In Hobby

Kelabu

Buku Fixi aku yang terbaru ialah Kelabu. ada 456 mukasurat.

ringkasan cerita Kelabu..yang mana aku pun agak lembab untuk detect siapakah "aku" dalam cerita ini sehinggala mukasurat 211.

kemudian aku merasakan ia novel klise. namun aku habiskan pembacaan.

aku beli novel2 keluaran Buku Fixi sebab aku jangkakan sentiasa ada kelainan dalam novel2 terbitan mereka. nampaknya Kelabu begitu mudah. dan aku terpaksa memberitahu hati aku bahawa ini adalah novel pertama Nadia Khan. dia mungkin menulis novel ini berdasarkan serba-sedikit pengalaman2 yang pernah dilaluinya.

kesimpulan, Pecah masih terbaik dan aku kehilangan buku itu. siapa pinjam? waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........!!!!!!!!!!!!!

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

January Birthdays

in my big family...

1st day - Abang Shuib turn to 49 - happy with 3 + 2 kids.
my niece Aishah on 6th. she turn to 12.
my nephew Tolhah on 15th, turn to 19.
25th Imran my nephew..he is 23 now.
30th Kak Cupa turn to 46 and expecting to give birth no 9 on 1st February!

baru 5 orang.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Cuba

aku mencuba untuk dengar dendangan Yuna semasa AJL. lagu Gadis Semasa. aku cuba....cuba...dan aku gagal. aku tak tahu apa yang mengganggu..tapi aku tak boleh menahan mendengar nyanyian dia.

akhirnya aku tengok Kimora di 8tv. puas hati aku tengok wanita moghul yang sangat diva ni. hahahaha..

kemudian aku tekan balik punat ke tv3. nasibla lagu Sungai Lui by Aizat menggembirakan aku. lukisan live pasir tu.

sekarang aku rasa lagu2 artis barat, ramai je yang berkolaborasi dengan orang lain. macam menyanyi sendiri tak menjadi. Pitbul adalah salah seorang artis yang selalu diajak untuk berkolaborasi. nasibla suara sexy mexy dia buat aku tertunggu2 nak layan sampai habis...hehehe..


Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Waktu Diharamkan Solat

aku copy paste dari email yang aku dapat kat bawah ni.

Waktu diharamkan sembahyang ialah :


1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit. ie subuh from 5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am. Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.


Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai orang yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7am dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.


2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor.


Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan ie 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah azan hingga 10.30mlm.


Wallahualam. Sudahkah anda menunaikan SOLAT? Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Wallahu Alam....

kalau rujuk pada e-solat, aku mengira antara subuh ke waktu syuruk ialah selama 1 jam 20 minit. apa pun yang terbaik ialah awalkan waktu solat. kalau dah tidur tu memang sedap je nak tarik selimut walaupun bunyi alarm tu dah macam nak pecah rumah dengarnya. boleh bangun kasi mati alarm dan sambung tidur balik.

Ya Allah, janganla Engkau lalaikan aku dengan dunia ini.

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Paip

kalau buka paip dapur, air slow motion mengalir, nak membasuh apa-apa pun jadi malas. nak tadah air masak air pun jadi geram. lagilah kalau nak membasuh benda yang perlukan air banyak dan laju.

aku memang tak mengadu. tapi khabarnya pihak sekolah telah melantik kontraktor untuk menukar paip2 ke rumah2 kuarters guru yang aku duduki. tak jadi guru tapi duduk rumah guru. semua orang pun ingat aku guru. tapi kalau ada yang bertanya aku cakap dengan jujur aku bukan guru...

masa2 ni kelajuan air sedehhhhhhhhhhh sangat.

tukar paip plastik hitam tu

habis pecah lantai depan rumah. nasib bukan rumah aku.
selepas dah tukar semua, air pun slow lagi ada. rupa2nya ada batu2 kecil tersangkut dalam pili dapur. haruslah pinjam wrench jiran. apa pun aku tak jadi plumber. tapi tengok orang buat2 kerja2 plumbing ni best gak. hehehehe. thanks zcat jadi plumber tak berbayar hari tu,

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

Valentino Creations

pagi2 mak dah bangun. aku pulak bila buka mata tak dengar apa2 mulalah risau. biasa keseorangan, dah berduaan ni tak dengar suara rasa pelikla pulak. aku pun bangun la sambil terpisat2 mata tengok mak tengah melipat kain baju aku dari bakul. ye aku payah sikit nak lipat kain. malasnya..

