Memaparkan catatan dengan label Soal Jawab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Soal Jawab. Papar semua catatan

Khamis, 17 Oktober 2019

Nescafe Gold Beli 2 Percuma Tumbler

Kat rumah ni memang kami laki bini suka minum kopi selain teh. Aku minum kopi dengan susu pekat manis. Laki aku minum dengan susu segar. Dia takdak gula..aku tak le takde gula. Haha.

Nescafe aku memang suka beli jenis Gold tu. Yang Arabica tu memang dah bertahun tak beli untuk kat rumah la. Datang ingin nak, minum kat kedai jelah.

So Nescafe Gold ni harga dia memang sedikit mahal. Tapi sedap la kat tekak aku. Ni semua Fairuz la ajar. Aku pegi rumah dia, dia hidangkan..Sejak tu aku memang minum Nescafe jenis ni je. So tempat paling murah nak beli kat 99speedmart la. AEON pun ok kalau member sale.

Harga dah kena buang tapi total dalam RM60 la.




Laki hari2 pergi kerja bawak air kopi sendiri. Sebab tu dia suka tumbler free macam ni. Jimat duit kan. Kalau beli dah RM3..ke lagi mahal aku pun tak tahu dah lama tak bayar sendiri harga makanan. Hehe..

Rabu, 11 Julai 2018

Mangkuk Sia Astro Sempena Raya 2018

Satu hari laki dapat pesanan dari Gdex. Jumaat minggu lepas...jadi Sabtu dia pun pergi Gdex nak collect barang apa pun dia tatau sebab dah lama tak beli barang online.

Rupanya dia dapat barang dari Astro. Muka dia pun sedikit happy. Katanya elokla bagi dia dah lebih 20 tahun jadi pelanggan Astro. Ko rasa? Katanya masa mula2 pasang Astro TVnya yang gemok tu dan 6 bulan dia tak keluar ke mana2 sebab layan Astro. Keluar pergi kerja jelah. Pastu sempat dia kata dia jadi pelanggan Celcom pun dah 20 tahun takde apa2 bagi. Terus muka happy jadi sedikit marah. Eh rilekla...hehe..

Yang untung bininya jugak. Dapatlah aku sia ni..ehehehe.. pastu terus dia kata dah ada sia kena pergi piknik. Ok sabar jap.. Aqeel masih kecik ok. Ingat... kami bawak Aqlan ke pantai pun umur dia setahun. Hahaha lama la lagi nak piknik. Piknik dalam rumah jelah..

Sape lagi pelanggan Astro yang dapat?



Selasa, 22 Mei 2018

, ,

Beberapa Pengalaman Dalam Bilik Siti Aisyah, HIAZ

Bilik ni satu hari caj RM170. Kami kena caj 2.5 hari je. Masuk wad bilik 4 orang (Ummu Salamah) yang merupakan bilik penantian sementara nak dapatkan bilik yang diingini. Dah laki nak teman kenalah cari bilik single.

Bilik ni paling hujung bangunan hospital. Berada di tingkat 2 dan dekat dengan lift dan kaunter nurse. Bilik kecil je..tapi ada bilik air sendiri tu yang penting.

Selepas keluar bilik OT aku dah disorongkan ke bilik ni. Bius masih ada jadi staff nurse yang alihkan badan aku ke katil.

Katil ni best kan ada remote untuk turun naik nak tegak duduk macam2la. Seronok je aku main remote bila dah tahu guna hehe.

Sepanjang duduk sini memang tak lock pintu sebab staff nurse selalu keluar masuk nak cek BP, injection la, bersihkan badan aku termasuk cleaner yang datang dan penghantar makanan.



Day bed jadi tempat tidur laki.

Hari 1st masuk memang tak dapat makan sebab kena puasa 6 jam lagi lepas keluar bilik OT. Jadi  makanan yang sampai laki la dapat makan..siap sahur pun dia boleh dapat. Turn out makanan ibu berpantang ni sedap juga..cuma yang first hari Rabu tu laki makan dia dapat ikan yang agak keras. Turn aku makan elok je..bayangkan makan sahur, breakfast, lunch, tea time dan dinner selama duduk sana caj cuma RM18. Macam tak caya tengok bill penuh.

Injections sangat banyak sampai aku rasa tanak kena inject dahhh..

