In Makan Luar

Makan Ikan Patin Temerloh

Nak makan ikan patin tapi nak dekat2 dengan rumah je. Malas nak jalan jauh2. Lagipun dah lapar sangat. So lepas zuhur kami pun keluar makan.

Nama Restoran Patin Place. First time pergi. Dekat puchong gak la. Tu yang konfiden je pergi. Parking mudah orang pun tak ramai. Laju je servis.

Kami order patin 2 rasa sebab nak merasa. Tengok harga pun mahal tapi untuk seekor ikan yang cukup dimakan 2 orang oklah. Ada kid's menu so mudah nak pilih untuk Aqlan.

RM68 tambah petai kena RM10. Nasib semua petai dimakan habis. Kalau tak rugi. Sebelah rasa tempoyak sebelah rasa masam manis.

Nasi dia alahai..tapi sebab kami tak banyak makan nasi oklah. Siapa jenis makan banyak mesti tak cukup.

Ulam-ulaman aje dah RM8




Untuk Aqlan RM12.90. Kami pun kena makan juga sebab dia memilih.

Overall nak makan sini lagi hurmmm....total kena caj RM130 camtu termasuk gst dan service chg. Itu juga termasuk nasi goreng yang ditapau untuk adik ipar. Juga termasuk sebotol air tebu dan segelas air sejuk. 1Aku tak minum air. Lalalala.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Family Birthday

30 April 2016

selamat ulang tahun untuk anak buah ke-2, Aiman. dah 31 tahun umurnya. semoga Allah murahkan rezekinya untuk mendapatkan seorang anak.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Naik Keretapi Tengah Malam

Siapa pernah naik keretapi malam? Boleh tidur dengan agak selesa kalau ambil koc bunk beds.

Aku dulu naik masa nak pergi daftar di Institut Teknologi Mutiara di Bayan Baru, Penang. Ambil matrikulasi perakaunan di bawah UKM tahun 1999. Naik dari Kuala Lumpur ke Butterworth.

Kemudian zaman praktikal kat KTMB. Tahun 2003. Dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Ada majlis perkahwinan staff KTMB dan diorang buat promosi untuk pengguna.

Sekarang aku aim nak naik ETS dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan ke Gemas. Wahhhhh...mesti syok...tapii...sekarang Aqlan masuk 2 tahun. Tantrum dia berbeza. Mudah mengamuk dan agak mahu diberi perhatian lebih.

Anakku sayang main keretapi beli di Daiso D'Pulze. Tak semua Daiso ada jual tau. Satu koc RM5.30. Puaslah abah dia nak kumpulkan sekali dengan rel.




Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Hobby

Kedai2 Yang Buatku Gembira

Siapa tak suka shopping kan....lagi2 yang memang ada duit gaji sendiri lagilah godaan shopping tu ada. Tak setiap minggu setiap kali dapat gaji. Macam aku suatu masa dahulu ketika masih bekerja. Kedai fizikal pergi...kedai online pun membeli.

Walaupun macam tu aku suka kedai pengkhususan. Memang suka datang Mall2 besar sebab sejuk layan aircond tapi kedai2 kecil ni bagi lebih keasyikan. Boleh hadap berjam2. Yang tukang teman kenalah bersabar. Hahahaha.

So kedai2 yang buat aku gembira dan akan sebut heaven ialah....susunan mengikut yang paling aku gemar.


  1. Kedai Alat2 Menjahit - dari dulu aku suka pergi sejak zaman sekolah. Tahun 90an kalau mak bawak pergi kedai jahit mata aku yang melilau atas bawah syok tengok segala mak nenek warna benang, manik2 dan alat2 jahitan seperti untuk buat crosstich atau mengait. Kat Koyan tu adalah kedainya tapi kecil je. Kat Raub besar sikit. Kat Jalan Tar Kedai Bunga Reben lah yang aku kerap pergi pun. Tapi sekarang aku suka kedai Karysma kat BBB tu. Phew boleh layan lama..tapi asal pergi je mesti hujan renyai2. Hehe.
  2. Kedai Bahan2 Bakeri - Walaupun tak berapa pandai nak membuat kek, pastri dan biskut aku tetap suka pergi sebab aku rasa happy tengok bahan2 buat kek.


