Memaparkan catatan dengan label Best Product. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Best Product. Papar semua catatan

Rabu, 31 Julai 2019

Mangkuk Kaca Ikoo Glass Cosway

Dah lama aim nak beli. Bila dah sedia beli tu barulah beli. Maksudnya bila ada keperluan baru beli. Sekarang fikir mana nak letak atas rak. Semua dah penuh.

Jadi ia masih dalam kotak. Tapi kita buat reveal siap2. Selama ni panaskan lauk banyak kali guna bekas plastik. Now ada kesedaran kita nak guna mangkuk kaca. Senang. Dari peti ais terus ke microwave. Untuk oven tak berani la nak guna ya.





Buat ukuran guna tangan. Nasib tangan tak gemuk.

Saiz paling kecil


Saiznya 300ml, 850ml, 1650ml dan 3050ml.

Beli ni sempena bulan harijadi. So jadi member ni bila birthday month boleh beli barang bernilai sehingga RM200 tapi bayar RM100 je. Jadi memang la setiap tahun aku akan buat stok untuk setahun terus. Mostly toiletries la. Sebab aku serasi sangat dengan ubat gigi dan berus giginya maka itulah yang wajib aku beli. Selain tu beli sabun untuk cuci drum mesin basuh, sabun pencuci ultra power untuk merendam tanpa perlu tonyoh2. Ada anak kecil ni kan..kadang budak2 ni najis terkena seluar. Aku rendam semalaman je settle esok tinggal bilas je. Begitu jugalah jenis najis2 lain yang keluar dari 2 lubang tu. Memang confirm bersih takyah tonyoh. Dah bertahun juga aku pakai. Pastikan kalau nak beli kotaknya warna merah. Kalau ahli pun dan harga cecah lebih RM20 untuk 1kg.. tu pasal suka beli time birthday..haha.


Tak kelihatan pulak sabun power tu. Kena tindan dengan drum cleaner.

Sabun Pureen tu dah tentu bukan dari kedai Cosway.

Dan sempena 40 tahun Cosway bulan Ogos ni free membership untuk setahun..So kalau nak jadi ahli free boleh la daftar dengan kedai Cosway berdekatan. Aku dah jadi ahli sejak 10 tahun lepas rasanya.

Sabtu, 13 Julai 2019

Lama Dah Mengidam Nak Gunapakai

Betul la influencer dalam IG atau blog ni boleh membantu marketing sesebuah perniagaan. Tapi diorang ni kena pandai jugakla. Jangan nampak sangat dibayar. Kena buat2 professional marilah target pengguna macam aku ni terjebak. Hahaha tahniahla kepada Azlinda Alin dan Suzie Jepun Mari. Sebab aku asyik skroll post korang aku rasa nak beli jugak. Hehe.

Aku memang terkejut bila Nivea buat product untuk baby. Ya ampun..terus nak try. Jumpa di Watson's. Tiada di Guardian. Ok aku tahu bila baca dari IG isteri Shamsul Yusuf. Puteri Sarah Liyana? 

Sebenarnya ada yang smoothie berry tu diskaun 40% boleh dapat harga RM11++ tapi aku macam nak beli yang ni jugak sebab terikut kata Suzie Jepun

Ada free lagi. Tapi tak banyak dah yang free. Harusla aku menjadi sampai jumpa yang ada free. Hahaha. Ok RM18++ ni ada dekat Guardian je. Berbaloi la 1kg free lagi...ahahaha

Ok aku memang tak boleh stick dengan satu2 jenama sebab kulit aku akan takde perubahan atau akan jadi lebih teruk. Kering la selalunya. Jadi kali ni dah jumpa kat Watson's kenalah beli. Haha.

Yang ni kat kiosk. Tak tiru siapa2. Dah pernah ada sehelai warna kelabu. Sedap pula pakai. Beli hitam pula. Nasib je jumpa. RM28.

