In Best Product Hobby

Gunakan Wire Net Untuk Susun Atur Alatan Menjahit

Idea ni aku tengok dari capaian wire net / wire mesh for sewing room organizer. Ada macam2 idea yang keluar untuk dapatkan apa yang diperlukan. Now lebih mudah nak capai. Dan nampak depan mata.


Barang2 ni aku beli di KWC je. Kedai di tingkat 5. Tak jauh sangat dari escalator..masa sampai KWC pening juga tak tahu kedai ni under apa? Mostly situ kan kedai baju. Carilah home decoration atau seumpamanya.

Bahan2 memang murah je. Kalau nak mudah pergi jelah Daiso. Tapi costly la sikit.

Wire net tak ingat saiz berapa harga RM9. Sepanjang saiz meja menjahit Ikea aku la. Meja menjahit Ikea tu RM99.

RM2.70 untuk hook bagi menggantung wire net. Ni lebih kukuh.

RM3.20 untuk satu pek ada 10 hook.

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In Review

Kedai Farmasi Murah

Bila cari2 barang yang harganya memang telan air liur kita sanggup buat perbandingan demi nak save RM kan. Kalau dah sampai RM10 bezanya itu dah besat sangat.

Umum mengetahui produk2 skincare ni tak murah. Jumpa doktor pun bayar consultation dah RM30. Belum masuk harga2 ubat. Merawat memang boleh jadikan purse gawat.

Jadi berdasarkan pencarian di google berkenaan masalah kulit aku yang seakan2 sama dialami sekarang, aku cuba juga ikut produk apa yang sesuai dipakai.

Bila type nama2 produk ni akan keluarlah nama2 website yang menjual produk tersebut. Sekarang zaman online semua boleh beli hujung jari. Tapi aku usha harga je untuk buat perbandingan. Aku suka menapak ke kedai.

Bila dah tetapkan hati nak pakai apa jadi kita singgahla mana2 kedai yang jual produk tu. Alhamdulillah ada laki yang rajin layan. Sebab kedai2 ni perlu memandu kereta untuk ke sana. Kalau dalam mall sejuk, ini tidak. Ia terletak di deretan rumah2 kedai. Tapi laki aku memang suka situasi ni. Park pastu jalan kejap masuk kedai. Kalau tak jumpa parking dia pusing2 sambil aku memilih barang di dalam kedai.

Farmasi atau kedai2 kecantikan yang biasa kita dengar seperti Watsons, Guardian, Caring kan. Tapi sejak aku jumpa susu kambing yang murah untuk Aqlan di Farmasi AA, aku masuk balik kedai ni untuk cari produk bagi diri sendiri. Setakat ni farmasi ni yang aku pergi tak pernah ada dalam mall. Mesti di rumah2 kedai.

Jadi hari ni aku ke Caring, salah satu sebab boleh dapat point Bonuslink. Laki ada point yang banyak untuk di redeem dengan cash voucher. Tapi dia tak bawak pulak. Aku jumpalah apa aku nak tapi tak jadi beli. Rasa macam tak keruan tengok harga. So pergi Guardian pulak.

Di Guardian aku jumpa juga tapi pun mahal. Ermmmm tiba2 sangsi betul ke perlu ni?

Laki yang baik hati bawak juga aku ke Farmasi AA. 2 cawangan farmasi pergi sebab yang pertama takde. So yang kedua baru ada. Dan syukurlah tak beli kat farmasi2 sebelum ni sebab beza harga banyak...ada doubt tu. So kat sini aku pun belilah...yang syoknya bila dah bayar harga macam ada diskaun lagi. Hehe. So rasanya lepas ni kalau nak beli produk2 ni aku dapatkan di Farmasi AA jelah. Tapi kalau emergency nak buat camna kan.

Apa yang aku nak highlight kan ialah pasal perbezaan harga ya. Korang kalau nak berjimat jadilah macam aku buat perbandingan pelbagai kedai. Tapi kalau duit terlebih dan masa pun kurang, so proceed jelah kat kedai mana yang dijumpai tu.

Ni bukan berbayar punya promosi. Just sharing ok. Haha.


2 botol 1000ml  (in total dapat 2000ml/2 liter) washlotion untuk mandian Eucerin ialah RM99. Kedai lain RM129. RM30 kot beza.

Lotion badan Eucerin 250ml pulak RM32. Kedai lain RM40. Dah RM8. Erk erk...banyak kan..