dah bangun, aku pun panaskan lauk kenduri semalam. mak nak makan...aku pun makanla sekali even aku ni bukan orang yang jenis makan jam 8 pagi!

dah makan semua, mak aku dah siap2. sebabnya nak jalan2 sebelum abang aku datang ambil jam 12 tengahari. mak kata jom keluarla bosan tunggu.

aku pun bersegeralah mandi....

maka kami menuju ke Carrefour Ampang. baru je nampak pekerja masuk tengah kemas2 barang. agak2la kan Tahun Baru Cina, mestilah semua macam malas2 nak kerja. hahahah.

okayla mak mari kita menuju ke Jaya Jusco AU2. senang cerita..disebabkan semalam gagal nak ke Nilai 3 kerana hujan lebat, maka kenalah bawak mak jalan2 supaya dia tak rasa bosan.

elok2 je masuk JJ, kami dapay limau mandarin seorang 2 biji. mak bukan main suka. nak cakap Gong Xi Fat Chai pun tak jadi kata mak, sebab yang bagi tu Melayu. heheheheheh.

oklaylah jom segera ke tingkat atas. dah alang2 datang sini, aku nak cari long pants. sejak2 tengok fashion yang sesuai dengan bentuk tubuh aku ni, aku pun nak cari yang sesuai aje..tak jumpa yang berkenan..mak pulak cakap, aku berkenan dengan beg hitam..sudah...

aku pun tolong mak memilih. mak pilih paling murah. RM199.90. ooooo pandaila mak..sebab ada diskaun 70%!

dah pilih2...aku pun berkenan 1 beg, tapi aku tak mahu belilah sebab aim aku nak seluar. seluar2 kerja banyak dah tak muat. aku dah tukar saiz extra ni. hahaha..

mata mak..menengok mata aku yang berkenan 1 beg. aku cakap beg ni mahal!!!!..mak aku cakap, ambik je dah suka kan...aish..mak nak belanja je bunyinya...hahahah..nakal..nakal...

petangnya, aku terus bergaya..dan hari2 seterusnya. heheheh. terima kasih emak...muahsss..
ko maafkan jelah. ini hasil kamera Olympus mama zcat. trend tahun ni pink pale, itu pasal aku terberkenan...RM339.90..jangan harap aku nak pow mak kalau takde diskaun okay!

Read More

Share Tweet Pin It +1

10 Comments

In

Italiannies, The Curve

Laundry @ Italiannies, Lot G75 & 76
Ground Floor
Western Courtyard
The Curve,
No. 6 PJU 7/3
Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya, Selangor.

ya mahu makan spaghetti. tekak barat...hasil kesedapan makan oglio olio di kedai berhampiran The Strand hari tu, aku nak makan makanan yang sama juga..

ke The Curve la kita.






Strawberry Colada RM9.50. strawberry + banana + coconut

Lipton Ice Lemon Tea RM7.50 free flow - tawar aje......

shrimp alio RM19.90. that day buy 1 free 1 - jimatsssss..udang segar i like!
6% service tax & 10% service charge.
dah rasa, jadilah...aku takdela rasa hati nak kali ke-2. orang belanja, kita hadapkan aje....hehehe..

serius aku rindu oglio kat kedai berdekatan The Strand tu. aku pun tak ingat nama kedai aku pergi supper masa malam New Year. kuasa aku nak link2 kan ni...haha

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Sotong Bakar

setelah berjalan2 menyusur pantai, melihat sunset dan keadaan ombak laut memukul genting batu, zcat dah aim lama rupanya nak makan sotong bakar. maka kami hadapla makan sotong bakar malam tu.

RM10 - kecil, kalau besar RM20

sedaps, tapi aku tak makan banyak

sebab aku nak makan otak2. terhangus pulak tu RM3 untuk 5 keping

mengantuk okay!

dia senyum gembira.

inilah satu2nya kedai sotong bakar di Pantai Morib. orang beratur la nak membeli.

