Memaparkan catatan dengan label Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selangor. Papar semua catatan

Ahad, 26 Januari 2020

,

سهاري د واريسن ريمبا هاتي، كمنسه، امڤڠ

Tiba2 je nak pergi sebab kawan laki ajak. Kami geng2 baru sihat dari influenza. Kawan tu siap 2 beranak admit. Kami Alhamdulillah kuarantin kat rumah je. Cari fresh air sebab dah lama memerap kan.

Sebab check in jam 4 petang, jadi kami pun lambat2 je datang. Baju pun kemas lepas zuhur. Haha. Masa sampai memang kereta banyak keluar. Itupun beberapa kali berhenti. Jammed. Pastu parking tak dapat, park tepi bukit je dulu.

Ok mula2 kita bagitahu harga terusla.. di Chalet Warisan Hati Rimba ni:-

1. Caj tidur semalam RM130.
2. Parking untuk satu kereta RM5.
3. Sewa tempat BBQ RM10.
4. Deposit RM20.

Kalau datang nak mandi manda je tanpa tidur caj RM80.

Biliknya muat tilam saiz queen dan 2 tilam bujang diberi. So laki aku tidur atas tilam bujang tapi dia tindan dua. Aku dan anak2 tidur atas tilam queen. Takde katil tapi tilam selesa..cuma dah kat sungai asyik berpasir ajelah. Memang ada disediakan penyapu dalam bilik.

Depan chalet ada BBQ pit siap ada dawai untuk BBQ, tapi kami dah beli baru bawak siap2 sebab geli nak pakai yang ada kat situ. Arang kenalah beli sendiri. Begitu juga mancis ke lighter ke or spark fire starter. Kipas untuk BBQ pun kena bawak supaya takla ko meniup arang tu 24 jam. Suratkhabar takde takpe kalau dah ada spark fire starter.

Kat sini ada cafe, kalau bawak bahan mentah boleh bagi tukang masak untuk dimasakkan pastu kenalah bayar upah. So kami bawak macam2 terbanyak pulak so lepas habis makan2 BBQ kami tumpang peti ais cafe. Rugilah kalau basi bahan2 mentah tu. Jangan membazir.

Bilik air ni....hahaha masa laki aku nak confirmkan dia tanya aku dulu sebab bilik air kena share. So kami ambik bahagian private chalet jadi bilik air kena share dengan 3 lagi chalet. Tapi orang2 yang datang mandi je, pun guna jugak bilik air tu.

Ada untuk lelaki dan perempuan. Lelaki ada tong air biru, tandas cangkung. Aku tahu sebab aku mandi sini last day sebab bilik air sebelah ada orang guna. Aku tak jumpa paku nak sangkut baju tapi ada tali la. Perempuan ada kolah besar tandas cangkung gak. Tapi kan paku banyak.. hahaha. Sambil mandi ko dengar bunyi serangga dan katak menyanyi riang. Ada satu sinki bolehla basuh2 pinggan mangkuk lepas makan. Kami bawak ada yang pakai buang ada yang kena bawak balikla.

Chalet kami nama Orkid. Depan sungai. Ada beranda so kami bentang tikar dan makan2 kat situ je. Best giler sebab takyah kemana2. Tengah2 set up nak makan tu laki pergi alih kereta sebab dah ada parking depan sungai.

Kalau kau bukan adventure people, tahap hygiene kau 200% sini tak sesuai untuk kau. Oh ya tandas ada gayung je takde pili air. Satu lagi kalau nak tandas duduk jauh sikit kena menapak dari chalet kami duduk. Chalet kami nombor 2 dari bawah. Kira sampai je, register check in dah jumpa chalet. Dekat sangat senangla untuk anak2 kecik.

Aku sampai sini laki tanya ada moment yang terimbau tak...haaaa aku dulu ada gak masuk hutan..camping..haish malas nak cerita. Yang penting ada tandas nak berhadas untuk sucikan diri sebelum bersolat. Jangan tandas tersumbat. Duh lagila kalau ada yang tinggalkan najis atay buang pad dalam tandas. Memang sumbatla. 🤮🤮🤮


Parking tepi bukit ya



Chalet kami, Orkid

Budak bandar masuk kampung


Masa datang panas, malam tu sejuk je sebab hujan sejak 6.30 petang.




Tekalah. Tapi kain batik yang dibawa dah diguna jadi sejadah.

Takde sejadah. Lupa bawak.

