In

Desa Park Run 2011

27 Nov 2011..430am aku dah bangun. nak gerak segera ke Desa Park City International School ada run2 hari ni...tapi.........harusla kena ambik teman run2 aku ni.

ceria pagi2 jam 539am. hahahaha
kemudian terus ke desa park city dan berhenti solat kat R&R kat plaza tol PJ. kemudian cari kedai mamak 24 jam nak makan...untuk alas perut.

lepas dah makan half boil eggs 2 bijik..kita senam dulu
tapi senaman dari celebrity fitness ni tak se best fitness first la...lagi syok masa menari time KFC Run hari tu.
mulakan jalan-lari-jalan 5km dengan memegang handgrip bottle berisi 100+ 
run baby run
official timing 51:09 minit. tempat ke 171/226 - wanita
dan dia 57:06 minit. 119/125 - lelaki veteran


makan la kan dari nestle
beratur la panjang2..hari tu ada 3 kategori. 600 meter, 5km & 10km
gatorade
askar nasi lemak haha..aku tapau jek tak lalu nak makan
have a good time here. 1st time tu guna cip rasmi kat kasut itu pasal boleh tahu berapa minit aku tamat larian
lepastu kita pergi FF kat Mont Kiara..mandi lama2..hehehehe

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

Pecah Tabung

bila dah hujung bulan dan rasa sengkek..mesti nak pecah tabung. dahla menabung bukan tiap2 hari. sen-sen je pulak tu...tapi kalau dah terpaksa kan.....

dapat kain pelekat percuma dalam bekas tin ni...tin jadi bekas tabung..haha..duit2 kertas tu hasil tukaran awal.

berhasil jugak..dapatla pump minyak nak balik bangi...kata cuti 3 hari last week.
i belum dapat gaji lagi...korang mesti dah dapatkan...

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

The Waterfront At Desa Parkcity

selepas ambil race kit di The International School Of Desa Parkcity, kitorang pergi ke shopping mall yang terdekat. saja nak mallhoping dan tengok2 macam mana tempatnya. (entry pasal race kit next time...ada sebab dan kisahnya..hehehehe)

nampak keedai basikal..sangat teruja...kedai tutup..kalau tak boleh sewa basikal 2 tempat duduk..hahahaha..keliling tasik buatan yang sangat damai di desa parkcity.







but for me, nak datang balik untuk shopping tak adalah..tapi kalau nak makan ketam steamboat..di sini ada restorannya..dan sangatla cosy. takdela bising dan beratur nak makan....

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In

My 1st Bite To Cinnabon

Cinnabon ni dah lama aku nampak kedainya...sejak kerja di dalam bangunan KLCC lagi tapi tak pernah ada hati nak makan...paling2 tinggi aku makan Auntie Anne. eh betul ke eja? aku pun makan sebab kawan2 aku ajak beratur bersama beli. heh bagi aku RM7.90 sangat mahal ok untuk pretzel yang macam huruf lapan terbelit tu..itu harga 10 tahun lepas. sekarang aku tak tahu harga dia berapa.

last week pergi ke PWTC masa cari2 barangan sukan, kitorang pergi makan kat Cinnabon. aku ikut aje. pilih pecan. okay aje.

sekali makan.....Ya Allah sedapnya................kenapa aku tak pernah ada hati nak test ha dulu2....aiyoooo.....terus lupa donut2 kegemaran aku...hahah..tart telur pun terlupa....

small aje RM4.80
kemudian...last saturday pergi makan lagi..kali ni dekat 1 utama pulak. ahahahah..teruk betul dah ketagih.


kali ni besar pulak. RM13.80 untuk 2 kalau tak silap akula...mana eh resit?


tempting kan

frost bun. memang terbaikla dengan kacang pecan.

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Sticky Candy

candy yang comel..sweet...dan rasa sayang nak makan. banyak kali dah pergi kedainya untuk tengok. warna2 menarik sangat..harga dia? gulp sikit...

candy ni berasal dari Australia. sila ke web ini. http://www.sticky.com.au/

walaupun begitu, di Malaysia, ada juga webnya... mana tahu korang nak cari dekat mana kan.. http://www.sticky.com.my/

zcat dapat sebotol percuma dengan tulisan CISCO. jadi ini ialah pembungkusan untuk korporat. maksudnya juga, korang boleh tempah candy ni bubuh nama korang. hebat!




tapi kalau nak menempah tu minimum 6kg. ko mampu nak makan candy sampai 6kg? ha sila tengok price list kat sini.... http://www.sticky.com.my/packaging.htm

aku baru berangan nak tempah..terus turn off. hahahah...

sebab sedap sangat..makan pun baru sebijik...hahah...

