Memaparkan catatan dengan label About Me. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label About Me. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Julai 2025

Huh 48

I'm turning 48 today. So what i did from wakeup until now?


Solat sunat sebelum subuh. Solat subuh. Zikir 33.


Sediakan sarapan for the kids. Roti bakar cheese chicken ham. Aqeel komen baju sekolah agama yang baru panjang..dah dipendekkan tapi takla pendek sangat just nice tapi dia tu memang nak ngam2 je.


Ok dia janji nak belikan hadiah nanti sebab abang dia dah bagi bunga blocks.



Kemudian basuh kain. Tengok belakang area mesin basuh ni hari2 sakit hati. Dah 3x cuci tetapla datang si tikus berak merata. Dah banyak buang barang2 yang jadi rumah dia..pun dia datang mencemar. Aku sebenarnya exhausted sangat.


Dah sidai kain pergi potong pokok daun pandan dan tanam balik. Masukkan lebih banyak tanah. Siram sampai bergenang air. Pokok nenas pun aku tanam. Pindahkan juga pokok lidah mentua. 


Ok dah 9.12 stop dulu.

Rabu, 14 Disember 2022

Kisah Crowning Gigi Depan

Gigi oh Gigi...jagalah gigi anda sebaiknya kalau tak mahu tanggung kos membetulkan gigi yang semakin mahal. Aku tanak la cerita sangat kenapa aku tak jaga gigi aku ni. Hal yang paling malas ialah gosok gigi sebelum tidur. Ingat kumur2 je dah cukup..tapi yang melekat antara 2 gigi tu la yang akan buat anda merana.

So gigi depan aku mula rosak sejak umur 12 tahun lagi kalau tak silap. Makan gula2 dibawaknya sampai tertidur. Suka sangat bersihkan gigi dengan lidah pun ya. Sampai ada lubang angin between gigi tu. Jumpa dentist tampal sahaja kerjanya sampai umur berapa?

In the end gigi tu dah mati akar rupanya. Jadi sebelum nak buat crowning kena buat rawatan akar dulu. Sebelah kiri dah mati..sebelah kanan masih vital. Kata doctor Hazizi.

Ok aku dapatkan rawatan gigi di Klinik Pergigian Zakwan Bandar Kinrara. Mudah 5 minit dah sampai.

Sebenarnya aku dah lama nak buat crowning. Sejak aku masih tinggal dengan kakak aku di Bangsar lagi. Hari2 lalu depan klinik gigi nak buatla. Siap pergi UM nak buat juga tapi kata mereka masa tu masih tak perlu. Tampal sahaja. Gigi aku yang sebelah kanan ni dia terkeluar ke depan sikit. So dia tak berapa lawa..hahahaha..dia tak rata sebaris dengan yang lain.



Baiklah..aku pun mulakan rawatan akar gigi atau root canal pada bulan 4. Masa tu bulan puasa. 2 April 2022. Buat scaling karang gigi dulu..pastu root canal 12 April 2022. Kenapa? Sebab at least kena seminggu lepas cek gigi semua ok baru proceed. Ok root canal ni memang lama ya. Nak dekat 2 jam la buat. Doc akan masukkan besi halus dalam gusi. Memang kena bius la 2-3x juga. Tengok jarum bius tu pun teringat pulak injection morphine masa nak czer dulu. So gigi aku pun kenalah x-ray la kejap. Sebelum dan selepas besi halus macam dawai tu diletakkan. Sakit? Aku pun dah lupa. Tapi perlu buat. Kena hadap. Kau sedia je menganga. Lenguh mulut kan.


Hai lama betul

Nampak macam takde apa tapi sebenarnya dah ada dawai halus dalam gusi tu. Dah bermacam tampalan gigi ni terima.

Gambar x-ray dari dalam gigi setelah dimasukkan dawai. Bia fikir balik sakit jugalah kena masuk dawai tu ke dalam gusi.


Selepas siap doctor kata dalam 2 minggu atau sebulan boleh datang untuk buat crowning. Aku ok ok je.

