian datang balik. Kulit sensitif sangat.

Sekarang dah muncul di leher, hari tu di pinggang pun belum sembuh. Kadang jumpa doktor dapat doktor laki, segan nak cerita. Aku prefer doktor perempuan. Tapi kalau dah terpaksa, cerita jelah..Muka aku pun dah start gatal2.

Aku jumpa artikel merawat dermatitis secara alami di SINI. Jadi aku nak tuliskan kat sini sebagai rujukan sebab aku dah selalu sangat kena....

Cara2 merawat dermatitis:-


  1. Minyak Kelapa - sapu minyak kelapa pada kawasan radang setiap hari sebelum tidur
  2. Oatmeal - masukkan secawan oatmeal dalam mandian hangat anda. berendam selama 15-20 minit. lakukan selama satu bulan. (ini tak berapa rajin, lagipun mana ada bath tub kat rumah..hahaha)
  3. Cuka Epal - campur nisbah air dan cuka epal 1:1. gunakan bola kapas untuk manyapu bahagian radang. biarkan selama 30 minit kemudian cuci bersih. lakukan selama bebrapa minggu. cara lain campurkan 2 sudu teh cuka epal dengan segelas air. minum 2-3 gelas sehari.
  4. Lidah Buaya - sapukan jeli lidah buaya segar pada bahaguan radang setiap hari, juga boleh minum airnya untuk kesan kulit yang lebih baik.
  5. Vitamin E - sapu krim yang mengandungi vitamin E setiap hari, juga makan makanan yang banyak vitamin E. (makan ya....,)
  6. Madu - campurkan nisbah madu mentah, lilin lebah dan minyak zaitun 1:1:1. sapu bahagian radang. (macam susah pulak nak cari lilin lebah)
  7. Bunga Chamomile - rendam dalam secawan air panas 3 sudu teh bunga Chamomile selama 10-15 minit. sejukkan. celup kain bersih dalam rendaman dan lapkan pada bahagian radang. biarkan selama 20 minit. atau gunakan krim Chamomile. (ni lagi senang pakai krim jek)
  8. Daun Semambu (Neem) - campurkan nisbah minyak bijan, serbuk kunyit dan daun semambu (aku agak kena blend daun ni dulu) dalam 1:1:1. sapukan pes pada kawasan radang. cara lain, titiskan minyak daun semambu pada air mandi dan berendam.
  9. Kunyit - panaskan 1 liter air dan setengah sudu teh serbuk kunyit, masak hingga didih. minum bila suam atau buat mandian.
  10. Slippery Elm - buat pes dan sapu pada kulit anda.

Kalau dah teruk dan malas tu jumpa doktor. lebih baik cucuk je. senang. hehe..pernah alami kan jadi aku tahulah tahap mana nak ikut.

Jumaat, 28 Julai 2017

Barang Yang Lama Jika Elok Pakai Lagi

Apa dah jadi pada meja komputer dari jenis kayu tu? Nak buang? Bukan hak kami..jadi selepas ditanggalkan ada bahagian yang laki rasa boleh guna. Dia punya idea la ni.. kalau ikut bini dia ermmmm jap jap..

So bahagian CPU tu dah jadi tempat letak cookies dan keropok segala jajan dan tudung saji. Elok pulak. Mejanya dari tapak pemotong jenis kayu yang dah dibeli lama tapi tak pakai dah. Sebabnya permukaan dah kasar dan ada bintik2. Boleh je nak licinkan balik guna kertas pasir..kertas pasir pun dah dibeli cuma tak dibuat2. Sabar jelah kan.


Bahagian rak dengan almari bertutup tu laki suruh letak kat bilik anak. Bilik tu asal bilik mertua jadi kalau mertua datang mesti tidur situlah.. jadi ya bilik tu ada barang2 mertua jugak.

Meja komputer tu sendiri aku suruh laki jadikan meja untuk laundry area. Base dari meja akuarium yang dah pecah. Kaki meja akuarium dari besi masih elok. Pastu laki pesan balit plastik sebab duduk belakang sana kot kena air meja tu akan rosak.

Ok..jadi kami amalkan guna semula. Yang lain2 tu aku tak fikir lagi nak buat apa. Nak kena kemas rumah ni.. esok kakak dari bangi datang sekeluarga. Minggu depan mertua pulak..haaaa aku busy ok....baju mertua tu pun lagi 2 helai tak siap...

Gambar lagi 2 tempat tu up lain kali je.. Sebab tak habis kemas lagi..hehe..😂😅😅

Rabu, 17 Mei 2017

,

Plan Jalan2 Di Keliling Pulau Langkawi

Ok kami jalan2 kat atas Pulau Langkawi je. Tak buat island hoping dan sebagainya. Aqlan masih kecil dan kami pentingkan keselamatan dan kemaslahatan dia. Tunggu dah besar sikit kami akan pergi lagi...

Kami melakukan percutian bajet. Kami pilih yang selesa tapi murah. Plan dah buat sejak 2016. tapi sebab dibatalkan, tempahan bilik dan kereta sewa semua buat Mac 2017.


Travel Expenses

Flight Malindo


Dari KLIA ke Langkawi. Malindo sangat selesa. Minuman disediakan dalam perjalanan. Booking seat kena seorang RM26..tak kira dewasa atau kanak2...sebenarnya kalau nak free book 2 hari sebelum nak naik flight. Kami tak tahu.so masa nak balik dari Langkawi baru kami dapat free booking seat..pilihan kami seat nombor 5..senang nak masuk dan keluar dekat dengan pintu...dekatla juga dengan kelas bisnes..