Read More

Share Tweet Pin It +1

14 Comments

In

Cikgu Bahasa Inggeris Saya! ~ Sekarang

saya cuba untuk membuat tampalan dalam bahasa inggeris. walaupun kadang2 saya tahu grammar saya salah. sebab laptop saya di settingkan hanya untuk betulkan ejaan bukan grammar. jadi kalau rasa kelakar atau salah eja..sila tegur ya. bukan nak menunjuk apa...cuma nak asah skil sebab saya memang lemah sikit nak buat ayat yang sangat kreatif dan cantik bahasanya.

tapi buat masa ini, dia nilah yang asyik tegur kesalahan tatabahasa saya...kalau salah sebutan pun dia tegur. bagus juga..terima kasih ya cikgu.
cikgu pakai bow. cikgu ni dah mengelilingi dunia sebanyak 2 kali. jadi tak hairan dia boleh speaking precisely.
sebelum tu, ini cikgu bahasa inggeris saya..
dah pencen sejak kerja dengan Deloitte. cikgu ni khamis lepas dia emel saya dapat anugerah most outstanding award for 2011 MICPA student. eh betul ke grammar saya? hahahah..cikgu saya ni bijak sangatla...saya segan.
terima kasih pada cikgu2..

Read More

Share Tweet Pin It +1

9 Comments

In Hobby

Sambal Petai Ikan Bilis

haha menjadik jugak sambalku setelah beberapa kali di holdkan untuk masak. dah tu aku makan dengan nasi beras basmathi panas2 serta goreng sebiji telur omega3.. dengan harapan diet sihat..hahah

sambal ku kering....yang penting ada petai...dengan ini..stok ikan bilis aku telah habis. sila beli...aku suka beli kat pasar malam je...sedap ikan bilisnya ada mcam2 gred...

kemudian aku rajin pulak

durian belanda diminum dengan air berasaskan air gula melaka...letak ais...fuyyoh...perasan sedap..memang nikmatla.....perasan lagi sekali..haahhahaha

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Adidas Run Handgrip Bottle & Eargear

27hb nak berlari lagi kan....

RM20 jadi RM10. 200ml je

sangat handy..sambil berlari boleh pegang, takyah dah amik cawan kat pit stop tu. ah ya kena beli 100 plus. selalu lembik lepas 5km..after 100+ ni at least refresh tenaga yang hilang

dan eargear ni pembelian melalui online, RM50. kemudian tambah memori kad 4gb. kasi muntah dengar 500 lagu sepanjang berlari. cuma...yang tak best takde control volume.
aku cuma beli eargear. yang lain2 zcat support. tanda sokongan kepada teman dia yang maintain berat badan walaupun.....dah cuba berkali2 nak kecilkan badan..hahahaha..thanks zcat san.

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

A Pair of New Shoes

kasut? perempuan mana tak suka kasut. diajak beli kasut baru? beli atau hanya temankan pun dah cukup teruja...ohhhhhhhh belum lagi tengok kasut2 di rak2 yang cantik..

sepasang kasut paling aku ingat semasa kecil ialah kasut tinggi warna pink pemberian sepupuku dari Singapore. masa tu aku baru berumur 7 atau 8 tahun. tapi aku cuma mampu pakai kat belakang rumah je..sebab aku selesa berselipar jepun. hahahaha...

dari selipar TAT SING, BATA, ke kasut2...seperti VINCI, NOSE ke sandal2 untuk kesihatan kaki & tulang belakang seperti SCHOLL, SNOWFLY..oh yeah memang tak ingat semua jenis kasut. ini adalah contoh2 brand kasut yang aku pernah beli. setakat ni belum sampai lagi hati nak beli kasut cecah RM200. bagi aku itu terlalu mahal. aku suka beli time diskaun. tapi kalau dah terpaksa nak pakai pergi event ke, atau ada occasion khas aku kan beli juga pada harga asal.

yeah..yang terbaru ialah loafers plastic ADIDAS.
RM99 jadi RM59.
tahla aku sampai sekarang tak minat nak beli CROCS.