  1. mula2 kena cucuk kat tangan untuk masuk air.
  2. Inject untuk bius..kena morfin la kat pinggang belakang. Ni paling sakit ok.
  3. Cucuk pulak untuk elak muntah.
  4. Cucuk lagi untuk cairkan darah.. bukan sekali ye..sampai lebam bahu aku kiri kanan.
  5. Lagi kena untuk antibiotic pun beberapa kali.
  6. Last untuk ambil sample darah.


Sampai satu tahap cucuk2 ni tak rasa sakit dah berbanding lepas bius hilang dah mula rasa sakit kat luka pembedahan dan rahim mula mengecut..cramp dalam tu. Lepas tu gatal2 akibat kesan morfin.

8.30 malam baru start minum air sikit2 guna straw lagi. Diorang tanak kasi muntah jadi sampai jam 10.30 malam baru aku jamah roti kentang.

Khamis esoknya beg kencing dah boleh ditanggalkan jadi aku kenalah ke bilik air untuk melepaskan hajat. Tapi rasanya kali ni kuat sikit tenaga berbanding masa lahirkan Aqlan.


Aqeel Shah you are strong boy. Ibu will pray for you health. Recover soon as soon as possible. 

Aku tak dapat susukan bayi sebab bayi perlu bantuan oksigen. Aku lihat dia dalam inkubator, doktor paediatric iaitu Dr. Nazim bawa kepada aku sebelum bayi dipindahkan ke NICU (neonatal) Hospital Serdang untuk rawatan selanjutnya memandangkan HIAZ takde kemudahan tu. Laki ikut naik ambulans.

Laki kata ni 2nd time dia naik ambulans.


Di Hospital Serdang 

Pada hari Jumaat, aku dah dibenarkan discaj bila Dr. Noraini sudah membuat pemeriksaan terakhir ke atas luka pembedahan aku. Banyakla ubat2 diberikan untuk dibawa balik. Jam 4.20 petang camtu kami balik dengan beberapa barangan tambahan pemberian hospital. Yang sayunya aku takde bayi untuk didokong dibawa pulang ke rumah.

Bagus nurse ni cabut perlahan2 je.


Ni masa ujian untuk kami. Kepada yang membaca, mengertilah bahawa bukan mudah untuk kami hadapi jadi jangan kecam atau cakap bukan2. Dah seminggu berlalu dan aku masih tak dapat dokong dia. Laki hari2 lawat dia di hospital tapi aku terlantar di rumah. Aku sendiri masih sakit dan demam. Aqlan juga sakit dan demam. Aku cuma mengharapkan doa dimakbulkan Allah agar Aqeel segera sembuh dah dapat pulang ke rumah, aku sendiri kena bertenang dan bersabar supaya BP tak naik atau meroyan. Jadi tulislah baik2..aku minta kamu faham.

Ahad, 20 Mei 2018

Tetap Memilih HIAZ, Bangi. Kerana...

Apabila disahkan mengandung untuk kali kedua selepas 4 tahun melahirkan Aqlan, aku dan laki sepakat memilih Hospital Islam Az-Zahrah Bangi sebagai tempat rawatan dan bersalin. Niat yang terutama sebab nak jaga aurat. Hospital bersalin dikendalikan sepenuhnya oleh staf wanita dan beragama Islam. Ya wanita bukan Islam hukum auratnya sama je dengan lelaki Muslim ajnabi. Jadi tiada tolak ansur di sini.

Kedua, aku nak menggunakan balik pakar O&G yang sama masa melahirkan Aqlan iaitu Dr. Noraini. Ketiga, hospital ni berdekatan dengan pejabat laki. Jalan kaki pun sampai.

Tidak dinafikan caj2 di hospital swasta lagi mahal. Jadi laki dah mula mengumpul wang awal2 lagi bila dah tahu bini nak beranak kat sini. Bukan takde perbincangan nak bersalin di hospital kerajaan tapi kami selalu menetapkan niat nak jaga aurat tu. Beruntunglah siapa yang dirawat sepenuhnya di hospital kerajaan oleh staf2 wanita beragama Islam. Bagi kami menjaga aurat tu mengatasi segalanya demi mencari keredhaan Allah juga. Kami kuburkan banyak niat nak melancong dan membeli belah serta makan2 makanan yang difikirkan membazir. Tumpuan utama simpan duit untuk bayaran caj2 hospital nanti.

