Khamis, 31 Ogos 2017

Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke-60, 31 Ogos 2017

Malam raya aku cuma masak kek buah. Kami pun hanya shopping groceries di Hero. Dah sampai branch Nova Saujana tutup pulak. 1 September baru buka semula. Ada renovation. So kami ke branch TTDI.


Lepas dah beli barang2, tak beli barang basah untuk dimasak sebab laki cakap nak pergi Hero lain selepas hantar adik ipar ke KL Sentral. So just pergi claim kopi Americano dan scone je.

Selepas hantar adik tu balik, laki penat pulak jadi dia tak keluar dah untuk beli barang basah. So takdela apa nak dimasak untuk juadah raya esok. Itu pasal aku masak kek buah kukus je. Dah tidurkan Aqlan, turun balik sebab risau terlena sebab kek kukus masak 4 jam. Jadi layanlah movie Dr. Strange. Adoila... Benedict Chumberbatch yang berlakon. Lagipun ini salah satu series Avengers. Hehe..orang lain dah bertahun tengok aku baru nak tengok....

Rabu, 30 Ogos 2017

, ,

Kalau Tak Puas Hati, Alter Je

Tahun ni aku banyak menjahit baju. Samada baju untuk laki, anak, diri sendiri dan mak mertua.

Since mak mertua tak puas hati dengan jahitan tailor di Bangi tu, disuruhnya aku jahit baju2 dia. Tu pun kadang2 aku juga yang control jenis kain apa dia nak beli untuk aku jahit. Aku tanak jahit kain lembik2 dan licin2.

Satu - sebab aku susah nak potong. Dua - aku takde mesin jahit tepi jadi nanti berbulu2...benci pulak aku tengok. Sebab aku pentingkan kesempurnaan. Mesin jahit aku ada 3 jenis jahitan tepi tapi sebab 2 benang je jadi aku rasa tak best. Haha...ada niat nak beli mesin jahit tepi. Gigih kumpul duit tiap2 bulan. Patut dah dapat beli pastu gatal kan ada je shopping.

So adalah beberapa helai baju aku dah buat dah pakai dan aku tak happy. Sebab aku rasa macam besar sangat..dan macam2 alasan lain. Since aku memotong kain ikut baju2 aku yang sedia ada, bila aku rasa kecik aku akan bagi basi kelim besar. Tapi in the end terbesar sangat.

Baju ni asal ada 2 poket tepi dan lebih kembang. Aku potong dan ngam2 je dengan saiz badan. Jangan badan makin melebar sudah.

Asal baju ni potong serong 45°. Pastu aku rasa bila pakai nampak gemuk sangat. Sebab tu tak upload sangat gambar bila pakai baju ni. Pakai pun baru 2 kali. Heheheh. Ok..orang baju XL tak boleh pakai baju potongan kembang ya. So lupakan babydoll pattern walaupun teringin sangat nak buat.

Kimono robe ni dah siap sebenarnya tapi cam besar sangat jadi aku potong lagi bagi kecil. Ni pakai dengan seluar lebar ke skinny lawa ek? Ok ni kain mertua belanja di Gulatis. Nangis nak potong kain lembik. Jahit double la jawabnya elakkan berbulu.

Maka gigihla aku memotong dan menjahit balik hari ni. Dah siap2 tu ada rasa gatal2 nak potong kain baru..adalah beberapa pasang. Tapi kepala aku dah takleh nak fokus...baik aku stop dulu dan buat keje2 lain seperti tulis blog. Hahaha. Kalau aku teruskan juga maka aku akan rosakkan kain.

Jadi ya aku ni moody sikit. So mak mertua yang suka bagi sokongan sedikit sebanyak aku dapat memahirkan diri untuk menjahit blouse2 dia ikut contohlah. Aku masih tak reti nak amik ukuran. Tu kena study lagi.

Jadi kalau siapa nak tempah baju dengan aku kena faham mood aku. Haha maaflah sebab kalau takde mood memang takde kasih sayang karang pakaian tu. Ingat masak je kena penuh kasih sayang?