Read More

Share Tweet Pin It +1

8 Comments

In

Jualan Barangan Sukan Di PWTC

baru je balik dari PWTC. semata2 teman zcat nak beli botol air untuk running activity. kami naik tren. pertama kali naik tren bersama. haha..tren banyak datang tapi semua masuk doc. agak lambat dapat tren tapi sempat juga sampai ke PWTC untuk beli barang2.

jualan akan berakhir esok, 24 Nov 2011. aku pun tak tahu kalau zcat tak ajak pergi. murah2..barang branded seperti adidas, puma, nike. diskaun sehingga 70%. 
dah beli botol air untuk dia, belikan juga untuk aku. handy sangat..design menarik. tapi maaf ya..gambar2 akan di ambil esok je...handphone aku tertinggal semalam kat ofis..kemudian bateri memang dah nak kong. now kena fully recharge..

pusing2..jumpa plastic loafer yang menarik. adidas ok. pakai2....sedap pulak tapi diam je sebab dah over budget bulan ni..tapi..tapi...

zcat offer nak belanja!..eheehehehehe..senyum sampai telinga...ada 2 kaler je...pink ke purple? 

oklah nak tidur. esok patut bangun awal nak masak sambal bilis petai. kalau bangun awal la.....pagi tadi ingat nak masak dah..hp takde...alarm pun takde....habis....bangun pun..matahari dah tembus masuk bilik.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Mengimbau Kenangan Di Kolej Keris Mas, UKM

pada hari yang aku bengang, tak angkat phone langsung tu aku pergi round2 kat UKM, Bangi. 2-3 kali jugak aku pusing nak pastikan aku lalui hampir semua fakulti & kolej kediaman. tapi fakulti undang2 & kejuruteraan aku tak menyinggah pulak sebab jalannya masuk ke dalam.

dah alang2 aku pun ke Keris Mas. Keris Mas masih ada kolej kediaman yang terbengkalai....walaupun telah lebih 10 tahun berlalu. apa masalah aku pun tak tahulah. 

selepas mendaftar dulu, aku tinggal di tingkat 6, blok 10. kemudian setiap kali semester baru masuk mesti kena tukar bilik lagi. penat tau tingkat 6 nasibla ada skybridge dari tingkat 3. semua tingkat 6 bilik untuk seorang. takut2 tidur pasang lampu sampai pagi. takpun pergi semak bilik kawan. hehehehe.

next semester aku ke blok 13 juga tingkat 6. kemudian ke blok 11 tingkat 5 sebelum akhirnya aku duduk di tingkat 4 blok yang sama pada tahun akhir.

sebagai kenang-kenangan..

blok 11..inilah skybridge yang selamatkan masa menuruni anak tangga.

dari tepi blok 11, 10, bangunan pentadbiran & blok 13. dah ada buaian? dulu kat buaian tu kosong takde apa..tempat sidai kain aje...bila hujan lelah turun anak tangga...

Read More

Share Tweet Pin It +1

5 Comments

In Hobby

Saidina

main saidina ni kena ada 3 orang at least. baru syok. kalau ada jurubank lagi bagus takdela terkial2 masa bagi gaji dan terima duit cukai. hahahaha..

aku beli kotak permainan ni share dengan adik aku. kat pasaraya Bintang, Ampang..yang dah pun takde sekarang ni..masa tu harganya RM25. jadi share seorang RM12.50.

kemudian mak bagi permainan ni pada anak2 kak Pa. hari raya haji itu hari mereka keluarkan. aku pun join..tapi dah lambat..jadi aku dah kalah dari segi pembelian hartanah, asyik kena bawayr sewa tanah, hotel... aishhhh.. last2 aku ke Melaka..tinggallah budak2 tu main sampai ke sudah kata diorang permainan di tangguhkan. hahah..tah apa2...

dulu2 masa kecik aku sempat main monopoly. best model2 kapal, bangunan dari besi. erm lepas tu tah ke mana. duit pun dollar.
permainan ni ajar aku untuk lebih bijak melabur. yelah sangat..aku tak melabur apa pun...tapi sejak keja dalam bidang hartanah ni banyak juga aku tahu selok-beloknya terutama pasal rental dan parking.

Read More

Share Tweet Pin It +1

7 Comments

In Hobby

Bila Nak Nonton Movie/Drama

kat rumah kalau dah bosan ngadap laptop kena ngadap TV. kadang2 citer kat TV best layan jugak. tapi selalu Isnin dengan Selasa je aku menonton. Criminal Mind & Gossip Girl. 2-2 kat 8tv, 2-2 start jam 10:30pm. 

hari2 lain aku sangap jadi tengok drama la..drama Korea yang di download anak buah aku je.. aku dah habiskan Secret Garden & Lie To Me. bagi aku Lie To Me paling best. citer terbaru nak tengok City Hunter lakonan Lee Min Ho tapi baru tengok 1 episod. tengok dia gunakan pistol...aku pulak rasa tak teruja..

dengan penggunaan kabel, aku sambungkan ke TV..baru syok tengok..sambil tengok TV, sambil blogwalking..eheheeheheh
last week baru tengok TinTin..best tau citer ni....adventure memang menarikla....