Kemudian aku sakit dan ahli2 keluarga aku sakit2. Kami sakit2 bergilir2. Bila sihat kena jaga yang sakit. Begitulah sehingga bulan 9. Bulan 10 baru aku datang semula. Hahaha. 25 Oct 2022. Lama betul..dulu tanya cost crowning berapa..doc cakap RM2600. Oh ya kos masa root canal RM500. Sekali aku datang bulan 10 cost dah naik RM3000. Sebab aku memilih untuk guna porcelain. Kalau yang satu lagi tu ada screw RM2000. Ni kos untuk 2 batang gigi all in. Porcelain is better sebab warna gigi akan menyerupai gigi asal. Yang lagi satu tu putih la sikit. Gigi aku semulajadi kuning sikit. So tentulah aku tanak kelihatan pelik. Tiba2 gigi aku 2 warna putih hahahaha.

Hari datang untuk buat crowning tu doc buat molding untuk gigi asal. Sebab nak buat crowning gigi asal akan dikecilkan. Sementara gigi tu nak siap aku akan dipakaikan gigi sementara..tempoh ni pun lama juga. Nak 2 jam la juga haa...menganga lama sampai lenguh. Dengan air liur yang kadang nak terbatuk. Tapi doc pakaikan silicon khas untuk elak segala residue termasuk dalam kerongkong. Lama wei..lamaaaaa.

Dah siap tu tunggula pulak pakai gigi sementara. Karang tak de gigi nak makan dan nampak rongak pulak. Haha..disimenkan aje.

Sebelum kena pakai gigi sementara..tengokla gigi sendiri buat kali terakhir

Selepas kena pasang gigi sementara 


Minggu seterusnya gigi dah siap. 8 Nov 2022. Tapi bila dipasang nampak tak original. Jadi doc buat hantaran balik ke lab. Aku kena pakai gigi sementara balik. Setiap kali pun guna pliers ya. Aduiii macam cabut paku dari kayu gitu. 

17 Nov 2022 gigi dah ada balik tapi masih tak fit jugak. Doc Hazizi tak puas hati. Dia polish gigi tu sebelah aku je. Bunyi mesin tu jangan cakapla dia bunyi bising. Hahaha. Aku pun pakai balik gigi sementara tapi diperbetulkan sebab gigi aku pecah. Masa gosok gigi tiba2 dia pecah wehhhh..nama pun sementara. 

Datang dengan Aqlan sebab dia kena cabut gigi

Yang putih2 celah gigi tu lebihan dari buatan gigi sementara tu. Aku tak ingat bahan apa doctor guna.


Kemudian tiba minggu mengundi gigi tak siap lagi..pastu kenduri pun belum siap. Jadi aku pun takle nak menyengih sangat sebab gigi sementara ni lagi kelakar rupanya. Hahaha mana doc Hazizi ni kenapa assistant dia tak call aku...

Akhirnya gigi tu siap jugak. 2 Dec 2022. Fuh lama...gigi dah nampak cantik sebelum dipasangkan. Doc betulkan mana2..kena grind gigi aku ni. Adoi macam2 bunyi la. Lama juga nak dekat sejam. Cabut gigi sementara dan pasang gigi porcelain yang cantik tu. Sakit juga gigi masa kena simen tapi aku dia je..gam dia kuat kot. Kali ni takde bius dah. Doc pun floss gigi aku jugak. Aduh...esoknya takde sakit apa pun dah. Alhamdulillah. 

Hello Gigis


Lepas siap semua doc pesan la jangan gigit epal pulak guna gigi depan ni. Kata gigi buatan..tetap takkan sama dengan gigi ciptaan asal...jadi jagalah gigi anda. Okaylah dah boleh senyum lebar sikit. Takdelah kena tegur jangan senyum nampak gigi..gigi kau tak cantik. Sedih wak..makan hati aku bertahun. 