Read More

Share Tweet Pin It +1

9 Comments

In

Pantai Morib

cuti raya cina, aku takde plan nak kemana-mana. tiba2 aje zcat ajak menuju ke Pantai Morib.

arah tujuan GPS pada 23 January 2012
selepas zuhur, kami pergi makan dulu di Saba', Cyberjaya. selepas asar di Masjid Besi, barulah kami bertolak. 

Putrajaya, kami lambai bye-bye

Pekan Banting

hehe, nak lebih besar sila klik ya

mencari parking. orang agak ramai di waktu hampir maghrib

tandas awam. mandi 50sen. kencing berak 30 sen. tapi lecah sikit hari tu.







kami maghrib di masjid berdekatan. jalan kaki je dari tempat parking. dekat sangat. bila dah masuk kawsan masid, memang penuh kereta. malang hari tu, pili air tandas wanita tak berfungsi baik. nasibla aku takde nak kena membuang apa2 masa itu.

Read More

Share Tweet Pin It +1

5 Comments

In

Exercise!

hasil google last week
lepas dah panaskan badan, baru boleh buat senaman lain.

dapat kupon 1 week pass tapi aku tak berminat nak pergi sana. seorang diri?

terus nak 3LB. RM13.80 1. 2? x 2 la..
video senaman untuk pear shaped body boleh lihat di sini. dari homepage blog itu, anda yang lain dari shape saya, boleh cari sendiri senaman apa yang sesuai dengan bentuk tubuh masing2. ingat, senaman seharusnya menyihatkan kita, bukan menyakitkan kita.

stay healthy. aku dah terlebih kilo. rasa macam obes pulak. erk.

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Childhood Friend

hari ni hari pernikahan kawan lama aku Ija. aku sebenarnya langsung tak tahu hinggalah semalam. aku ingat nak balik kampung rilek2, tidur..jogging2 keliling kampung, tiba2 mak aku cakap semalam-bila aku sampai setelah 4 jam lebih memandu (jammed macam...........................), Ija kawin esok.. jom pergi. erk

jadi aku pun dah termenung sejenak.

aku termenung bukan sebab Ija yang sebaya dengan aku kawin dulu dari aku. kami masa kecil, sama2 main kawin2, main nyorok2, main kejar2...main macam2 la.. selalu je aku lunch dekat rumah dia meskipun jarak rumah dia dengan rumah aku cuma selang satu rumah. punyalah nak jimat masa bermain. kalau balik nanti nak keluar balik susah..baik main sampai petang. ko jangan cakapla..aku memang selalu tak solat zuhur asar ni. aku selalu solat maghrib je sebab berjemaah dengan ahli keluarga kan.

aku ni tak ke sekolah agama petang2, jadi aku agak ketinggalan sikit bab menulis jawi. aku juga selalu ponteng mengaji. aku ingat lagi dia tanya aku macam mana eja dan tulis ayam dalam tulisan jawi. aku tentulah tak tahu. malulah aku kan.

sudahnya aku dimasukkan ke pondok masa aku sepatutnya di Darjah 3. masa itulah aku dapat baca ayat Qur'an dengan betul, tulis jawi dengan baik, solat dengan tertib, puasa penuh dan memahami Islam dengan lebih baik.

pada masa itu aku pun rasa aku lagi best dari Ija. Ija pun terus bersekolah di tempat kami membesar. hingga akhirnya apabila aku telah berhenti dari belajar di pondok dan memasuki sekolah biasa, Ija aku ketahui telah memasuki sekolah Darul Quran di Kuala Kubu Baru. ayahnya cakap sekolah itu jauh di dalam hutan. ya, aku pernah merasai beberapa tahun sekolah di dalam hutan. tiada dunia luar. hanya dunia kami.

apabila aku menyambung pelajaran ke pendidikan lebih tinggi, Ija dikhabarkan telah menyambung pelajaran di Mesir. Ija menjadi lebih bagus dari aku, pada pendapat aku. aku menjadi malu sendiri. Ija telah memilih bidang agama, dan aku memilih accountancy sebagai core subject. 

pada kali terakhir kami bertemu, kami masing2 bertanya "bila kau nak kawin?" hahaha. klise punya perbualan. kami telah menjadi anak dara tua? tapi rupa kami tetap muda. hahaha.

