Memaparkan catatan dengan label Shopping Mall. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shopping Mall. Papar semua catatan

Ahad, 30 Ogos 2020

,

لاين ڤرمينتأن كاون

Layan Permintaan Kawan

Bulan 8 birthday kawan baik aku Reen. Kemahen plan jumpa pagi balik tengahari. Sudahnya nak dekat 7 jam jugak..

Jam 9 baru aku keluar rumah sebab Aqeel bangun pulak. So kena la layan dan tidurkan dia balik. Lepas tu baru aku bersiap dan naik tren. Jumpa Reen kat stesen tren berdekatan rumah dia, then pick up aku dari situ.

Kami ke TTDI. Aku nak makan Dotty's je sebab dia kata nak ke Naelofar. Ok dia ingat Publika masih ada kedai Naelofar tapi sebenarnya cuma ada di Isetan KLCC, TTDI dan Sogo. Mereka akan buka butik di 1 Utama tak lama lagi.

Dah sampai Dotty's menunggu pulak siap bergambar tapi takde staff pun attend kami..mengintai tengok penuh.


So akhirnya kami drive ke Little Rimba. Tunggu juga tapi ada staff attend so happy la sikit.



Sorry takde kek. Punyalah kenyang makan brunch.




My fav dah RM15 ya.


Kat sini biskut arab dia sedap nak mati tapi dah RM20 sebekas. Dulu2 RM10..aku makan sejak mengandungkan Aqlan.



Kat Naelofar kami masuk butik yang Luxe tu. 1st time..selalu aku ke HQ. So memang sangat luas. Happy sebab orang pun kurang 20 kot. Aku beli anak tudung je sebab teringin nak cuba pulak. Sebelum ni beli innerneck best je.



Balik tu tatau nak ke mana dah salah jalan akhirnya ke IOI Puchong. Hahahaha...yeah Reen hantar aku balik la nampak gayanya. So sambungla teman dia shopping lagi. Aku kat sini sesat2 ...hahahah...giler ni kali kedua aku masuk mall lepas PKP kot.

Kami masuk DeFacto, Elianto, AEON.



Tapau nasi ayam kemudian baru balik rumah..

Sabtu, 5 Oktober 2019

Jalan-Jalan Central i-City Mall

Surirumah kalau dah isnin jumaat duduk rumah memang la kena redha.. tapi kalau sabtu ahad kena duduk rumah juga memang boleh jadi murung ya.

Lepas dah makan kat rumah, masak nasi je..lauk beli kat Kesum...Kami rehat2 sampai asar. Kemudian baru keluar takde arah. Tiba2 laki ajak pergi Sogo. Aku pun fikir Sogo KL...hurmmm dah bertahun tak pergi. Last pergi belikan baju2 untuk Aqeel before dia lahir pun. Ha lamaaaaa sangat tu. Tapi tengok arah jalan macam lain je.

Dah nak masuk Shah Alam baru faham. Ngok.

Okaylah ni percubaan kali kedua. Kali pertama dulu masuk takde parking kami keluar. So laki cakap try je masuk kalau tak kami parking bangunan berhadapan tu. Adalah skybridge boleh lalu..haha.

So parking masih free...itu sebab susah nak dapat spot. Pusing2 sampai B3 baru dapat. Itupun aku nampak ada kereta nak keluar dan terus suruh laki pusing cepat2. Hahaha.. kecewa orang yang lambat tu. Maaf la kat sini macam racing  pulak. Agak2 nanti berbayar takdela macam ni kan..ramai je orang kereta mewah tapi kedekut nak bayar parking. Sanggup parking tepi jalan dan kena saman dari bayar parking..Aku pun tak faham orang macam ni...

the boys

blended

Dah masuk tu macam wow jugak la.. selalu baca kak yan suka ke Sogo sini. Eh eh dah sampai nak maghrib baik cari surau dulu kat tingkat 2. So jalan2 sampai masuk Sogo dan tengok2. Tapi takde berkenan sangatlah. Laki yang nak datang sebab nak tanya pasal member birthday month dapat apa..So kena spend RM100 baru dapat hadiah. Lor..

Ok bab masuk surau kena cerita...sebab orang sangat ramai. Jadi sesak. Nasib bawak telekong sendiri. Terus cari spot letak shawl dan solat. Tu pun ada wanita Arab dan anak2 berdiri kat situ buat apa tah tunggu spot nak solat kat tempat orang yang masih solat. Aku pun selamba cakap excuse me I want to solat here. Budak2 tu dahla bising. Tempat sempit perlu ke tunggu mak dalam surau patut rotate la dengan bapaknya jaga anak2..Maaf kalau takde bapak tu aku faham tapi Arab kalau shopping mesti dengan husband..Lepas solat terus aku blah pakai shawl cepat2..becak wehs kat area amik wudhuk..dah macam kat IOI City Mall.

