In Gathering Makan Luar

Sekali Sekala Jumpa Girlfriends

Mereka ni insan bekerja. Jadi nak jumpa ikut time table diorang. Ikut aku....free banyak..tapi Weekends jelah...hehe.

So today merancang nak jumpa kat kedai Stalkers. Kat KD nun. Jauh nunnn...kedai bukak jam 11 pagi...


Ni gambar candid aku petik. Lawa pulak. Haha..



Aku dan Reen sampai dulu kami order air dulu....nak dekat setengah jam baru sampai air...kemudian elok Ann dengan Bujal sampai. Terus aku suruh diorang order dulu karang lambat dapat macam kami... orang pun makin ramai. Depa order jam 12...sampai jam 1...air je kot...aku pun tak tahu apa berlaku kat kitchen diorang tu... bagi aku tu terlalu lama....sampai laki Ann dah nak ngamuk. 😠😠😠😠. Kami sebenarnya nak makan...tapi sebab order air je pun lama sangat baru nak sampai...maka cancel makan sini...sorry first and last...orang lain aku tak tahu pengalaman camner....

Caramel macchiato..satu panas satu sejuk. Biasa je takde wow sangat. 

Kemudian kami nak ke Ikea jelah..dekat dah pun..sampai Ikea...panjang juga beratur di cafe tu...ok terus pergi The Curve pulak. Pusing2 last2 masuk Johnny Rocket. Haha. Aku makan Burger 66. Sedap yang ada mushroom tu...pilih beef. Aku burger memang suka daging lembu berbanding daging ayam. Pastu makanlah....sedap dan cepat je..hehe..





Kemudian pergi solat la kat surau area BLUUNIS tu. Dah siap cepat2 turun...aku ke Watson . Diorang ke C&K. Pastu kau nak kesana tak jumpa2 last2 aku masuk Padini. Hahahahaha sebab aku dah tertarik dengan sale tu..t-shirt lengan panjang RM19 je...oh rembat 2. Aku ni memang kalau nak jenjalan je nak beli baju baru. PeΓ©l betul.

Baju ku pakai ku potong dan jahit sendiri. Kawan2 agak kurang percaya tapi akhirnya percayalahhh..

Kemudian ke Ikea balik terus teman kawan2 cari barang. Aku pun nak beli pokok hiasan..alah daun2 je..tapi sebab tak molek aku batalkan hasrat.

Siap shopping kami pun hai hai bye bye jelah...hujan sangat lebat...jumpa lagi next time!!!!😘😘😘

Syukurlah laki jemput di stesen LRT...hehe..




Read More

Share Tweet Pin It +1

10 Comments

In Makan Luar

Nasi Kukus Dapur Mama, BBB Ada Mango Cheesecake Kula Cakes!

Tujuan ke BBB nak cari nasi lemak. Dah jam berapa memanglah nasi lemak dah habis. Kemudian nampak kedai Dapur Mama ni terus rasa nak cuba.

Masuk2 terus rasa happy...gaya deko industrial. Minimalist. Aku suka. Order makanan dan bayar dulu kat kaunter. Elok pun..ni memang cara Islam. Bayar dulu baru makan..takdelah kes dah makan lari pula pelanggan tu tanak bayar.

Aku amik set ayam kampung. Kena tunggu 11 minit. Ok je. Dalam masa tercongok2 nak bayar tu, Aqlan terjatuhkan kereta toy dia di bawah rak kek2...emmmmmmm..masa tu juga aku nampak ada signboard jual Kula Cakes. Wah tak boleh jadi... selepas staff tu bersusah payah tolong amik kereta Aqlan, aku ke meja makan balik dna inform laki pasal kek tu..elok dia pergi dan datang balik dengan kek..tapi kat sini RM10. Kat Kuantan RM7 je...tapi ko kiralah tol minyak berapa pulak kan..

Laki aku lak order nasi kukus daging kerutuk. Makanan dia sampai dulu. Eh lauknya banyak ya yak kedekut. Harga pun RM10. Aku punya tadi RM11. Set ye so ada air..ko pilih....





Overall makanan dia memang sedap...boleh datang lagi...cuma takde makanan untuk budak2 baya Aqlan ni. Semua pedas. Hehe..so Aqlan makan mango cheesscakes jelah....pastu abah dia tapau lagi kek tu 2 keping. Yums...oh kek2 jenis lain pun ada je...

Bye2 Dapur Mama...sedaplah!!!!



Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Gathering Makan Luar

Jalan2 Makan Aiskrim

Kami makan kat Suki-Ya Da:Men. Sebabnya lokasi dan susunan meja kerusi kedai memenuhi citarasa kami. Hehe.

