Isnin, 29 Mei 2023

Sahabat Kami Telah Pergi Selamanya

Dah lama dia pergi. Tapi aku masih ingat tawanya..masih baru lepas baca blognya...masih ingat hari2 dia up kisah di stories IG. Aku kadang2 rindu dan kadang2 tertanya apa la dia akan buat kalau masih hidup lagi. Begitulah kisah kawan yang telah pergi dan meninggalkan begitu banyak kenangan..begitu terkesan. Begitu hiba bila mengingatkan. Masih rasa baru..dan aku sendiri tak percaya masa dikhabarkan dia telah pergi. Sesungguhnya Allah begitu menyayanginya. Aku harap kawan2 yang masih ada up gambar2 dia ketika masa belum menutup aurat dengan sempurna silalah padam. Marilah kita jaga maruahnya. Kerana dia telah tiada dan kita harapkan dia sejahtera dalam rahmat kasih sayang Allah di alam sana.

Gambar terakhir dia yang aku sempat snap ketika dia telah bergelar jenazah. Dan aku menghormati permintaan ibunya untuk tidak menyebarkan gambarnya. Aku sendiri berasa begitu pilu. Apa lagi ahli keluarganya..ibu..ayah..adik beradik..suami dan anak..


Kerana kita semuanya menunggu masa untuk ke alam seterusnya.