Tahun 2018 harga caj memang tak sama tahun 2014 aku lahirkan Aqlan. Tahun 2015 dah start GST. Tahun 2018 dengan tampuk kerajaan baru, 1 Jun 2018 baru sifar GST. Tak sempat ok. Ikutkan bersalin 3 June 2018. Apa nak buat, apabila nyawa anak lagi penting untuk diselamatkan.

Laki pun ambil cuti untuk bagi sokongan. Budak Aqlan excited tiap kali tengok baby orang lain.

Masa menunggu nak jumpa doktor. Dalam kepala dah macam2 fikir mana tak naik darah tinggi.

Kata aku, doktor saya nak bergambar dengan doktor sebab ni adalah kali terakhir saya jumpa doktor dalam bilik ni. Doktor senyum dan peluk aku dari belakang. Dr. Noraini adalah seorang yang aku highly recommended untuk korang kalau nak gunakan kepakarannya dalam bidang O&G. Masa Aqlan pun dengan doktor ni dulu. Selepas adik Aqlan aku tak boleh lagi mengandung atas faktor kesihatan. 

Disebabkan BP tinggi, kemungkinan aku dan baby mendapat sawan akibat melewatkan kelahiran adalah tinggi. Dan nyawa tu 50-50 je kata doktor. Masa tu aku termenung panjang. Keputusan semua ditangan aku. Jumpa doktor 14 May tu adalah paling lama. Berbincang itu ini. Laki aku hanya ikut aku. Doktor dah bagi suggestion. Ya akhirnya aku akur juga termasuk membuat prosedur BTL. Aku tak boleh teruskan cerita buat masa ni sebab aku sedih menangis2.

Bilateral Tubal Ligation
Bilateral Tubal Ligation (BTL) is a surgical procedure that involves blocking the fallopian tubes to prevent the ovum (egg) from being fertilized. It can be done by cutting, burning or removing sections of the fallopian tubes or by placing clips on each tube.

Isnin, 23 April 2018

Hasil Jualan Barang2 Yang Boleh Dikitar Semula

Lama dah aku buat sorting wastage kat rumah ni. Saja aku nak menerapkan budaya tu. Acah2 jadi Jepun. Kekeke. So rumah kami ada pelbagai tong sampah. Asalnya tong sampah besar 1 je. Untuk semua sampah. Masa musim takde air laki beli bertong2 bekas air. Sudahnya tak pakai baik aku gunakan. Tong2 sampah ni bersih. Sebab semua pakai beg plastik sampah. Bab ikut2 warna tu aku tak follow sangat walau dah beli plastik sampah berwarna warni. Ada hitam, putih hijau dan biru. Kuning pun ada....siap ada bauan ya...


Untuk sampah dapur kami guna warna hitam. Kuning untuk disposable diapers. Yang lain2 tu belasah je asal ada stok. Tapi aku asingkan botol plastik, tin dan kaca. Untuk minyak terpakai aku masukkan balik dalam botol minyak lama yang dah habis guna.

So bila makin lama makin bertimbun. Aku ada je suruh laki buang atau minta helper pergi buang or bagi ke orang2 yang suka datang cari sampah yang boleh dijual balik. Laki aku nak simpan pulak. Sekali tu dia pinjam 4 wheels drive kawan dia angkut semua pergi jual kat pusat kitar semula di Putrajaya. Yang tak laku cuma kaca. Tataula kenapa kaca diorang tanak kitar semula. Boleh tahan juga dapat duit. Semuanya timbang kilo.

Maka duit hasil jualan ni laki bagi aku...hehe..apa aku beli?

Ni nilai jual spare part kereta yang dah rosak.

So lepas ni kalau korang rajin buatlah macam kami. Tapi semua orang dalam rumah kalau boleh buatlah sama2. Memangla tak banyak. Tapi aluminium dan minyak terpakai tu paling berbaloi ok. Dari korang buang minyak terpakai dalam sinki pastu tersumbat sinki dan longkang baik simpan balik dan jual. Jagalah alam kita ya.

Lepas ni laki cakap jual kat dalam UKM tu je. Ada je pusat kitar semula belakang DECTAR. Kat Panggung Seni nun.

Selasa, 19 Disember 2017

Tilam Elok Satu Keperluan Kan?

Muda2 dulu tilam bujang sekeping pun kau ngantuk terus lena. La ni ko golek sana sini belum tentu lena.