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In Hobby

A New Look

2 hari aku membelek template yang memenuhi citarasa. jadi kalau pembaca pening dengan template yang kejap2 tukar tu, diharap dapat catch-up la ek.

mungkin yang ini akan lama bertahan. paling payah nak custom css. kena gunakan application firebug. boleh download secara percuma, add on google jugak pun. terbaik menggunakan firefox. 

dekat office aku guna IE 6 pulak tu..memang tak upgrade..dan kemungkinan "hilang" some application dalam blog adalah perkara biasa..hehe FB pun layout lama kalau pakai IE6. tapi aku dah tinggalkan FB.

selamat mencuba!..eh aku bagi laman web blog template free yang menarik. kalau korang sanggupla nak try test. http://btemplates.com/blogger-templates

Read More

Share Tweet Pin It +1

12 Comments

In

Cool Blog

masa raya haji, aku kena angkut anak buah kat uniten. lepas hantar dia balik beria-ria dia mintak aku pergi ke bangunan warna pink. aku pun blur2 pergi..rupanya dia minum cool blog. kat dalam uniten ada cool blog! hape???????????????? aku kat UKM dulu pun takde mende2 ni tau...harap tunggu lori nescafe datang bagi nescafe atau milo percuma kat TSL - Tun Sri Lanang Library la...eh betul ek perpustakaan di UKM panggil Tun Sri Lanang? aku pun dah lupa sebab selalu short form je..TSL..haha..

tak ramai sebab masih mood cuti atau budak2 ni tak sampai uniten lagi

aku ambil mocha dengan coklat pearl. eh sedap.

boleh tahan harga dia RM4.++..eh kaya jugak budak2 ni bedal air mahal. aku dulu suka minum air nescafe freeze tu adalah RM2.80 masa zaman tu..rasa dah mahal dah...

Read More

Share Tweet Pin It +1

5 Comments

In

Next Run; Desa Park City

our next run will be held this Sunday. flag off 7am.  details here to whom who want to refer.

we registered quite late, so zcat has to pay RM50 each of us. yup..all my run activities supported by him - in term of fees & mentally.

erm baru dapat tahu tadi, his friend yang pergi Penang Bridge Run today dapat habiskan larian 42km dalam tempoh 3 jam! last time di BSN-Putrajaya Night Rune she run 42km about 7 hrs. 

zcat beritahu, untuk mencapai kelajuan ini perlu latihan..selang sehari kena at least lari/jalan 5km...uh uh uh....but i realized, after several running activities, i feel good and fit even thought i still maintain my weight. 
yup..sokongan ini penting. terutamanya dari rakan se-larian. hehehe... thanks zcat san.

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Upacara Adat Meminum Teh; Ping & Kamal

hari ahad, aku ke rumah parents Ping untuk melihat upacara adat meminum teh. dimana pengantin lelaki akan melalui gate dan usikan saudara mara belah pihak perempuan. untuk mendapatkan pengantin perempuan, pihak lelaki harus menangani "penghalang2" ni. haha sangat kelakar. pulak2 ni 1st time aku melihat dengan mata kepala sendiri kawan aku akan dibawa keluar dari rumah ibu bapanya.

melihat Ping didandan dibilik...aku terkesima dengan kehalusan seni tangan tukang solek. eh tak ambil gambar pulak.

semasa mercun diletupkan, aku kat rumah sidai baju..eheheh suka2 hati pergi balik rumah...mentang2la rumah sebelah bertentangan aje. aku pun takut bunyi2 mercun ni....sungguh.

lepas tu pengantin lelaki pun sampai...
driver pengantin lelaki kena minum susu soya dari botol susu...hahahahahaha
pengantin bergambar dengan ibu bapa pengantin perempuan sebelum upacara minum teh

upacara bermula
kemudian pengantin kena bagi angpow pada adik perempuan bongsu. nasibla Ping ada seorang adik aje....
tapi dia ramai sepupu muda dari dia....ahahahaha..habisla kena bagi angpow kat semua....beratur la....
kemudian aku ikut hantar pengantin balik ke rumah kelamin mereka..dari sini boleh nampak rumah mak Ping, dan rumah aku jugak..hahahah boleh tunjuk sepanduk dari jauh!
aku pun dapat angpow jugak..yeay..bunga pegang je tak dapat sebab aku tak join main..masa tu tengah panaskan enjin kereta...gegegegege..

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

Comments

Weekly Popular

loading...