Niat aku buat gigi ni kerana Allah. Gigi aku dah mati akar. Takde rasa. Dia pun mereput. Hudoh juga. Anak2 tengok pun eeee your teeth ibu it's dirty. So aku nak diorang jaga gigi aku pun kena la jadi model kalau tak jaga gigi..nanti hudoh rosak macam ibu kena jumpa dentist. Terus si kecik tu menjerit tanak jumpa dentist. Takut. Laki aku dah happy. Maka keluarla cerita masa dia mula2 jumpa aku dia pun tengok gigi aku macam eee tak dijaga...pastu lama2 dia tak peduli pun gigi aku so..aku terfikir aku kena reject dulu salah satu sebab gigi aku hudoh ke? Tapi bila fikir2 balik kan aku yang banyak reject dan break the relationship. Hahahaha...

So in total

1. Root canal RM500 

2. Porcelain teeth for crowning RM3000 for 2.

Habis duit kwsp mak.

Menyengih dibawah pokok doa.


Sabtu, 2 Julai 2022

Pengeluaran KWSP, Apa Yang Telah Dibelanjakan?

Bila KWSP benarkan untuk keluarkan duit semasa musim PKP 2021..kita pun apply juga atas alasan untuk survival. Ya kita dah tak bekerja..suami je yang menanggung nafkah semua. Memang tanggungjawab dia. Tapi kita nak beli barang personal takkanla asyik nak minta dari dia. Pulak2 beli  barang harga kena fikir 10 kali. Suami pun terkesan dengan keadaan ekonomi. Boss potong gajinya. Jadi merasalah kami berempat keadaan  sukar sekejap. Bila dah boleh keluar KWSP rasa la sikit leganya.

Banyak juga pemotongan perbelanjaan dibuat. Terutamanya pergi bercuti. Elokla PKP nak ke mana pun. Memang kena perap dalam rumah dan sekitar 10km je. Memang rasa lemas kadang2 sebab kami suka berjalan. Alhamdulillah makanan tetap terhidang atas meja  kadang2 banyak jugak. So berat tetap tak turun2 jugak. Hahahaha.

Oklah berbalik pada apa yang dibelanjakan..aku dulu masa kerja dapat bonus mesti beli barang2 yang nampak di mata buat ingatkan duit tu ke mana.. jadi dapat keluarkan KWSP ni macam bonus jugak jadi beli la juga barang2 itu.

Barang2 tanda ingatan KWSP (kikikiki) - jangan lupa bayar zakat kalau korang dah keluarkan jugak!

1. RM2,850. Cermin mata multifocal. Cermin mata brand Stepper Eyewear, kanta Zeiss. Aku pergi specialist kali pertama. Bukan perkhidmatan biasa2 ni. selalu cek tahap kerabunan pastu pilih cermin mata dan bayar la deposit. Yang ni cek mata sampai guna 3 jenis alat. Aku pun dapatla tengok dalam bola mata aku ada pecah darah kemungkinan aku dah kena hypertension.


2. RM1,563. Stand mixer Kitmens. Mula2 rasa nak beli Kitchen Aid tapi mahal sangat lepas tu baca komen ada yang beli KA pastu beli Kitmens gak..depa prefer Kitmens sebab senyap dan digital. siap boleh engrave nama kot. Aku beli set penuh. semua dapat. Masa beli aku dapat free 1 lagi bowl mixer dan set spatula warna pink. Beli bundle jimat banyak.




3. Rizalman Items. Ok ni semua bermula bila aku beli apron belang2. Aku tak terkira pulak berapa habis. Tapi T'Neeq tu paling banyak habis. Walaupun slow sikit perubahan lepas makan supplement dia. Tapi bila period aku dah teratur aku teruskan aja. Tapi memang sikit2 je aku makan. Kadang tak makan berhari2 sebab lupa.

4. Shopee. Ok jangan tanya berapa.

5. Instagram. Ada barang dah dibayar tapi barang tak dapat2. Kena pujuk diri nak berlapang dada bukan senang ya sebab jumlah besar. Yang dapat alhamdulillah...




Khamis, 24 Disember 2020

,

چارا نق ڤيسهكن ڤڽوسوأن انق

 Cara Nak Pisahkan Penyusuan Anak


Wean off. Dah berjaya...bukan mudah ya..so aku berjaya juga akhirnya walau dugaan tu lebih kepada kesian ke anak..

