In

Shopping Di Hari Kraftangan 2011

aii dah pergi tengok pameran dan jualan kraft takkan tak beli apa2 kot. duit bawa Rm100. dah jangan nak lebih2..dan lagi sebenarnya duit tu nak pump minyak yang tak habis2 sejak last week. jimat gila gandingan myvi+esso*mobil ni...percayalah.. namun hati tetap risau jika tiba2 bar minyak dah bagi signal blink2.. hehe..

ini Izwan kawan zcat. aku guna nama dia masa daftar masuk menginap time cuti kat Pulau Perhentian dulu. guna nama je dah dapat 10% diskaun..
 Izwan ni perunding perkahwinan. serba bolehla...gelang2 manik ni pun dia buat. jadi sebab itu kitorang singgah di gerai dia kat Hari Kraft tu.
 kalau rasa2 nak gubahan bunga besar macam ni pun izwan boleh buatkan. zcat cuma tahu buat pose sebelah gubahan je..hehehe...seodondon merah..
 ok tak anting2 ni? eh takde lubang telinga laa...



 jangan lupa singgah!
ok zcat belikan gelang lagi dari gerai izwan tu..hahaha...suka..suka...suka  kamoo..
aku tak gantung mug, aku gantung gelang..banyak sangatla...er..er..er....
dan ini yang aku mintak. zcat dengan senang hati belikan. senang nak letak Quran bila nak baca..juga senang nak letak laptop bila nak duduk2 atas lantai..kerusi kecik..punggung lebar..caner...caner...?

Read More

Share Tweet Pin It +1

7 Comments

In

Updated~Hari Kraftangan Malaysia 2011

semalam pergi hari Kraftangan Malaysia di Jalan Conlay. takde plan nak keluar sebenarnya. plan sebenar nak tidur je sepanjang hari tapi gagal.sebaliknya kemas rumah..kemudia zcat ajak pergi lepas asar, jadi kitorang pun pergilah dan park kereta di tempat yang disediakan. nak park dalam area banguan kraft tak boleh. dah park kat sana, ada kenderaan khas yang akan ambil pengunjung. parking free tapi kena ambil tiket khas dan cop di pintu masuk bangunan. pameran ni bermula 23 Feb dan berakhir 7 Mar 2011.

kitorang sampai time tu hujan. tapi takla lebat..berlari2 anak jugakla cari tempat berteduh. ada banyak zon pameran, 5. puas jugakla berjalan dan menengok. mari layan gambar..








 kebaya ni RM350..rasa kat Ampang Point butik Alafan Indah tu lagi cantik

belajar buat kek? ini kek tipu. gila kentang real nya.


ok ada banyak gambar lagi..tunggu zcat hantar lagi...dia mesti terlupa ni.....

updated gambar..sebenarnya aku yang silap extract..hahahaha..kesengalan berlaku ok di hari ahad.



batik2 warisan dari seluruh Malaysia. cantik2 tapi tak berkenan..aku suka satu style baju tu je..tapi takde pics pulakla...
 suka kerusi antik ni


ngehehehe motip ambik gambar sebab ada tenun diraja pahang. tapi ada orang tu tak puas hati sebab negeri dia takde...sekian...
 okla ni dari perak...ni tiru english ok..takde keaslian...muahahahahah
 okla..labu sayung...eh nampak door gift yang ann bagila masa dia kawin hari tu..

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Offline Blogshop at Sunway Pyramid

huh, last week duduk rumah saja memang bosanlah kan. nak masak hujung minggu pun malas. jadi aku dan Ping bercadang nak makan di Sushi King. Lagi...? tengah panaskan enjin, zcat pulak sms baru bangun tidur, tak makan lagi. alang2 kesian dengan orang yang baru nak baik demam sejak pergi Singapore tu, aku pun cakap suruh dia bersiap nak bawak pergi makan sekali.

dah sampai rumah dia, aku pun bagi dia bawak kereta. hurmm orang sakit kena bawak kereta..sebab dia kan selalu rindu steering baby aku..hah amik..bawakla... kekeke....
kami makan Sushi King di cawangan Sunway Pyramid. agak panas la..berpeluh2 kitorang makan. zcat jangan cakapla lagi berpeluh2 dengan nak sembuh demam tu.. bagus gak kan...

kemudian kami pun jalan2 tanpa arah tujuan. sebab nak datang makan je..dah macam melalut2 pulak jalan tanpa niat ni.

lepas tu jumpa kedai ni...
kedai ini kecil dan simple, tapi kemasan yang penting
 macam2 brand online shopping ada...
macam2 ada..yang penting, kasut Christy Ng ada kat situ..tapi takde size.. aku suka wedges dia harga RM130...dia ni pembuat kasut. orang Malaysia tinggal di PJ. zcat kata belilah online...huwaaaa...




dan photog aku bergaya dengan topi dari kedai costume. jom buat party costume..macam best je...........

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Berjimba Di Ice Room Sri Gombak

dah lama tak jumpa my girlfriends. sejak majlis perkahwinan Ann dulu 25 Dec 2010..lama tu....

so kali ni nak berjumpa di Ice Room seperti yang Mimy cadangkan. jadi pilih hari Khamis sebab semua orang free masa tu.

aku OT tiap2 hari sejak audit. jam 8pm dah blah. Ann laki kerja shift malam, tapi sebab stuck jammed kat KL jadi sampai rumah jam 8 malam. Jam 8 malam, Reen pulak masih tunggu suami balik dan dia kepenatan sebab tender sampai jam 1 pagi semalaman buat kerja..Mimy pulak handphone dia bengong...telefon rumah pulak engaged memanjang. tekalah..mestila aku yang sampai dulu dengan baju kerja yang memang tah ape2...hahahaha..

lama benar tunggu masing2..dah masuk kedai..keluar balik. duduk kat kereta dah setengah jam. last2 aku masuk order makanan sebab lapar gila. aku ni kalau dah lapar tak dapat tahan lama2..aku tak boleh tunggu orang dah...

maka aku pun mengorder makanan ini...

mayonis dan thousand island dia memang terbaik.sedap betul. fish filet tu pun tak berminyak sedap sangatla...teringat full house punya...harga kat sini RM13.90.

kemudian masa makan2 tu Ann pun sampai..dia order punyalah lamaaaa....10 minit baru nak tulis..sabor je...aku pulak makan je sampai lambat pulak aku nak bersalam dan mwah2 dengan Ann..hehe..kemudian Mimy tiba...kemudian Reen dengan anak bujang dia Adam. eh eh ada budak laki pulak!..

mukadimah cerita...Mimy la...tapi sebelum tu nak tunjuk makanan yang di order Ann.

 mee tomyam
 ini minuman Mimy..pengacau dia nampak menarik pulak.
 lemon panas tapi diisi dalam gelas begini. bukan patut cawan ker?
 aku dan black coffee RM2.50



 Adam awal2 dah mintak ice cream
 Mimy dan makanan tapi nampak rupa macam.....
tengah dengar Ann bercerita ni.

 kami share blueberry ice cream. sedap..macam tak cukup pulak..hahahah

 Adam tambah makan lagi...mama dia layan borak je dan meluahkan perasaan tak habis2..
Mimy memang suka budak2. aku doakan dia dan Ann cepat pregnant..

kami berborak2 dari duduk dalam pindah keluar sebab sejuk. kemudian borak lagi...tak abis2...sampaila kedai tutup jam 12 malam. tak habis cerita juga. sambungla nanti jumpa lagi...letih.....esok kerja lagi..huwaaaaa....

ini adalah kejadian hari khamis 24 Feb 2011 di Ice Room, Sri Gombak.

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...