Ni tempahan yang ke-6 oleh mak mertuaku..butang baju contoh ada 5 je kot. Aku bagi 9 supaya takla terbuka2 baju tu kan. Harap Mama sukalah...aku dengan dia ada perangai lebih kurang sikit sebab kongsi bulan harijadi..elok pulak bunga terletak je kat butang2...


Selasa, 29 Ogos 2017

,

Kedai Nasi Arab Di Eight Kinrara Dan Kempunan Sundae Durian McD

Hari Selasa alang2 mak dah ada di rumah kami, bawak pergi makan nasi arab di kedai yang berdekatan.

Buat pengetahuan semua, Eight Kinrara ni ialah kedai2 dengan apartment. Dah lama buka tapi kedai2 masih belum banyak. Yang obvious dari jauh ialah Maybank, yang sebelum ni lokasi dalam Giant Kinrara tapi dah berpindah ke sini. Ada kedai kek My Own Bakes dan juga Papa Rich kot2 nak mengopi.  So kedai arab ni belakang sikit. Authentic sebab memang semua pekerja orang arab. Parking setakat ni free je..kalau parking kat luat silalah beli tiket dan tayang atas dashboard.

Sebelum ni laki pernah tapau untuk anak. Kali ni alang2 mak dah ada, kami pergi makan ramai2. Pagi tadi bagi mak makan karipap frozen je...

Kambing Kabsah RM16.80

Ayam Mandi RM11.80

Ayam kabsah RM11.80

Nasi sahaja RM3.80. Ni nasi kabsah.

Tengok mak makan bukan main berselera. Selalu kalau call mak nak datang dia minta tapau mee goreng. Jadi kali ni terus ajak pergi kedai arab. Elok je makan hehe.

Nasi dia sedaplah..tapi tang sambal tu asli sangat..so dah terbiasa dengan sambal di Saba jadi memang makan nasi dengan lauk serta sup je. Aqlan memang suka nasi arab. Senang.

Habis makan, hantar mak balik. Ingat nak tahan lama2 kat rumah tapi dia rindu nak balik Kota. Oklah..kita ikutkan jelah..raya haji ni jumpa balik mak di rumah Kak Pa. Insyaallah.




Balik dari hantar mak singgah McD. Beratur panjang. Order sundae durian..dah habis order tiba2 katanya alamak....durian habis. Masa tu kami dah order choc sundae juga untuk Aqlan. Pastu kami sedih tukatlah sundae oreo 2 dan cancel choc sundae tu. Tapi tatau napa...choc sundae tu kami dapat juga dan FREE pulak. Maybe sebab kami sedih tak dapat durian..wawawawa... korang perasan tak sejak pak arab pegang konsesi francais McD di Malaysia macam2 menu baru ada tiap2 bulan...pastu McD sekarang ada surau...cuma belum berpeluang solat dalam tu.

Ahad, 27 Ogos 2017

Dah TerHOOK Dengan The Labels


Asalnya aku nak cari syampu Marini Natural├ęmagic je. Pastu lama2 dah berkembang pulak kedai ni. Dari hanya sebuah kedai di dalam Tesco Damansara, sekarang ada lagi satu The Labels Luxe di TTDI. So ya, Luxe tu mewah jadi barang2 yang dijual sesuaila dengan nama dan tempat. Kalau kat Tesco tu pun harga mampu milik sesuaila dengan nama tanpa Luxe tu. Hehe.

Tengah fikir nak beli minyak wangi calit

Okay aku kalau datang kedai ni memang habis kalau terserempak dengan lady boss dia Diyana. Dia ni memang pandai menjual barang. Agak2 tanak beli last2 beli. So better hati2. Dulu2 cash sahaja, now dah boleh pakai card debit semua...ermmm lagilah bahaya.

Lepas tu fikir beli baju raya haji pun best jugak..eh eh..

Tapi betul kalau dia takde aku tak membeli sangat. Kalau beli pun takat yang aku dah biasa beli. Kalau dia ada, tah hapa2 aku bawak balik rumah. Hihi.

Anyway Diyana ni sangat peramah. So masa pergi tu sempatlah aku bebel2 kat dia barang yang aku nak takde...last week dah pergi Luxe takde. Dia suruh ke Tesco ni..takde jugak. Haish...

