Tuesday, July 22, 2014

Nursing Shawl Fabulous Mom

Aku memang kedek nak beli nursing shawl ni. Bab diri memang berkira sejak ada anak ni. Untuk anak spend cam gaji ko tak abis2. Rezeki anak kan. Walau ko yang dapat gaji tapi sebenarnya tu duit untuk anak.

Masa ke Fabulous Mom tu ada sale nursing Shawl ni so aku tengok harga. Ya Allah mahal... Pastu aku pejam mata je sebab ada diskaun 30% rasanya. Pantang diskaun mulalah nak beli walau tadi kata mahal. Hahaha.

Shawl ni lebar dan kainnya cantik ringan dan nipis tapi tak jarang... Haa tu yang penting.

So percubaan pemakaian yang pertama di dalam Parkson. Selamba duduk dan menyusukan Aqlan. Wah... kerusi pulak selesa.


Wah hilang terus Aqlan dalam nursing shawl Fabulous Mom ni.. i like..aurat terpelihara so takyah nak beratur guna bilik nursing lagi dah

Sunday, July 20, 2014

Buffet Buka Puasa Di Marché The Curve

Katanya RM75. Ok masuk jelah sebab teringin nak makalagi syik tengok kedai je bila masuk the curve.

Masuk pun dah lambat nak makan pun agak cepat2.

Sambar makanan rasa2 sampai tak RM75.


Bila dah bayar kena lebih RM80 sorang. including tax dan service charge.

Makanan dan minuman.?

Hurm dapat 2 gelas minuman percuma. Aku amik jus epal dengan jus asam boi. Kalau haus lagi kenalah tambah duit.

Paling sedap salmon la. Bbq kambing ayam dan daging lembu. Makan salad pun sedap. Tapi satu gambar pun aku tak amik kecuali yang bbq kat atas tu. Hehehe.

Dapat seat yang kurang sejuk sikit. Maklum lambat sampai. Tutup jam 10 malam.

Untuk ulang makan? Mungkin bergantung pada harga buffet tahun depan la...

Saturday, July 19, 2014

Collect Voucher Sempena Harijadi Dari L'Occitane

Yeah bulan July bulan birthdayku. Macam2 offer tapi kena fikirla mana berbaloi mana tidak. Offer offer juga. Ongkosnya tetap ada.

Walaupun dalam hati ni dah malas nak pakai produk L'occitane tapi aku suka minyak almond dia. Sesuai untuk selulit selepas bersalin. Aku dah pakai minyak ni sejak setahun yang lepas. Mean sebelum aku disahkan mengandung lagi.

Baunya harum.

Lagi satu aku terperangkap dengan conditioner. Ada pulak yang baru mint. Aku memang suka sangat mint. Habis cerita beli je.

Collect voucher RM20 je. Bayar?....

Dah sebab ada mata terkumpul lebih RM500 pembelian sebelum ni aku kad dapat Pouch yang cantik.

Dan sebab dah spent over RM200, maka dapatlah 1 jar biskut arab or biskut suji. Colourful lagi. I like...thank you L'Occitane!

Ke Nu Sentral. Tak ramai orang. Walhal aku daftar ahli kat KLCC.

Thursday, July 17, 2014

Panorama KLCC

Bukan selalu dapat peluang naik bangunan dan capture gambar bangunan berkembar Tertinggi di Dunia.

Petang tadi ada perjumpaan yang diaturkan oleh tenant kami Ambank di level 49 Menara Ambank Jalan Yap Kwan Seng. So inilah hasilnya.

Harus tepek stamp muka sendiri sebagai buktinya. 

Monday, July 14, 2014

Sahur Di Hotel Concorde Jalan Sultan Ismail

Bersempena dengan sambutan birthday..makan sahur di Concorde. Melting Pot ni memang sedap. Last time pergi yang paling teringat ialah signature teh tarik diala...

Jam 11 lebih kami bertolak. Melting pot start jam 11 malam hingga 4 pagi. Kami ambil steamboat. Biasalah masuk je ada yang akan datang meja dan nyanyikan untuk tetamu. Tapi bila dilihat ada baby terus tak jadi.

Layan makan buffet sampai tak mampu. Aqlan mata terbuka jugalah bila dah bising2. Ada beberapa meja yang sambut birthday. So macam2 lagu happy birthday dinyanyikan. Zcat tanya nak ke....idaklah..oh ya walaupun sambutan lewat sehari iaitu pada 12hb yang penting happy..kan....




Putih putih melati merah merah delima
lagu ni terperangkap dalam otak aku lama... tapi rangkap tu jelah

Tanpa izinNya kami tak kecap bahagia ni bersama

Oh tidak aku nampak gemuk..


Sunday, July 13, 2014

Biskut Tambah Susu

Terperangkap dengan penjual kat DNA aku pun beli biskut ni.




