Memaparkan catatan dengan label Masak Sendiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masak Sendiri. Papar semua catatan

Khamis, 17 September 2020

,

رسيڤي كروتوڤ

Resipi Kerutup


Ok memang banyak je post aku masak kerutup. Kali ni aku buat kerutup laki aku suka pulak..macam rasa dia al dantè la. Kali ni bukan main agak2. Ada ukuran jadi sementara masih ingat..baik tulis.

Blend kering
1 sudu besar (SB) ketumbar
1 SB jintan manis
1 SB jintan putih
1 SB bunga lawang
1 SB serbuk kayu manis
1 SB buah pelaga
1 SK cengkih
1 SK lada hitam
2 biji buah keras

Serbuk kayu manis tu blend asing sebab dia kan kayu...ada juga jual siap2 tapi ada bau manis2. Sesuai untuk desserts.

Blend basah mesti campur air la...
20 biji Bawang merah
11 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas


Perapkan dengan 1.2kg daging batang pinang yang dipotong kiub, simpan dalam peti ais 2 jam minimum. Lagi lama perap lagi sedap. Kali ni aku buat perap dalam 12 jam.


Panaskan kuali
Minyak kelapa
2 biji bawang besar hiris
3 SB Cili boh
Masak hingga pecah minyak
Masukkan daging yang diperap

Selepas setengah jam..
Masukkan 2 kotak kecil santan kacau sebati dulu
1 SB asam jawa dibancuh dalam 1 cawan air
1 SK garam kasar
2 SK garam halus
1 SB Gula melaka/nira
3 SB kerisik

Bila hampir masak baru masukkan..
1 helai daun kunyit racik halus2
3 helai daun limau purut.

Ahad, 3 Mei 2020

جدوال ماكن ١٠ هاري ڤرتام رمضان ١٤٤١ه

Jadual Makan 10 Hari Pertama Ramadhan 1441H

Saja tulis kat board supaya takla repeat makanan sama dalam minggu yang sama.

Alhamdulillah rezeki Allah bagi untuk bersahur, berpuasa dan berbuka. Berjimat cermat. Supaya lebih berkat.

24th April to 28th April





29th April to 3rd May












Adik ipar bagi

Haha malas betul nak angkat tudung saji

Yang pasti kari daging la laki aku paling suka dalam tempoh 10 hari ni. Haaaa amikk makan..pastikan rempah mak siti. Lain rempah lain rasa ya...pastu kari kena style mamak..ok...

Khamis, 26 Disember 2019

, ,

Kek Keju Oreo Tanpa Dimasak

Ok tajuknya tak popular seperti Non baked oreo cheesecake.

Dah lama Aqlan meratib nak buat. Belek resipi Omputih, Melayu...last2 pergi ke YouTube buatoranglapo.

Resipi ada ubah sikitla. Tapi basic macam apa yang perlu tu ikutla. Whipping cream tu, cream cheese, oreo of coz la kan.

So lepas dinner kami pun buat bersama. Laki jaga baby kat atas. Baby kalau ada kat dapur lagi kacau bilau.




Resipi mudah aje. Sap2 soi siap.

Crust
69gm buttercup dicairkan guna microwave ajer
250gm Oreo small crushed cookie pieces (beli siap kat kedai bakeri ada jual dalam pek 454gm).
Dua bahan ni campurkan bersama lepas tu masukkan dalam loyang saiz 9. Tekan2 kasi rata keraskan dalam freezer tempat simpan ikan tu ya.

Frosting
250gm Tatura cream cheese
80gm gula castor
1 sudu kecil vanilla extract pekat
200ml whipping cream Emborg
Mixing all together tapi jangan over
Oreo small crushed cookie pieces ikut suka mana nak banyak ke sikit, ni just guna spatula kacau2 manja.
14 pieces oreo chocolate for hiasan

Sebelum masuk fridge at least 4 hours tapi kami lebih 16 jam




Resipi ni sedapla..kalau takde biskut oreo sebagai hiasan tu lagi sedap sebab biskut tu manis sangat. Haha tu saja nak bagi Aqlan hias2

Happy sangat dia

Rabu, 18 Disember 2019

Donut Oh Donut

Tak pandai buat donut. Dah salin resipi, laki dah belikan bahan2 pun tak terbuat jugak. Last2..

Amik...just tambah yis, telur, air sejuk dan butter.

Selepas layan 1 episode Dark barulah nak menggoreng semua. Padahal doh dah naik 2x ganda tapi buat dekkk je.