Face mist Eucerin 50ml RM16. Kedai lain RM23. Dah beza RM7. In total aku dah save sebanyak RM45 ok. Walaupun kedai lain tengah sale, harga sale pun tak boleh compete harga di Farmasi AA..

Kedai ni takla nampak glamour. Sempit. Tapi pilihan sangat banyak. Siap ada produk2 rare. Syok woo...

Korang boleh ke FB page diorang untuk tahu kat mana lokasi2nya.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Alteration

Alter Baju Lagi, Buat Extension Lengan

Selepas berjaya alter baju kemeja kaler hijau tu, kali ni aku alter baju kaler hijau jugak..haha suka hijau apa boleh buat. Baju ni ialah dress lengan pendek dengan skirt sampai lutut. Konon nak bergaya la nanti dengan seluar panjang. Tapi nak pakai inner tak sanggup. Panas.


Baju ni kain dia tebal. Beli lama dah di Uniqlo. Harga baju dibeli RM39.90 je. Tapi sekali tu aku tengok kat website Uniqlo jual RM129.90. Aku pun tak faham. Selalu je terima updates dari Uniqlo pasal sale ni. Tapi aku tetap suka beli di kedai. Kalau korang perasan harga baju Uniqlo lain branch lain jualan murah dia. Paling rare kena pergi Fahrenheit la. Situ baju lama2 semua ada. Kot ada perangai nak pakai fesyen lama je kan.


Extension aku potong dari kemeje lengan panjang yang aku tak muat nak pakai dah. Zaman kerja banyak kemeja. Kurus. La ni sedap je badan tu keja nak melebar je.

Ok mula2 pakai kemeja tu dan baju yang nak ditambah lengan. Ukur panjang dari pergelangan tangan ke jahitan kelepet lengan baju yang nak ditambah. Saiz aku nak tambah dalam 10.1 inci. Tapi aku potong sepanjang 12 inci untuk basi kelim.

Cara2 buat extension lengan pendek.

Buat ukuran betul2 sebelum nak potong kain. Measure 2x cut 1x. Ingat tu.

Pastikan lebar kain yang nak ditambah lebih sikit dari lengan baju tu. 

Pin siap2 supaya tak teralih ukuran yang telah ditanda.

Nak jahit memang payah sikit. Kena pandai cari angle yang betul.

Siap sudah. Bolehla bergaya.
Selamat mencuba. Kalau hantar kat kedai tatau berapa caj sebab alteration lagi susah dari jahit baju baru. Sebab nak ikut warna benang, alur jahitan dan kelepet supaya tak kelihatan seperti di alter.


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Resipi

Resipi Potongan Ayam Jenis Fillet

Ayam jenis fillet ni kalau tak buat fillet goreng yang dicelup dalam tepung, telur dan bread crumb tu memang tatau nak masak apa dah. Laki beli sekilogram pulak tu dari Sri Ternak. Kenalah memikir. Google sudahlah...bukan tahu masak or reka2 masakan sangat pun kan..


Resipi asal ni dari penulis di Australia. Adalah benda yang aku tambah dan buang ikut apa yang ada dan tuntutan agama. Sebab asalnya ada wine. Kalau ko tengok resipi omputeh ni memang banyak pakai wine.

White grape juice - Use white grape juice as a substitute when you want to add sweetness, or deglaze the pan. For a punchier substitute, try mixing a tablespoon of vinegar or lemon juice per cup of grape juice. Chicken or vegetable stock - Substitute stock for white wine when you want to add depth of flavor to a dish.

Agama Islam tak melarang makan sedap. Tapi janganlah makan benda haram demi nak makan sedap. Jangan melampau.

Okay resipinya ya...berdasarkan apa yang aku masak hari ni..aku ganti wine tu dengan bawang Holland bagi rasa manis2. Ok je.. masak untuk anak juga jadi tak boleh pelik2 sangat ya.


