Ahad, 30 September 2018

, ,

Wedding Reception Kawan Dia Di D'Tunjong Damansara Banquet Hall

Aku ikut aje. Eh dah berkeluarga pergi wedding ni macam best sikit berbanding masa forever alone tu. Walau banyak jemputan ada je alasan aku bagi. Hahaha maaflah...tak kuasa nak menjawab soalan bila kau nak kahwin tu. Now dah kawen beranak 2. Syukur sangat dah ada mereka2 kesayangan ni.

Actually ni kawan satu gym laki. Masa dia aktif pergi gym la. Lama juga baru nak sampai jodohnya. Akhirnya ketemu jodoh jua..aku dengan kawan dia ni tak pernah bercakap..haha sebab tu aku senyum2 je sudah.

First time aku ke wedding hall ni. Asalkan sejuk makanan sedap oklah kan musim panas ni. Dekat sangat dengan Chocolate Museum tu. Alahai...jalan kaki sampai. Kereta parking di NAFAS iaitu bangunan pertubuhan nelayan.

Layan gambar jelah ek.

Tahniah Abdul Razak dan Mellisa
 
Ibu pengantin lelaki. Masa makan beradap, ibunya menyanyikan sebuah lagu khas untuk anaknya.
 
Yums yums. Daging dia sedapnyalah...tak lekat kat celah gigi tu penting.
 
Kawan2 semeja. Kami pernah pergi bercuti ramai2. Kecuali yang berdiri tu tak termasuk. Tak kenal pun.









Holding hand

Lepas tengok gambar ni baru perasan Aqlan pegang tangan Aqeel

Aqlan sayang Aqeel. Aqeel lak tengok je tangan Aqlan.

,

Cabaran 25 Hari Blogging - Kenapa Saya Tulis Blog

Sebab saya sukaaaaalaaa..

Ikut mood..masa..ada tu nak tulis banyak2 1 day.. ada tu berapa kali je sebulan..

Mostly cerita pasal family. Anak2 la. Ikut perubahan masa..dulu2 takde anak banyak citer pasal kawan2 adik beradik..

Yang pasti bila tulis blog jangan dedahkan banyak rahsia peribadi sendiri dan orang lain. Hormati mereka. Jaga aib orang, Allah akan jaga aib kamu..


Sekian tamat sudah saya menyahut cabaran 25 Hari Blogging. Roger and out. Yeahhh..

Sabtu, 29 September 2018

,

Cabaran 25 Hari Blogging - Impian


  1. Apa yang aku impikan? Mestilah usaha untuk dapatkan. Kalau impi tak usaha nama dia angan2.


Aku nak jadi tukang alter baju dan refashion yang berjaya. Hahaha...ko adoo..

Aku baru siap buat satu baju nursing masa sebelum bersalin. Dan satu baju aku alter jadi baju nursing. So aku nak menjahit dengan lebih kemas la...

Lubang lengan baju ni kecil. Aku alter kasi besar sikit. Eh dah gemuk ye lengan lepas beranak 2. Lepas tu aku tambah zip untuk memudahkan penyusuan. Kalau tak berzaman la nak tunggu pakai. Baju dibeli masa Aqlan baru nak setahun kot. Tapi sebab dia tu minum guna botol susu jadi takde masalah beli maxi ni. Dengan Aqeel kenalah ada baju nursing banyak2.

Dah tentulah aku akan pakai baju tu dengan baju lengan panjang macam blazer ke..ish ish..

Tahun 2015. Eh blazer putih tu pun ada lagi..muat ke tak...hurmmm...

Jumaat, 28 September 2018

Khamis, 27 September 2018

Rabu, 26 September 2018

,

Cabaran 25 Hari Blogging - Sumber Inspirasi

Sumber inspirasi aku banyak. Boleh jadi dirujuk untuk survival hidup atas dunia yang fanaa ni. Juga untuk masak2. Juga untuk menjahit..jaga anak2...kan jadi aku tak boleh nak cakap seorang je sumber inspirasi aku.

Kalau isteri2 Nabi nak dijadikan sumber inspirasi itu memang bagus...tapi setakat mana kemampuan kita tu..? Keimanan dan kesabaran mereka tu sangat tinggi.

Kalau sunnah Nabi Muhammad tu seeloknya kita ikut. Akhlak Rasulullah tu terlalu mulia sampai malaikat pun menghormati beliau..dan ketegasan beliau juga amat menakutkan syaitan.

Kalau bab makan kita dilarang membazir. Membazir menyediakan makanan..tak habis jangan dibuang pulak kecuali boleh mendatangkan kerosakan pada kesihatan tubuh badan. Jadi bab makan pun boleh ambil inspirasi dari akhlak Nabi sebab beliau tak membazir. Makan ala kadar sahaja.

Ok memang susah nak ikut Nabi. Tapi kita ikut sikit2 sampai berjaya amalkan..tengoklah yahudi diorang tu pun sebenarnya amalkan amalan Nabi2 sebab banyak kebaikannya.

Selasa, 25 September 2018

,

Cabaran 25 Hari Blogging - Binatang Paling Menakutkan

Ular. Ok tak jumpa sangat pun. Tapi masa membesar di Koyan ada je ular ni masuk rumah. Malah waktu nak potong daun pandan ke serai nampak dia kaler hijau lagi duduk kat situ2. Nasib tak kena patuk. Seram.

