Memaparkan catatan dengan label Pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pahang. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Februari 2020

,

ستله لبيه ١٣ تاهون تيدق منججق گنتيڠ هيلندس

Setelah Lebih 13 Tahun Tidak Menjejak Genting Highlands

Kalau tidak kerana lamaran dari pihak Asmak untuk buat liputan acara Asmak Grand Award 2020, entah tahun berapa pulak baru nak sampai Genting Highlands. Berapa kali dah laki merangka lawatan, tapi tetap tak kesampaian. Kali terakhir aku pergi dengan adik aku dan bakal isteri dia la. Depa dah kahwin 13 tahun oiii..

Kawan sekolah dia rupanya Tuan Sahar ni. Sempatlah aku berbual sebelum majlis bermula.

Laki aku paling gembira bila aku dapat offer ni. Aku kalau dia tak bagi pergi, aku tak pergi. Sebab siapa nak jaga anak2 kan. Especially Aqeel Shah.


Masa sampai depan pintu masuk kami kena scan siap2. Tapi aku sebelum tu dah pergi mendaftar. Elok pulak lepas. Haha..2nd time kena la scan untuk saringan demam. Kot ada tetamu kena covid 19. Nauzubillah.















Pose sebelum buat kerja. Haha.






So disebabkan alasan laki nak kena jaga anak, maka dia book hotel terus. So jika anak2 start meragam ke maka dia akan balik ke bilik hotel.

Masa lunch laki tak masuk makan pun, dia makan luar dewan sebab kena main kejar2 dengan Aqeel. Aqlan jelah makan temankan aku.

Laki check in awal sebab ada bilik jadi solat zuhur siap2 sebelum turun buat kerja. Demi kerja ni aku beli monopod tripod khas ok. Kata nak jadi photog.









Siap makan diorang naik bilik.

Lepas maghrib kami ke Genting Premium Outlet. Dekat je..tapi parking RM4 sejam ye. Rasalah rate KLCC. 








Lepas tu laki ajak pusing2 atas Genting. Kereta naik atas ni bukan main laju ya...test power sangat.




Ok next time nak datang sini tidur je kat Awana Genting Highlands Golf & Resorts.  Lepas tu parking flat rate RM18 max. Kalau sejam RM2. Naik je bas disediakan pihak hotel untuk ke cable car. Dah jimat takyah bayar parking lagi kat skypark tu.


Tengok cable car bercahaya biru tu yang ada kaki 3 tu.

Isnin, 30 Disember 2019

Colmar Tropicale French Village, Bentong, Pahang

Setiap kali balik Koyan mesti lalu lebuhraya KL Karak dan nampak je signboard ke sini. Tapi inilah kali pertama datang seumur hidup ni. Haha.

Lepas siap semua hal2 di Raub, laki tiba2 ajak ke sini. Sebab semata2 nak datang sini memang tak. Tapi sebab dah alang2 lalu dan masih ada masa jadi pergilah sekejap.

Masa sampai dah jam 5 lebih. So Japanese Garden dah tutup.  Rabbit pun jam 5.30 petang nak tutup. Tak kisahla..so tiket masuk:-

RM16 dewasa
RM8 kanak2 12 tahun ke bawah
Baby Aqeel masih free.
Dapat kupon makan RM7 setiap tiket dewasa dan RM4 setiap tiket kanak2. So RM18. Tak boleh redeem di Starbucks, 7E dan apa tah lagi satu..tak perasan.

Cuaca redup so bestla jalan2. Parking tu masa kami masuk lift rosak so menapak turun dalam 2 tingkat. Kalau siapa bawak stroller masa tu memang penat jugakla nak mengusung kan.

























































Yang paling happy datang sini Aqeel. Sebab dia asyik berjalan ke hulur ke hilir. Abah dia jaga. Aku pulak jalan2 dengan Aqlan. Hehe.

Puas bergambar Aqlan lapar so kami ke restoran yang boleh redeem guna kupon la. Food sangat so so. Jadi bil RM28 kena bayar RM10 je setelah ditolak total kupon RM18. Sorry to say makanan tak worth it jual RM22.. nasibla labu budak tu makan juga cuma memang tak habis. Setakat hilangkan kelaparan je.

Lepas tu sambung jalan2 lagi. Sebelum maghrib kami nak bertolak. Ok village ni buka sampai 10 malam.