Memaparkan catatan dengan label Alteration. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alteration. Papar semua catatan

Rabu, 30 Ogos 2017

, ,

Kalau Tak Puas Hati, Alter Je

Tahun ni aku banyak menjahit baju. Samada baju untuk laki, anak, diri sendiri dan mak mertua.

Since mak mertua tak puas hati dengan jahitan tailor di Bangi tu, disuruhnya aku jahit baju2 dia. Tu pun kadang2 aku juga yang control jenis kain apa dia nak beli untuk aku jahit. Aku tanak jahit kain lembik2 dan licin2.

Satu - sebab aku susah nak potong. Dua - aku takde mesin jahit tepi jadi nanti berbulu2...benci pulak aku tengok. Sebab aku pentingkan kesempurnaan. Mesin jahit aku ada 3 jenis jahitan tepi tapi sebab 2 benang je jadi aku rasa tak best. Haha...ada niat nak beli mesin jahit tepi. Gigih kumpul duit tiap2 bulan. Patut dah dapat beli pastu gatal kan ada je shopping.

So adalah beberapa helai baju aku dah buat dah pakai dan aku tak happy. Sebab aku rasa macam besar sangat..dan macam2 alasan lain. Since aku memotong kain ikut baju2 aku yang sedia ada, bila aku rasa kecik aku akan bagi basi kelim besar. Tapi in the end terbesar sangat.

Baju ni asal ada 2 poket tepi dan lebih kembang. Aku potong dan ngam2 je dengan saiz badan. Jangan badan makin melebar sudah.

Asal baju ni potong serong 45°. Pastu aku rasa bila pakai nampak gemuk sangat. Sebab tu tak upload sangat gambar bila pakai baju ni. Pakai pun baru 2 kali. Heheheh. Ok..orang baju XL tak boleh pakai baju potongan kembang ya. So lupakan babydoll pattern walaupun teringin sangat nak buat.

Kimono robe ni dah siap sebenarnya tapi cam besar sangat jadi aku potong lagi bagi kecil. Ni pakai dengan seluar lebar ke skinny lawa ek? Ok ni kain mertua belanja di Gulatis. Nangis nak potong kain lembik. Jahit double la jawabnya elakkan berbulu.

Maka gigihla aku memotong dan menjahit balik hari ni. Dah siap2 tu ada rasa gatal2 nak potong kain baru..adalah beberapa pasang. Tapi kepala aku dah takleh nak fokus...baik aku stop dulu dan buat keje2 lain seperti tulis blog. Hahaha. Kalau aku teruskan juga maka aku akan rosakkan kain.

Jadi ya aku ni moody sikit. So mak mertua yang suka bagi sokongan sedikit sebanyak aku dapat memahirkan diri untuk menjahit blouse2 dia ikut contohlah. Aku masih tak reti nak amik ukuran. Tu kena study lagi.

Jadi kalau siapa nak tempah baju dengan aku kena faham mood aku. Haha maaflah sebab kalau takde mood memang takde kasih sayang karang pakaian tu. Ingat masak je kena penuh kasih sayang?

Ni tempahan yang ke-6 oleh mak mertuaku..butang baju contoh ada 5 je kot. Aku bagi 9 supaya takla terbuka2 baju tu kan. Harap Mama sukalah...aku dengan dia ada perangai lebih kurang sikit sebab kongsi bulan harijadi..elok pulak bunga terletak je kat butang2...


Jumaat, 18 Ogos 2017

Alter Baju Lagi, Buat Extension Lengan

Selepas berjaya alter baju kemeja kaler hijau tu, kali ni aku alter baju kaler hijau jugak..haha suka hijau apa boleh buat. Baju ni ialah dress lengan pendek dengan skirt sampai lutut. Konon nak bergaya la nanti dengan seluar panjang. Tapi nak pakai inner tak sanggup. Panas.


Baju ni kain dia tebal. Beli lama dah di Uniqlo. Harga baju dibeli RM39.90 je. Tapi sekali tu aku tengok kat website Uniqlo jual RM129.90. Aku pun tak faham. Selalu je terima updates dari Uniqlo pasal sale ni. Tapi aku tetap suka beli di kedai. Kalau korang perasan harga baju Uniqlo lain branch lain jualan murah dia. Paling rare kena pergi Fahrenheit la. Situ baju lama2 semua ada. Kot ada perangai nak pakai fesyen lama je kan.


Extension aku potong dari kemeje lengan panjang yang aku tak muat nak pakai dah. Zaman kerja banyak kemeja. Kurus. La ni sedap je badan tu keja nak melebar je.

Ok mula2 pakai kemeja tu dan baju yang nak ditambah lengan. Ukur panjang dari pergelangan tangan ke jahitan kelepet lengan baju yang nak ditambah. Saiz aku nak tambah dalam 10.1 inci. Tapi aku potong sepanjang 12 inci untuk basi kelim.

Cara2 buat extension lengan pendek.

Buat ukuran betul2 sebelum nak potong kain. Measure 2x cut 1x. Ingat tu.

Pastikan lebar kain yang nak ditambah lebih sikit dari lengan baju tu. 

Pin siap2 supaya tak teralih ukuran yang telah ditanda.

Nak jahit memang payah sikit. Kena pandai cari angle yang betul.

Siap sudah. Bolehla bergaya.
Selamat mencuba. Kalau hantar kat kedai tatau berapa caj sebab alteration lagi susah dari jahit baju baru. Sebab nak ikut warna benang, alur jahitan dan kelepet supaya tak kelihatan seperti di alter.


Isnin, 14 Ogos 2017

Baju Siap Di Alter

Baju harga RM39 je. Ingat muat rupanya ketat sikitlah. Tertayang pulak yang tak patut. Jadi kita alter la.


Apa yang di alter tu?

Tetas kolar leher tinggal cekak dia saja. Kolar leher tetas bahagi dua untuk tambah kain tepi pinggang.

Tetas tepi pinggang tu sehingga bahagian ketiak. Jahit masukkan kain tambahan dari bahagian kolar baju. Tak boleh salah potong. Measure 2x, cut 1x ONLY.

Aku juga jahit balik semua patches. Sebab hanya digam jadi lepas basuh tangan pun patches sudah start nak tertanggal. Masa nak patches guna mesin jahit tu ambil kain alas bawah patches.

Jahitan butang yang asal.

Aku tambah kain alas sebelum jahit semua patches

Jahitan butang yang aku buat

Tambahan kain dari kolar pada bahagian ketiak ke bawah

Tambahan kain yang sudah siap

Dah jadi kolar leher tentera kata laki aku. Bagus jugak buat kolar macam ni taklah berpeluh2 bawah tudung tu.