Sudahnya abah dia belikan carrier. Used je pun. Tapi bila dapat tu macam tak dipakai langsung. Takde kesan apa2. Perfect 10 la. Puas hati. Kalau nak beli yang baru memang takla. Walaupun ada yang jual fake ori (ayat macam ni pun seller berani letak) memang tak mahu juga demi keselamatan anak.
So laki yang kesin kat kita tu pun belikan. Mula2 beli tu tengok je. Dia test kat badan dia. So macam adjustment semua ikut saiz badan dia. Tapi dia tak letak baby pun. Dia pernah cuba letak baby tapi budak tu tak selesa. Sebabnya abah dia masih saiz besar. Jadi aku pun adjust ikut saiz badan aku lak. Mula2 kekok. Siap tengok video kat IG. Ada je buku panduan dan waranti kad, tapi aku suka lagi tengok video senang nak faham.
So kali pertama bawak dia memang aku pun rimas. Masa tu dalam rumah jalan2 sikit. Konon2 nanti sambil buat kerja rumah boleh dokong baby kalau dia meragam. Kalau tak biarkan je dia dalam carrier tu ha.
Second time bawak dia ke rumah kenduri kawen. Fuhh dahla panas pastu bila duduk dia tak selesa. Panas sebab cuaca..sebab lepas tu masuk mall dia ok je. Still adjust2 juga sebab dia melalak tak selesa.
3rd time dokong ke hospital. Tu memang mencabar...sampai rahim rasa jatuh. Penat wehh. Dia siap tidur dan tanak duduk. Dah hujung2 hari tu baru aku buka dan duduk. Kan lega sikit ngok betul.
4th time bawak pergi shopping groceries. Pun dia nangis nak tdo jadi cari tempat ada aircond. Lega sikitla boleh pilih2 barang dengan selesa. Tapi sebenarnya yang kena selesa kepala budak tu just nice je boleh dicium tanpa perlu menunduk jauh.
So 5th time tu adjust strap semua baru aku ok. Sedap. Haaa kan siap lepaskan tangan. Sebab aku masih ada perasaan nak dokong dia. Hahaha..so bila lepas bebas tu kurang penat dan mudah dicium. End up kelakar hari tu baru jumpa ada cover khas untuk kepala dikeluarkan dari poket depan. Hahaha so takyah pakai topi dah lagipun Aqeel tak suka topi.
Bagi aku pembelian ni berbaloi. Terpulang pada brand apa pun asalkan kedudukan kaki bayi bukan tergantung tapi duduk. Sebabnya penting untuk jaga tulang peha dia. Karang rosak kesian dia...kam diorang punya tulang2 masih menumbuh dan lembut.
Test kat rumah Ergo Baby series Adapt. Yang paling best ialah 360. Tapi yang ni pun dah best giler kot. |
Jalan2 dalam Evo Mall Bangi |
Klinik Pakar Paediatric Hospital Serdang |
Haha lega jap lepas keluar dari baby carrier |
Hero Market TTDI |
Empire Gallery Subang |
Melekap jelah anak ni oiii...moga2 nanti boleh naik stroller dah takyah ibu dokong lama2. Kecil takpe la lagi. Tu pun dah nak 6kg. |
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.