Da:Men ni dekat je dengan rumah...tapi tetaplah kena bayar tol kalau nak pergi. Parking pun hari biasa 3 jam pertam RM1 je. Kan ke murah...surau pun mudah nak pergi. Dari Suki-Ya tu terus pergi ke arah lift turun level LG boleh nampak terus signboard surau. Ianya pun bersih dan air besar. Hehe. Itu penting.

Suki-Ya tu sendiri amat terbuka. Jadi takdela kelemasan dengan bauan kuah sup yang dipanaskan..port kami selalu kat bahagian 2 dari belakang sekali. Situ sejuk.

Sampai2 je anak aku terus menuju mesin aiskrim. Bagi jelah dari dia meratib kat situ aiskrim aiskrim.

Kat sini juga hidangan paling penting makanlah hirisan daging celur tu. Aku selalu suka makan kambing dengan lembu je. Ayam aku susah sikit. Buffet malam harga lagi mahal dari siang.











Dah kenyang bergambar kejap kemudian balik rumah terbongkang.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Online Shopping

Unboxing Althea No. 3

2x tahun lepas. Tahun ni baru sekali. Menahan diri tu satu mujahadah ya. Sampai laki cakap kalau nak beli, belilah jangan tahan diri sangat. Eh eh..ada keperluan kita beli.

Jadi pencuci muka dah habis... bila pakai Marini tak ngam aku kena balik semula ke produk Korea. Aku juga try beli produk jenama berbeza. Dulu aku beli satu brand je untuk skincare. La ni aku main campur2. Kot2 elok..

Jadi pencuci muka Innisfree. Bahan kandungannya brokoli lagi..ini untuk kulit kombinasi. Ala minyak kat batang hidung je..tang lain kering. Jerawat kecil naik bukan main mencanak. Krim muka gel tu Nature Republic. Kemudian pencuci mekap Saem tu pun khas untuk combination skin. Kemain mencari kat website Althea. Last sekali tu eyeshadow beli sebab nak sampaikan RM99 sebab baru dapat free shipping. Tapi memanglah terlebih juga.




Aqlan ni dia suka sangat interframe gambar2 yang aku nak ambil sekarang. So sekarang kalau korang perasan banyak gambar tanpa wajah akan ada pulak tangan kecil dia tu. Siap bila nak ambil gambar dia akan pastikan kat skrin tangan dia termasuk sekali. Pastu siap minta nak cek tengok ada tak. Macam2 la budak bijak ni.

Selain tu mana2 parcel berkotak abah dia bawak balik dia yang excited nak buka walau dah cakap tu bukan dia punya. Yang penting dia buka.

Bila dah siap buka semua dia ok je. Bukan nak apa pun saja mengusik aku. Ambil tu sikit bawa lari. Dia seronok berebut. Layankan ajelah...

Read More

Share Tweet Pin It +1

8 Comments

In Tips

Settle Hutang Kereta Dengan RHB

Masa aku nak amik loan dulu tak tenang aku tidur memikirkan nak bayar hutang+riba ni. Tapi aku tetap beli kereta secara hutang sebab tak mampu nak bayar cash. Yep aku memang kenal beberapa orang yang beli kereta terbaru atau terpakai secara cash. Mereka berjimat cermat.

Aku amik loan RHB sebab masa tu aku jerja gaji masuk situ senang kan. Ada orang kata PBB paling murah interest bila nak beli keta. Tah la aku pun bukan dapat khidmat nasihat sangat pun. Aku nak cepat ada keta masa tu mak aku pun selalu tanya bila nak beli keta...

So elok je aku lepas 6 bulan kerja dengan Nadin aku beli keta..takyah penjamin bagai.

Patut keta aku tu dibayar dalam 500+ tapi aku nak mudah nak exact 500 sebulan jadi aku bayar deposit tinggi sikit. Kalau tak rendah je...maka gigil la tangan ni keluar duit ASW2020 ya. Bayar semua nak dekat 7k+-

Lepas seminggu keta keluar..alamak aiii laju betulll...

Oklah citer bayar loan keta tamat hari ni. Beberapa hari lepas aku contact via email je ke RHB dan tanya hiw to settle. Just pergi mana2 RHB terdekat dan bayar. Ambik kad original?

Bila aku ke kaunter amik tiket tu, staff cuma bagi borang bayaran berapa belen je..tunggu la giliran dan bayar cash...pastu staff tanya geran asal kad aku ke.? Kekekek ni satu hal kawan aku ajar masa nak renew roadtax terus minta geran dengan pihak bank takyah pulang balik. Simpan je elok2. Aku siap buat surat on behalf sebab masa tu aku kerja jadi minga tolong dispatch la. Bayar sikit upahla..

