Memaparkan catatan dengan label Gathering. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gathering. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mac 2020

, ,

اسمك گرند اوارد ٢٠٢٠

Asmak Grand Award 2020

Bertarikh 29 Februari 2020 yang lalu, Asmak Grand Award 2020 yang bertemakan "We Are Family" telah berlangsung di Dewan Wawasan 2020, Awana Genting Highland Golf  & Resort bagi menghargai usaha dan kerja keras ejen-ejen Asmak.


Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat pada jam 2.20 petang disusuli dengan makan tengahari.


Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan dari dif-dif kehormat. Susana majlis berjalan dengan amat santai dimana tetamu-tetamu diminta terus menambah makanan yang tersedia. Rasa kekeluargaan yang kuat di antara ahli-ahli yang hadir amat terasa.

Ucapan dari CEO Asmak, Puan Nor Fazilah Abd Mohd

Ucapan dari Penasihat Asmak, Tuan Sahar Sahad






Bagi meraikan ejen-ejen yang mencapai tahap jualan tertinggi, pihak pengurusan Asmak memberi penghargaan sesuai dengan kerja keras yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2019. Ejen-ejen terpilih juga memberi sepatah dua kata semangat kepada ahli-ahli yang hadir.







Kemuncak hadiahnya merupakan percutian ke Bali yang ditaja sepenuhnya oleh pihak Asmak amat memberi makna kepada pemenang-pemenang dan diharap menjadi dorongan kepada ahli-ahli lain untuk bekerja lebih keras pada masa hadapan.


Penyampaian cenderamata untuk dif-dif kehormat







Penyampaian anugerah khas.


Selain dari penghargaan kepada ejen-ejen, majlis kali ini juga dimeriahkan dengan pertandingan gaya fesyen dan pertandingan mewarna untuk anak-anak ahli yang hadir.










Acara terakhir ialah cabutan bertuah berasarkan nombor yang diberikan kepada tetamu-tetamu yang hadir.


Lagi gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung.
















Majlis berakhir dengan jayanya pada jam 6 petang.

Info Syarikat:

Asmak ialah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk berasaskan herba dan bahan semulajadi sebagai pilihan alternatif.  Misi mereka ialah membantu masyarakat dan sejagat, meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan, menjadi sumber membekalkan produk kesihatan yang selamat dan berkualiti kepada masyarakat serta mewujudkan peluang-peluang yang melahirkan usahawan bebas kewangan demi mensejahterakan kehidupan.



Ahad, 24 November 2019

,

Ulang Tahun Mak Ke-80

24 November 2019. 80 tahun dah umur mak kita. Kira mak kita lahirkan kita umur mak 38 tahun and last sekali adik bongsu umur mak dah 43. Bukan apa tengah bayangkan diri sendiri dengan umur anak2 bila mereka dah besar nanti. Aqlan masa umur kita 36, Aqeel - 40. Kalau umur panjang, Insya Allah.


Tahun ni sambut birthday mak di rumah kak Pa jugak kat Bangi. Alamat rumah kak Pa sebenarnya Kajang, tapi sebab UKM kat sebelah je..so panggil Bangi jelah. Hahaha.

Kek khas dibuat oleh Malik untuk mak angkatnya..mak kami lahhh

Masa kita sampai rumah kak Pa, kek dah dipotong. Kek belian Kak Ma di Secret Recipe. Tapi kak Ma pun dah balik masa tu so tak sempat jumpa dan bergambar.


Hasil Telegram

Masa sampai pun kita terus borak2 je dengan kakak2 dan anak2 buah. Kita pun baru makan nasi arab sebab mentua tak boleh makan lewat kena on time. masa sampai dah jam 3.30 petang camtu.

Last2 barulah makan sikit kuih kuih dan laksam. Ais lemon tea pun 2 cup jer..pastu kek coklat bawaan Malik.

Masa ni tunggu Malik..padahal sebenarnya mak nak ke Seremban dah nak tidur di rumah adik.

Depa ni pun tunggu nak balik Teluk Intan dah. Kak Ted dan anak sulungnya Ema.



aku makan sikit2 jerr





Sedap sangat ni

Malik, isteri dan anak2.



Mak mentua dan mak.

Kakak sulung, kak Dewi bagi hadiah tapi boleh pulak mak buat muka comel




1st time jumpa Nuh, cucu kedua Abang Bad

Dengan insan2 yang aku besar bersama ketika sekolah menengah di Kuala Terengganu..Kak Dewi banyak didik aku..banyak sangat aku belajar darinya sejak aku kanak2 lagi..haha asyik duduk dengan dia sejak umur 6 tahun ke 5 tahun tah..duduk kejap2 la..tapi kat KT 4 tahun duduk..dialah yang menghadap saat zaman remaja aku. Kami beza 16 tahun ok. Yang tudung biru Saadiah or Kaklong, kami satu sekolah Khairiah. Yang tudung purple Aiman or Kak Ngah dia sekolah biasa...ha la aku sekolah agamaaaaa...ehh manja sangat dia ni dulu dengan aku.



Punya banyak makanan family kak Pa dan Abg Musa sediakan