  1. 3 sudu minyak kacang tanah Cap Helang
  2. Ayam bahagian fillet dalam 8 potongan, hiris kiub sama saiz.
  3. Terung panjang 4 biji saiz kecil2 dipotong serong nipis2.
  4. Daun bawang potong panjang2. Aku guna gunting je senanglah wei..
  5. Bawang Holland sebiji dipotong 8 dan dikupas satu demi satu lapisan
  6. Bawang Shallot 4 biji - cincang
  7. Bawang putih 3 ulas - cincang
  8. Lada Benggala warna hijau 1/3 bahagian
  9. Halia 2cm dihiris2 macam batang mancis
  10. 2 sudu besar Sos tiram 
  11. 2 sudu besar kicap cair
  12. 2 sudu besar kicap ABC
  13. 500ml stok ayam - air rebusan ayam
  14. Sedikit garam
  15. Daun ketumbar sebagai hiasan


Mula2 panaskan minyak kacang tanah. Masukkan bawang merah dan putih yang dicincang. Aku guna chopper Tupperware. Mudah sangat kerja. (Aku bukan ejen ok). Kemudian masukkan halia..bila dah berbau masukkan ayam. Masukkan 3 jenis sos kicap tadi. Masak sekadarnya jangan sampai perang. Ketepikan.

Dalam kuali lain panaskan sedikit minyak kacang tanah. Masukkan lada benggala, bawang Holland dan terung. Masak hingga keperangan. Ketepikan.

Dalam kuali ayam tadi, masukkan stok ayam, didihkan dan masukkan bahan2 dalam kuali berisi terung tadi. Apabila mendidih masukkan garam dan daun bawang. Hiaskan dengan daun ketumbar. Makan panas2 dengan nasi putih. Nak pedas makan sekali dengan cili burung kecik2 kaler hijau tu. So yummy.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Best Product

Mandi Dengan Sabun Eucerin Untuk Kulit Sensitif

Untuk sesiapa yang kulitnya sensitif macam aku, yang kejap2 kena dermatitis. Kena panas sikit dah naik bintik2 merah dan muka dah merah macam udang kena bakar. Puas la aku fikir apa lagi cara untuk mengurangkan kegatalan ni.

Google segala mak nenek berkenaan keadaan kulit aku ni adalah terjumpa beberapa blog yang penulisnya kongsi pengalaman mereka. Ada tu sama keadaan kulit sensitif macam aku. Oh baik teruskan baca. Mereka pun dah cuba pelbagai cara. Tapi satu cara mudah nak legakan kegatalan ni ialah mandi dengan sabun yang menambah kelembapan kulit. Jadi bila kulit lembab dan tak kering maka kuranglah nak bergaru tu kan. Kemudian sapu lotion yang sesuai. Haah ye orang kulit sensitif ni belanja untuk merawat kulit agak besar. Special. Bukan boleh pakai taram je produk2 di pasaran.

So untuk atasinya aku pun belilah mandian Eucerin. Aku beli kat AA Farmasi je. Dekat Seri Petaling nun. Lama juga menelaah nak baca semua. Walaupun dah baca dalam web rasmi Eucerin.

Tapi kat kedai ni aku tak jumpa losyen susulan tu. Mungkin aku patut sapu aloe vera je. Tu pun bercinta nak petik daun kat luar rumah. Ingat nak tanam dalam pasu masuk dalam rumah. Senang aku patah2 kan je bila nak guna.

Sabun ni aku jumpa ada dalam botol 200ml RM26+, 400ml RM47+ dan 1000ml tak ingat berapa. Makin banyak makin murahla. Tapi sebab aku ternampak pulak best buy aku pilih yang itulah.. 2 botol 1000ml RM99. Kira sebotol dalam RM50 je.




QR code tu aku scan takde apa pun. Page not found.

So far aku guna 2 hari ni lepas mandi memang kulit rasa lembab. Tapi hilang gatal2 sepenuhnya takdela, especially bila dah start berpeluh.

Macam2 produk Eucerin ni tapi aku beli apa yanh perlu jelah. BTW orang kulit kering cuci muka kena sekali je waktu malam. Kalau 2x cuci bertambah kering. Pulak2 aku yang pemalas nak pakai segala mak nenek after wash tu.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Alteration

Baju Siap Di Alter

Baju harga RM39 je. Ingat muat rupanya ketat sikitlah. Tertayang pulak yang tak patut. Jadi kita alter la.


Apa yang di alter tu?

Tetas kolar leher tinggal cekak dia saja. Kolar leher tetas bahagi dua untuk tambah kain tepi pinggang.

Tetas tepi pinggang tu sehingga bahagian ketiak. Jahit masukkan kain tambahan dari bahagian kolar baju. Tak boleh salah potong. Measure 2x, cut 1x ONLY.