    Tengok bahan pewarna, mangkuk adunan dan segala mak nenek tu buatkan aku rasa nak cuba pelbagai resipi menggunakan oven. Tapi percayalah aku kalau buat bakeri ni memang aku ikut sepenuhnya apa yang resipi tu tertulis.
  3. Kedai Alatulis - Aku memang gemar membeli stationery. Waduh...sejak berkenalan dengan pensil mekanikal dan pen gel aku tahu dah jenis apa yang terbaik. Mahal tolak tepi yang penting sedap guna. Masa kat UKM aku selalu pergi Czip Lee. Pastu ke Popular. Sekarang aku rasa Pustaka Rakyat kat BBB tu boleh tahan harga dia. Maksud aku harga dia murah. Kat situlah aku beli Sharpie aku sekarang. Cheap cheap cheap.
  4. Kedai Buku - Ini pun lagi satu. Aku sebenarnya nak letak nombor 3 ke 4 aku keliru dah. Hahaha. Sebab kalau aku masuk memang aku akan membeli dan habis duit tutup mata je. Dah tak kerja jangan nak over sebab harga buku bukan murah. Sekarang beli buku je semua resit nak kena simpan sebab laki nak guna untuk tax. So tentulah Buku Fixi jadi port aku selain MPH. Laki boleh tinggalkan aku kat situ kalau kami buat turn nak pergi solat. Yelah kena jaga Aqlan kan. So kalau kat situ memamg kat situ je aku lekat. Kedai baju pun belum tentu aku boleh tahan menunggu.
Itu jelah nak cerita....lalalala. Kedai2 lain takde gambar buat masa ni. Aku tak snap pun. Nampak tak khayal kat situ.



Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Resipi

Resipi Chicken Meatball Mudah

Resipi asal dar dapurmalaysia.com ni sangat mudah untuk dibuat. Bahan2 pun memang semua orang adalah kat dapur mereka.

Tiru sebiji2 resipinya. Selalu aku main adjust sebab tak cukup bahan. Kali ni lengkap pulak. Syok betul.

Resipi asal siap dengan cara buat sos. Tapi aku pakai yang segera je jenama Kimball - bawang putih dan selasih.

400gm daging ayam cincang jenama Ramly
1 biji telur ayam
1  1/2 sudu teh garam
1 sudu besar lada hitam
1 biji kentang direbus dan dilenyek
1 biji bawang merah dicincang
Sedikit tepung gandum untuk mengadun dan sebagai alas dulang.






Ramuan di atas menghasilkan 17 biji meatballs. Ya aku makan pun sedap berbiji2 makan tak sedar dengan pasta.

Disebabkan takde letrik dalam 2 jam juga waktu tengahari aku postpone masak lepas asar.

Aqlan makan sikit je. Jadi aku bagi dia makan sorok2 bawah pasta. Hahaha. Laki dan adik ipar suka je makan.

Lepas ni nak cuba guna daging lembu pulak.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Family Birthday

27 April 2016

birthday anak kedua Saadiah yang juga merupakan cicit / cucu saudara kedua dalam kelaurga kami. Fiqah hari ni umurnya 7 tahun.. erm erm....anak buah lagi tua dari pakcik (Aqlan).

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Pilih Periuk Nasi Sementara

Periuk nasi digital kami dah rosak. Jenama Elba beli Dec 2014 zama  bagi Aqlan makan bubur. Periuk tu ada time. Syok. Letak semua bahan pastu set masa jam 4 pagi start masak. Jam 6 pagi dah sendukkan. Tapi periuk tu memang mahal la.