Biskut ni memang sedappppp. Rasa cam makan biskut Mark & Spencer... harga dia RM36.90. Ada berapa keping je kot..dalam 9 ke 12 je..ada juga dalam bentuk serbuk. Aku malas nak bancuh..keputusan dia? Sama je pengeluaran susu aku maybe sebab bulan puasa tak banyak minum kan. Takpalah ni salah satu percubaan nak tambahkan susu. Demi mencapai niat nak susukan Aqlan sampai umur dia 2 tahun. INSYAALLAH.

Saturday, July 12, 2014

Shopping Baju Untuk Raya

Ke Setia Mall lah kita. Kenapa?

Ada DNA. Aku suka beli baju kat situ memandangkan aku masih menyusukan anak. Banyak baju cantik jual kat kedai2 hijabista ni semuanya tak mesra untuk ibu menyusu. Berangan nak pakai baju cantik tapi jadi payahla kalau kerja asyik nak kena menyelak. Especially yang maxi tu. Bukan main cantik kat EDZ design. .bukan main lawa kat Najjah..tapi takde lubang khas.

Sudahnya kali kedua la aku ke DNA ni. Material memang berkualiti tinggi berbanding pakaian  yang dijual ketika baby fair bagai tu. Zcat ni pulak nak aku pakai lawa je..aku lak dah comot macam apa je sejak ada anak ni..kelam kabut masih ada.

Material mesti takyah nak gosok. Tak panas. Sesuai dengan Malaysia ni. Dahla aku ni memang tak tahan panas. Mudahla naik ruam nanti. Macam baby lak. Haha.

Kemudian kat tingkat yang sama tu banyak kedai barang baby. So masukla tengok botol susu saiz 7oz. Kot Aqlan dah minum 5oz sekarang ni..botol banyak tapi semua 5oz je. So aku bercadang nak beli jenis tit yang macam nipple sebenar. Ah aku tengok ramai lak kawan2 pakai jenis tu dan botolnya agak gemok. Tapi takde so ingat nak pergi Fabulous Mom je.

Dah shopping dan tukar baju aqlan menangis lak nak menyusu. So pergilah tempat menyusu. Memang terbaik wa cakap lu. Siap ada tandas ibu dan anak. Setia Mall terbaik setakat yang aku alami la. Tapi tak ambil gambar pulak.

Dah ke situ terus solat dulu la. Salah la H&M ada sebelah surau pulak. Habis aku nak kejar bahagian baby je. Nak beli baju sejuk untuk Aqlan. Sangkutla kasut dan topi.  Aishhh anak..

Kemudian baru ke DNA balik beli sehelai blouse dan sehelai baju inner top.

Tayang2 sesi mencuba baju..kekekeke. suka baju no 1 tapi perut nampak sangat. Begitu juga baju kedua dan ketiga. In the end baju ke 4 je grab...kemudian sempat juga beli biskut tambah susu keluaran Lunatots.





Dah sempat pulak grab berus botol dan Zcat tiba2 nak beli Baby On Board signboard belakang kereta lak..selalu tak mahu. Comel katanya. Yolahhh...memang comel.

Akhirnya tak dapat ke Fabulous Mom sebab dah lewat nak kejar buka puasa. Sempat la beli Krispy Kreme.

Malam ada agenda lain lak.

Friday, July 11, 2014

Birthday Gift Dan Ucapan Tak Boleh Blah

Pagi2 waktu sahur aku dikejutkan dengan Muffin cake Starbucks. Siap ada sebatang lilin weii.

Selepas Zcat dah panaskan semua lauk dia masih lagi pergi dapur membuka api. Aku pun sound la masak apa lagi tu...?

Rupa-rupanya yang datang sebiji kek comel. Makan berdua je. Aqlan masih tidur. Eh baru 4 bulan 1 minggu mana boleh makan lagi la...


Kemudian kami pub sahur. Dan menjalani rutin harian yang biasa. Hantar anak dan pergi kerja.

Di ofis masuk dah ngam2 tu teruslah buat kerja. Minggu ni banyak buat filing. Agak menggunung kat meja kertas2 yang perlu difailkan.

Masa tertoleh ke pintu masuk ofis ada seorang cina datang dengan sebakul bunga yang besar. Aku tiba2 rasa berdebar2 je hati dan jantung ni. Aku punya ke..? Kalau bukan aku punya tenanglah hati oii..

Sekali kak sha tu suruh cina tu jumpa aku. Oh..mine ke oh...? Terus hati berbunga riang. Memang selalu aku dapat bunga pada hari jadi dari Zcat. Tahun lepas takde jadi aku rasa tahun ni pun takdelah. Kekdahnya rasa dapat bunga masa zaman sebelym kawin je. Tapi last sekali dia bagi masa lepas aku habis pantang.