Lagi satu, ular kan akan ada dalam kubur jika kita diazab Allah atas dosa2 kita di atas dunia ni..bila mati tak sempat bertaubat. Aku seram dan ngeri dengar kisah ular itu.

Camne orang buat ular jadi pet aku tak tahulah...

Isnin, 24 September 2018

Ahad, 23 September 2018

,

Cabaran 25 Hari Blogging - Subjek Kegemaran Saya

Subject pelajaran ke?

[sub.jék] | سوبجيک

Definisi : /subjék/ 1 sesuatu yg diceritakan dll; perkara: Apa ~ yg akan dibincangkan oleh mereka nanti? 2 ist kata atau kata-kata yg merupakan perkara atau hal yg diceritakan dlm sesuatu ayat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
subjek (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan perkarahaltajukjudulpokokisu.,









Kalau pelajaran aku suka Prinsip Akaun. Bagi aku ianya mudah difahami. Masa sekolah semua nampak mudah kan..tapi kat uni ish2 susah jugakla...

Sabtu, 22 September 2018

,

Cabaran 25 Hari Blogging - Cikgu Paling Best Zaman Sekolah

Cikgu ya...aku tak tahulah kalau cikgu paling garang dan menggerunkan itu paling dibenci atau paling disukai korang... sebab aku suka cikgu yang paling garang gila kat sekolah dulu. Cikgu Matematik. Matilah kalau tak siap kerja latihan...salah jawab pun..ya ampun..

Nama cikgu ni Norhayati. Kami panggil Cikgu Yati jelah. Dia ajar subjek math masa form 3. Nak ambik PMR kan. Aku sekolah kat KT. So Jumaat dan Sabtu cuti sekolah. Tapi sebab nak exam, setiap hari sekolah. Ko rasa? Cuma subjek dia jelah yang hari2 ada aku rasa. Hahaha...cikgu ni glamour ok kat sekolah. Aku punya sekolah tu Girls only...

One day anak saudara dia datang sekolah training kitorang untuk perbarisan hari keputeraan Sultan Terengganu ke sebab nak merdeka. Semua bersemangat ko..sebab anak buah dia lelaki. Hahaha.. tulah budak sekolah pompuan.. nampak laki je mulalah semacam. Eh apahal aku nak citer pasal anak buah cikgu Yati?

Aku pernah kena berdiri sebab salah jawab math. Dari berdiri, naik atas kerusi kemudian naik atas meja. Aku memang tak pandai math. Asyik dapat E je. Giler. Markah pula memanjang merah...hahaha..

Aku tak tuisyen. Tak mampu. Jadi kelas tambahan cikgu Yati ni penting. Aku akan buat semua latihan walau aku ni lembab. Kat rumah pun aku buat jugak. Latih tubi la. Aku budak sekolah pondok mana belajar math pelik2 ni. Aku belajar yang basic je. So masuk sekolah ni azab aku nak catch up everything.

Naik form 4 cikgu sejarah pulak yang aku suka. Cikgu Yati dah tukar sekolah lain. Ni cikgu Shamsiah. Panggil cikgu Sham je. Last aku tahu dia dah jadi pengetua sekolah aku dulu tu. Style dia ajar sampai aku suka gila Sejarah. Aku suka gilaaaaaaa Sejarah ok sebab cikgu ni. Cikgu ni pun garang. Takut gila aku. Haha seram sejuk kalau kena buat pembentangan. Terketar-ketar.

Naik form 5 aku suka cikgu Rosyatimah. Cikgu Ros ajar math. Bayangkan dari bengap masa PMR aku dapat B untuk math dan masa SPM aku dapat A2. Cikgu Ros tak sangka aku dapat A2 sebab aku selalu failed math. Terima kasihla cikgu Ros selalu buat kelas tambahan dan aku juga dimasukkan ke klinik Math yang disediakan pihak asrama sekolah. Hahaha nama naik list sebab bengap. Susah nak mati padahal math mod je bukan add math. Masuk Matriks nangis aku buat Add Math.

Gambar dari FB kawan hujung kiri tu. Nama di Afezee. Kami kamcing kat asrama. Ni gambar geng form 5. Kami rapat sejak form 4. Aku kawan dengan diorang semua sebab aku bebal math. Dan sebagai balasan aku ajar akaun. Gambar di makmal sains.

Hahaha ni pun gambar dari FB Afezee. Aku rasa semua masih bekerja makan gaji. Aku je dah tak kerja. Ni gambar dengan cikgu praktikal. Gambar dengan cikgu2 yang disukai takdelah...

Form 5 aku suka juga cikgu2 sejarah, BM, sains dan Syariah Islam. Untunglah form 5 banyak cikgu best. Masa form 4 banyak ngantuk je. Hahahaha..

Jumaat, 21 September 2018

,

Cabaran 25 Hari Blogging - Kenangan Zaman Kanak-Kanak

Zaman kanak-kanak aku ada happy dan sedih. Sebab aku masuk asrama seawal 9 tahun jadi banyak peraturan aku kena ikut. Haha peraturan yang juga akan menjadikan kita lebih berdisiplin siapa suka. Kalau boleh nak main je. Nak tidur je.

