Memaparkan catatan dengan label Zcat San. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zcat San. Papar semua catatan

Selasa, 27 Oktober 2020

,

سلامت هاري لاهير

Selamat Hari Lahir


Untuk encik sebelah saya, encik zcat yang ke 49. Tapi dia kata ikut bulan Hijrah dia dah 50 tahun 6 bulan. 


Memandangkan tak boleh kemana2 aku order je kek untuk santapan kami berempat. Order tengok iklan di FB Penduduk Bandar Kinrara. Katanya free delivery sampai 31 Oct 2020. Jadi kita order la...

Alhamdulillah keknya sedap...yang kelakar masa tu aku cakap kat laki I expecting something. Kami laki bini memang berlawan2 beli barang online ya. Sekali dah sampai aku sibuk suap anak makan maka dialah pergi ambil kat gate. Semalam lagi aku dah bagitahu aku order dessert sebab aku tak masak apa2 untuk birthday dia. Mood takde ok. Dia suka je kalau aku masakkan bundt cake tu. Aku kalau takde mood masak kalau dipaksa..maka food tu kurang kasih sayang dan tak menjadi..haha..


Kena bagi dia tiup jugak

orchidbakery_rh

Pecan cake with butterscotch RM38 saiz 5. Comel dan sesuai untuk family kecik. Anak2 suka kecuali depa tak makan Pecan.

Cream puff 20 biji RM20

Dengan first born



Isnin, 21 Oktober 2019

,

Happy Birthday Orang Sebelah

Orang sebelah ni sambut birthday kat rumah jelah sebab tak dapat bawa kami keluar..memandangkan anak2 masih tak cukup sihat. Kami cuba jadi parents yang prihatin jangan bawak keluar anak2 yang tak sihat ke tempat2 awam.

So rancangan nak makan kat restoran 1st kami bertemu tu tak jadilah..sudahnya aku masak bread pudding je..sebab dia suka makan .. anak2 pun suka tapi diorang tak suka makan dengan kuah kastard.





Semoga Allah memberkati baki usiamu Encik Zcat. Kami tak dapat bagi hadiah jugak..apa pun tak dapat nak fikirkan..

Jumaat, 4 Oktober 2019

Berapa Banyak Draft Daaa..

17 ye. Punyalah nak sambung edit dan bubuh gambar tapi bila datang malas tu kan.. abaikan je. Ada draft dah nak masuk 3 tahun pun. Hahaha.

Uhhh dah bulan 10 2019. Bulan ni birthday laki. Belum apa2 bini dah cakap birthday you jatuh hari Isnin. Kita keluar makan hari Ahad la. Birthday laki....bini yang nak keluar makan 🤣🤣🤣

"You pilihlah mana2 kedai pun nak makan, I tak kisah...no Chilli's." Again bini buat keputusan.

Maka laki pun dah buat pilihan. Bini ok je dan gelak2 terkenang2 zaman mula2 jumpa dulu. Salah satu favourite restoran laki. Bini masa tu just person yang bertemu kali pertama selepas berbual di alam yahoo messenger takut2 this guy lari tinggalkan dia tanak bayar harga makanan dipesan. Hahahahahahaha...sampai mati kita ingat cerita ini. Dan banyak lagi cerita2 kelakar yang akan diingat sampai mati...

Happy birthday in advance Encik Adzman. Kan bini memang lebih2. Satu lagi dah start lupa2.. lupa buat satu benda sekarang, tangguhkan terus lupa apa nak buat tadi. I don't know how much I can remember as we grow older together. We turning grey now. Wrinkles everywhere. Flabby tummy and rough skins.

I love you. Eh cheesynya.. macam geli2


Sabtu, 13 Julai 2019

, ,

Patut Ke Mak Jah Je..Sampai Uncle K Pulak

Lepas kejadian mesin basuh buat hal, dah ok aku basuh kain 4 round terus. Cuaca pun baik panas sangat2. Apa lagi naikla rajin tu.

Ayam mentah dah bawak keluar. Ingat nak masak ayam rose atau ayam halia. Breakfast ingat nak masak penkek. Sekali naik bilik laki ajak sarapan luar. Ok kita ke Mak Jah la. Aku pun pakai baju ala kadar jelah sesuai dengan kedai tu. Ehehe..

Dah on the way atas jalan tiber ajak ke Uncle K di SACC Mall, Shah Alam.

Aku pun teringatla ayam mentah...atas sinki.

Nasi goreng kambing. Aku makan sejak tengok dalam JJCM tahun berapa tah. Dulu2 ada kat TTDI.

Nasi Arab untuk Aqlan dan Aqeel 

Nasi goreng daging black pepper



Dah sampai kami makan nasi. Makanan beratla. Kemudian Aqlan masuk main kat indoor playground tingkat 3. Aku jalan2 pergi Watson's la..Naelofar la..memang ada je kan angkut kalau takde laki kat sebelah. Macam bebas kejap. Hahaha.

Weekend RM20 untuk 3 tahun ke 12 tahun kot. Tak ingat la had umur. Stoking RM4. Aqeel tak masuk. 





Dah habis shopping aku cuba nak ke Guardian tapi gagal. Rupanya kena turun escalator. Aku asyik guna lift ke B. Nampak parking jelah.

Selepas solar zuhur cepat2 ajak balik tengok cuaca macam nak hujan. Teringat kain di jemuran. Teringat ayam..harap2 tak busuk.




Mengintai Aqlan makan Kinder Bueno

Lepas biskut ke 2

Venti

Grande

Tapi sempat juga minum Starbucks lagi. Drive thru je. Free kad masih berbaki RM30. Laki pun dapat claim lagi 1 air free. Haaa dia pun suka dark Caramel coffee Sphere Frappuccino tu. Sedap wehh kali ni kopi lagi bitter.