Dah takde periuk nasi elektrik leceh juga. Nak masak secara biasa atas dapur tu kena jaga2. Dengan anak yang agak lasak ni perlu perhatian banyak sikit kat dia. So ke Giant tengok harga periuk.





Last2 apa yang kami beli...?


Amikkk. Murah je. Hopefully dapat masak nasi dengan cantik. Harapan kena ada. 1.8 liter ni. Banyak kot. Aku biasa masak 1 pot pun tak habis. Ye memang tak kuat makan nasi sekarang. Kuat makan lauk.

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Bila Aqlan Makan Bersepah

Anak ni kalau bagi dia cookies kena bagi bekas juga. Sebab dia suka patahkan cookies. Kemudian dah makan nak letak ikut dan dia. So kena ajar pakai bekas.

Dah bagi bekas..tapi kalau nak sepahkan kat luar bekas memang dibuatnya juga. Kita jugalah kena vacuum segala sebab dah jadi crumbs cookies tu..


Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Rendang Landak Sedap Rasanya

Semalam kan ambil rendang landak dari kawan suami. Maka hari ni kami makan demgan nasi lemak yang tak berapa lemak.

Rasanya berbeza dari daging2 biasa dimakan. Maybe cara masak juga menjadikannya begitu. Aku dan suami je makan. Orang lain semua tak sanggup. Adik ipar kata binatang tu comel tak patut makan.

Panaskan dalam oven lagi sedap 


Gambar kiriman kawan yang tolong beli

Kami mendapatkannya dengan harga RM60 untuk setengah kilo. Nak rasa sekali sekala takpelah. Pastu laki tanya nak rasa daging rusa tak? Memang tak tahulah nak bagi jawapan.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Makan Luar

Jalan2 Ke Sana Sini

Its a full day outing.


From original plans..makan tengahari kat Saba, Cyberjaya. Kemudian pergi Kharysma jahit tepi dan beli sedikit alatan menjahit dan ke Kamdar untuk beli kain dan kemeja.

Kat Saba dia main ais lepas bagi makan nasi

Kat Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya dia nak main kereta dan lari2 sepuas hati dan turun naik tangga

Jadi jam 7 malam sepatutnya dah baliklah. Tapi....adik ipar ajak pergi Edibee kat IOI City Mall. Pastu terus fikir nak pergi salon potong rambut Aqlan. Nak beli kek sambut belated birthday adik ipar. Tak fikir benda lain.

Masa dalam perjalanan tu Aqlan minum air dan tumpahkan atas dadanya. Sejuk dah kot. Jadi nak kena beli baju tak pasal2 sebab baju spare dah diguna sebab makan comot sangat kat Saba.

Masuk 3 kedai. Last2 beli brand Miki kat dalam Padini. Murah je RM13. Tapi beli tak boleh return. Jumpa twins yang mana mak dia puas la dok kontrol katanya lasak. Hehehe twinsnya comel.

Kemudian makan2 kat Pancake House sebab kesian kat Aqlan. Melayan makan sampai dah jam 10 malam. Lupa nak potong rambut. Sempat grab Chatime dan Edibee.



Ingat balik rumah...ehem...

Sambung pergi jumpa kawan2 suami kat Fatty Crab. Alasan kukuh nak ambil rendang daging landak yang dioramg dah tolong belikan kat tempat lain. Tapi aku tak join sebab Aqlan dah tidur kenalah teman dalam kereta.

Elok je suami masuk dalam kereta signal minyak dah kelip2. Tadi ada 2 bar kot. Pump munyak pulak.

Balik naik LDP tapi ikut jalan dalam dulu sebab sebelum sampai jumpa kawan2 tu ada jem yang sangat panjang jalan balik ke arah rumah. Kereta rosak kat lane laju.

Sampai rumah masing2 dah mengantuk tapi sibuk pegang gajet masing2. Hahaha.

Panjang harinya keluar....11 jam. Tapi puas hati dan gembira..

Dah beli kain baju raya ke uolls?