Umur 9 tahun ke bawah aku memang duduk dengan mak dan bapak aku. Agaknya sebab suka sangat main mengaji pun malas jadi umur 9 tahun masukla sekolah ala2 pondok. Ha belajarlah mengaji dan solat tu seawal waktu. Elok umur 10 tahun dah khatam Quran. Kalau tak masuk agak2 khatam ke tidak umur 40 eh...melampau..

Makan

Masa duduk dengan parents makan semua terjaga. Maksud aku ada banyak makanan. Kalau lapar sangat diam2 pergi ratah milo atau gula merah. Sedapnya. Takpun tumbuk biskut keping makan dengan gula. Mak selalu sediakan makan pagi, tengahari petang dan malam. Ada je kudapan. Nak membesar kerja nak makan je..biskut sentiasa ada 1 tin besar tu kalau siapa2 hidup membesar tahun 80an beli biskut tin kita panggil. Kalau pulangkan tin dapat balik duit deposit. Duduk dengan mak bapak makan pun sedap2. Kalau makan nasi, kicap dan telur goreng pun dah sedap sangatlah tu. Asal teman mak ke kedai ada je dapat makanan. Haha..patutla..

Bila duduk asrama nak makan pun kena share satu dulang 5 orang. Ikan seekor. Ayam sangat jarang makan apatah lagi daging. Kalau mak bekalkan makanan memang tak lama habisla. Sebab siapa ada makanan dia ada kawan yang tiba2 mengendeng. Dah orang buat kita pun buat jadi padanlah budak asrama. Petang2 beli kuih. Zaman tu kuih seposen. Nasi lemak makan dalam plastik buat lubang kat bucu tu. Nikmat. 20 sen je nasi lemak. Bila duit belanja habis mulalah berlapar. Makan pagi petang dan malam tak cukup sebab banyak buat aktiviti dan nak membesar. Bila ada usrah ke rumah makcik2 ni sediakan makanan pergh makan macam tak ingat dunia. Sedap sangat. Sebab makan kat asrama ni takla berapa lazat. Pernah makan makanan nak basi.. Hangit...malah pernah siang ikan berulat untuk dimasak dan bagi makan semua pelajar. Jumpa ulat dalam sayur tu biasa jelah.

Bermain

Kalau duduk dengan mak bapak teman permainan aku ialah adik aku si Yome. Kemudian anak2 jiran. Takla ramai sangat. Tapi tak reti nak balik bila main tu. Sampai makan pun kat rumah jiran. Hihi tak malu betul. Lambat balik kena kejar dengan angsa jiranla yang paling sadis. Memang nangis ok.

Kat asrama main ramai2 syokla. Pastu kan dah besar sikit. Aku kan bukan pandai main2 selalu kalah. Jadi aku selalu pilih kawan kumpulan yang gagah la konon. Kira masuk group dia mesti menang. Haha..

Sakit

Kat rumah mak bapak kalau sakit mak hadap. Bapak sapukan ubat..

Kalau kat asrama adalah kawan tolong jaga. Alahai aku rindu betul dengan kawan yang jaga aku masa aku sakit. Rasa macam dialah truly friend aku. Aku rindu Nazifah. Tapi tu bukan nama sebenar dia. Tapi ustazah tukarkan nama dia. Sebab ustazah kata nama sebenar dia takde makna ke maknanya tak elok. Aku pun ada  nama ustazah bagi.

Nama

Ok..bapak bagi aku nama Ideriyanis Nengse.

Ustazah bagi aku nama Ainatul Mardhiah dan Ummu Hurairah.

So aku dipanggil Neng, Aina dan Hurairah. Ko ada 3 nama?

Tapi bapak aku tak suka bila tahu ustazah tukar nama aku. Sebab memang diorang tukar panggilan nama aku. Dan buku2 latihan aku pun kan depan tu tulis nama kita...ustazah tulis nama yang dia bagi. Tapi tak lama kemudian pakai balik nama asal aku. Aku ingat selipar jepun aku pun ustazah tuliskan nama AINA. Siap guna pisau tulis atas2..selipar Tat Sing. Tu lah bapak aku marah. Nama2 dibagi ustazah tu memang ada makna tapi kata bapak, nama aku setiap huruf ada makna...

Oklah aku cerita tu jelah. Panjang lagi kalau nak sambung. Malas pulak bila fikir sebab banyak perkara sedih yang berlaku masa aku budak2. Aku redha..tapi bila meluahkan tu tentulah bukan maksud aku nak mengungkit. Sebab banyak kesedihan ni menjadikan aku lebih berfikir dan matang. Aku kena basuh kain sendiri masa darjah 3. Guna tangan..mak aku upahkan ustazah sebelum tu. Haha..

Kisah aku kalau ditulis...terlalu tebal..haha..

Khamis, 20 September 2018

Masak Pai Epal Menggunakan Microwave Oven

Dah lama nak buat. Last buat guna oven toaster. Menjadi je. So kalau pakai microwave oven patut bolehla jugak..


Puas juga cari resipi. Kita tiru resipi orang Melayu la pulak. Dari blog Buat Orang Lapo ini memang blog resipi je eh. Hehe.  Nama blog pun kelako. Tapi semestinya aku mengolah sikit iaitu tang pastrinya. Aku beli ready made je. Tak dan la nak menguli. Itu pun lari kejap2 ke dapur kejap2 ke ruang tamu tengok Aqeel. Aqlan pun tolong masak ok. Excited budak tu.

Sap sap soi je bahan2 pun...


