Memaparkan catatan dengan label TV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TV. Papar semua catatan

Khamis, 17 September 2020

لاين AHS

Layan AHS (American Horror Story)

Mula2 dulu tengok sebab Lady Gaga berlakon dalam season 5, Hotel. Pastu dah ada Netflix kan tengok la dari season 1..baru masuk season 2.

Nak tengok pun tak boleh dengan anak2. Sebab Horror kan.. darah..scene tak pakai baju la. So sekali tu aku layan habis 1 season sampai 4 pagi baru tidur. Ada 12 episodes untuk "Murder House". La ni tengah tengok "Asylum" ada 13 episodes. Ingatkan sama banyak je.

Tengok creator laki baru si Gwyneth Paltrow tu, Brad Falchuk.

Sabtu ni akan ditayangkan season 9.

Aku tengok pelakon dia ada yang berlakon season lepas. Yang pasti Sarah Paulson asyik ada je....

Nak tengok..bila takut tutup mata dengan jari. Dasar.


Khamis, 2 April 2020

رنچڠن يڠ دبطلكن نيتفليق تاهون ٢٠٢٠

Rancangan Yang Dibatalkan Netflix Tahun 2020 (Setakat Ini)

Sumber: JustJared.com


RT (rotten tomatoes)


  • October Faction - RT33% Tamara Taylor (Bones)
  • V-Wars - RT56% Ian Somerhalder (The Vampire Diaries)
  • Messiah - RT44%
  • AJ & The Queen - RT53%
  • Insatiable - RT11% Alyssa Milano (Charmed)
  • Soundtrack -  RT38% Jenna Dewan (Step Up)
  • Spinning Out - RT63%


So kalau dah tengok tu takyah harapla ada kesinambungan. Tapi kalau belum tengok..lega hahaha. Sebab takyah tengok langsung. so setakat ni aku tengok October Faction je. Kadang2 ukuran RT ni betul jugak.

Penguin pun nak tengok TV. Bosan dia eh masa PKP ni.




Rabu, 25 Mac 2020

,

ليس نيتفليق تاهون ٢٠٢٠

List Netflix Tahun 2020

Currently Watching:-

Voice 16 episodes


Drama polis Korea. Seorang polis ada kelebihan mendengar suara/ bisikan yang membawa kepada penyelesaian kes2.

Just watched:-

Locke & Key 10 episodes


Adaptasi dari komik, 4 beranak berpindah ke rumah mansion lama tinggalan waris. Misteri dan adventure bermula dengan penemuan kunci2. Ok tak sabar nak tengok season 2. Tapi ni cerita 2019..nak filming sekarang musim covid-19 so...takyah harap sangatlah ya. Tapi.....kalau baca kat looper....bersedialah.

October Faction 10 episodes


4 beranak balik kampung untuk majlis pengebumian ahli keluarga. Mak bapak ialah pemburu monster. Anak pulak warlock. Ok cerita ni laki kata kaku. Sabar jelah so takda la harap ada kesinambungan.

Khamis, 5 Mac 2020

,

ڤڠومومن ڤنتيڠ. إيسوق ساي كلوار دالم رنچڠن بورق كوڤيتيام TV3

Pengumuman Penting. Esok Saya Keluar Dalam Rancangan Borak Kopitiam TV3.

Saya pun tak akan sangka, Ainin dari Borak Kopitiam, sebuah rancangan bual bicara santai di TV3 menghubungi saya pada hari Isnin jam 7.25 pagi.

Eh kita cakap saya ya..


Semua proses sangat cepat. Isnin dihubungi melalui DM. Ainin bertanyakan koleksi tin Shell saya. Aneh.. saya fikir dia berminat hendak beli atau scammer, maafkan saya Ainin.

Saya kerap dihubungi scammer, malah pada Sabtu lepas saya dihubungi melalui nombor handphone mengatakan saya ada tuntutan di mahkamah.
Keyword:

  • Sabtu, 
  • dihubungi menggunakan nombor handphone, 
  • ada ringtone lagu cina dan 
  • suara seperti dirakam. 

Hello.... saya banyak tengok cerita penyiasatan la. Terus block.

Ok fast forward, rakaman selesai jam 6.00 petang Rabu.



Soalan saya pada Ainin bagaimana dia dapat reach saya?  Google pengumpul tin. Ramai je pengumpul tin tapi saya yang respond dulu katanya. Wahhh..

Esok Jumaat rancangan Borak Kopitiam akan bermula dari jam 8 pagi. Saya tak tahu segment saya minit ke berapa. Kalau ada masa marilah menonton..

Suami ada merakam saya waktu ditemuramah. Bila dengar suara sendiri rasa tak mampu nak teruskan. Hahaha.

Bagaimanapun saya harap esok tidak mengecewakan Ainin dan team; Rudy, Siva dan Ani. (Maafla kalau eja nama salah). Semoga producer dapat melihat bakat Ainin.

P/s. Kalau terlepas boleh tengok balik di YouTube TV3 dan FB Live TV3.

Mehla tambah bilangan rating kat rancangan Borak Kopitiam.