Ada macam2 cara nak hentikan menyusu anak ni. Ikut nasihat nabi, 2 tahun tempoh menyusu. Aku cadangnya nak susukan hingga 2 setengah tahun. Sebab Aqeel ni minum susu formula kurang. Memang banyak menyusu kat aku je. Lama2 aku dah tak tahan sebab bila dia dah ada gigi dia asyik menggigit aje. Ingat tak sakit ke wei.....emosi terganggu sangat.

Jadi aku pun memulakan proses wean off ni betul2 pada 14 October 2020 sempena PKP kat Selangor. Hahaha..

So adalah aku baca orang dulu2 sapu kopi la..bubuh daun kobis la..aku macam haaaaaaaa?

Cara aku senang. Aku beli silicone nipple cover. Aku beli juga silicone nipple shield breastfeeding dan silicone breast boob lift up. Ok yang manakah paling berkesan?

Silicone nipple shield breastfeeding



Dah terlambat beli ni..patut beli masa baby gigi belum tumbuh..dah tumbuh banyak dia takkan menyusu sebab dia tak suka silicone tu. Hahaha..gagal.

Silicone nipple cover



Ok yang ni berkesan....anak tengok dia rasa eh dah goneeeeee...so dia gelak2.. tapi ada hari emosi melanda dia akan marah dan nak buka.. tapi yang tak bestnya benda ni mudah lekat habuk... so rajinla membersihkannya. Dan kena simpan elok..aku beli tanpa bekas..so memang rosakla..habuk ajerr..

Silicone breast boob lift up



Yang ni pun ok..lagi kuat lekatan tu. Tapi aku alami masalah kulit merengsa pulak. Jadi terpaksa ditinggalkan dan dibuang. 

Anyway lepas sebulan berlalu ingat dia tak ingat ke....dia tetap akan cuba cari jadi aku memang pakai juga walau kulit dah naik ruam..dah kena dermatitis pulak. 

Alhamdulillah akhirnya susu pun dah takde keluar langsung. Memang macam2 emosi dan pujukan kena buat. Kadang2 aku lari tidur bilik Aqlan sampai Aqeel dah tidur baru aku masuk balik. So memang Abah dia la kena tidurkan.. kekeke..

p/s: all image from Shopee 

 


Jumaat, 1 Mei 2020

سلامت برڤواس دان سلامت هاري بوروه

Selamat Berpuasa Dan Selamat Hari Buruh 

Dah hari ke 8 puasa baru nak ucap selamat. Begitulah manusia macam aku yang suka menangguh macam2. Harap2 jangan tangguh taubat lama sangat sudah.

Hari Buruh 1 Mei setiap tahun maka ramai pekerjaan di dunia diberikan cuti. Tapi surirumah takde hari cuti ya. Sejak PKP ni sabun cuci pinggan pun 3 minggu habis sebotol.

So amacam yang bekerja dan dapat cuti ehsan dari Kerajaan PN? Lemau tak duduk rumah...yang dah biasa kerja hantar anak ke taska tiba2 kena kerja dari rumah dan jaga anak pulak memang mencabar kan. Dah fikir habis ke nak jadi suririmah. Ehehehe..

5 tahun lepas..bulan 5 la buat aku terfikir untuk berhenti kerja. 10 Jun 2015 last day aku kerja. Patut lagi awal tapi management sanggup bayar cuti aku untuk kerja so buatlah kerja...hmmm masa ni memamg takde mood dah pun. Asyik delete file je. Yang tak disangkanya, aku hantar resign letter pagi, petang kawan aku hantar. Pastu sorang lagi hantar. Haaaaa amik.. boss jumpa aku tanya kenapa.. aku lak bagi surat copy ayat dari resign letter omputih mana tah nak berhenti bagitahu ada problem dengan household. Siap boss nasihatkan aku ambik cuti kalau stress..

