Memaparkan catatan dengan label Tin Collections. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tin Collections. Papar semua catatan

Rabu, 14 Disember 2016

,

Akhirnya Aku Dapat Koleksi Penuh Tin Shell Sempena 125 Tahun Di Malaysia

Terima kasih kepada Encik Zcat sebab dia yang belikan semua koleksi tin 125 tahun Shell di Malaysia ni.!!


Maybe orang lain dah lama dapat kumpul. Aku sebenarnya last week lagi dah dapat full collection tapi entah tak update lak. Hehe.

Masa untuk kumpul tin ni agak lama....tin kecik senanglah..pastu tin sederhana...pastu tin dia saja sorang2 takde geng...pastu baru tin2 besar..semua tin ni dibeli di Shell area rumah je.

Tin paling besarlah paling lama nak dapat. Sebab nak kena beli minyak hitam.. tapi dengan kepandaian dan budi bahasa Zcat dia dapat beli tin tu tanpa beli minyak hitam pun. Kena tunggulah promosi habissss... kemudian tin yang berlambak2 kat kedai tu baik diorang let go. Buat penuh stor diorang je. Sape pun yang suka sangat kumpul tin macam aku..tak ramai kot.

Memang masa koleksi Lego keluar cepat je habis..nasib aku tak minat sebab hobi kumpul lego macam common. Haha aku kan luar biasa.

Udah lepas ni kita cari koleksi tin lain pulak. Ada la tu kang pergi merayap kat Supermarket.

Jumaat, 11 November 2016

,

Kumpul Tin 125 Tahun Shell Di Malaysia Tapi Masih Belum Cukup

Aku tak kata aku pengumpul tegar. Ada juga yang belum lengkap. Cuma kali ni tin2 ni dibeli oleh laki atas sebab minat aku kumpul tin.

Aku mungkin terlepas kumpul tin Kit Kat sebab bukan mudah nak cari tu. Lagi satu kalau kumpul tin bentuk macam kereta ada tayar..aku kena sorok dari Aqlan. Sebab sampai sekarang dia kalau dia nampak tin Oreo dalam bentuk bas sekolah tu dia akan minta.

Dulu2 duduk Ampang aku tayang2 semua tin atas rak buku. Sekarang tin semua duduk dalam kotak sejak pindah. Tin2 baru je kelihatan. Itupun duduk dalam bilik mesin jahit. Sedihhh..haha

Lagi 3 tin gemuk paling besar belum dikumpul beli


Yang tempat lipstik sampai 24 ni aku pening kepala pulak sebab lipstik aku tak banyak pun tapi aku gatal2 pergi beli. Sudahnya simpan masuk kotak.