Senang pakai baju romper. |
Sampai tempat ambil nombor dah nak jam 10 pagi. Masa tu cek nombor giliran untuk daftar....yaa ada lagi 200 kena tunggu. Ha padan lambat lagi datang. So aku pun tak tahu buat apa. Pusing2 cari tempat duduk. Nak susukan Aqeel. Masa tu laki masih cari tempat parking. Dah jumpa Aqlan pulak sambung tidur. Jadi aku bergerak sendiri. Susukan je kat area klinik pakar. Tak jumpa bilik menyusu. Alhamdulillah memang dah prepared semua nursing cover. Elokla hari ni tukar pakai bagpack. Depan dokong Aqeel dalam baby carrier, belakang bawak beg. Kalau bawak beg sandang mahu patah bahu dan kelam kabut. Kalau pakai stroller pun azab kot ramai sangat orang nak sorong ok je tapi dah tahu Aqeel suka kena dokong buat apa buang masa bawak stroller. Dah la besar kan.
So sambil duduk menyusu berbual la. Ada yang datang jam 7 pagi belum settled. Yang datang 8 pagi pun belum daftar. Hahaha..so kesimpulan datang je 10 pagi? Camtu?
Dah susukan Aqeel aku jalan2 bawak dia...sampai laki tiba aku mintak laki la daftarkan. Tu pun berjam juga tunggu. Last2 dapat nombor untuk jumpa doktor pakar paed pulak dalam 30 orang untuk tunggu. Masa berlalu tu aku jalan2 jumpa langsir belakang bilik2 rawatan. Aku saja selak sebab nampak kaki bangku dan bunyi orang. Hurm rupanya itu bilik menyusu. Pakai langsir oren je. Tapi takde pun dalam map bilik. Kalau tak cari memang tak jumpa.
In the end laki aku solat zuhur dulu la. Masa tu lagi 10 orang nak tunggu. Dia balik solat belum tiba lagi turn Aqeel. Oh lepas dapat nombor kat kaunter pakar paed kan kena masuk bilik siasatan. Timbang berat, ukur kepala dan panjang badan. Sekali kena buka semua baju budak tu kan. Elok je buka popok dia memancut. Hahaha. Nasib tak kena baju aku. Terusla tukar baju semua. Aqeel dah 5.7kg. Tinggi 60cm.
Masuk lagi bilik menyusu. Aku tak tengok jam. Jam takde. HP pun tak tengok sebab dalam beg sandang laki yang jaga. So bila nama dah kena panggil tu terus masuk tak tengok jam berapa.
Masa daftar tu lama juga. Aku tanya laki apasal lama kan. Sebab nama Aqeel takde dalam list. Kam masa masuk NICU nama aku. So semua nak kena tukar dalam sistem jadi lama. Alhamdulillah satu sen bayaran pun tak kena.
Ok masa jumpa paed ni dia pun angkat2 Aqeel. Nak tengok leher dia tegak tak. Kepala dia ok ke. Macam2 test jugak. Kami pun banyak soal. Hehe. Sebab tiba2 doktor tu cakap jumpa lagi dalam 4 bulan. Eh aku ingat dah settled. Haha. Rupanya kes Aqeel ni diorang akan pantau sehingga usia cecah 2 tahun. Sebab perkembangan dia sesuai la dengan kes dia. Ok sape tak baca entri pasal Aqeel masa dia lahir, aku cerita la sikit dia ni kena pneumonia. So kena tebuk kat paru2 masuk tiub. Duduk NICU hampir 11 hari. Hari lahir je dah masuk inkubator kat Azzahrah. Esoknya kena masuk NICU di Serdang. Azzahrah takde bilik NICU. Bagus pun kalau tak pitam nak bayar bil hospital. Masa pregnant memang takde masalah budak ni. Kes dia amazing dan rare.
Habis jumpa doktor kena buat appointment baru. Ok nama dia Doktor Ashraf. Misi lak tanya jumpa doktor India ke Melayu. Masa kena panggil tu rupanya aku lambat. Sebab aku tak dengar. Padahal dah duduk depan2. Haha. Kena la tegur sikit dek misi daftar sebelum jam 11 pagi. Hehe. Manalah kami berpengalaman kat sini. Kami pun tak tau jam berapa baru dapat daftar. So jumpa lagi 7 Jan 2019. Bila balik sekali tengok jam dah nak 3.30 petang. Aku dahla belum solat. Perghhhh...kelam kabut nak kena pergi KKM Batu 14 Puchong lah.
On the way berhenti di stesen minyak Petronas. Solat dan terus pergi. Sampai KKM jam 4 petang. Laki suruh je masuk sebab dia nak bagi Aqlan makan. Sini pun azab gak parking. Aku nak daftar misi tak bagi dah tapi dia suruh jumpa misi Aqeel. Weh aku tak tahu lak rupanya ada misi khas. Nama dia Nurul. So aku pun ke bilik 15. Rasa muka macam bukan Nurul sebab tak pakai spek. Tapi dia layan aku baik dia suruh daftar dan tanya juga kenapa. Aku ceritala baru balik dari Paed di Serdang sebab kes pneumonia. Pergh kes ni penting kot jadi misi terus suruh ambik nombor. Dah jam 4.03. Pastu ada lagi 10 orang nak kena tunggu. So menyusukan Aqeel lagi. Sini ada bilik menyusu siap ekon ok. Kat klinik Pakar Paed Serdang takde...sedih sikit tapi sabar je ok...elok2 siap menyusu nombor dah kena panggil. Kelam kabut aku keluar bilik tu. Dengan anak. Dengan baby carrier. Misi siap keluar bilik cari aku. Aku cakapla menyusu budak..dia tak marah pun. Hehe misi2 KKM ni sangat sabar ok. Last time sekali tu dia siap call HP aku ingat aku dah balik.
Dah masuk bilik 15 kena buat lagi timbang ukur. Bila aku cakap tadi pun dah buat dia pun kata kalau tahu dia ikut je yang Serdang punya. Haha..tiba2 timbang 6.8kg dan tinggi 59cm. Hahah adoi aku gelak je tapi diam2 sudah. Teris ke bilik 24 untuk cucuk. Aqeel nangis kejap. Pergh 10 minit je semua ni. Wahhhh.. pastu sambung menyusu sebab laki masih kat kedai makan. Bilik ni ada ekon kan aku dengan Aqeel la conquer ekon sejuk semua. Hehe.
Sampai rumah, kaki aku lenguj sangat2. Rahim sakit. Siap fikir bukan2 pun ada. Terus nak call tukung urut. Penat gila kot dokong budak Aqeel ni berjam2. Total hours kami kat luar hari ni almost 8 jam. Perghhhhh...makan GCB jelah sebab memang tak makan apa pun kecuali satu bar kecik Cadbury. Fuhhhh...bersedia sekali lagi untuk 4 September ni dengan pakar ENT pulak.
bawak la bekal snack dalam beg untuk diri sendiri jugak :D
BalasPadamBawak tapi tak termakan.
Padam