Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Mei 2020

افطار هاري ك ٢١ هيڠگا ٣٠ رمضان ١٤٤١ه

Ifthor Hari Ke-21 Hingga 30 Ramadhan 1441H

Ada makanan dah start repeat. Tapi masih juga cuba buat resipi baru. Contohnya resipi Dato' Rizalman.  Siapa tengok Pung Pang mesti teringin nak buat kan..

14th May to 18th May



Kari Ikan Jenahak ni masa bancuh paste aku macam ragu2 nak bubuh 3 paket ke 1 setengah paket. So next time 3 paket je. Ikan seekor belah 5 kepala takdak laki suruh masak sup ikan lak..

Kuih beli kat Petronas BK5. Kuih kaswi tu tak layak dijual langsung ya.

Kari Ikan Jenahak...sedap baq hang 

Burnt Cheesecake birthday Aqeel

Lepat pisang frozen beli kat kedai.

Sedap..

Papadom. Laki yang dok rajin goreng.

Cucur labu manis

Daging Kerbau Ketumbar

Ikan pekasam

Kari Kerbau Frozen

Alkisah laki susah nak dapat daging lembu frozen. Kami pun bantai je makan kerbau. Asalkan guna pressure cooker lembut je.

19th May to 23rd May 


Last 5 hari terakhir nak masak apa pun tatau sangat dah. Tapi yang sure aku tak terbuat bubur lambuk walaupun dah minta resipi. Samala juga dengan kuih pelita tu. Berlambak daun pisang simpan dalam peti ais.

Hari terakhir Ramadhan makan rendang dan ketupat sudah..tapi tu pun makan lepas isyak sebab tak dan siap. So buka makan keropok lekor je.

Sup ekor dan tulang. Makan berkali2 masak 1 setengah kilo..


Ketupat palas frozen kami kukus balik

Kerutup daging 1kg je..

Spaghetti carbonara ni ada telur. Masa mula2 tengok resipi macam  tak caya je tapi turn up budak2 suka makan..jadi kenalah salin resipi.
 

Rabu, 13 Mei 2020

مينو هاري ك ١١ هيڠگا ٢٠ رمضان ١٤٤١ه

Menu Hari Ke 11 Hingga 20 Ramadhan 1441H 

Ada hari kita makan biasa, ada hari luar biasa. Ada hari kita beli aja, ada hari ada rezeki Allah berikan dari tangan orang lain. Alhamdulillah. 

4th  May to 8th May




Beli frozen. Stim guna microwave oven. Better guna periuk stim atas api la.


Adalah 5 biji dapat buat. Jadilah asalkan laki suka makan.


Vadey ni nanti kita buat entri khas sebab first time buat jadi..

Sejak beli kuali 4 lubang memang seronokla masak pancake untuk budak2.

Begedil lagi...

Bila buat sendiri dapat banyak maka kita frozenkan.







9th May to 13th May


Udang diraja ni macam silap kaler. Tapi kuning dah cantik. 

Sukun goreng air bancuhan tercair. Tapi habis dimakan.

Ni gambar dari adik ipar, dia buat kasi kami separuh..ko bayangkanlah 



Selasa, 4 Jun 2019

Minggu Terakhir Ramadhan 1440H








30 Ramadhan
Dah hari last puasa. Jadi aku masak kerutup 3kg. Mentua masak lagi rendang ayam sebab yang semalam adik ipar tak puas makan..so ada nasi putih, lemang jagung dan ikan goreng.
Kerutup jelah diambil gambarnya..

29 Ramadhan
Mentua masak rendang ayam. Uuuuuuuuu.....

28 Ramadhan
Mentua masak dalca paru. Pergh sedap..makan dengan sambal dan daun2..

27 Ramadhan
Mastar lagiiiii..yeah daging salai dan telur itik. Keria dan seri muka.

26 Ramadhan
Masak rendang ayam ko. Tanpa kerisik sebab laki tak suka rendang kerisik. Pastu buat cek mek molek. Kali pertama seumur hidup ni. Dah la keledek kaler purple..

25 Ramadhan
Nasi kerabu biru...lauk ayam golek, telur asin, paru goreng dan solok lada. Cam tamak kan. Kuih tepung pelita lagi.