Epal hijau 2 biji dibuang kulit dan core dan potong dadu.
2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
2 sudu besar mentega.
Secubit garam.
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis.
3 sudu besar gula perang.
Kulit pastri.
Bekas silikon saiz cupcake.
Loyang berlubang bentuk cupcake. Aku guna yang 6 lubang. So ni untuk 6 bekas jelah.

Dalam periuk masukkan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung. Bila masak agak2 dah didih tu baru masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau2 kejap je tutup api.

Dalam bekas cupcake, pastri dipotong 4. Setiap 2 kepingan masukkan dalam bekas sebagai base pai epal. Eh betul ke aku cerita ni..

Panaskan oven...180°. Kalau ikut resipi 10 minit. Microwave oven ni lain macam sikit. Kena guna Hot Blast untuk panaskan. Pastu masakla dalam 20 minit. Biarkan dalam oven 5 minit bila dah siap 20 minit tu.



Sudahnya aku dan laku je yang makan. Aqlan kan lebih2 je..haha baguslah dia tak suka epal. Laki suka resipi ni. Boleh buat lagi. Yeay..
,

Cabaran 25 Hari Blogging - My Gadget

Sudah lama aku tak beli gajet baru jika definisi gajet tu kat barang2 untuk ambil gambar seperti smartphone, komputer, tablet, camera atau video cam.

Tapi mengikut kamus gadget is..
a small mechanical or electronic device or tool, especially an ingenious or novel one.

Jadi gadget sebenarnya ialah alatan kecil. Tukul daging yang kecil tu pun gadget tau. Alatan menjahit pun gadget gak..

Aku bukanla orang yang obses dan perlu new technology everytime keluar yang baru, terkini. Aku ni pakai barang sampai rosak. Memang aku berjimat cermat bab ni. Haha jadi aku memang ketinggalan. Tapi aku tak kisah sangat sebab laki aku IT person yang up to date. Eh dia selalu updating kan system dan apps ok lah.

So aku tak dapatla cerita sangat pasal gajet ni sebab aku ni ketinggalan dalam bab smartphone. Haha. Kalau itu yang korang ingat gajet.

Terbaru yang kami beli ialah staple gun. Kan syok tengok dalam rancangan DIY jadi aku nak jugak. Eh eh nak tahu ke bentuknya?

Namanya HOTAK kau. Hahahaha.. sapelah yang bagi jenama dia ni.. beli kat mr DIY dalam RM12. Ada saiz2 la. Harga pun ikut saiz la.

Aku yang nak tapi laki aku dah rasmi dulu. Eh dia tu excited apa aku suka dia pun suka juga..eh copy paste sangat taste dia.

Sekali Berspa Di Azzahrah Wellness Spa

Selepas bersalinkan Aqeel dapat kupon diskaun 50% untuk perkhidmatan di spa ni.


Masa daftar masuk staf tu tunjuk kupon lain khas untuk wanita lepas bersalin. Tapi aku tak dapat pun. Dia kata kena call management dan beberapa prosedur la. Aku pulak kata kalau leceh takyahla sebab aku beli masa. Ni kira dah bersyukur dapat buat sebab laki akan tolong jagakan anak2.

Masa bersalinkan Aqlan dapat juga cuma tak pergi. Rasa rugi jugak lepas tu tapi apa nak buat kekangan masa.

Muka daftar masuk. Aku dah mandi ok. Walaupun tahu akan mandi lagi sekali kat spa ni.

Sebelah hospital je.

Pintu masuk ke ruang spa di tingkat atas.

Biasalah spa lampu suram je nak bagi relax.

Mula2 kena masuk bilik sauna 30 minit. Dalam tu ada 2 gelas air kena habiskan. Pergh berpeluh2 la..menitis2. Siap fikir kalau aku terkurung dan mati kepanasam dalam tu. Tulah tengok drama horror banyak sangat.

Kemudian rendam kaki 5 minit.
Lepas rendam kaki tu start la sessi mengurut. Nama yang bagi khidmat ni Ecah. Saja la nak tahu kan kot sedap aku book dia lagi next time. Hari ni 2 orang je yang ada. Dia dan Farah. Patutla tak ramai customer. Cuti Hari Malaysia kan.

Dah siap urut dengan minyak kena scrub badan pulak. Yang ni tahan jelah ye. Aku rasa sakit juga kena scrub ni. Hahaha..tapi satu badan dia scrub kecuali bahagian intimasi la. Lepas tu masa2 ni juga aku tengok HP kot laki call takle handle Aqeel.

Lepas dah siap masuk dalam bath tub untuk mandian herba. Duk berendam dalam 30 minit jugak. Pergh masa masuk air tu masih panas aku macam tanak masuk tapi cekalkan hati.

Dah siap mandilah macam biasa tak cuci rambut sebab nanti diorang akan cucikan. Elok masuk zuhur aku tumpang solat kejap. Bagusla semua ada..telekung, sejadah disediakan.