Aku teringin gak nak beli innersejuk tu. Kan harga RM42 sehelai. Apa rasa drychill fabric tu. Ada siapa2 pernah pakai ke mehla share cerita. Aku kalau pandai buat inner jenis ni aku buat dah...kain tu memang susah sikit nak cari. La ni nak cari kain scuba. Katanya cantik terletak buat awning tudung segera.

Ahad, 16 Jun 2019

Gajet Baru

Setelah 6 tahun pakai S4..akhirnya kena ikut peredaran zaman...

Hajat dihati memang dah lama terpendam nak pakai Huawei P20 Pro. Sekali pergi kedai tengok Huawei Mate 20 X lagi besar dan best untuk main game. Bateri tahan lama la. Cuma takdela kalis habuk dan air tu. Masa tu usha bulan Feb. Pastu keluar berita Huawei P30 Pro nak launch bulan Mac. So tunggulah sebab kamera dia lagi dasyat. Hampir setiap hari baca berita specs telefon je. Sampai update news semua yang keluar kat skrin berita smartphone je.

Masa bulan Feb dan Mac juga aku pulun ganti puasa tahun lepas..kan beranak kan...sebulan nak ganti bulan tak puasa tu dugaan..laki aku pun janji la habis puasa ganti belikan handphone baru. Ok aku tunggu.

Pastu dah masuk bulan April. Ingat nak beli sebelum kenduri anak buah di Kertih. Pun tak dan. Ada je hal bila weekend. Aku pun terus berangan lagi...dan lagi...handphone aku kena repair sebab masuk air liur Aqeel. Budak tu nomnom baik punya sampai shot kat dalam tu. Tak boleh caj. Jadi masa ke Kertih semua orang sorok phone dari Aqeel. Haha. Laki usaha perbaik S4 ni.

Pastu dah masuk May..balik rumah mentua dia tanya bila nak beli HP? Kami masih tangguh...keluar pulak berita US sekat perdagangan Huawei. Mula2 desas desus je.. sekali Huawei kena teruk bila Android, Google takkan berdagang dah dengan diorang atas arahan Trump. Jadi no updates app. Punya takut kot Huawei pasang peranti dalam smartphone yang akan mengganggu keselamatan orang US. Huawei tak dijual di sana ya. So bila 5G nak dilancarkan, Trump punya ketakutan tu makin melampau. Sian rakyat US pakailah Iphone tu sampai bila2. Kemuncaknya ramai pengguna Iphone di China musnahkan hp diorang. Even pekerja Huawei yang pakai Iphone takkan dapat bonus sebanyak yang pakai Huawei..hoh giler. Laki aku pergi persidangan Huawei..katanya Huawei ni syarikat yang sangat2 besar. Keuntungan saja melebihi 2 company besar lain iaitu 12 billion. So diorang dah ada backup plan yang dah dibuat sejak beberapa tahun lepas. Ok kat sini je aku mampu nak cerita..nak lebih lanjut, Google la. Diorang dah ada app sendiri tau which is aku pun terus potong nak pakai sebab susahlah..

19 Ogos 2019 ialah date terakhir lesen update dari Android ke Google untuk Huawei. Lepas tu dah takde updates. Kemuncak gila pengguna2 Huawei P30 Pro cuba jual handphone diorang di Carousel. Ada tu aku baca baru pakai sehari. Panik oh. Giler..sangat2 giler. Kamera zoom tu...tapi sebab takde updates kan nanti dah gelabah.

So aku pun terpaksa la buat pilihan dan cari the best smartphone in 2019. List dia pun dah turunkan Huawei sebab masalah sekatan perdagangan US. Eleh yang tulis artikel pun orang US. Ceh berat sebelah.. tiber...kalau UK ok je...tapi Trump dok cucuk gak tu..jahat betul.