24 Ramadhan
Tomyam sayur, udang dan sotong goreng kunyit, daging masak apa tah..telur dadar suami gorengkan..yang lain2 tu beli. Nak masak cek mek molek tapi Aqeel melekat belum habis..kes cucuk semalam.

23 Ramadhan
Goreng ayam kunyit sudahnya. Dan juga goreng tempe. Makan dengan sayur buncis laki masakkan. Aqeel meragam lepas kena inject hari ni.

22 Ramadhan
Kari jantung pisang. Tempe goreng bilis. Ikan bakar dan tepung pelita. Beli jer.







Isnin, 27 Mei 2019

Menu Minggu Ke Tiga

21 Ramadhan
Nasi lemak Royale wehs. Makan lauk sotong. Balik rumah tambah telur rebus dan bendi stim.



20 Ramadhan
Nasi arab Thaif. Tapau kat kedainya di Kota Damansara.

19 Ramadhan
Soto nasi dari Kesum. Aku goreng cucur nasi. Budak2 suka makan cucur.

18 Ramadhan
Kari kambing. Ikan tongkol kari. Terung berlada. Semua dari bazar Ramadhan kat BK. Ada gak mertabak dan roti John.

17 Ramadhan
Daging salai mastar...dan rendang itik juga.




16 Ramadhan
Ayam kung pou dan bendi goreng...sup sayur bebola laki masak..dia masih batuk2. So minum sup panas memang sedap kena dengan tekak.

15 Ramadhan
Nasi minyak dan ayam goreng bersalut crispy gitews..permintaan Aqlan. Laki masak sayur kubis. Macam tak kena tapi makan je..ada orang masakkan kena syukur.

Isnin, 20 Mei 2019

Menu Buka Puasa Minggu Lepas

14 Ramadhan
Buka puasa rumah adik. Dia belikan ayam roasted. Makn dengnasi dan kuah lemak cili padi. Ada popiah dan mertabak. Air sarsi gas la...haha

13 Ramadhan
Masak sup tulang untuk berbuka puasa dengan mak. Limau naval juga..ada air jagung abang lut belikan.

12 Ramadhan
Makin rasa sendu nak masak apa kan? Suami masak sup bebola campur2 la..aku masak daging masak kicap..black pepper. Guna daging Australia. Sedap weh. Selalu beli yang ada diskaun 50% tu. Kalau tak memang mahal harga daging ni.

11 Ramadhan
Sebab bawak Aqeel ke KKM jadi macam malas nak masak. Boleh la kan gantung periuk kuali hari ni. So buka makan laksa dan sushi. Sushi kecil2 tu je beli kat AEON.

10 Ramadhan
Laki masih sakit tekak tak lalu makan. Dia nak makan sardin. Ok kita masak jelah..

9 Ramadhan
Laki demam. Masak bubur nasi. Lauk dia macam2..ada ikan bilis. Terung berlada.

8 Ramadhan
Ayam masak kari nyonya. Tapi versi kering sikit sebab mula2 nak masak black pepper. Pastu nak masak rendanglah...pastu eh masak kari ayam nyonya. Nasib boleh telan makan. Hahaha.. jadikla pula dah laki tanya ingat tak resipi sebab aku macam dah pakai hentam je masak kali ni.

Ahad, 19 Mei 2019

TV3 Grand Bazar Ramadan Raya 2019

Lepas balik dari rumah nak jalan2 tengok lampu. Haha. Ni memang perkara biasa bila weekend bagi kami. Tiba2 laki ajak pergi Bukit Jalil pulak sebab ada bazar katanya.

Jadi kami sampai dah jam 10.30 malam. Tutup jam 12 malam. So sempatlah kot round2.

Masuk parking pun berpusing2 juga sebab nak paling dekat kalau boleh. Tahu jelah KLSC tu besar mana.


So kami pun terus je menuju dalam khemah paling besar tu. Sejak Aqeel pakai stroller ni senang sikit hidup kami. Tak mampu dah nak letak dia dalam carrier bag. Berat. Haha. Dia pun enjoy boleh tengok2 tak macam duduk dalam carrier sit tu muka dia ada kelat dan marah sikit sebab asyik kena hadap muka mak bapak je kan. Stroller pandang ke depan..