Ok misi beli tilam King dan divannya dah berakhir. Mari kita share pasal harga. Sebab harga ni yang menyebabkan kita mampu beli ke tak ikut keperluan dan kewangan kita. Kadang2 dah simpan duit, ada emergency tak boleh teruskan. Tunggu la lagi. Macam tu lah kami. Walaupun bayar guna kredit kad tapi laki bukan jenis bayar minimum. Dia saja guna kad untuk dapatkan points. Bil kredit kad sampai dia bayar penuh. Dia tak suka guna cash.

So Auntie tu suruh aku ambil gambar semua barang yang dibeli sebelum balik supaya apa yang dihantar nanti sama dengan apa yang diterima. Dia malas nak gaduh2 katanya.


Jenama Goodnite Siri DeVato

Anti-bug



Bantal free ni dia suruh bawak balik terus sebab risau si tukang hantar lupa bagi.

Bawah ni bil yang kami terima. Aku macam besar kecik besar kecik je biji mata bila tengok harga asal. Memang takkan belilah...!!!

Katil dan tilam harga asal nak RM10k. Memang takkan beli ok kalau harga asal.

Harga tak masuk akal macam ni memang hurmmm. Tak dinyatakan harga topper tu. Sebab dia FOC. Tapi bila tengok kat kertas atas topper, harganya RM899 untuk King. Sebab tulah laki aku happy sangat. Berbaloi kan. Aunty yang layan kami tu pun bagus sangat. Elok je dia laki bini layan kami. Mula2 ada customer lain juga tapi bila depa balik tak jadi beli, pastu tengok kami asyik dok try test tilam dia pun layan kami. Siap bagitahu diskaun2 dan apa barang free dapat.

Aku punya keperluan ialah nak tilam baru sebab tilam lama dah ada bahagian tenggelam. Divan lama pun tak sedap nak menyandar. So sambil test tilam aku test sandar kat divan juga. Kalau nipis je memang murah. Kalau tebal sikit memang mahal la. Keperluan laki aku mestilah tilam yang keras. Bukan keras macam baring atas ambin, tapi tak lembut la. Dia nak ada spring. So kami pilih tilam pocket spring sebabnya bila hang bangun ke beralih badan ke orang sebelah tak rasa. Kalau coil spring memang terasa. So dimana nyenyaknya kan...

Last2 kami pilih jenama Goodnite. 10 inci tebalnya. Pastu katil pun 10 inci. Pergh tinggi. Tambah lagi topper tu aku rasa mahu 2 inci. Total dah 22 inci. So budak kecik memang payah nak memanjat. Haha..aku duduk pun kaki berjuntai.

Then laki aku rasa ini tawaran paling menarik. Dia pun dah malas nak pergi tempat lain. Pulak2 diorang nak hantar hari yang sama..perghhh terus berangan la nak tidur atas katil baru dan tilam baru malam ni. Bincang punya bincang dengan Uncle tu dia kata boleh buangkan tilam dan divan lama tapi kena bayar upah pekerja sebab kalau tak mulut diorang menceceh. 2 orang pekerja. Seorang kena bagi RM20. Ok je asalkan tilam busuk tu go away. Mana nak campak dalam rumah ni. Semua bilik dah ada tilamnya..lagipun memang dah tak best pun. Caj hantar RM60 je sebab Batu 14 dengan BK dekat je. Tapi bila tengok lori sampai macam dari Banting, Klang. Ahahaha...tak kisah lah. Janji dapat tidur dengan tilam baru malam ni.




Waranti 12 tahun.


Keje memanjat jelah kau kan Aqlan

Gambar lepas pasang cadar semua bagai tak boleh di share. Hehe. Budak tu memang tidur masih dengan kami. Instead of sebelum ni suka tidur tepi sekarang kena tidur tengah.. setakat 2 malam dah tidur ni memang puas hatila. Siapa bangun p toilet tengah2 malam pun tak sedar. Kira tidur tak sedar dirilah..

Oh sape nak beli tilam harga murah camni silalah ke FB page https://m.facebook.com/mingo1220/?ref=bookmarks diorang. Depa ni tak buat banner ok. Selalu je aku tengok diorang buat sale. So walaupun sale dah habis 17 Dec 2017 lepas, tapi rajin2la tengok kot2 ada lagi sale sebelum 2018. Katanya tahun depan harga semua naik mencanak2. Kami beli ni fesyen lama..arghhh asal sedap sudah..