List keluar One Plus 7..Google Pixel 3.. Oppo Reno..tah apa2 la..last2 keluar S10. Ha..tanak sangat dah pakai Samsung ni tapi compare tu lain.. jenis Galaxy S tak dapat ditandingi even by Iphone. Oklah Iphone memang mahal giler. Yang terbaik Iphone XS Max katanya.. tapi dari segi gambar la. Mereka masih juga puji Huawei P30 Pro sebab memang top notch tapi sebab takkan ada updates dah...potong semua....!!! Fine la aku kena juga pakai Samsung balik. Hahaha...ingat saja nak tukar teknologi. Trump buat dajal pulak. Bye bye Leica lens..

So siri S10 ni ada S10, S10e dan S10 Plus. Dah tentu S10 Plus terbaik dan harga pun mencekik..ingat nak beli S10e je tapi laki kata jangan...kami ni memang jenis baca gila2 review sebelum beli...

Pic taken by S4

Harga pasaran RM3699. Laki cakap carilah lagi yang ada jual murah2 sikit. So aku pun tengok kat Shopee. Just cari seller yang ada kedai fizikal. Sorry aku benda mahal tak beli online. Aku tak suka kalau kena tipu. Giler mahal kot. Ramai dah orang kena tipu. So dapat satu seller yang bagi reasonable price. Tapi takdela free gift. Halahh kalau yang bagi free gift tu harga lain la..kalau beli sendiri gift tu kat luar lagi murah kot kata laki. Kita pompuan memang suka free gift ni. Haha..tapi tetapkan balik niat asal tu.

Jadi akhirnya laki berwasap dengan seller dapat harga RM3099. Dah RM600 jimat weh..
Nama kedai ni Switch Solution. Alahai masa nak beli Huawei tu pun dia juga yang jual murah2. So highly recommended kedai ni. Terletak betul2 kat tangga Stesen LRT Kelana Jaya. Haha..tapi kami pergi naik kereta la. Dalam pada beli tu sempat dia cakap jual skrin protector RM100 dari harga asal RM119. Eeeee...tapi beli jugak. Dah beli mahal kenalah pakai baju mahal. Kat situ juga dia pasang. Tunggulah dia buat kerja. Lama jugak main dengan anak2. Orang pun makin ramai datang. Padahal Ahad tu..semua datang nak ambil phone. Runner la..macam2. Kami bayar dulu secara transfer baru dia buka kotak. Haha. Yelah dia pun takut kena scam.


First picture using S10 Plus



Ni guna S7. Ada beza ke?

Di kesempatan ni aku ingin ucapkan terima kasih banyak2 pada adik ipar dan suamiku kerana merekalah yang belanja phone ni. Korang ingat aku ada banyak duit nak beli phone ni.? Adik ipar akula bagi paling banyak. Dia yang suruh beli phone. Sedih tengok S4 kan. Dia juga asyik tanya2 bila nak beli baru..kami pulak lambat2 je buat keputusan nak beli. Dia bagi duit sejak bulan Feb. Ada hikmahnya..moga murah rezeki ya...aamiin...

Oh aku bayar screen protector je. Casing beli kat kedai Ustaz di Kota Damansara. Lepas ni nak cari selfie stick la. Yang ada tak boleh pakai sebab HP ni lebar.

S10 Plus tak banyak casing. Ambik mana2 jelah RM10 je. Oh ye skin hijau. Bila pakai casing ni hijau dia lagi pelik pulak...haha..

Kemudian ke Celcom IOI Puchong untuk tukar simkad lebih kecil. Free jer.. Celcom pun baru je sangat2 pindah dari Setia Walk yang segan mati tak mahu tu.


Hari ni genap umur Aqeel setahun sebulan.

Urusan transfer dari S4 ke S10 Plus semua dibuat laki. Jam 10 malam gitu settled. Ehehehe..alhamdulillah.

S4 masih elok je lagi cuma takde updates dah bertahun2 la. Setakat guna telegram main games semua guna wifi je.