Sampai gate rumah tak dan2 angkat baju. Hampir semuanya kering. Panas betul ya. Sebab ada yang disidai bawah porch.

Ahad, 9 Jun 2019

Ahad, 27 Januari 2019

, , ,

Last Day Family Day At Janda Baik, Bentong.

Pagi sebenarnya ada senaman regangkan badan jam 7.30 pagi. Tapi aku bersenam atas katil dalam bilik dengan anak2 yang kesejukan. Oh kami terima berita ada bilik yang ada masalah a/c tapi dah ditukarkan. Bilik kami sejuk sentiasa..nak duduk dalam selimut je kalu boleh.

Jam 8.30 pagi dah boleh start sarapan. Tapi aku pergi jam 9. Kemudian aku balik, laki aku pulak pergi makan. Anak2 masih tidur aku bawak balik karipap 3 ketul sebab sedap dan tak pedas boleh bagi Aqlan. Budak tu penat sangat lepas macam2 benda dia buat semalam. Tidur mati.

Kemudian aku pulak yang mengantuk. Ikut program ada ATV time. Tapi bila semua dah penat dan nak tidur je apa pun tak jadi. Konon nak mandi kolam pun tak buat juga. Laki aku kesian la dia tengok TV je lepas balik makan sebab dia ingat nak naik ATV dengan Aqlan. Kalau tak dapat dia nak mandi kolam dengan Aqlan. Dah budak tu pun tak bangun2 kesian nak kejut. Sudahnya bangun je terus mandi kemas barang dan sedia untuk lunch.

Lunch time tu kami lambat sampai banyak lauk dah habis. So minum air je. Nasib dah makan nasi lemak pagi tadi. Aqlan pun dah makan karipap yang aku tapau tu. Habis jam 1 kami semua bye bye la.





Terus ajak laki pergi Gombak nak beli tudung murah2 kat Butik As-Syaima. Tapi sebelum tu sempat berhenti belakang r&r Genting Sempah beli petai dan jagung. Juga pergi McD beli aiskrim Laici. Ok beli tudung 6 helai RM80. Ada yang RM10, RM15 dan RM15 untuk 2 helai. Rambang mata nasib ada cash sikit je. Adoila. Solat kat masjid area situ pastu balik. Singgah pulak area rumah lama di Ampang beli popiah, nasi bungkus dan bubur. Macam2 pulak melantak.

Laki menang cabutan bertuah semalam

Overall family day ni best sikit kali ni sebab kat sini laluan nak pergi tu tak ngeri sangat macam di Kuala Razila tahun lepas. Tapi adalah juga complaint dari staf2 pasal owner tak mesra alam. Tak semua staff dapat tinggal di resort tu jadi diorang tidur penginapan lain. Bila ada aktiviti kena datang resort kami duduk ni. Complaint takdelah banyak cuma diorang nak solat kat surau tak dapat..aku pun tatau ada surau ke tak. Lambat sampai nak makan, makanan dah habis hidang walaupun buffet je. Padahal macam satu resort tu dipenuhi staff ofis laki bekerja je pun. Tak nampak muka orang lain. So jika nak ke Janda Baik lagi kita pilih tempat lainla...coffee house pun takda nak lepak. Ke aku yang tak nampak tataula..sebab takde nampak tunjuk arah pun...

Apapun bersyukur sebab percutian free kan..makan free... tinggal isi minyak dan bayar tol je. Alhamdulillah.

Hahaha semua army pants dan baju army beli kat KWC. Lama tahan diri nak pakai heh..

Hahaha laki bini pakai selipar jepun






Pose beria sangat si Aqlan tu

Isnin, 7 Januari 2019

, ,

Follow Up Check Up Dengan Paediatrician Di Hospital Serdang

Kali ni pergi tak tahu yang tempat pendaftaran dah bertukar. Bila tersalah tanya dapatlah jawapan yang betul dari staff kat situ tapi kita pulak yang rugi masa. Haha. Rupanya dah sebulan lebih area pendaftaran untuk klinik2 pakar dah ditukar di unit hasil belakang lobi utama. Padahal elok aku tanya staff kat situ tapi sebab salah tanya aku terus ke klinik paed. Tiba2 rasa bodo. Haha.

Ambil tiket kejap je. Jam 9.07 camtu. Tapi print kat tiket jam waktu lain.. apa kebendanya...

Parking kereta pun dah boleh dilakukan di MAEPS. Kena bayar tapi nanti ada van yang ulang alik hantar pergi ke hospital free je. Oklah.. so laki dah letak aku siap2 dengan barang2 nanti takdelah apa yang tertinggal. 






Jam 1 tengahari baru masuk jumpa doktor paed. Kali ni dengan Doktor Izan Syuhada. Dia tak cek Aqeel beria pun macam Doktor Ashraf. Just tanya2 dan pegang kepala Aqeel. Kami berdua tengok je tapi lupa nak tanya apasal pegang kepala Aqeel. Dah balik rumah baru nak bincang. So takde apa2 masalah pun. Aqeel pun dah laju mengesot. Selalu dia berguling2 je. Tapi bab nak makan semua benda tu yang tak tahan..

Beratur depan lobi nak balik dah

Anak beranak ni naik van shuttle

Aqlan seronok sangat naik beria cerita dekat aku bila balik



Naik kereta elok je tidur terus

Settle jumpa doktor tapau nasi kat Saba'. Laki suka call siap2. Order by phone je. Sampai sana pick up kan senang. Anak2 semua memang dah tidur keletihan sangat. Aku pun naik je bilik lepas makan terus migrain. Cuaca panas kan aku ni memang tak tahan sejak remaja lagi. Sampai laki kena keluar balik cari pil tahan sakit.