So sempat pulak main tangkap2 gambar, kena interview dan boomerang. Haha. Tapi semua guna kamera dialah..

So 31 Ogos last day sale dia..silalah pergi. Ni bukan iklan berbayar tapi just nak bagitahu korang mana tempat aku suka pergi. Selain menyokong perniagaan bangsa Melayu dan Islam, aku rasa harga yang ditawarkan berbaloi. Aku pun beli 2 helai baju dan satu botol minyak wangi saiz purse. Minyak wangi calit yang aku nak dah habis. Apa jenama tah? Tapi bau dia sedap gila kott..nyesal lak dulu2 datang tak beli..lagipun masa tu dah beli benda lain macam2 kan..udah2la...haha.

So kalau rajin sila tengok produk2 yang dijual di IG: The Labels.

Antara jenama2 yang ada...ko tengok ada Lord Cosmetics. Tu yang aku suka tu..hehe.

Sabtu, 26 Ogos 2017

Nak Makan Telur Ikan Punya Pasal

Sampai ke Nilai pun sanggup laki aku ni.! Aku tak minat makan telur ikan tapi ikut jelah dia nak pergi cari. Lama dah niatnya nak makan. Masa pergi first time kedai tutup. Kali ni siap bermesej. Kata tuan kedai dah habis kena tempah seminggu lepas tapi tuan kedai cuba juga carikan untuk laki. Wah kelas ko.


Jadi kami sampai sana elok2 je nak masuk maghrib. Makanan sekejap je sampai. Makan2 minum2 settle terus ke masjid Nilai yang berdekatan. Situ ada je surau, kedai ni dalam foodcourt tapi kami memang suka ke masjid lagi.

Laki ambik lauk asam pedas. Aku makan daging salai. Aqlan kami order 2 jenis makanan. Mula2 ayam cheese dia tanak makan. Kami bungkus. Pastu order sate ayam tapi burn pulak dan keras. Tapi dia cuba juga makan. Kesian betul. Last2 pergi McD. Cam hazab sebab ramai sangat orang q nak masuk drive thru je pun. Last2 ke BBB baru beratur beli. Q jelah walaupun panjang..siap ada pesta apa tah lagi kat Bangi Sentral tu.

Untuk asam pedas tu aku prefer asam pedas semalam aku makan di Restoran Chili's Crab BK5 atau pun di Pasir Panjang, N9. Bab daging salai pulak keras walaupun kuahnya sedap. Rasa adik ipar aku masak lagi yummeh. Ok adik ipar orang nogori.

 
Aqlan punya kerja photog

Tengokla budak kecik dah pandai ambil gambar

Abah dia amik, dia pun sibuk snap gambar abah dia



Ni kami order dari kedai lain

Kami order telur ikan dari kedai di sini

Sayang daging tak cukup lembut

Budak lapar tak cukup makan

Jumaat, 25 Ogos 2017

Restoran Chili's Crab, Bandar Kinrara 5


Ok kali ni dah dapat nama kedai yang kami pergi itu hari. Kedai ni ada menu RM8.90 termasuk segelas air tertentu. Jadi kali ni aku pilih yang tu je. Sebab tak makan berhidang. Aku order asam pedas ikan kembung. Sedapnyala...laki aku pulak asyik cedok kuah. Hahahaha.


Bihun Singapore 

Terung goreng ni kena cuba. Sedap okay.

Kedai ni memang ada jual ketam. Tapi aku malas nak makan ketam nak kena kopek2 kulit tu. Aku prefer ketam kulit lembut je. Haha.

Khamis, 24 Ogos 2017

,

Buat Sarung Kusyen Dari Kemeja Lama

Ada beberapa helai kemeja lama tak muat atau dah tak sesuai nak dipakai aku gunakan untuk membuat kusyen alas tempat duduk. Mengapa kemeja? Sebab dah ada butang..senang..



Bahan2 yang diperlukan:-


  1. Kemeja lama
  2. Isian bantal (kekabu atau seumpamanya)
  3. Velcro


Sehelai kemeja.

Isi sarung bantal. Ni beli masa sale di Spotlight RM10 je satu. 


fluffy.

