Ahad, 29 Julai 2018

Diapers Bukan Pampers! DIAPERS Mana Yang Terbaik

Itulah bila sudah terkenal akhirnya semua lampin pakai buang dipanggil Pampers. Tahukah anda Pampers ialah satu jenama diapers yang terkenal pada tahun 90an. Masa tu anak2 buah aku ada yang pakai lampin kain ada yang pakai diapers. Kira pakai diapers ni bila jalan2 la senang kan tak terbocor ditengah jalan. Lampin kain pakai kat rumah je. Ikat dengan plastik khas. Supaya tak bocor. Tapi kalau dah bocor tu...hadap jelah..lagi satu mahal nak beli lampin pakai buang ni.

Tapi kini lampin pakai buang satu keperluan. Takde masa dah ibu2 ni nak mencuci lampin kain. Kalau takat nak cuci kena kencing takpe..kalau nak kena buang a'in najis tu yang tak tahan. Dok la kat bilik air dengan sebesen air nak gonyoh2. Memang tak..ya walaupun aku dah tak bekerja dan memang ada beli lampin kain, tapi aku guna buat lap muntah susu baby je. Aku sudah puas cuci lampin kain anak2 buah aku.

Oh dah alang2 cerita pasal diapers ni lain anak lain keselesaan dia. Jadi masa lahir dapat sample dari Mamy Poko dan Pet Pet. Kemudian bila dia ditempatkan di NICU laki belikan Huggies. Kemudian Drypers Touch. Kenapa 2 jenis? Loh budak tu lama duduk hospital, dah habis satu beg beli lagi satu beg.

Masa dia dah balik rumah ada yang hadiahkan Mamy Poko Extra Dry Skin dan Drypers Classic. So yeah dapatlah kita buat rumusan kat sini manakah diapers yang terbaik.

Ini bukan review berbayar. Ini hasil penggunaan diapers2 berikut:-

  1. Huggies NB dan S
  2. Drypers Touch NB
  3. Mamy Poko Extra Dry Skin NB
  4. Pet Pet NB dan S, Pet Pet Night Tape S
  5. Drypers Classic S

Drypers Classic S, Mamy Poko Extra Dry Skin NB dan Huggies NB

Huggies NB. Untuk bayi lahir 2.5kg memang elok. Kecil ngam2 je. Kalau dah 3kg baik amik S.

Mamy Poko ni lebar jadi kemungkinan nak bocor tu susah. Elok untuk baby yang pehanya besar.

Pet Pet NB. Bagi aku takde perbezaan  yang ketara sangat antara untuk malam dan biasa.

Drypers Classic S, Pet Pet Night Tape S dan Pet Pet NB

Konon beli untuk lapik lampin kain so kalau baby berak ke senang nak cuci. Last2 tak pakai pun lampin kain sebagai popok.. ni beli masa sebelum Aqlan lahir lagi. Teruja beli barang baby.

Kita buat review ikut turutan la. Senang cerita.

Aqeel lahir 2.5kg. Huggies NB sangat sesuai sebab ada design untuk pusat. Tapi sebab aku tak jaga dia 7 hari, masa datang tengok hari ke 8 dah takde klip tali pusat. Budak baru lahir secara purata pakai 8 keping. Dia akan berak sikit2. Bila berak je ganti sebab dia geli. Kalau setakat kencing boleh hold sampai 4 jam. Tapi dia ni memang cepat geli dia marah kalau lambat tukar terutamanya kalau dia dah berak. Sampai merah2 muka menangis marah 😠. Bila masuk umur sebulan pakai saiz S. Huggies ni ngam2 je. Laki aku ingat ketat dia kesian tengok. Masa lahir tape kiri kanan bertemu kat tengah bertindan lagi punyalah kurus budak ni. Dah 2 bulan hujung2 je tape dia. Haha.

Drypers Touch ni laki beli sebab kesian kat anak sakit. Dahla masuk hospital cucuk sana sini tiub lagi..jadi belikan yang jenis ni mahal sikitlah harganya. Masa Aqlan dulu pernah pakai konon sebab lembut dan selesa (terpedaya dengan iklan) tapi sebenarnya kalau dah nak bocor tu bocor jugak. Tak suka.


Mamy Poko ni mula2 dah pakaikan tapi macam besar sangat. Dia lebar. NB pun ada design untuk pusat. So hold, pakai Pet Pet. Tapi sebab nak cerita secara turutan maka meh nak cerita. Inilah diapers yang terbaik. Ok memang dia mahal. Salah satu features dia ada pengesan berat kandungan air najis. Eh kalau berak? Baby berak cair ok...so dari warna kuning dia akan bertukar jadi biru. Kalau Diapers lain korang tengok kat bahagian dalam lapik ada kaler biru atau hijau hanya setakat bahagian depan sahaja kan..ni sepenuhnya depan belakang jadi air kencing akan diserap sepenuhnya. So line pengesan tu pun ditandakan dari depan sampai belakang. Aku sukalah cek dia tukar kaler. Mula2 dia akan tukar depan dulu kemudian baru belakang. Dah sepenuhnya line biru kena tukarlah dan setakat ni boleh bertahan 7 jam. Fuhhh nyenyak tidur takyah bangun nak tukar lampin. Tapi bangun juga dia ni 2 jam sekali nak menyusu 😥. Lampin ni harga dia mahal. Masa orang bagi free kan seronokla pakai. Pergi kedai beli haaa....tapi anak selesa jadi teruskan pakai buat masa entri ni ditulis.

Pet Pet ni aku ada dapat free kan..aku ada pengalaman kurang enak sikit. Selalu anak aku kebocoran. Tape kadang2 satu ada satu takde. Yelah problem kat kilang mana kita tahu dah terbeli yang macam tu. Jadi bila kebocoran kat katil tidur memang tak seronok. Jadi tak berminat nak beli dah.

Drypers Classic ni ha aku tak pernah pakaikan langsung pada Aqlan pun sebelum ni. Kira ni memang first time pakai untuk anak. Aqeel la jadi ujikaji. Hehe. Harganya murah ye. Boleh jatuh 28 sen sekeping kat Manjaku. Tapi aku pakai habis je sebab dah dapat kan. Nak beli repeat memang takla sebab rasa tak seronok.

Ok diapers ni elok tak elok sebenarnya bergantung pada jenis kulit anak tu. Kadang yang murah or kadang yang mahal kalau nak melecet jadi jugak. Jenis2 kain yang digunakan tu lain2. Ada yang lebih extra penyerapan jadi kulit akan sentiasa kering. Ada tu sekali kencing dah bocor..huhu memang tak laratlah kalau dah bocor especially kalau tengah jalan2 shopping ke atau tengah riba dalam kereta.!

So the winner for Aqeel is Mamy Poko Extra Skin.

4 ulasan:

  1. boleh la jdi rujukan entry ni...hehe tapi saya baca review ramai kata drypers elok..tp depends jugak kan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sya pampers yg buat rasa selesa tebal saya selalu pakai..

      Padam
    2. yang penting kecing budak tu tak tembus, itu yang paling dirisaukan

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.