Kereta Sewa


Ni penting nak jalan2...sewa dengan owner ni nama Anor. Mintak MyVi dapat Saga BLM..sebabnya MyVi dah habis masa kami sampai..dia nak offer Mirage tapi beg kami besar so tak muat. BLM pun selesa, harga pun sama. Sehari RM60 je..4 hari RM240 la campur deposit kena RM50 lagi. Deposit dipulangkan masa hantar semula kereta di airport. Masa booking bayar RM100 dulu. Jadi masa collect bayar lagi RM190. Cash ni leceh juga, habis nak kena pergi ATM kan.

Duit Minyak

Janganlah harap dapat kereta sewa ada minyak penuh...hahahaha.. jumlah semua kami pump RM80 untuk 5 hari. Laki pump sikit2. kalau pump penuh katanya nanti rugi...

Bilik Sewa










Kami menyewa di The Village, Chenang. Chenang ni happening. Sini ramai mat saleh. Bilik kami berhadapan dengan parking kereta. Senang betul angkut barang, Semua bilik2 pun setingkat je. 5 hari 4 malam kami kena RM392. Booking dulu, bayar semasa check in guna kad je, Jimatkan cash. Mostly kedai2 makan, kedai pakaian ke kedai kecil2 di sini pakai cash..jadi cash sangat penting. Apa yang boleh bayar guna kad, better guna. Hari2 pun senyap sunyi tidur pun nyenyak weh..

Bilik kami ada satu katil queen dan satu single, kami rapatkan je. Bilik dikemas 2 hari sekali. Ada TV yang ada 2 saluran je, tapi tak penting sebab ke sini nak jalan2 bukan tengok TV. Bilik mandi ada shower, air panas tak berfungsi pulak...tapi kami suka je mandi air biasa2 ni...hehehe.. Diorang bagi tuala dan sabun mandi je, jadi syampu tu bawaklah sendiri tapi aku beli di kedai 24 jam di Chenang je.

Nak iron, minta je dengan staff. Aku dibenarkan simpan iron dan boardnya sekali sampai last day..hehe..macam takde orang nak guna kot?? Di pantry terbuka mereka sediakan roti, butter, jam, kopi, teh, gula, krimer..air sejuk dan panas dari mesin Coway terletak didepan bilik tetamu. Situ juga ada paip..eh kesian jugak siapa duduk bilik tu kan..orang datang ambil air hari2.

Keperluan Anak


Kami memang cadang nak beli Ribena dan kasut getah Aqlan di Langkawi. Ok Ribena SANGAT susah ditemui. Sila beli di kedai Gecko di Chenang tu. Kasut getah berlambak je. Sekali beli di pasar malam, sekali beli di stesen minyak Buraq. Sebab beli kali kedua ingat yang first tu hilang, rupanya ada bawah seat driver je, Aqlan perangai buka kasut luar kereta..dah berapa pasang kasut dia hilangla.....kami juga beli diapers di stesen minyak. dah bawak cukup2...rupanya tak cukup jugak..Susu dan diaper untuk berenang sila bawak siap2 la..leceh nak cari weii kemungkinan besar memang TAKDE. Begitu juga bekas air...

Tiket Masuk Ke Kawasan2 Pelancongan

Ni memang kena rancang..Lain harga dibaca lain harga kena..hahaha..blog travel ni update ke tidak???? haishhhhhh...

Tiket parking kena bila park di area Kuah, Langkawi. Sekali kena beli sebuku pakai satu je. Nasib sebuku RM4! Parking kawasan pelancongan lain dikutip dari situ...ikut tempat dan pihak pengurusan la.


Underwaterworld Aquarium Langkawi dewasa RM36, kanak2 RM26. Total RM98.
Photoshoot kami bayar yang RM10 je..bergambar dengan harimau CG.
Parking dia RM3.50 setiap jam!



SkyCab kami amik RM110 BASIC COMBO. Skyglide harga lain kena RM15 dewasa, RM10 kanak2. Total RM40.
Photoshoot ambik dua kali...haha..sekali atas gunung RM50, sekali di SkyTrek RM30
Parking


Crocodile Farm total RM48. RM18 dewasa dan RM12 kanak2.
Photoshoot kena RM50 dengan 15 gambar diemel dan 2 gambar di printkan siap2. Tapi kami untung dapat 31 gambar...orang takde masa tu...syok betul
Parking free je...oi bahagia.


Telaga Harbour boleh ambil gambar dari tepi2 je..pun free..Aqlan menangis2 nak masuk ikut jambatan yang private untuk pemilik yacht dan boat je...


Waterfall di Datai ni free juga..buatan manusia tapi takde pulak airnya mengalir dari atas bukit. Nak jimat kot. Berdekatan situ ada tempat mandi2 di air terjun sebenar. Bila nak guna bilik air kena bayar 50 sen walaupun bilik air, ya langsung tak bersih!!! Macam takde tukang cuci pun. Tapi bayarlah juga sebab tanak menipu.


Laman Padi semua free...booth photoshoot memang takdakla...


Dataran Lang free juga bayar parking guna tiket yang perlu dipamerkan di dashboard. Satu buku RM4 ada 10 tiket.