Lepas solat buat facial pulak. Eheheheh...masa ni dah jam 1 petang lebih. Kira Aqeel dah hampir 3 jam tak jumpa aku. Eh orang sebelah aku boleh tidur berdengkur. Aku pulak asyik ingat anak. Aku juga buat rawatan mata. Okey pakej aku tu ada banyak pulak yang aku tambah2 sebab staf ni pandai promote. Memang makin menambah duit kena belanja. Tengah buat facial tu dan kena tinggal dek Ecah lepas tu aku dengar suara Aqlan. Pastu Aqeel nangis..pastu laki punya suara. Ah sudah tak tenteram aku. Tapi mata aku tak boleh buka. Ko tahu perasaan dia macam ah tidak aku macam buta....dahle sejuk gila masker satu muka Ecah sapu. Lama aku dengar budak tu kejap nangis kejap diam. Mesti dah haus. Haaaa memang aku dah cakap siap2 kat Ecah aku tak pump susu sebab Aqeel tu tak suka puting susu. Jadi aku tahu sampai masanya kena stop sessi dan bagi menyusu. Masa ni aku dah panggil2 Ecah. Tapi diorang kat bilik lain sebab aku dengar bunyi hair dryer kuat. Suara aku macam tak kedengaran. Last2 aku dengar ada staff lain naik cakap eh dia kata mak budak tu kat atas..nama Anis. Haaa aku kat sini weii. Lama juga tu baru Ecah datang bersihkan muka dan aku pergi susukan budak tu. Masa tu dah jam 2.40 kot.

Alahai kesian anak ibu. Aku turun ambil dia sebab lelaki tak boleh masuk tingkat atas. Hujan lebat. Laki aku gelak2 je siap cakap nak jual budak RM500. Ko rasa? Masa tu ada orang lain dokongkan. Aku pun naik atas balik dengan Aqeel dan Aqlan. Eh ni lelaki jugak tapi kecil.  Hehe.

Siap tu aku buat rambut lak. Elok pun takde tempat jadi masa menyusu tu layan jelah Aqeel. Kemudian laki aku nak solat tapi kena ke sebelah Azzahrah Hospital la. Sini lelaki pun tak dibagi solat. Memang sebelah tu dekat je cuma hujan lebatkan jadi tak boleh bawak Aqeel. Jadi ada staff tolong jaga. Staff yang datang lepas program apa aku tak tahu. Aku turun juga nak ambil sebelum potong rambut. Tapi diorang nak jagakan. Patut Farah potong rambut aku. Akhirnya yang potong nama ejaaan Ain ke Ein ke..sebab aku nak potong biasa2 je. Farah pergi solat. Seem like Farah tu tahu potongan berfesyen la.

Masa potong rambut tu ramah pulak si Ein ni bercerita. Hahaha gosip saloon dah start tapi mostly pasal beranak czer la. Dah masing2 ada pengalaman dengan doktor yang sama pulak tu. Honestly aku sukala si Ein ni layan aku sebab dia tahu potongan sesuai dengan bentuk muka. Siap cakap kena hadap pelanggan dan kehendak hati pelanggan. Macam aku nak rambut pendek tapi bukan macam lelaki kang laki aku marah kang..so dia faham sebab dia pun dah berlaki. Dia pu tunjuk ajar camna nak gayakan rambut kat rumah untuk tontonan laki. Wah....mak suka nyahh..eh. walaupun kat rumah macam tak terurus dengan 2 anak lelaki tapi penampilan kenalah jaga. Takdelah aku nak pakai lipstick bagai..sebab susah kang aku nak cium anak2.

Aku ni bukan tak teringin nak bermekap walau nipis dalam rumah tu untuk laki. Tapi aku fikir nanti nak cium budak2 ni habis lekat lipstick ke bedak ke yang mungkin bahaya untuk kulit diorang. Nak pakai cutex yang dah berkurun beli tu aku nak masak, nak suap2 lagi pun aku fikir banyak kali walau chemical free. Ye ler aku ada beli yang boleh bawak solat tu telap air mahal weh...tapi kan demi anak2.

Ni bilik bekam

Takdelah aku nak buat bekam.

Selepas solat Asar barulah aku keluar dari spa ni. Jam 11 pagi sampai 4.20 petang. Fuhhh lama tu...alhamdulillah laki boleh jaga anak2. Ehehe yang bestnya hari ni Aqeel berak banyak abah dia kena tukarkan. Ahahahaha...tapi aku tahu laki boleh buat. Dia pun langsung tak mesej atau call aku. Dah tak boleh jaga budak tu baru dia call mesej bagai.

Okay total aku kena RM355.
Guna kupon RM150
Yang2 lain ada promosi aku amikla...kalau korang nak try spa ni pergilah tengok kat IG diorang apa promosi bulan ni.

Semua apa yang aku buat hari ni best la. Paling best facial tu. Rasa muka betul2 bersih lepas kena sedut blackhead dan whitehead. Yang penting takde apa2 berlaku kat muka lepas beberapa hari buat.

Rabu, 19 September 2018

,

Cabaran 25 Hari Blogging - Travel

Travel? Siapa yang tak suka. Tapi suka tu bergantung juga dengan orang yang join, tempat, masa, wang belanja.

Dalam ahli keluarga aku, travel ni perkara biasa. Bapak aku suka lagi bawak kami jalan2 dari mengumpul harta. Ya dengan kereta hijau Datsun 120Y tu. CM8417.

Merata2 kami pergi. Tolak jalan2 ke rumah saudara mara, bila ada wang dan masa kami akan pergi jalan2 jauh. Tak semua dapat join setiap kali trip. Siapa yang ada kat rumah je. Yang duduk asrama, kerja or dah kahwin takde kat rumah tak joinla. Hehe.