Gigih buat bulat2 dibantu Aqlan. Tapi dia tak reti buang lubang. Dia kata jari dia kecil. Ehehe.

Donut sebelum digulakan 

Dalam kuali panas pun sempat mengembang  lagi


Untuk frozen, goreng sekejap je.

So bila makan panas2 memang sedap. Laki pulak terimbau zaman dia makan kat Kanada. Depa panggil fritter. Ehehe. Masa tu dia makan ada blueberry. So next dia kata bolehla add on ya. Ooooohhoooo..

Khamis, 14 November 2019

Terung Berlada..Ini Bukan Resipi

Ini cuma nak letak gambar sebab suka sangat ambik gambar makanan pastu hantar ke laki bagi dia terliur. Ko rasa? Kadang2 kena update la ke laki tu apa bagi makan ke budak2. Dia nak balik makan tak..kalau dia balik makan aku akan masak banyak sikit. Kalau tak 1 pot nasi je aku masak. But mostly aku memang masak 2 pot. Tak habis nasi buat nasi goreng atau cucur nasi esoknya. Alhamdulillah beras yang digunakan tak cepat basi.

Kadang2 nak masak pun kena fikir anak2 boleh makan tak. Kita semua benda nak pedas kalau boleh. Lama juga tak makan pedas sebab malas nak masak banyak2 jenis..last2 aku masak juga terung berlada ni. Memang hantu terung. Suka sangat2. Asal laki nak top up barang dapur mesti dia belikan terung. Siap sekali tu pernah mak mentua bawak terung dari Ipoh untuk kita masak. Sebab dia beli pastu pak mentua tak makan..dia bagi kita. Lalala..

Terung ni kadang2 kita malas nak masak dia elok2. Selalu kita just buh minyak sikit sangat dan selarkan atas  kuali panas. Tapi dia takkan jadi lembik2 tu. So kalau masak letak minyak tohor ok la. Cuma kena jaga sebab terung mudah burn. Hahaha.. nampak sangat dah berapa kali terbako.

Pastu la ni aku malas dah nak rebus cili dan blend pastu baru boleh masak. Cam lambat. Jadi beli yang segera punya. Kedai Melayu la kat Kedai SRM Puchong. Tatau la aku tak banyak masuk kedai Melayu. La ni memang kami mencari2 kedai Melayu..jumpa kita masuk...kalau ada sesiapa nak share cara masak cili paste supaya lepas tu senang nak buat stok untuk masakan bercili..silalah bagitahu apa nama blog anda..bolehla saya berjalan2 di sana..eh eh.

Ni pakai 5 biji terung. Teringat2..laki cakap kurang bawang. Yelah dia kan pengadil masakan. Jangan bimbang budak2 memang tak makan. Aku sediakan makanan lain..ni ibu dia dah craving sangat..jejes2

Jumaat, 25 Oktober 2019

1st Time Masak Mee Kari

Sebab2 nak masak ni supaya taugeh tak terbazir..mula2 taugeh ni dah guna masuk dalam bihun, cucur...So masih ada lebih jadi kita buat mee kari la sebagai garnish dia.

Aku pun google cari resipi paling mudah sesuai dengan bahan kat rumah...tapi sebab banyak kena alter supaya Aqlan dan mak boleh makan. Ikutkan aku nak masak pedas tapi....tak bolehlah kan.

Warna kuah kurang pekat la sebab kurangkan kari...demi orang tersayang yang nak makan..

Bahan blend
Bawang merah 4
Bawang putih 4 ulas
Udang kering rendam dulu segenggam

Daun kari
Serai 2 batang ketuk
2 sudu serbuk kari ayam daging
2 sudu serbuk kari ikan
Santan satu kotak
Air 700ml

Tauhu goreng
Fishball
Udang

Cili merah
Taugeh dicelur
Daun bawang

Alhamdulillah mee habis. Pakai mee kuning NuMee Gardenia..ada lebih kuah dan garnish sikit2..hehe

Khamis, 8 Ogos 2019

Cempedak Goreng

Last week mentua bagi 2 biji cempedak. Belum masak. Kami tunggula..hehe aku asyik dok belek kot dah berair, dah berpeluh2 dia kena balut dengan surat khabar. Hari ni aku belah dia. Of coz masa tu laki dah balik sebab kalau dia tak tolong jaga Aqeel nanti budak tu mulalah nak tolong kopek sekali.

3x goreng ya. Ini 1st batch.