Ahad, 5 November 2017

Setelah Sebulan Sakit

Dalam tempoh sebulan yang lalu aku dah menemui doktor 4x dan dentist 3x. Yeah banyak betul perjumpaan dengan diorang dan sistem diorang yang canggih tu akan menunjukkan jenis ubat ubatan yang aku dah ambil. Ada yang sampai tak cukup so beli sendiri di farmasi.

Semalam jumpa doktor dan dentist. Ke Klinik Pergigian Zakwan dulu sebab nak buka jahitan pembedahan 2 minggu lepas. Kenalah sikit rasa sengal tu tapi tiada bayaran dah dikenakan sebab dah masuk dalam pembayaran terdahulu yang berjumlah RM500 tu. Dr. Hazizi siap tanya bila bius habis...ahahaha.. aku gelak bukan apa..jam 12 keluar klinik jam 1 petang bius habis dan aku menangis teruk sampai tertidur. Jam 3 petang baru aku dapat bangun dengan gusi masih berdarah. Sakitnya itu sangat teruk hingga aku boleh kata lagi teruk dari sakit aku kena czer. Ye lepas kantung kencing dah dicabut kena pergi tandas bangun sendiri kan...jalan terbongkok2 kan (siapa yang pernah alami tahulahhh) tapi bab gigi ni bius hilang sakit terus menyerang seluruh gigi..muka..kepala...aku tak boleh duduk diam. Kejap menangis kat bahu laki. Kejap duduk atas kerusi..kejap menyandar kepala di dinding. Huru hara...hari itulah first time laki tengok aku nangis teruk. 🙈🙉🙊

Tapi alhamdulillah aku tak alami kesan kebas di bibir atau rahang. Sebab kata doktor itu boleh jadi hingga sebulan atau worst case selamanya. Yeah...bukan main2..aku kan kena sign surat pembedahan. Kemudian doktor suruh aku buat appointment baru untuk cuci karies lak. Eh doktor boleh tak aku nak berehat dari jumpa doktor. Lagipun gigi punya belanja takle claim. Tapi staff kat depan insist juga aku pun macam kata letakla tarikh apa2..jam sekian2...tengoklah apa2 aku sms dulu ke. Sebab yeah aku penat sebulan sakit dan nak sambung lagi...erkkk...

Kemudian jumpa doktor kat Damai lak. Doktor ni aku tak pernah jumpa tapi nama dia aku bagi kat doktor lain. Kah kah. Doktor Baraath ni specialist dalam bidang neurologi jadi banyak sikit penerangan dia. Dia tengok history ubat aku pun dia tanya apa alahan aku....apa ubat lagi aku makan..

Bila aku cerita pasal ubat kolesterol tu..maka dia cakap ubat tu kalau diambil dalam dos besar dan tempoh yang lama boleh mendatangkan sakit2 badan. Sebab aku ada sakit tangan dan saraf la.. jadi dia minta aku untuk stop sementara.

Maka bersambunglah ubat lagi cuma kali ni dapat antibiotik. Kemudian doktor terangkan pasal jenis2 alahan..cara2 menjaga kebersihan tempat tidur. Dari sofa, karpet, langsir dan tilam. Dan siap tanya ada kucing tak? Sebab kucing dan kutu kucing (selain anjing.. senang cerita pet) adalah sebab utama alahan biasa penduduk Asian.

Doktor juga bercerita kenapa dia ambil bidang ni sebab selama 25 tahun mak dia tak bagi makan seafood sebab katanya ada alahan. Jadi dia tak puas hati dan belajar bidang ni. Ko...25 tahun kot....tak makan ikan dan haiwan2 laut lain. End of research dia alah kucing yang dibela kat rumah mak dia. Ok kita semua memang suka makhluk kucing ni kan..aku pulak suka2 camtu je...sebab aku tahu kucing ni akan jadi raja pulak tak memasal kalau bela.. nak layan kencing berak makan dia.? Sorry aku memang malas. Jadi aku senyum jelah kat doktor. Hehe..apa aku nak buat bukan kucing aku pun kat rumah tu.

Back to the jaga kebersihan tu yang penting. Kena rajin spray anti bug kat sofa, tilam semua tu. Tukar cadar takde masalah..yang takle blah doktor suruh tukar sofa la bila nak raya nanti. Wah aku cakap kenapa tunggu raya? Lambat lagi...hahaha...abis nak suruh pakai kulit atau pvc? Ah kalau kucing tu mencakar tak guna jugak.