Ija mengekalkan imej Islamik yang baik, bertudung labuh dan berbaju kurung sopan. aku pula bertudung bawal dan berbaju kurung penuh manik2 di dada dan tangan. sedangkan aku tahu dalam tuntutan agama, wanita tidak seharusnya menonjolkan kecantikan dirinya yang boleh mendatangkan fitnah. aku berasa kalah dengan penampilan aku.

begitu pun aku cuma tidak mahu menjadi hipokrit. walaupun aku kadang2 mengakui ada pada masa2 tertentu pilihan pakaian aku agak kurang sesuai. aku secara perlahan2 membungkus pakaian2 yang kurang sesuai dan membeli sedikit demi sedikit pakaian yang sesuai dengan tumbesaran aku kini.
Ija telah selamat dinikahkan di Masjid Taman Melati berdekatan stesen Putra-LRT. dan aku? hanya tiba ketika jamuan diadakan. dan lagi? aku hanya duduk dalam kereta setelah menghantar emak dan jiran kerana aku berpakaian tidka sesuai langsung untuk ke majlis kawin. alasan? aku tak tahu dia nak kawin jadi dah tentulah aku tak bawa baju kurung bersama.
aku pasti menemui Ija pada hari raya puasa kelak. selamat pengantin baru, kawan-sewaktu-kecilku.

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In

Crack Heels

bila rajin, rendam dengan air suam bergaram

lain masa, sapu krim je
hmmmm

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In

Cuti

Jumaat. CNY hampir tiba. bermaksud 4 hari cuti! yay...

balik kampunglah kita.....

selamat bercuti panjang ya.

ingat nak basuh kereta bila dah sampai rumah emak.

Read More

Share Tweet Pin It +1

8 Comments

In

Stamp Diadora Guardian

nak kumpul ke 40 keping memang azab. tapi demi nak beli beg Diadora original pada harga diskaun sehingga 90% seperti diiklankan oleh Guardian, mampukan je..haha..

1 keping stamp setiap RM20 pembelian. bonus pembelian Star Buy dapat tambahan 1 lagi stamp bila membeli melebihi RM20? tambahan stamp bagi pembelian produk dicop Star Buy tidak boleh melebihi pemberian stamp bagi NETT Purchase.

stamp dikeluarkan bermula 10 nov 2011 - 22 mar 2012. penebusan dari tarikh 10 nov 2011 - 11 apr 2012. huhuhu..lama lagi...sempat kot??

ni ramai yang derma sebenarnya. nak ikutkan pembelian sendiri memang tidakla....
gambar di atas adalah beberapa hari lepas. hari ini masih kekurangan 14 stamps lagi. siapa nak derma? hehehe..mai2 roger...hehehehe..

Read More

Share Tweet Pin It +1

5 Comments

In

Bubur Nasi

bila rindu bubur nasi masakan emak, aku cuba sendiri. haha..nak masak bubur sendiri rasa failed awal2 lagi. tapi teruskan juga niat.... demi nak makan.. sangat2..even sampai sanggup beli beras biasa. sebab beras herba ponni taj mahal tak sedap dibuat bubur. jadi aku belilah beras timbang 90sen. hehe.

ini hasil memasak menggunakan periuk nasi karan. habis airnya tumpah2..puas aku mengelap periuk nasi lepas tu.
telur dadar dengan mayonis kewpie. manis2..lemak..hehe




ikan bilis goreng. ikan bilis pasar malam ni memang sedap. yang penting rangup!
kentang goreng
kicap!
hahah..dah tak nampak bubur nasinya
satu je yang kurang. aku takde cili padi. kalau ada pasti lebih terangkat!

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In

Bisou Bake Shop


Chocolate Brownie RM8/piece. dihidangkan dengan melting coklat yang masih hot. yummeh!
orange cake RM15/piece. rasa buah oren penuh. makan 2 potongan sudu je. takut demam. hihi
tanglung lampu di Bangsar Village
cup cake tipu
ruang yang luas. boleh pilih tempat duduk mana nak lepak
menahan diri dari makan kek?
Iklan: CNY special, cup cake RM7.50/cup..haha..tak mampu ok.
green apple juice RM10
after few minutes turn to this color. oh yeah this is real juice. tanpa gula. memang masam
service tax 10%. alamat takde. internet aku biul. sila google sendiri. tak berniat tau tak mahu share. huhu.

anyway, campuran manis & masam memang awesome!

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

Comments

Weekly Popular

loading...