Laluan private ke tandas



Gambar dari kawan kami. Chalet dia tinggi kena naik tangga. Anak2 dia tidur sebelah chalet kami.




Sedap la makam ramai2 kan.
Muka happy jadi chef BBQ. 

Rabu, 20 November 2019

,

Rumah Makan Terlajak Laris, Bandar Baru Bangi

Dah lama nampak tapi tak dan nak try. Ada je benda nak buat tak pun dah kenyang. So balik dari KKM nak makan la dah lapar..solat siap2 kat Masjid Hasanah. Dekat sangat je pun.

Hari bekerja memang tak ramai. Macam kami je pelanggannya..dah jam berapa pun. Ni gambar masa dah nak balik.











Asam pedas ikan pari. Sedap tapi pedas gila.


Nasi ayam untuk Aqlan


Aqeel makan  nasi ayam dan sup je


Laki order ikan keli masak lemak. Sedap..last2 kami tukar lauk.

Sudah kenyang.

Okay semua sekali RM51. Padanla dengan lauk2 semua masak panas2..bukan cedok dan hidang kat kita. Nasi pun sedap.

Sabtu, 16 November 2019

,

Nippon Sushi, Bandar Baru Bangi

Kami gemar makan sushi. Almost every month akan makan. Sekali laki ajak try new sushi restaurant. Katanya dah setahun buka tapi dia tak pergi2 sebab dia risau tahap sushi setakat kafe AEON. Siapa pernah makan tahulah..

Kami pergi dalam keadaan sangat lapar. Lepas solat kat Madjid Hasanah terus pergi. Eh masjid pun dah barulah tempat wudhuk wanita. Nampak sangat dah lama tak masuk masjid tu. Sebab laki suka ajak solat kat ofis dia..jalan kaki je kalau ke masjid tu. Tapi sebab aku tak kuasa nak naik tingkat 3 walau ada lift bagai...maka masjid jadi pilihan utama. Memang aku prefer masjid pun dulu. Lebih barokah.



Ok masuk2 je kedai sushi ni rasa warm welcoming. Tunggu sekejap untuk ambil tempat duduk. Penuh juga ya lunch hour hari Sabtu. Dapat tempat duduk, dudukkan Aqeel siap2 dulu sebab seat dia betul2 sebelah food belt tu. Pastu nak order makanan macam blur2 sikit kena tengok semua page la. 1st time kan. Ok sudahnya order ayam goreng dan nasi dengan ikan Saba tu dulu. Sebelum sampai makanan2 ni makanla dari hidangan di food belt tu.

Kami macam nak cuba semua makanan sebab nak tahu mana sedap kat tekak. Nak buat perbezaan dengan Sushi King. Bertahun dah makan kat sana.

Sushi dalam tofu manis. Rasa topping tu pedas2 sikit. 

Sushi telur

Salmon sushi dan telur ikan

Salmon sushi dengan tuna dan telur ikan

Sushi crabstick

Sushi salmon

Sushi telur ikan

Sushi udang dan smoked cheese mayo

Sushi telur ikan dan...entah tak ingat

Sushi salmon dimasak separuh dan smoked mayo. Pergh yang ni paling sedap..

Halia fav aku la..kicap masin je ada

Nasi ikan Saba ni ikan dia besar 2x ganda dari Sushi King. Hahahaha puas hati makan tapi nasi kena share dengan Aqeel. Dia suka sangat makan dengan sup miso. Seaweed pun banyak tak kedekut. 

Ayam goreng for Aqlan. Aku makan tak kena sangat dengan tekak rupanya ada sos aku tak cecah.

Satu lagi kami order mee Udon. Mangkuk besar ingat anak bujang tak habis sekali dia bantai makan semua. Punya banyak dia makan...

Air order teh hijau je untuk laki. Aku lak ngada2 nak minum air soda frizz ada longan ada lemon..ada mint leaves..haaaa air dia memang mahal sikitla..

Air ni nak cecah RM14


Belakang tu tempat prepare sushi

Ada robot hantar makanan tapi gambar tak terambik pulak



Decoration ceiling pun cantik..art sangat




Ok harga sepinggan sushi ikut warna la..
Purple RM5.40
Red RM4.30
Orange RM3.20
Pink RM2.10

Memang murah dari Sushi King. Dan lebih tasty...bye2 SK. Hahaha..cuma cawangan tak banyak..dan menurut review memang ramai beratur kalau weekend. Alhamdulillah. Ni lagi satu restoran milik Muslim. Jadi kita sokonglah kan.