Ok jadi tunggu seminggu kemudian kena ke JPJ untuk tukar nama..wah wah....keta 45k..bayar semua 60k....takyah nak sakit hati sangat memang dunia perbankan penuh riba. Walaupun dalam Quran ada dinyatakan jangan makan riba, jangan beri riba tapi aku tak terdaya...

Mula2 slow kemudian laju sangat perkhidmatan RHB IOI Business Park

Sementara aku kat bank, diorang pergi masjid untuk hal tertentu

Ko takyahla bawak geran ke atau surat perjanjian pinjaman tu.. sebab diorang tanak tengok pun. Cuma bila nak tukar nama kat JPJ nanti kena bawa IC dan geran kereta..tu je..

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In Reminder

Jenis Wanita Penghuni Neraka

Perjalanan Isra' dan Mikraj merupakan perjalanan yang penuh muhasabah yang menunjukkan betapa Maha Kuasanya Allah.. Bagaimana Nabi Muhammad S.A.W,  menempuh jarak ribuan bahkan jutaan kilometer hanya dalam satu malam sahaja..

Dalam perjalanan ini, Allah kuasakan Nabi Muhammad mampu melihat keadaan sekitar yang baginda lewati yang penuh dengan pengajaran kepada umatnya salah satunya kepada;

WANITA..

Diriwayatkan Saidina Ali r.a bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah SAW dan mereka menemui Baginda sedang menangis.

Mengapa Rasulullah menangis ?

Mereka bertanya kepada Baginda SAW: “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda SAW menjawab: “Pada malam aku di Israk ke langit, aku melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan, apabila teringatkan mereka aku menangis.”

Rasulullah SAW dengan keadaan teresak-esak menceritakan pengalaman Baginda menyaksikan balasan azab dahsyat terhadap kebanyakkan golongan wanita ketika Israk Mikraj kepada Saidina Ali dan Fatimah r.a.:

1⃣ Perempuan digantung rambutnya dan otak kepalanya menggelegak disebabkan tidak menutup rambut daripada kalangan lelaki dan bukan muhrimnya.

2⃣ Perempuan digantung lidahnya, dijadikan lidahnya sepanjang 70 zira’ (hasta) kemudian diikat di belakang tengkoknya, tangannya diikatkan ke belakang dan timah cair dicurah ke kerongkongnya (tekak), akibat daripada menggunakan mulutnya (kata-kata) untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

3⃣ Perempuan yang digantung buah dadanya dari balik punggung sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya.

4⃣ Perempuan yang memotong badannya  sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing dan bersolek serta berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

5⃣ Perempuan yang digantung sambil kedua kakinya dan tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala jengking kepadanya; disebabkan ia boleh solat tetapi tidak mengerjakannya dan keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

6⃣ Perempuan yang memakan dagingnya sendiri dan di bawahnya dinyalakan api neraka; disebabkan tidak mahu mandi wajib daripada suci haid dan nifas.

7⃣ Perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya (ususnya) sendiri. kerana ia suka berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka membicakan keaiban dan mengumpat orang.

8⃣ Perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, darah dan otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kulit, kusta dan sopak; adalah akibat daripada dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9⃣ Perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar (keldai) dan mendapat berbagai kesengsaraan; disebabkan dia suka berbohong dan melaga-lagakan orang lain.

πŸ”Ÿ Perempuan yang rupanya seperti anjing, sementara kala dan ular masuk ke mulut, kemaluan dan duburnya. Malaikat memukulnya dengan corong api neraka; disebabkan dia suka membuat fitnah dan marah-marah serta membenci suaminya.

1⃣1⃣ Kebanyakan ahli neraka adalah perempuan  kerana mereka mengingkari suaminya dan mengkufurkan ihsannya serta mereka sering rasa tidak berpuas hati dan tidak cukup walaupun suaminya telah banyak berbuat baik kepadanya.

Rasulullah SAW bersabda lagi: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.

Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)

Allahurabi..

Begitu banyak Allah Ya Zohir telah menzohirkan balasan-balasan terhadap wanita yang melakukan dosa.. Mudahan Allah Ya Nur Ya Hadi Ya Haq pancarkan cahaya hidayah-Nya untuk sentiasa membimbing  hati kita agar terhindar daripada azab kubur kelak..

Semoga perjalanan Isra' & Mikraj menjadi pengajaran dan iktibar buat yang bergelar wanita.. Dari hari ini dan saat ini jom jadi wanita yang dirindui syurga bukannya wanita penungu neraka.. Nauzubillah..

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Gathering

Pantai PD Yang Jernih

Port Dickson memang panjang pantainya. Ada yang private ada yang semua boleh datang mandi ramai2..siap berkelah masak bbq. Hehe.