Aku travel dengan bapak hampir seluruh Malaysia kecuali Sarawak. Sabah cover sikit2la.. luar negara setakat balik kampung kat Singapura tu. Negara lain tak pernah pergi. Dengan bapak takde tidur hotel. Paling tinggi motel je. Selalunya tidur rumah saudara mara atau kawan. Ada sekali tu jumpa kat masjid je orang tu offer tidur rumah dia. Bapak aku peramah. Disukai ramai. Aku pulak jenis suka bersendirian. Ada masa je aku join conversation.

Ada juga ikut rombongan sekolah. Tapi takdelah manis sangat. Hahaha. Maybe sebab ramai2. Aku pun tak berapa ingat.

Zaman bekerja adalah join kawan2 pergi travel. Seronok gak. Ada naik bas ada naik kereta. Bila dah beli kereta sendiri lagi seronok travel. Suka hati akulah nak pit stop mana2.

Dah kahwin ni ikut jelah mana laki ajak. Kadang aku ajak bila kawan2 aku ajak. Samalah dengan laki. Dia lagi syok orang ajak so takyah fikir mana nak cari tempat tidur atau makan. Kalau aku, selalu aku akan cari tempat tidur. Aku suka tidur homestay. Hahaha..feeling rumah. Tapi tidur hotel pun best jugak asalkan bilik air bersih. Itulah yang aku paling concern.

Travel aku biasa2 je. Takdelah travel with style ke. Selalu pack barang pun yang light. Tudung xpres takyah iron sangat. Aku kan malas iron2 ni. Pastu mesti bawak beg baju kotor. Kalau pergi hotel mesti bawak balik beg dobi diorang hahaha.

Nak cerita pasal travel banyak..tapi dalam kepala ni next travel ke Jempol la..ada wedding dan Aqeel macam dah boleh dibawak travel. Ha yee dah ada anak lagi2 yang masih kecil ni beg banyak baju diorang je. Tak boleh nak pack light sangat. Karang tak bawak nak beli takde pulak lagi susah. Especially diapers. Aku malas nak hadap situasi ruam lampin akibat tak sesuai jadi bawakla banyak2 diapers. Silap2 satu beg bawak. Hahaha..nasib susu formula dan mak neneknya takyah. Dengan Aqlan dulu, satu bakul barang susu. Naik flight pun bawak susu tin..haaa nangis.

Dia dah boleh duduk tenang dalam carrier bolehla jalan jauh. Kalau tak lenguh tangan nak dokong all the way.

Selasa, 18 September 2018

,

Cabaran 25 Hari Blogging - Obsession

Obses ni macam fanatik ke apa..?

Kalau nak ikut akh obses dengan barang2 menjahit kot. Kalau pergi kedai jahit atau alat2 jahitan mulalah aku ZEN kat situ. Hahahaha. Selain dari membelek berjam2 aku akan beli jugalah. So laki aku memang penyabar tunggu dalam kereta. Kau tahu jelah kalau bawak budak2 aku pulak yang jadi nak marah je kang. Yelah tak boleh nak tumpu.

Malas betul nak pergi ambil gambar bilik menjahit tu..

Banyak kedai alat2 jahitan aku pergi dah. Tapi aku selalu tahan diri jangan obses sangat sebab nanti barang makin banyak tapi tak bergerak stok tu. Buat semak dan sakit mata je kan.

Satu lagi aku suka kedai stationery. Ahahahaha tu pun aku boleh jadi tak memasal je beli pen la...buku la tapi sekarang aku cuba kurangkan.

Aku juga suka kumpul tin. Bukanla tin susu ke tin milo tu. Tapi bekas tin especially yang limited edition. Dulu siap tayang lagi atas rak. Tapi bila Aqlan dah besar dan dia nak buat main tin2 tu, sebab ada yang macam bas... aku pun simpan dalam kotak jelah. Huhuhuhu sedih... sebab aku memang suka koleksi. Lama dah tak beli sebab aku banyak hold diri. Kekeke...ada tin yang aku beli aku isi barang jahitan. Tapi memang tak boleh pamer tin macam bentuk kenderaan. Ada je yang nak buat main.

Laki aku cakap aku suka macam2 benda. Tak terlalu obses sangat. Dia happy aku tak obses barang kemas. Ahahaha barang kemas dia bagi aku cincin tunang dan nikah jelah. Ada jugak koleksi pearls tapi memang aku tak pakai sangat. Aku dan barang kemas macam takde jodoh sangat. Cincin kawen aku pakai sekali sekala je bila keluar rumah. Laki cakap kalau hilang bukan tak boleh ganti tapi feelnya tak sama.

Eh eh melalut pulak..

Isnin, 17 September 2018

,

Cabaran 25 Hari Blogging - Blog I Love

Aku hari2 baca thethirdforce.net kot. Aku suka says.com jugak. Dulu2 aku selalu layan beautifulnara.com pastu aku rasa macam takde faedah. Blog kawan blogger aku baca jugak. Aku kadang baca..kadang komen. Kadang ada gak tak baca.

Kalau blog pasal diri sendiri ni aku suka orang yang bercerita tu macam cerita kawan depan dia. Ada feel gitew. Kalau mendatar macam karangan BM style DBP aku memang tak berminat. Blog macam diari kot. Kalau nak yang berilmiah baik aku baca rencana hahahaha.