Aku juga jahit balik semua patches. Sebab hanya digam jadi lepas basuh tangan pun patches sudah start nak tertanggal. Masa nak patches guna mesin jahit tu ambil kain alas bawah patches.

Jahitan butang yang asal.

Aku tambah kain alas sebelum jahit semua patches

Jahitan butang yang aku buat

Tambahan kain dari kolar pada bahagian ketiak ke bawah

Tambahan kain yang sudah siap

Dah jadi kolar leher tentera kata laki aku. Bagus jugak buat kolar macam ni taklah berpeluh2 bawah tudung tu.



Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Makan Luar

Kedai Makan Jual Ketam Di BK5

Tajuk tak boleh nak fikir dah. Sebab utama tak ingat nama kedau dah. So suka hatilah kita panggil kedai ketam.

Kedai ni dibuka setiap hari kecuali pada hari Selasa minggu pertama dan ketiga. Makanan utama dah tentu ketam. Tapi aku tak minat makan ketam sangat. Sebab malas nak kopek kulitnya yang keras tu. Jadi aku prefer ketam kulit lembut.

Makanan yang kami order sesuai dengan perut yang tengah lapar. Semua orang pun nak makan nasi ya. Yang takde dalam ni ialah nasi goreng, nasi putih 3 pinggan dan telur dadar 2. Kami asa order ayam butter tapi tak sampai2. Rupanya staff tak tulis. Itulah lain kali kena repeat order. Kami juga minum air cincau.





Sangat kenyang dan sedap ya. Ermm boleh datang lagi. Simpan untuk emergency bila dah tatau nak makan apa.

Kat area sini ada je Chibiuk tu tapi kami rasa overpriced. Harga makanan dan minuman yang kena caj dalam RM90++.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Review

One Night Stay At Concorde Hotel, KL

Tak pernah tidur sini. Baru pertama kali. Masa check in tak ramai orang pun. Oh ya semua booking laki dah buatkan terlebih dahulu. Harga bilik semalam dengan breakfast untuk 2 orang dewasa RM279. Harga breakfast untuk setiap orang RM65 dan kanak2 bawah 4 tahun percuma. Masa dapat key card tu pada kertas sampul kami telah dicop upgrade. So kami tak tahu patut bilik jenis apa yang dapat dengan harga macam tu.

Bilik 0918



Bilik kami menghadap KLCC dan nampak kolam renang di tingkat 1. Ada 2 jenis kad. Satu coklat untuk activate electric. Satu lagi hitam untuk access elevator ke tingkat mana dan untuk kunci bilik. Masa laki bagi kad kat aku dia terbagi kad electric. So kenalah tunggu sekejap cleaner datang bukakan pintu. Nasib ada staff yang angkat barang tu. Dia pun gunakan kad dia masa aku nak naik lif. Hahaha. Itupun siap dia ajak turun balik sebab takde kad masuk bilik, dan tiba2 dia terfikir pinjam kad cleaner dibilik berdekatan. Bijak kau dik.

Room Interior




Takde bidet.

Katil double bed katanya tapi macam tak je. Tilam dia best gila. Cam baring terus nak tidur. 

Radio tu JVC je. Tapi audio dia best sampai laki nak beli satu. Ada lagi ke jual?

Budak paling bahagia.

Dalam bilik kami lepak2 je sebab nak jumpa kawan kejap lagi. Aku pun lepas duduk2 terus mekaplah. Tak dan kat rumah tadi. Sempat sapu bedak je. Patut jumpa jam 4 last2 jam 5.15 camtu baru jumpa. Aku pun siap kena tanggalkan mekap dan solat asar pastu pakai balik. Lega dah tukar semula facial wet tissue aku. Kalau tak rasa burning je kulit muka tu lepas tanggalkan mekap.

Dinner/Ala Cartè Di Melting Pot

Untuk dapatkan diskaun makan di Melting Pot jika korang ambik buffet dinner je (untuk hotel guest sahaja ya). Harga buffet RM110 bermula 4-31 August 2017. Itu yang aku tengok pada kad atas mejalah. Aku dan kawan2 malam tu just minum teh dah sepotong kek masing2. Teh tarik RM22 segelas dan no refill
dan sepotong kek RM15. Kat sini masing2 buat lawak bodoh pasal harga teh. Tapi teh memang kaw. Ann je tak amik teh di tu suka minum kopi lagi.