Dah lama aku tak goreng cempedak. Laki aku suka makan. Dia balik cerita orang jual 5 biji RM4. Cekik darah betul. Aku sebenarnya pun ingat nak kopek tu makan mentah2 sikit dan simpan esok jelah baru goreng...haha..sebab aku dah masak nasi ayam. Tapi laki aku asyik tanya lebih 1x you nak goreng cempedak kan.. nasi ayam tu you simpan I bawak bekal esok. See laki aku nak makan jugak cempedak goreng, malam ni jugak. Hahaha..jadi lepas maghrib aku turunla masak. Minta dia jaga Aqeel lagi. Aku dah siap kopek semua sebelum maghrib. Siap pakai sarung tangan plastik. Bergetah weh..pisau aku pun kena minyakkan lepas tu.



Batter dari sini Majalah Rasa. Memang sangat sedap.

Lebihan


Aku tak ingat berapa biji semua yang aku goreng. Aku makan 11 biji goreng. 1 mentah. Laki aku makan banyak betul. Siap nak rebus biji. Aku kata takyahla..bila pulak nak rebus kalau simpan dalam peti ais biji tu. Sebab kan nak balik kampung cuti raya haji. Even mentua aku cakap kalau nak lagi dia bagi lagi bila kami balik Ipoh nanti. Adoi... aku memang suka cempedak ni. Orang jual dah la mahal.

Tengah2 makan sambil menyuap Aqeel makan nasi ayam. Titiber dia macam buat perangai lak. Dia ni memang tak boleh duduk lama kat bawah. Suka nak naik katil. Dia dah puas main kita tak siap makan ke...basuh pinggan ke..kalau dia dah bising tu kena bawak jugak naik. Sudahnya laki aku bawak naik lepas aku bagi dia susu. Tak boleh sambung makan cempedak dah. Macam dah kenyang gila. Manis leting takyah cakap. So ada sebekas juga bagi pada helper. Oh dia tak duduk dengan kami ya...dia datang cuci rumah 2 minggu sekali. Aku bagi kat dia sebab last dia datang dia bau cempedak tu. Tapi dia ni jenis tak mintak2. Kerja2 je.. tapi aku fahamlah dia teringin. Dahla mahal kan. Kalau dengar kisah dia aku pulak rasa bersalah sebab makanan selalu tak habis buang je. Tapi kalau bagi orang mestilah yang elok belum diusik. Kalau dah saki baki takkan nak bagi. So panjang kan pemberian dari mentua aku. Rezeki tu sampai pada siapa yang Allah pilih.

Aqlan dan Aqeel tak suka makan cempedak goreng buat masa ni lah. Rugi betul.

Selasa, 6 Ogos 2019

Chocolate Chips

Ni biskut easy step. Hanya perlu tambah telur dan mentega. Tulah resipi ikut kotak. Lama dah laki aku beli nak buat dengan Aqlan. Rasa lama sebab aku tengok 19 Ogos ni expired.

Yang pasti biskut ni sedap. Laku keras haha.

2nd round. Kecik sikit


Haha letak rapat dia kembang setaman terus member macam johan

2nd batch pandaila letak jauh2 sikit

soft baked cookies




Khamis, 1 Ogos 2019

Kek Coklat Walnut

Aqlan suka kek. Aku pun suka. Since dah beli walnut dari Mahnaz pastu bila makan camtu tak sedap sangat baik buat kek. Haha.

Resipi Google jek.

Aqlan memang membantu aku buat. Dia akan aku suruh basuh tangan. Lap. Pastu baru boleh tolong. Dia suka kacau2. Syok la tu. Layan jelah anak bujang aku ni. Adik dia main pinggan mangkuk biarkan.

Aku mintak laki cek kek dah masak ke.. dia cucuk2 kek ni..tu banyak lubang.

Gambar lain takdak sebab semua macam rakus makan kek ni. Aqlan tak suka kacang jadi aku tak bubuh banyak. Ikut resipi ada hias walnut atas kek. Kang dia nampak tak makan. Tu pun dia tanya apa ada dalam kek. Aku cakap walnut la. You remember Ibu chopped the walnut? Haha sebab dia excited waktu aku chopped dark chocolate sebelum masak atas air panas. Apa nama teknik tu? Aqlan asyik ingatkan..put the pot..water..and put another bowl and put chocolate Ibu.. dulu masa buat lava cake aku tanak buat. Masa tu dia dah ingatkan jugak. Haha. Ajak anak lagi tengok MKR. Kan...

Aku happy anak2 suka makan apa aku buat. Ada jugak masa diorang memilih.