Tak ramai pengunjung! Maybe sebab cuti panjang kan..wesak dan nuzul Quran jadi ramai yang keluar dari KL. Bagus gak jalan2 takla langgar bontot ke. Aku punya mata eyeing booth L'Oréal je.

So takdela nak beli apa walaupun memang banyak barang...tapi memang lengang lah. Sian pulak aku kat peniaga2 ni. Sampai satu kedai jual kuih muih raya sekali dia cakap Kesum..Kesum..oh rupanya owner restoran Kesum tu buka booth jugak. Laki aku beli kacang goreng salut tepung tu sedap gila. Makan macam tak boleh henti. Owner Kesum cam muka laki sebab dah jadi pelanggan tetap kan. Haha..well lauk pauk dia macam masakan rumah ok. Sedap dan murah. Contoh kari kambing sebungkus RM6 je dia jual. P bazar depan Masjid Kinrara tu terus kena RM10. Orang lain la punya..huehue tu yang aku minta laki beli kat Kesum je kalau ada hari aku tak masak. Dijamin bersih dan sedap.

Pastu aku sangkut beli minyak wangi. Sebotol RM10. Ni untuk purse je. Sekali fake punya daa..tapi tak peduli sangat takat nak hilangkan bau lepas makan kat restoran ke kan. Hahaha. Tapi aku ajak laki beli sekali...so beli 5 Percuma 1 la..hahaha..


Keluar dari khemah besar nak p L'Oréal la. Sekali ada orang mintak kami masuk satu khemah ni..free katanya tapi kena register nama. Maybe dia nak count berapa ramai orang masuk. Ok free kami masuk. Bayar2 ni malas...kedek...hahaha..


Disebabkan ingat nak buka puasa je maka aku pakai selipar jelah. Hahaha.

Rupanya nilah yang paling best. Ada macam2 interactive wall. Boleh sentuh, melukis dan menulis. Wahhhh...lama jugak kami sangkut kat sini. Again sebab Aqeel so behave la...

Aqlan melukis muka orang



Ada je nama kami tapi buat video je. Tak pulak ambik gambar. Ada panel untuk tulis nama. Bila send dia akan keluar la ke skrin macam tu.

Kena cari imej tertentu bila tepuk dia akan bagi sesuatu macam duit raya ke, ketupat ke...tapi dalam skrin je..bukan betul2 ok. Hahaha.

Yang ni ada mic je mulalah nak nyanyi. Tapi memang kena nyanyi atau cakap kuat2 barulah keluar sesuatu kat skrin tu.

Tak memasal ada sesi kaler kaler

Dah siap kaler bagi kat staf dia akan masukkan dalam satu alat ni..so akan terkeluar la hasil kaler2 tu kat skrin. Aku agak dia terbalik scan kereta kami.

Kagum la yang ni..


Kampung mana ada pokok sakura ni wei..

Muka2 happy tapi Aqeel stone je.

Kemudian bila keluar tu pintunya dah termasuk balik ke dalam khemah besar yang kami keluar first tadi. Hahahaa...

Aku tetap nak ke L'Oréal. Apa lagi terus menuju la..so memang sangkut la beli..eh eh ada makeup by GiGi Hadid. So nak cubalah. Beli lipstick matte je pun. Yang lain tak payah sebab aku memang jarang mekap. Pastu laki aku sangkut beli shampoo botanical. Aku pun sibuk beli hair mist. Nak beli serum macam takpelah...hahaha..tapi memang murah weii...depa macam bagi diskaun 70%. Gila katak kan. Sebab pencuci muka pun nak habis aku pun beli gak satu untuk hydration. La ni umur dah camni semua kena yang melembabkan kulit jer...maaflah Safi, lain kali je kita beli awak...kita tak kuat kalau diskaun2 ni. Kita ingat nak cuba yang series derma Safi tu sebab terpengaruh gak tengok kat IG dan blog kawan2 yang buat review..but now dah beli L'Oréal. Hahaha..

Semuanya RM52 sahaja ya...sangat2 murah

Settled semua kami pun balik. Lalalala je happy takde orang. Kalau ramai orang susah gak nak control kan si Aqlan tu.