Read More

Share Tweet Pin It +1

8 Comments

In

Kelahiran Kematian Bertukar Ganti

Minggu ni ada pelbagai berita. Kalau tadi pasal kematian ni nak cerita pasal kelahiran.

Ada kenalan dah dapat anak. Pertama yanh dapat anak setelah berusaha lebih 5-6 tahun. Akhirnya pada 19hb dapatlah seorang baby girl. Sukalah tu sebab anak perempuan kan disukai seorang lelaki. Tahniah Que.


Kalau anak jadi tujuan kahwin bahaya. Sebab kalau tak dapat anak tahun pertama or kedua dah bercerai. Itu kes kawan aku dulu. Kesian dia. Sedih juga aku dengar. Lepas 3 tahun tak dapat anak bercerai atas permintaan mertua. Elok laki tu kawin lain isterinya mengandung. Bertambah tension kawan aku tu. Dah tentu dituduh tak boleh beranak. Aku cakap kat dia..kalau kau Allah tak takdirkan beranak umur sekian2 kau takkan beranak jugak. Dia muda dari aku 4-5 tahun juga. Tengok aku kalau kawin umur 22 pun (sebab aku dah dirisik time tu)..kalau Allah kata aku beranak umur 36 takke 14 tahun nak tunggu..sudah..end of story.

Kisah kedua kawan baru bersalin pagi ni. Yang ni bunting pelamin. Tak payah nak tunggu or berusaha lebih. Rezeki Allah maha luas. Tahniah Fahada dapat anak lelaki.


Mendapat anak ni adalah ujian besar sebab hidup kau 100% berubah. Tengok aku sudah. Hahaha. Sebab aku tak boleh buat 2 kerja dalam satu masa. Lebih baik aku berhenti jaga anak tengok dia membesar. Supaya aku tak menyesal aku spent masa ketika dia membesar. Sebab ya ajal tak dijangka. Jadi buatlah keputusan tu bukan untuk kepentingan diri. Walau kadang2 aku rindu juga nak kerja semula. Tapi laki aku pandai selalu pujuk aku. Okay..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Cerita Meninggal Pagi Ni

Jam 3 pagi camtu aku terbangun untuk ke tandas. Mata pun tak boleh lelap. On kan hp sekejap.

Daily Mail melaporkan penyanyi Prince mati di kediamannya akibat flu sejak seminggu lalu.

Whatsapp pulak ada mesej dari En. Zainal mengatakan En. Zainol dah meninggal dunia Selasa lepas di Indonesia. Tak tahu sebab apa. Yelah aku pun terus tanya direct time tu memang tak sesuai.

Pasal Prince aku takdelah apa nak cerita. Cuma pasal arwah En. Zainol memangla aku kenal sangat sebab dia yang jaga bangunan MBF tu sejak bangunan tu dibawah milik SPK lagi. Beberapa tahun sebelum aku kahwin dia berhenti dan kerja di Menara LPP tempat aku dan laki buat resepsi kahwin.

Arwah juga banyak tolong aku bila kereta kemek nak pergi ketuk dan cat. Mana nak dapat tempat murah. Juga temankan pergi beli TV dekat Jalan Pasar. Masa tu aku dan Ping pergi sekali lah. Selalu juga dia belanja makan bila aku kena station kat ofis maintenance.

Semoga Allah merahmatinya. Amin.w

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Beg Solek Pelbagai Guna

Hari ni adik ipar balik bagi beg untuk travel. Cosmetic pouch la senang cakap. Aku memang suka beg kecil2 untuk isi barang2 personal masa travel. Supaya tak sepah dan tersusun je dalam beg.

Oh tak sabar nak pergi bercuti.




Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Family Birthday

21 April 2016

happy birthday to adik ipar yang sebaya umur. hehehehehe...aku muda 3 bulan weh.. :)...salah salah...muda 2 bulan 20 hari....yang penting aku lagi muda...kekekeke..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Minyak Afiat Untuk Mengurut

Minyak ni dah lama kan kat pasaran. Ingat lagi dulu malam2 mesti terbau bila mak mengurut bapak yang lenguh2. Aku lak benci betul bau minyak ni. Tapi boleh tahan lagi dari bau minyak cap kapak. Yang tu aku pening terus.

Minyak ni satu keperluan juga untuk seisi rumah. In case of ada kejadian tak diingini. Hal itu berlaku kat laki yang terpelecok kaki kiri sejak minggu lepas.


Semalam urut dengan minyak gatal gamat. Hari ni terus makin bengkak kakinya..sebab tak jumpa minyak lain.
sudah esok patut pergi tukang urut yang betul.



Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Family Birthday

20 April 2016

hari ni genap cicit / cucu saudara pertama umurnya 9 tahun. anak sulung kepada anak sulung kak dewi, iaitu saadiah yang juga merupakan anak buah pertama / cucu pertama keluarga kami. namanya Mabrurah. orangnya kecil molek cantik ikut muka nenek / mertua anak buah aku tu lah.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Fashion

Pakaian Terkena Lunturan Warna

Adalah sangat frust bila baju yang disukai terkena lunturan warna pakaian berwarna lain. Lagi2 bila baju tu putih dan kena lunturan hitam.

Kes aku....dress yang pakai sekali je iaitu ke dinner terkena lunturan warna hitam dari skirt dress tu sendiri. Baju krim. Kainnya kan hitam. Tak boleh pisah cuci sebab dress kan. Aku rendam dengan pencuci untuk pakaian dalam. Tak masuk mesin. Sekali aku nak bilas dah hitam kain lace krim. Sedihnya...kenapa aku rendam...tension kejap. Aku rendam malam esoknya nak cuci dah hitam.

Pastu aku gunakan Dylon dan rendam dalam air suam. Panas sangat kang fabrik jadi lain pulak. Tak jalan.



Esoknya aku perah limau nipis 5 biji dan campurkan dalam baldi bersama 1 scoop sabun serbuk. Masukkan air panas campir air paip jangan kasi panas gila ya.



Aku biar dalam 18 jam. Bilas dan sidai. Kena sidai melintang supaya yang hitam tak temu yang krim.

Apa hasil?

Ikut hati aku nak dye je semua biar hitam legam tapi laki tak bagi. Katanya nanti jadi kelabu.

Pada lace tak hilang tapi pada kain dalam dia hilang

Tapi laki pujuk tak nampak sangatla
Laki cakap.." u kena bagitahu Poplook la yang fabrik tu turun kaler.." aku pulak menjawab i dah lama tak kena kes macam ni. Sedih ok. " U kena pesan pada orang lain yang nak beli jangan rendam. Just celup2 pastu sidai ". Huahua....aku rasa aku dah lambat ni  hari cuci jadi makin susahla nak hilang. Sekarang dah kering tak nampak sangat pun. Gantung jelah tunggu sampai aku redha nak pakai balik.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Makan Luar

Lunch Dalam Amcorp Mall

Lama betul tak datang sini. Like 10 years ago. Gitewwwww.

Nampak satu kedai makan melayu dalam directory terus masuk order makanan. Lebih baik sebelum lunch hour orang ofis.

Nasi lemak rendang daging. Aku risau daging liat tapi aku perjudikan juga keinginanku. Bila dah makan..terbaik sedap..boleh datang lagi. Terus aku bagi harapan. 

Kopi o ais ni kaw gila kopi dia. Ehemmmmm..

Nasi goreng cina untuk Aqlan. Sedap juga nampaknya.

Nasi goreng kampung Zcat. Sedap jugak. Aiyyyy...

Dia makan keropok sampai habis. Nasi separuh pinggan. Banyakla tu makan kan..
Aku tak ingat nama restoran ni. Hahaha. Tapi kat GF la. Dekat dengan lift juga.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

Weekly Popular

Comments

Subscribe