Mula2 kenalah potong kain panjang x lebar ikut berapa luas tempat duduk kerusi tu. Macam kerusi kat rumah aku 16.5 x 16.5 Inci.

Butang kemeja yang dah sedia ada tu memudahkan kerja. Tak perlu buat lubang butang atau jahit butang dah. Tak perlu zip dah. Senang kerja.

Potong Velcro pun ikut kelebaran tiang kaki kerusi. Kerusi kat rumah ni 4 Inci ialah saiz yang sesuai.




 

Barulah sedap punggung nak duduk lama2 menjahit.

Rabu, 23 Ogos 2017

,

Kari Udang 2 Minit

"Tipulah mana ada masak kari 2 minit je."

"Memang pun......"

Yang 2 minit tu tempoh udang dalam periuk kari tu dimasak. Jangan lebih2 nanti udang tu keras overcooked tak sedap. Itulah tips sebenarnya hasil tengok rancangan memasak dan pengalaman masak kari udang.


Cuma pastikan masa bawang2 dan serbuk kari digoreng tu betul2 naik bau kasi garing sikit, masukkan air sikit je supaya kelihatan macam paste. Kemudian masukkan santan cair..renih jangan kasi bubble nanti pecah minyak..masukkan santan pekat...renih lagi..masukkan udang..2 minit tutup api.

Udang yang dimasak setakat 2 minit tak membengkok, lembut dan manisnya.

Rasanya kari udang lah paling senang dimasak berbanding kari ayam, daging dan ikan. Kari daging tak pernah buat pun..cam susah je...hurmmm..

Resipi hari ni...rupanya dah masak beberapa kali tapi tak pernah tulis resipi, puas cari dalam blog sendiri last2 kena buka buku resipi..hahaha..

5 biji bawang Shallots - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
2 tangkai daun kari
Masukkan cili padi yang dihiris2 jika suka (tak masuk sebab nak bagi anak makan)
200ml santan kotak Harmuni
Sedikit air
Udang dalam 15 ekor

Selasa, 22 Ogos 2017

Tudung Bawal Scallop Untuk Dijual

Kepada sesiapa yang berminat untuk beli tudung bawal scallop ni sila hubungi saya di ideriyanis@gmail.com. Tak dapat nak bagi contact number secara direct di sini...


Tudung ni material dia ialah chiffon. Kalau warna gelap tak jarang pun.

Harga jualan sehelai ialah RM12. Tidak termasuk kos pos. Siapa bayar cepat dia dapat dulu sebab ini sahaja warna2 yang nak dijual. Buat masa inilah.

Tudung ni lebihan dari pembelian secara rambang. Bila dah balik rumah tak berkenan pulak dengan mata. Tapi kalau kalau ada yang berkenan untuk memilikinya sila hubungi saya.

Tudung ni memang lembik sikit so pakailah anak tudung berawning kalau nak elok. Tapi tak panas.

Tudung akan jatuh ke bawah bahu kalau tak dipintal depan tu.

Kemungkinan besar saya juga nak jual tudung2 lain yang dibeli tapi tak pernah dipakai sampai ke sudah. Oh kena spring cleaning la.....

Ahad, 20 Ogos 2017

,

Gunakan Wire Net Untuk Susun Atur Alatan Menjahit

Idea ni aku tengok dari capaian wire net / wire mesh for sewing room organizer. Ada macam2 idea yang keluar untuk dapatkan apa yang diperlukan. Now lebih mudah nak capai. Dan nampak depan mata.


Barang2 ni aku beli di KWC je. Kedai di tingkat 5. Tak jauh sangat dari escalator..masa sampai KWC pening juga tak tahu kedai ni under apa? Mostly situ kan kedai baju. Carilah home decoration atau seumpamanya.


Bahan2 memang murah je. Kalau nak mudah pergi jelah Daiso. Tapi costly la sikit.

Wire net tak ingat saiz berapa harga RM9. Sepanjang saiz meja menjahit Ikea aku la. Meja menjahit Ikea tu RM99.

RM2.70 untuk 1 hook (kena beli 2 lah ye) bagi menggantung wire net. Ni lebih kukuh.

RM3.20 untuk satu pek ada 10 hook.