Ada juga blog yang sekali sekala aku akan rujuk sebab nak tahu tempat. Servis. Apa2 yang dalam  fikiran akulah. Pastu nak tengok review peribadi bukan berbayar. Bila kau beli kau review lagi honest kot. So yeah kalau akuu rasa semacam sangat aku pun krik krik nak baca tu. Hahaha..

Ada gak blog gosip omputeh aku baca. Tapi makin lama makin mual pulak. Blog pasal kesihatan aku suka baca dr zubaidi tu. Ada kalau pasal rujukan penjagaan anak ada jugak blog yang aku akan cari yang aku rasa pandangan dia adil. Haha.

Oklah..aku ni ikut mood baca blog. Senang citerla...pastu datang mood aku satu lagi tu semua history aku padam pastu melilau type balik apa yang aku nak tengok semula. Kan. Ada juga sedikit ngok ngek kat situ.

Nak cari penyelesaian game pun aku cari kat blog orang. Hahahaha

Tapi blog paling best ialah resipi. Hihi itu memang asyik mencari kikikiki..

Ahad, 16 September 2018

,

Cabaran 25 Hari Blogging - Favourite Colour

Warna apa aku suka? Macam2..

Tapi aku suka kuning dan ungu. Dulu2 aku suka hitam putih biru. Baru2 ni aku suka hijau. Tak baru sangatlah. Tapi tiba2 beli baju semua nak hijau. Asal hijau nampak cantik.

Ah malaslah nak godek cari warna2 tu..

Masa nikah aku buat hantaran warna kuning sebagai bunga dan alasnya kelabu. Masa resepsi aku pakai purple pink. Mostly seluar kaler hitam. Aku suka kemeja putih sebab nampak bersih. Aku ada suit hitam dan putih..tapi macam dah takde dalam simpanan.

Biru aku suka la..kan trend belang2 biru tu..lama dah aku suka biru sejak sekolah. Kuning tu kat uni..pastu eh ungu lah.. hitam putih tu senang nak mix and match kan wajib ada. Hijau ni memang baru2..hahaha...


Sabtu, 15 September 2018

,

Cabaran 25 Hari Blogging - 5 Lagu Cinta Kegemaran

Hello siapa tak pernah bercinta? Lepas kawen ke atau sebelum kawen ke...tengah angau tu kemudian dengar lagu cinta yang dirasakan macam keadaan bercinta dia sekarang, terus kata eh ni lagu cinta aku. Lagu cinta kami..eh banyakla claimnya tiba2.

Lagi pulak ada lagu cinta yang dituju dari si pencinta. Terus leleh hari2 nak dengar 24 jam siap buang ringtone lagi. Hahaha.


  1. I Want To Spend My Lifetime Loving You - Theme Song The Mask Of Zorro perform by Tina Arena & Marc Anthony
  2. If I Let You Go - Westlife
  3. Nothing Gonna Change My Love For You - George Benson
  4. As Long As You Love Me - Backstreet Boys
  5. How Deep Is Your Love - Bee Gees


Sebenarnya banyak je lagi tapi yang ni memang layan. Hehe. Ok ler aku memang layan lagu2 70s, 80s dan 90s. Sesuai la dengan umur kekeke..lagu2 Melayu maaf takde plak nak layan sangat. Lagi satu memang aku suka penyanyi laki lagi dari perempuan. Entahlah...haha..


Cintakan mereka kerana Allah.




Jumaat, 14 September 2018

,

Cabaran 25 Hari Blogging - Vision Board

Visi? Misi?

[vi.si] | ۏيسي

Definisi : tanggapan dan pandangan yg jauh dan men­dalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkem­bangan masa depan dsb, wawasan: pemimpin yg mempunyai keperibadian yg utuh serta ~ dlm kepimpinan; Pak Arena menganggap ~ itu penting dlm penulisan sebab tanpa ~ seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman; bervisi mempunyai visi: pemimpin negara yg ~ tinggi dan jauh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Adakah aku punyai visi? Selalu visi ini muncul di papan2 kenyataan syarikat atau sekolah. Rumah aku takde board. Eh ada blackboard dan cardboard. Hehe.


Visi aku dalam hidup ni simple je. Tapi susah nak buat. Hari2 aku tanya apa sumbangan aku pada masyarakat, pada agama? Akan aku didik anak2 aku menjadi orang berguna supaya mereka tidak menjadi beban kepada masyarakat dan kepada agama. Eh aku pulak adakah menjadi beban? Sudah tentu aku kena menjadi contoh yang baik yang mencerminkan agamaku. Yang mencerminkan masyarakat selagi tidak melanggar syariat.

Benda2 ni nak buat kena kuat. Zaman sekarang ialah zaman fitnah yang sangat teruk. Zaman yang macam segala dosa umat nabi2 terdahulu lakukan. Jika dulu seorang nabi umatnya hanya buat satu jenis dosa yang sangat besar. Zaman kita ni umatnya buat dosa besar bermacam2 jenis. Ya Allah lindungilah kami dari melakukan perkara keji dan mungkar. Amin.


Khamis, 13 September 2018

, ,

Cabaran 25 Hari Blogging - Fashion Saya

Fashion ke style?

Mengikut Wiki: Fesyen ialah istilah yang merujuk kepada gaya berpakaian, kosmetik, tingkah laku dan sebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut masa.