Breakfast Di Melting Pot




Breakfast start seawal jam 6.30 pagi. Kami makan tak banyak tapi serba sedikit. Aku mencuba nasi impit dan kuah lontong, nasi lemak, buah-buahan, pastri, scrambled egg. Minum kopi dan jus.

Aqlan suka makan sosej dan sup. Juga telur dadar filing cheese. Kemain ko nak. Bagi susu tanak. Nak minum jus oren. Hamboi.

Laki aku makan banyak tak jugak. Tapi yang dia ambil tak sa ma dengan aku. Kami ke tempat makan awal jadi kami dapat pilih meja tepi tingkap. Sambil makan nampak orang yang masuk run. Ada baju biru dan kelabu. Ada juga parents yang tolak stroller anak. Sungguh tabah ya. Kami pulak makan sambil tengok korang lari2. Kami bila nak lari balik macam dulu2 sebelum ada anak ni?


Habis makan kami sambung tidur. Ya baju berenang tak bawak. Sebab tu tak dapat mandi. Satu beg tertinggal. Kesian Aqlan tapi sebab dia tak nampak pool tu takpelah.

Masa dah nak balik panggil bell boy cepat je datang. Lepas turun nak check out tengok ramainya guest. Ada 2 wedding. Satu kaum Melayu dan satu lagi Cina. Penuh lobby.


Kami lega bila dah keluar. Sampai terlupa nak pergi HRC tengok baju sebab ada diskaun 15% untuk hotel guest. 

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In Gathering Makan Luar

Celebrate Belated And Incoming Birthday

Our original plan is going to Penang, stay at hotel for 2 nights and having birthday party inside our room. This plan was planned since April. But all cancelled due to our busy schedules.

12th of August 2017 is the only date that we can spend our time together.

So we choose Hard Rock Cafe KL. I never been there. Tapi kat Concorde tu dah beberapa kali juga.

My husband reserved one night stay at this hotel. Sebab dia malas nak balik...nak bagi aku borak dan jumpa kawan2 dengan puas. So plan dia ialah dia nak rehat2 dalam bilik dengan Aqlan.

Jadi sementara menunggu kawan2 sampai, kami yang dah check in sejak jam 3 petang lagi just berbaring2 di bilik. Santai2. Nak berenang tapi terlupa bawak baju renang. Haha. Tengok jelah kolam renang tu tapi pastikan Aqlan tak nampak. Jika dia nampak mahulah meratib nak mandi kolam.

Dinner di Hard Rock Cafe





Untuk makan dinner kami semua join. Kecuali Bujal dia ada kerja. Meja penuh. Nasib dapat tempat. Like fully reserved la. Dan dapat dilihat beberapa sambutan birthday dibuat dalam ni. So staff menyanyi riang..haha tapi kami tak bagitahu staff sebab kami tak mahu benda2 tu. Makan jelah sambil borak dan hingga kekenyangan. Overall makanan kat sini so so je. Dan harga memang mahal. So puas juga habiskan makanan sebab tanak membazir.







Lepas dah habis makan, laki dan anak naik dulu sebab budak tu dah bosan. Jadi kami bergambar sakan dulu sebelum bergerak ke Melting Pot nak tea time pulak.

Tea Time At Melting Pot

Dah kat situ takde nak makan sangat jadi kami pilih kek la kat situ. Si Ann pulak bila dah order air baru teringat nak makan kek lava Chilli's. Sabar je. Laki aku memang bagi je aku nak kemana2 nak lepak dengan diorang ni. Tapi dah order kan minum jelahhhh... pilih kek juga. Pastu ada 6 sambutan birthday juga kat sini. So the group yang nyanyi2 tu dari satu meja ke satu meja non stop. Aku pun pelik ko tak sakit sekak ke nyanyi sepanjang malam? Yang kami ni borak2 tunggu si Bujal datang. Aku pulak sempat balik bilik solat semua. Untung juga buat macam ni. Kekekeke.






Dah habis borak pilih pulak next tempat kat mana. Pulak2 dengar kisah Ann nak kena transfer kerja jauh. Dan dan Reen nak buat farewell party bagai. Alasan je kan nak makan sedap lagi. Aku pun offer buat port luck meh datang rumah aku kita borak sampai lebam..tidur terus. Esok je balik. Hahaha..

Dah nak jam 12 malam baru balik. Nasiblah tekan naik tingkat 9 je. Penat gila tapi syokkkkk.. Lama tak jumpa diorang ni.

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

Comments

Weekly Popular

loading...