Ok aku masa ni macam2 masalah aku hadap..aku stress memang teruk dah. Aku siap nak nangis dah masa bagitahu laki aku nak resign. Tapi masa ni siapa2 pun cakap nasihat jangan berhenti kerja dah tak berguna pada aku. Aku memang nekad. Bos lama pun jumpa aku. Tapi aku memang tak bagitahu masalah sebenar aku dengan ofis. Aku cuma cakap anak aku selalu jatuh sakit, aku stress la..pergi kerja anak sakit kena EL..kena warning tanpa surat tapi aku takle tengok dah muka manager aku tu...ha dia ni la salah satu sebab aku nekad. Bos lama aku faham maybe aku nak jaga anak..masa tu Aqlan baru setahun 2 bulan. Setiap bulan sakit sejak ke pengasuh. Hal2 kerja kadang aku bawak balik boleh jadi gaduh dengan laki aku. Belum masuk jem kat KL tu..aku kerja kat Jalan Sultan Ismail ye. Memang laki hantar hari2 dan aku balik naik KL Monorail dan STAR LRT. Kadang problem kena naik PUTRA LRT pulak. Stress weh..stress macam2. Nanti laki aku jemputla kat mana2 station yang tak jem..selalu Berjaya Time Square atau Pandan Jaya.

Mula2 jadi suririmah tu memangla rutin jadi lain. Yang penting takyah hantar anak dah so dah elakkan jangkitan yang biasa tu..then takyah gosok baju...hahah..paling best ko boleh tidur lepas laki pergi kerja. Adoi nikmat takyah harung jem keluar ke Bandar Baru Ampang ke AKLEH tu.

Tapiiiiii cabaran besar ialah takde gaji dah ya. Takde duit masuk bulan2 boleh poya2. Ha yang ni memang mula2 nak adapt tu ambik masa tapi bila dah biasa ok je. Pastu mulalah terasa betapa banyak benda tak perlu aku berbelanja sebelum ni. So wasted.

Rindu kawan2? Aku ni lebih kepada introvert. Kadang je aku banyak cakap tu pun dengan orang yang aku selesa. Kalau tak mati kutu la. Sebab tu PKP ni aku chill2 je. Memang aku banyak menjauhkan diri dari kawan2 lepas berhenti kerja. Entah aku rasa kelompok yang aku nak elakkan tu ialah geng suka mengumpat..hah lega kau dah berhenti kerja...takyah hadap semua tu dah. Aku juga perlahan2 keluar dari group2 WhatsApp. Pening aku dengan macam2 info tak perlu. Aku macam nak jadi invisible la.

So yeah aku punya introvert tu sampai dah nak 5 tahun duduk BK ni aku takde kenalan pun. Tak pernah lepak rumah siapa2 pun kat sini. Aku takde kawan. Hidup aku dengan anak2 dalam rumah. Kalau orang nak kata aku kera sumbang pun aku tak peduli. Tapi jiran bangsa Cina sebelah rumah selalu tegur2 aku kalau aku keluar pergi sidai kain. Itu jelah masa berbual kami. Kalau tak...memang takde. Tapi kalau ada event, kami ajak je diorang sekeluarga datang rumah. Jiran sebelah lagi bangsa Melayu tapi dia lagi introvert dari aku. Hahahaha sebab tak pernah sempat nak berbual sampai aku pun kekok kalau terserempak dengan dia.

Tapi kalau sapa2 pembaca yang nampak aku kat luar tegur jelah. Aku bukan pemakan budak. Meskipun muka aku ni kawan2 kategorikan muka sombong. Orang rabun ni memang kesian kan..

Gambar2 sebelum kena PKP. Masa ni nak pergi rumah SIL dia buat makan2 sambil bagi hadiah ke anak2. But before that pagi tu sempat pergi buat casting untuk budak2 ni. Saja test market. Mana tahu masuk iklan jadi model pakaian ke.. kan.. kan..






Aku tak rindu shopping mall. Aku rindu recreation park.

Stay safe everyone.

Jumaat, 13 Mac 2020

سميڠگو ده برلالو

Seminggu Dah Berlalu Keluar Cerita Koleksi Tin Di Rancangan Borak Kopitiam TV3



Siapa yang ada tengok Borak Kopitiam Jumaat lepas? Aku? Harusla tengok mula sendiri...walaupun rasa aneh. Hahahahaha.. salah satu aneh muka masuk TV, satu nak dengar suara sendiri, satu lagi nak tahu editing akhir macam mana..yelah shooting 2 jam..sekali aku cakap mesti keluar 2 minit je. Sekali betul kau...hehehe..