Selasa, 18 Disember 2018

, ,

Unboxing Althea Pink Box

Aku takdelah beli banyak dari Althea ni. Macam tahun ni baru sekali..haha setahun sekali je shopping. Dan aku takla nak tunggu 11.11 ke 12.12 ke black friday ke boxing day ke whatever tu. Aku rasa patut beli aku beli jek.. tapi kenalah tengok ada duit tak..eheheh.. sebab ni barang2 mekap dan skincare je.

So aku terjebak ni sebab baca IG dari anajingga. Pastu melarat baca blog dia..pastu ahh oo dia jadi Althea angels jadi selalu je dapat sekotak barang dari Althea untuk review. Kan best kan... kenapa aku tak termasuk dalam golongan yang dapat review tu? Hahahaha sebab blog ni sendu wehhh...satu lagi aku ni jenis datang malas tu malas laa..sampai ke sudah juga aku tak tahu berapa harga aku nak letak bila buat advertising dalam blog dan IG. Hahahaha....ada je offer tapi bab tu je aku macam fail..

Sudah...baik aku cerita apa aku beli dari Althea dan dah sampai pun sejak 11 November lepas.😅😉

The popular pink box




Punyalah cantik Glamfox ni manalah aku tak jatuh cinta nak beli. Ada bunga2 tu. Mula2 pakai takde kaler lepas tu akan ada warna ikut berapa banyak olesan



Yang nilah punca utama aku beli. Dia punya bau sedap...bau rose geranium. Habislah segala bau rose geranium aku nak beli....setiap kali pakai kena goncang dulu. Kalau tak dia cair..ada bunyi biji besi dalam ni macam bunyi dalam liqiud paper tu. Pakai kat muka langsung tak melekit yo.. 

Masa dapat ni penutup dia memang tak rapat


Saja pilih pink lavender ni sebab limited edition. Bila pakai tu rasa ringan je..

Overall aku memang puas hati beli dan pakai. Yang lipgloss bunga2 tu aku tak pakai.

Selepas pakai dalam 10 minit. Rasa macam matte je..tak melekit so aku sukalah..

Sebelum pakai nampak kan bibir kering dan pecah2.

Ahad, 16 Disember 2018

3d Jelly Cake Lagi

Bulan lepas sambut birthday mak makan 3d jelly cake. Now order lagi sebab nak jamu mentua dan adik ipar. Cuma kali ni beli saiz 8 jadi harganya RM38 je. Tu pun besar jugak...tapi cukuplah kami 7 orang makan.




Isnin, 10 Disember 2018

,

Nasi Lemak Saleha Kg. Pandan

Aku suka makan nasi lemak. Sejak kecil sehingga sekarang. Kadang2 hari2 nak makan. Kadang bila dapat yang tak berapa umph tu sanggup buat sendiri. Tunggu rajin dan keadaan mengizinkan je. 

So nasi lemak yang kami laki bini suka buat masa ni ialah nasi lemak Saleha. Bermula dari masa duduk kat Ampang lagi kami asyik membeli. Drive thru je. Pastikan asa cash yang cukup. Masa tu nasi sebungkus RM1.20 tak silap aku. Aku panggil nasi lemak Saleha laki aku panggil Syakira. Pasti mulalah nak nyanyi lagu2 Syakira..syakira.


Now dah ada kedai lak.. ke dah ada lama kami tak tahu. Sanggup laki aku ke sana bungkuskan bawak balik. So adalah hasil tangkap gambar. Tapi ni gambar2 14 September 2018. Hahaha aku korek2 gambar ada beribu2 nak kena delete so jumpalah gambar ni. Gambar telegram je dah 1600 belum yang dari sumber WhatsApp dan camera. Jenuhla masukkan dalam folder khas untuk simpan atau pilih untuk buang. 



Aku kalau makan  mesti nak 2 atau 3 bungkus.


Telur setengah biji tu aku suka.