In

10 Jamadilakhir 1436H - Malam GST

Apa korang buat malam GST ni? Adakah korang tengah cek website Kastam tengok apa barang yang turun, naik atau kekal harganya? Dah terlambat kot nak buat stok Kalau dah jam 10:36 malam.

aku pulak pergi KLCC. Nampak kedai Crabtree & Evelyn. terus rembat set minyak wangi dan losyen tangan bauan Green Tea. siap staff tu kata esok dah kena GST. pandailah ko...hehe.

tak tahan lama beg kertas ni dah kena koyak dengan Aqlan.


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

30 Jamadilawal 1436 = Isi Blog Lebih Banyak Ditaip Melalui Smartphone

kenapa sekejap rajin update, sekejap malas. datang rajin, hari2 ada cerita. datang malas....ko tunggulah 2 minggu kemudian.

cerita banyak. tapi kena pilih mana yang sesuai untuk diceritakan.

kadang masa tu aku banyak baca blog orang. especially follower yang baru. ada follower baru lagi ke aku ni...orang lain dah beribu..aku tang tuuuuu jugak.

sebab apa aku suka menulis blog melalui smartphone?

  • dia eja untuk aku perkataan yang dah biasa ditaip.
  • senang kat mana2 pun boleh. especially time dah baring anak dah tidur - itu sebab power mata aku naik mendadak.
  • netbook Asus aku keyboard dia tak best. betul cakap ni. nak desktop tak dapat2 lagi. satu lagi kalau dah dapat desktop mana aku nak taruh. rumah aku besar kelas 40 orang pelajar je kot.
  • direct dapat upload gambar. aku memang malas nak transfer ke netbook atau share dalam dropbox. sebut pasal dropbox, Samsung bagi aku kurang 2 bulan untuk upgrade ke premium atau aku mungkin kehilangan semuanya. ceh.
  • melalui smartphone aku boleh edit gambar direct je. ada gambar besar pixel size memang perlu dikecilkan.


tapi sekarang aku rasa teruja sebab banyak sangat baca kisah dari blogger terkenal, diorang tulis biasa2 je kot. ye aku tak menajana banyak pendapatan dari blog ni. sebab ni kerja sampingan aku je. lagi satu sejak ada Instagram, aku banyak share kat situ.

aku bukan jenis nak share semua mak nenek. atau share benda yang sama kat laman sosial yang berbeza. contoh kat Instagram,Facebook or Blog. mintak maaf FB aku dah diabaikan berbulan sudah sejak aku buat announcement aku nak delete almost everything. FB tu jadi tempat memfitnah paling rakus aku rasakan. baik aku kasi dia off. hahahaha.

cakap pasal fitnah, aiseh awal tahun aku dah kena. malas nak ambik pusing. bila difikir balik aku memang sentap sikit kalau difitnah, yelah benda tak buat, tup2 nama naik popular je, kalau orang mengumpat benda tak elok aku pernah buat, aku tak sentap cuma aku rasa memang hodoh betul sikap tu. dan sikap mengumpat tu hodoh juga sebab ibarat membakar kayu api. ah sudahlah, kalau cakap pasal hadis mengumpat kang, aku memang akan kalah dengan si jahil bak kata Imam Ghazali. dengan tiba2 teringat pasal aku blog golongan Syiah. baru cakap sikit jeeeee.....aku juga yang kenaaaaa.. baik lah aku diam.

ok ni dah mengarut dari tajuk asal.






Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

24 Jamadilawal 1436H

Post gambar selfie satu!

Aku bukan penjual tudung innerneck ni tapi aku pembeli yang bahagia.

Setelah menapak jauh dalam KWC Mall kat tingkat 5 baru aku jumpa kedai ni. Aku tal tengok nama kedai pun. Pakai masuk semua kedai yang ada jual innerneck. Untuk orang yang memang cerewet macam aku ni memang tak tahan nak teman shopping. Alhamdulillah Zcat sangat memahami dan suka mallhoping jugak. Hehehe.

Dah nampak kaler hitam terus aje aku grab. Tengok harga RM29. Ok harga normal orang jual even dalam online pun. Then ambik lagi satu warna earth la kononnya padahal aku rabun dek cahaya lampu kedai tu. Yang tu aku tak tengok harga. Cam pasrah je. Kemudian salesgirl tu datang dan bagitahu ada diskaun 20%. Ok laju je bawa ke kaunter. Kemudian baru tahu yang satu lagi tu RM20 je. Yang hitam tu sebab dia ada berkilat glitter sikit.

Kain dia memang sedap. Selesa sangat.

Ok take note Eastwear kat tingkat 5 KWC Mall. Next time ada kaler putih aku nak beli lagi.

Perempuan cerewet macam aku memang payah beli online. Aku sanggup jejak kedai.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

19 Jamadilawal 1436

Selasa. 10 Mac 2015

Aqlan dah nak minum susu Karihome step 3.
mana nak cari susu ni.???

Baik lah I bagitahu paling murah di AEON! Kami beli last weekend. Satu tin RM90.90! Untuk 900gm. Dekat Mydin Mall RM98. Paling mahal pernah tengok RM105!

susu formula 400gm sebelum ni average dia RM50. Paling murah di AEON juga cuma RM46 harga last week. Tapi paling murah kami pernah dapat RM48.99. Paling mahal RM52.

Ya sebagai parents sekarang semua benda nak kena buat perbezaan harga!


Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...