So apa bunganya ni? Sampai ramaila yang tegur kata cantik. Yang tak boleh blah tanya siapa bagi? Eh eh haruslah orang sebelah bantal aku. Lagi mahu tanya. Ingat ada siapa ke yang sanggup bagi bunga fresh flowers ni..? Anyway lepas tu ada yang datang salam2. Siapa sorang tu tekan kuat sangat jari aku sampai berbekas dek batu cincin yang aku pakai. Sakit kot..rasa nak marah pun adalah.




Petang pulak kerepek 10 bungkus yang aku tempah dag sampai. So macam mana nak angkut dua-dua ni nak jalan kaki ke naik monorail...aku tinggal jelah dulu.

Kerepek kacang ikan bilis dan kacang dal. Sebungkus RM13. ebab pernah makan dan sedap aku order 5 je..sekali Zcat pun nak lagi 5. Amikkk
Dah aku keluar Zcat call pulak cakap nak datang ambil. Mula2 aku nak dia ambil kat GF je tapi dia nak datang ikut Jalan Perak. Terpaksa angkut bawa turun ke LG2.  Aku pulak terlupa bawa passcard memang bagusla tunggu je sesiapa datang bukakan pintu. Siap kena gelak dengan sorang budak tomboy smart yang bukakan pintu untuk aku. Sabar jelah.

Malam pulak dah janji dengan mak nak datang. Katanya nak masak untuk birthday aku. Jadi lepas dah jam 8 malam baru pergi. Yelah dulu berdua lainla. Dah bertiga ni yang ketiga ni lah paling banyak barang dia nak kena angkut. Sebab nak terus balik Kinrara je lepas makan di Kota.

Sampai dah 9 lebih. Terus lapar. Tak sempat Isyak dah. Makan....

Karipap

Bawang goreng

Bubur lambuk

Mihun sup

Hadiah paling bermakna

Lepas dah makan dapat hadiah pulak. Oh mak tak pernah lupa bagi hadiah. Setiap tahun hinggalah dah umur 37 ni. Terima kasih emak. Sempat juga bagi duit suruh tukar duit baru tu. Next Tuesday baru bank bagi tukar.
Cadar size queen. Jadinya hantarla balik Puchong

Balik rumah je terus nak tidur je

Terima kasih semua. Oh ya lagi ucapan tak boleh blah dari yuhana..makcik dah 47 ya. Terus rasa nak........

Tuesday, July 8, 2014

Jalan Kaki Dari MBf Ke Imbi

Ha ko...aku test jalan hari ni sebab letih dah menunggu monorail sampai nak sejam hari2 sejak kes terowong runtuh.

Kejadian hari rabu lepas. Balik naik monorail dari raja chulan. 2 tracks. Khamis satu track je. Ya Allah... letihnya.

Jumaat aku cuti. Isnin semalam aku tunggu lagi. Punyalah lama. Hari ni tak tahan dah So jalan kaki.

Ikut Google maps 14 minit dari raja chulan. Yeah memang pun. Nasib ada polis trafik pun. Mari lihat gambar sepanjang perjalanan. Aku suka update kat Zcat melalui WhatsApp. Tak teks. Hanya gambar.






Friday, July 4, 2014

Cucuk 4 Bulan

Setiap kali nak pergi cucuk aqlan ni aku dan Zcat mesti minta cuti. Dia dapatkan GL so tak perlulah kami bawa cash banyak2.

Kali ni bertolak dari rumah jam 917am. Sampai bandar baru bangi jam 940am ikut besraya new extension highway. Cepat je kan.

Daftar je dah no 24 jam 950am. Baru masuk jumpa doktor 4 orang. Dr pakar sebelah bilik tu cuti. So makin ramaila yang menumpang doktor pakar yang biasa rawat aqlan ni.

Sudahnya jam 130pm baru siap. Aqlan melalak la sikit kena pneumococcal. Pastu minta ubat untuk kesan2 gigit dek hama kata doktor. Habis bintat. Aku pun pening macam mana boleh ada ni. Tukar cadar. Anti hama lagi lapik tilam. Tak bileh jadi ni. Mahu cari spray Cosway yang aku baru belek sehari sebelum ni.

Balik dari cucuk kami bertiga tidur. Ya sedapnya sekejap je sebab aqlan tidur siang tak nyenyak. Susu kurang ku bagi ke susu Anmum. Paksa minum akhirnya dia yelan juga.

Malam lepas isyak terus terbongkang. Zcat pergi terawih entah bila balik. Alih baca mesej tanya nak nasi goreng tak jam 1030mlm. Masa baca tu aku dah lama hanyut tidur lena dengan aqlan.

Muka bintat2 hari Rabu