Anak abang Bad yang kedua majlis nikahnya aku tak dapat datang di Kuantan. Nikahnya 4 Ogos lepas diikuti kenduri 5 Ogos esoknya. So ahli keluarga yang pergi dok main tayang2 gambar la kat group family. So yang di Sungai Merab ni ada yang tak dapat datang so aku pulak dok main tayang2 gambar. Hahaha. Bukan balas dendam. Saja..dengan siapa lagi nak sakat pun kan.
|
Dengan pengantin, Onan dan suaminya Fadhil. |
Aku siapkan anak2 seawal jam 9.30 pagi. Haaaaa...memang awal tapi nak kena buat itu ini kan. Aqeel senang je..Aqlan nak kena kejut dan pujuk pakai baju cantik. Dia tu kan dah pandai pilih nak pakai baju apa. Asal pakai baju kemeja je mulalah. Memang kita suka nak anak pakai cantik2 bila pergi majlis. Kat rumah ko nak pakai baju turun kaler pun ada aku kisah. Hahahaha..
So cadang kami mula2 nak kumpul rumah kak pa di Taman Tropika. Pastu ramai sangkut jem kan.....so sudahnya terus pergi rumah kenduri je. Kami parking tempat baik punya depan pintu masuk khemah lagi. Senang nanti nak ke kereta. Dengan budak kecik yang ada banyak tiba2.
|
Parking baik...hehe. |
Pengantin start berarak kami pun join kat belakang. Hehe. Masuk terus ke khemah tetamu keluarga pengantin. Gitu...majlis takde meleret. Elok duduk, baca doa untuk pengantin dan makan. Haha..simple weh...
Kelako makanan kat meja kami habis, takde pelayan nak tambahkan, laki aku pergi ambil lauk pauk kat meja belakang. Ada 4 meja untuk ahli keluarga. Satu meja kami je dah ada 3 ahli keluarga. Syoknya nak makan ada yang tolong pegangkan Aqeel. Hehehe...tapi kenalah tunggu dia makan dulu.. hahaha..
Lepas dah makan masa untuk bergambar. Berborak2 juga dengan adik beradik. Citer pasal tupperware pun keluar ko...nak tukar penutup bagai..kan free kalau jadi ahli kalau nak tukar yang rosak. Aku minta tolong kak Ted je. Aku dah lama luput jadi ahli. Hahaha.
|
Mak dan cucunya yang ke 52. Mak dah 79 tahun cucu 3 bulan. |
|
Kiss kiss dari nenek |
|
Abang Bad, menantunya Fadhil, Onan dan Kak Hasni. |
|
Ni masuk adik beradik diorang 4 orang. Isteri Hadziq masih dalam berpantang anak sulung. Jadi dia tak hadhir. |
|
Sebenarnya mak dan mertua abang bad duduk kat meja makan kami ni tapi kena duduk meja pengantik lepas tu. Ehehehe.. |
|
Aqlan takde kerusi. |
|
Rasa muka flawless semacam lak. Handphone memang menipu. |
Lepas makan2 kan nak kena bergambar dengan pengantin pulak. So inilah yang terjadi....
|
Semua baju recycle. Baju tu tahun 2013. Skirt tahun 2014. Tudung 2015. Aqlan je pakai baju baru. Abah dia pun baju lama. |
Elok lepas bergambar panda tu jatuh aku tak perasan yang kutipkan anak buah aku si Ema. Hahaha..macam dah tak terasa apa dah. Elok la aku masih terasa dokong Aqeel. Kekekekek..
|
Baik punya tutup mata. |
|
Bergambar dengan Ustaz Zulramli, biras kami. Isterinya kakak kepada kak ipar aku kak Hasni. |
|
Tutup tupperware yang berjaya ditukar. Kata kak ted ko tak sedar ke anak ko dah tidur sibuk bergambar. Hahaha.. |
|
Kema dan Yome adik aku baru sampai. Kami dah nak balik. |
|
Ibu yang struggle. Sangatlah kan padahal 2 anak je kot. |
|
Ok meh balik. Aqeel punya warning kita kena ikut. Kalau tantrum kang susah. |
kuyup rambut si aqlan tu, potong la...rimeh aku tengok :D
BalasPadamKo rimas aku yang hadap hari2 weh..
Padam