Kami ada port pantai kegemaran di sini. Kami discover pantai ni tahun lepas. Masa tu cuti CNY kami tidur di salah satu homestay Airbnb.

Hari ni kami pergi lagi. Pantai Sri Purnama namanya. Dekat dengan Ostrich Farm dan Politeknik Seremban. Dan cuaca yang baik hari ni menjadikan air laut jernih. Siap nampak kaki sendiri tapi....aku tak bawak kamera. Hahaha..malas la nak berenang2 dan bawa handphone ke or kamera. Semuanya harap ke laki..

Kami bertolak lepas Zuhur. Dalam perjalanan kami singgah 99Speedmart untuk beli jajan... opss ada biskut juga.. air2 semua. Kemudian ke KFC beli Zinger burger untuk kami berdua dan nugget untuk Aqlan. Tu pun tanpa air dah RM27. Nasib dah beli air kat 99Speedmart dan bawa juga air kosong dari rumah.

Sampai PD kami cari surau nak solat..pusing punya pusing akhirnya kami pilih solat dalam Politeknik Seremban je. Hehe. Takde masjid tapi disebut Pusat Islam. Oklah bersih je. Dah cuti semester ke? Takde nampak orang sangat.

Dah alang2 solat tu, kami tumpang salin pakaian renang. La si Aqlan tanak pakai baju renang. Sebab seluar pendek kan puas juga pujuk. Akhirnya pakai juga.



I'm sea turtle kata Aqlan. Kemudian terus dia menyangkut kat belakang.


6.45 petang kami gerak naik. Orang ramai juga balik dan ada juga yang baru sampai. Dua lelaki ni bilas2 guna air yang dibawa dalam botol mineral 10liter. Aku pulak sejuk2 masuk dalam kereta. Aku tak menukar pakaian kat situ walaupun ada je bilik tukar. Pengalaman aku dulu, orang ramai siap beratur dan bilik air becak. Erk erk..takpelah aku balik rumah adik tumpang mandi kat Seremban 2 nun..lagi puas hati..

So pastikan ada bawa beg plastik atau alas meja plastik untuk mengalas kerusi kereta dari kebasahan next time...aku pulak alas dengan tuala dan plastik biasa je. Nasibla kan. Haha.

Kat rumah adik, kami dijamu keropok, nasi goreng dan teh.

Sepupu sebaya beza dalam 10 hari je kot. Tapi biasalah yang lelaki tu suka nak rebut barang si perempuan.

Ko tengok...terduduk Hanii tengok kuda kena ambil

Gambar sebelum tu elok je Hanii main jauh sikit..dah Aqlan nampak dia nak juga naik..

Jam 10.30pm baru gerak balik ke rumah..baru rasa penat ngantuk semua. Esok mendobilah..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Bapak

Bila Belek Album Lama

Bila semakin canggih peralatan mengambil gambar, gambar semua tak print dah. Dari kamera di kedai, pinjam kamera, beli kamera filem, kemudian kamera digital dan kamera handphone sebelum akhirnya smartphone menggantikan hampir semua jenis alat ambil gambar.

Masa aku kawin gambar dah tak print sendiri. Harap photographer yang print. Last print gambar ialah masa majlis merisik untui diberi kepada emak. Mak suka simpan gambar. Sama dengan arwah bapak.

Hari ni datang ziarah mak aku pun puaslah belek album gambar yang mak bawa dari Koyan. Aku cuba cari gambar berdua kak Ma dan bapak tapi takde pulak. Gambar aku adalah. Hehe zaman melidi.

Bila tengok gambar2 tu banyak je tak sempurna. Yelah dah guna filem kena cuci semua la tak boleh pilih. Bayar aja kat cina kedai.

Tengok balik gambar rumah lama2 sayu juga..terkenang zaman kecil2 dulu. Haha. Zaman tahu nak main aje. Tak fikir tanggungjawab satu pun. Itulah bila tengok anak sendiri dengan umurnya sekarang dia pun tahu main aje..


Ni salah satu gambar ketika bapak masih bekeja sebagai Navy. Membawanya keliling dunia.


Ni gambar lukisan yang sangat hidup. Yup ni mirip muka adik aku juga. Dan patutla kalau kawan2 arwah bapak jumpa adikku, pasti akan berkata muka bapak aku yang dicopy paste sebijik.

Adik aku gelak sama dengan arwah bapak aku. Gigi diorang teratur cantik je.

Eh eh aku takde serupa ke?

Hidung kami sama! HeheheπŸ˜‰


Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In Public Amenities

Taman Riang Ria, Kota Damansara

Lamanya tak pergi taman kan. Cuaca pun selalu hujan petang. Jadi Aqlan asyik lari dalam rumah je. Kali ni baru ada kesempatan.






Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...