Salah tempat sujud



Budak kecik dapat kaki..

Kemudian laki pulak pergi solat. Aku pun bawak budak2 ni jalan2. Banyak tempat berhenti dan bagi budak2 main atau chill2. Sekali Aqeel nampak escalator...Terus dia jalan laju2 aku pulak kelam kabut dengan tolak stroller sebab kat situ ada beg tangan..beg laki lagi semua ada harta benda nak kena selamat jugak...elok aku nak sampai kat dia ada seorang perempuan Cina dah pegang nak berhentikan Aqeel dari terus maju. Alhamdulillah. Ya Tuhan..Aqeel memang suka escalator..pucat muka wehs. Ok jangan kecam kenapa aku tak selamatkan anak dulu..sebab stroller memang kat sebelah aku juga. Elok lepas dapat Aqeel masukkan dia dalam stroller terus lock. Aqlan pulak hilang. Lor budak bertuah ni. Nasib jumpa dalam kedai depan je. Dia masuk usha barang. Sudahnya aku terus ajak diorang jalan lagi jauh. Adusss kat sini banyak escalator. Memang convenient tapi Aqeel suka...serammmmm..



Mak sedih sebab nak OOTD anak tetap masuk line

OOTD
1. Tudung RM4 je sehelai tapi kena beli sekodi baru dapat harga ni kat One City Plaza Jalan TAR
2. Inner anak tudung Naelofar RM29 paling aku gemar
3. Baju kurung kedah jahit sendiri kain Noor Arfa  Batik RM40 2 meter laki bayarkan
4. Seluar jeans laki bayarkan beli kat Parkson harga tak ingat tapi bawah RM70 jerr
5. Kasut RM99 Bata pastu laki bagi balik duit yeay
6. Handbag laki hadiahkan Longchamp Butterfly

Laki birthday lagi 2 minggu tatau dia nak apa

Gajah dari Tie









Laki dah siap solat now nak cari makan la.. tapi kebanyakan tempat penuh. Aqeel pun dah tak selesa. Aqlan nak juga masuk MR. DIY. Hahaha...mana2 mall pun ada kedai ni..

So akhirnya kami keluarlah nak cari makan..Laki nak makan Sate Famili (Sate Sidek) kat Kapar. Dalam 10km je. So pergilah..dah sampai dapat tempat duduk elok2 je ada hal pulak kena balik segera dan tapau jelah. Sudahnya makan kat rumah. Selesa lagi kan. Tak pulak ambik gambar kedai..google lah. Yang pasti sate dia terbaik dan harga RM1 je sebatang untuk ayam dan daging. Sate dia fav aku la sekarang. Kami lewat sampai tak dapat order nasi goreng dah...nasi impit pun dah habis.

Rabu, 19 Disember 2018

, , , ,

Jalan2 Dalam IOI Puchong Mall

Walau dekat dengan rumah, kami tak minat sangat nak pergi mall ni. Memang pesen camtu kan..nak pergi yang jauh2 bayar tol bagai..buang minyak atas jalan sambil tengok2 other district.

Asalnya laki nak pergi FF untuk close membership dia. Dah 10 tahun pun jadi ahli. Akhir2 ni dia tak pergi sangat. Sibuk bebeno.

Alang2 aku ke Fabulous Mom dulu. Tapi kedai ni luar mall so settlekan beli barang kat sini dulu. Dah dapat beli harga yang mur mur baru ke mall.

Masuk mall je laki suruh pergi AEON dengan Aqeel. Dia dan Aqlan ke FF. Aku pun cuci mata lah..

Kemudian kami berjumpa balik untuk lunch. Sempat jugak ke baby room untuk Aqeel la.

Siap makan jalan2 lagi. Slow2 je jalan cuci mata katanya. Dan dan cuci mata beli pulak sepasang kasut Bata. Pergh lama gila tak beli brand ni. Cam tak pandang dah...sekali saja2 masuk jumpa pulal kasut yang selesa. Ok Bata ni ada bahagian comfort shoes. Memang mahal sikit tapi alah membeli menang memakai. Haaa..tak pasal2 boleh redeem RM10 kupon untuk next belian. Daftar nama jelah...tapi kena claim kat online.

Kemudian masuk BR lak. Sebab BR depan Bata je..so laki nak belanja anak..eh bini? Bini pun menuntut la...hahahah..dah la tadi makan kari ayam pedas kat food court AEON. So mendapatla aiskrim BR. Seperti biasa malas nak try nakan je yang sama.. macadamia dan jamoga. Udahhh..




Baru buka je Selasa 18 Disember 2018