Cerita kita picisan je, tapi dalam group adik beradik family aku dan mentua jadi havoc kejap. First family keluar TV. Hahaha. Yang kawan2 pulak lepas keluar TV tu depa dah mula panggil retis la artis la. Eh geram pulak aku. Tapi bila aku cakap habis semua orang keluar TV tak kira penjahat pun retis? Apa lagi kawan tu terus balas tu kategori lain. Macam2 la aku kena bahan.. pastu aku pun dah geram aku pun ambik kesempatan la..ha kannn...nak sangat.

So laki aku paling happy. Aku sebenarnya akan reject je proposal ni kalau laki aku tak approved. Sekali dia yang super excited. So dia asyik panggil aku artis..kemudian mengusik aku banyak hari sampai last2 aku guna kuasa " artis" ni...ha sila bawa aku ke sana...aku nak benda tu.. aku nak beli..hahahahaha..so dia pun melayan, sebab masih hot kan.. masih panas kita layan permintaan artis. Haishhh tak tahu nak habaq laki aku ni bila datang angin mengusik dia... adik beradik aku pun pernah terkena dengan dia.

So yeah aku akan share la gambar masa shooting. Sikit2 sudah eh kalau banyak pun takpelah kan..aku maybe keluar sekali je kat TV. Hahaha. Bak kata blogger lain yang aku jumpa kat event Asmak, u dari mana tak pernah nampak. Hahahah duduk semeja dah last2 nak habis event baru bercakap. Tu pun sebab aku ajak diorang p cari budak2 yang masuk pertandingan mewarna. Aku ni tak pernah pergi event as a blogger. Dan blog pun sendu je. Rasanya aku memang tenggelam la..hahaha..anyway sapa nampak aku tegurla. Memang muka aku sombong. Matik. Tapi maybe akan menyesal bila berbual dengan aku sebab tiba2 aku bercakap banyak (ini testimoni kawan2 UKM). Kalau aku selesa la ya.. apa2 pun chill2 sudah. Aku pun dah nak 43, 24 Rejab ni. Eh tiber..

Ok baju ni beli masa tahun 2013 ke 2014 lagi. Pregnantkan Aqlan, nak attend kenduri kawen, so beli la senang nak sarung takyah iron. Aku takde masa nak fikir baju lain sebab baru balik dari Hospital Serdang..iron tudung pun malam sebelum shooting siap2.

Jemputla masuk rumah kami yang mesra kanak2. Karpet pinjam kawan baik laki punya. Ingat karpet masuk TV juga. Hahaha.

Masa ni Ainin nak aku berlatih sebelum interview. Jadi ada soalan2 yang aku kena jawab. So bukanla masuk gambar tin je.









Laki aku cakap, aku seperti seorang professional. Bercakap langsung takde gentar. 

Hasil tangkapan anak bujang

Aqeel tidur masa ni..nyenyak dalam buai.

Photog in making






Amacam tak nampakla perut buncit tu kan

Nasib ada lagi barang mekap. Malas dah nak mekap2 ni ha..

Puas Ainin nak bercerita. 



Sebelum balik jamu depa donut gula dan air sejuk je. Aku nak buatkan air diorang tanak. Panas..maaflah ya..kami aircond tak pasang kat living hall.

Tu bukan rumah kami ya

Ni pun bukan rumah kami. Sukati diorang park depan rumah jiran. Hehe.


Ibu..it's TV3..yeahhh


Seronok lepas shooting? Baru tahulah shooting tu macam mana. Laki aku berceritalah dia pun dulu ada berlakon iklan tapi untuk luar negara. Gitew..patutla suka orang TV datang.

Yang pasti, krew ni best. Very professional. Ah harusla..dah jadi photog 20 tahun sorang tu..sorang lagi 16 tahun. Ni bukan kerja main2 ya. Tapi...sempat lagi sebelum balik Rudy tu cakap, " Akak suka masak ya"
Hahahaha..ko sempat melilau mata tengok dapur aku ya..bersih tau cuma memang banyak alatan memasak. Open shelves ok.