Hahahaha...aku takdelah mengikut sangat fesyen terkini. Sebab aku tak suka benda yang menjadi ikutan..aku suka lagi yang evergreen gitew...lagi2 pulak dah umur 40 ni maka ada fesyen2 yang sesuai je digayakan. If orang cakap forever young, age is just a number, but i think modesty is a must.

Aku telah melalui zaman pakai eyeshadow kaler2..macam hijau biru pink semua tu. Sudahnya sekarang aku cuma suka smoky eyes. Senang kot semua boleh masuk. Tinggal lagi ikut suasana, waktu dan majlis.

Aku juga telah lalui zaman tudung bawal sejak sekolah, tudung berpurdah, tudung belit2 sampai leher rasa rimas, tudung syria la..in the end aku prefer pakai tudung double loop buat masa ni...senang nak siap bila ada baby..material takyah gosok senang bila holiday. Ahahahah. Suka juga tudung sarung Syria tu tapi material takla melekap sampai terjojol. Ada orang pakai labuh tapi sebab materialnya salah, mata ni tetap akan tertengok dua bukit bukau tu. Tu aku. Kalau lelaki? Fikirkanlah. Tudung bawal zaman dulu2 kain jarang dan bidang 45. So pendekla...nampak telingala..macam2. So dah takde semua bagi orang. Shawl berbelit2 nak pakai tu banyak je memang masih ada tunggu anak besar sikit kita pakai balik. Nak pakai pin2 ni rimas. Hahaha.

Pakaian? Aku tak gemar sangat fesyen pelik2. Dan aku gembira juga dah berisi jadi takde harapan nak pakai baju kebaya ketat...which is pernah la pakai dulu sampai jadi bahan kat ofis dulu2. Ya i banyak kebaya...semua dah takde now. All dah bagi orang. Badan dah berisi ni jadi lebih baik pakai baju longgar2 kan. Senang nak breastfeeding pun. Pakai baju yang nursing tu ha..takpun blouse yang kembang kat bawah. So tak nampakla bentuk badan. Takyah tanya orang lain bila pilih pakaian. Tanya laki cukup. Dia akan direct je cakap apa yang lelaki suka tengok. Mata mereka hanya menangkap yang menaikkan nafsu je. So perempuan, janganlah pakai ketat2. Jangan juga pakai longgar sangat atau labuh meleret2 sampai jadi penyapu. Ok aku prefer blouse dan seluar. Senang nak gerak.

Kasut aku prefer kasut sarung berkusyen. Senang gerak juga dan tak risau sangat bila dukung baby. Paling tinggi kasut aku pernah pakai 4 inchi. Pastu kena bunion. Nasib dah baik. Kalau tak hudohla jejari kaki tu.

Aksesori lain aku suka cincin je sekarang. Pakai rantai ke gelang ke tunggu anak besar balik. Aishhh semua sebab keselamatan anak.

Yang penting berfesyenlah kerana Allah. Nak jaga maruah diri disamping cantik untuk suami.

BTW aku suka print batik sampai bila2 pun. So cantiklahhh..

Poplook punya fesyen 2 tahun lepas. Tapi aku suka tengok. Dalam fikiran nak buat baju macam ni.

Rabu, 12 September 2018

,

Cabaran 25 Hari Blogging - Apa Yang Saya Baca

SUNYI oleh Nuril Basri. Seorang penulis dari Indonesia. Buku ini diterbitkan oleh Buku Fixi.


Nuril Basri menjadi penulis kegemaran aku kerana hasil ceritanya selalu lucu dan buat aku gelak. Disampaikan dalam bentuk santai.

Tapi SUNYI adalah naskhah yang agak serius. Sampai buat aku rasa alamak rugi pulak beli. Hahaha sebab aku selalu nak baca buku yang santai je. Tapi ni cerita pasal dunia nak kiamat. Herwin seorang pemuda yang mengidap penyakit misteri mengalami mimpi2 berkenaan kiamat bakal tiba.

Endingnya belumla sebab baca pun baru je mukasurat 34 dari 362. Tulisannya kecil2 jadi ya buku ni padat dan banyak kisah.

Selasa, 11 September 2018

Kolam Oh Kolam

Tujuan datang rumah adik ni kan nak bagi budak2 mandi kolam. And of course untuk si Aqlan mandi dengan sepupu2nya. Tapi bila kolam dah dipump dan diisi air, masa untuk mandi tiba, dia pula tanak mandi. Puas abah dia tanya dia asyik kata NO. So abah dia sedikit kecewa. Tapi tak boleh paksa. Apa nak buat.

Beli kat Tesco RM47. Lepas tu kolam ni bagi kat adik je sebab kat rumah kami mana muat. Boleh muat 4 orang budak. Dari umur 10 tahun ke 4 tahun masuk.

Selepas breakfast bihun goreng dan nuget dan air teh o limau panas aku pulak mengantuk. Datang rumah adik ni syok pulak tidurnya. Semua pun santai2 je. Lepak2..chill2. Takde nak ke mana2. Adik aku tanya nak pergi berkelah ke mana tah? Aku cakap tunggu Aqeel besar. Bawak baby dalam hutan kat sungai ni is no no no.

So lepas dah makan tengahari dan layan lagi cerita ramai2 baru balik. On the way balik singgah jap sini sebab dekat je dengar rumah adik.

Kami try kopi power...pergh power gila lepas minum aku terus pening. Tu pun share dengan laki je.






Ada surau