Aku pun dah feel better la pagi ni. Tengok tengahari  nanti jadi apa pulak.

Semalam berselera pulak makan kat sini lepas jumpa doktor2 tu. Kat Bukit Jalil ada tapi laki tak caya kesedapan jadi sanggup balik Ampang. 

Khamis, 26 Oktober 2017

,

Tak Boleh Nak Reply Comments

Dah beberapa hari kejadian ni. Aku pun tak tahulah kenapa..terasa macam aneh pulak. Semua balasan pertanyaan tak dapat dijawab. Bila cuba publish reply tak keluar. Blogspot ask for ID. OMG aku tak boleh nak berfikir panjang sangat sementelahan masih sakit. Kalau tak dengan layout semua aku tukar. Bosan dah...

Need to figure out..Oh yeah nak kena jumpa dentist lagi 4 November untuk tengok jahitan tu.

Kata laki, ini hadiah untuk ratu hati dia. tapi kita masih belum cuba pun. Dia dah try masak fingers dan mertabak. kalau masak fingers kena sembur minyak sikit, mertabak tak payah.


Ahad, 22 Oktober 2017

Pengalaman Melalui Pembedahan Gigi Geraham Bongsu

Kronologi sakit gigi ni dah lama. Tapi selagi takde trigger kita diamkan je. Biasalah kita nak tunggu sakit baru nak buat sesuatu. Selagi boleh bertahan.

Gigi ni dah berapa kali ditampal ganti tampal lagi. Doktor terakhir dah cakap elok dicabut tapi aku nak pertahankan gigi tu jugak. Atas alasan aku fikir jika dicabut satu gigi ni mulalah berjangkit ke gigi2 seterusnya. Maklumlah gigi geraham. Nak kunyah2 pakai gigi ni. Tapi lama dah aku tak mengunyah guna gigi sebelah kanan ni. Sebab kalau silap gigit, ada masa2 memang ngilu.

Nak jadi cerita Rabu malam Khamis aku menghisap lozenges. Sebab aku sakit tekak dan batuk jadi lozenges aku makan last sekali. Kan kalau hisap dia lidah semua akan kebas. Hisap2 punya hisap dia gerak ke gigi kanan. Aku pun dah mula.rasa ermmmm....lozenges ni kan manis juga. Gula2 batuk la. So bila dah manis dan duduk je kat gigi kanan tu memang mengundang la. Lagipun dah berapa hari aku menghisap lozenges. Tapi kali ni nak jadi kisah dia jadi trigger sakit gusi gigi geraham bongsu ni.

Ok gigi aku semua dah lengkap tumbuh. Tapi masa gigi ni tumbuh aku kegatalan jadi selalu main2 dengan lidah. Jadi dia tumbuh tak elok. Dia jadi berlubang dan makanan selalu lekat kat situ. In the end memang kena tampal. Lama2 tampalan makin besar setiap kali aku renew tampalan. Itu yang doktor suruh cabut je. Tapi aku tanakla kan.

Tapiiiii disebabkan lozenges ni.. nak jadi asbab la kan...gigi aku start sakit berdenyut2. Khamis tu ada helper datang rumah. Nak taknak aku kena tunggu dia buat kerja. Aku masih boleh bertahan. Tapi makin lama makin sakit. Tak boleh tidur lena dah. Jumaat makin bertambah sakit jadi laki siapkan appointment dengan Klinik Pergigian Zakwan area Kinrara 5 jam 5.30 petang.

Jadi aku pergilah sorang, laki bawak anak jalan2. Tunggulah dalam klinik nak jam 5.50 baru masuk kot. Doktor yang merawat ialah Dr. Hazizi. Dia cek kata ni saya cadang buat root canal atau cabut je. Tapi root canal susah sebab jauh kan gigi belakang. Jadi dia cadang korek sikit bahagian tampal dan masukkan ubat. Tapi last2 dia trim gigi tu supaya tak bergesel dengan gigi atas bila nak mengunyah. Sebab nak cabut masih sakit. Ok aku pun dah dapat ubat tahan sakit semua dengan harapan akan kurang sakitla...

First aku makan ubat ponstan tu gigi kurang sakitlah. 2nd time makan dah tak jalan. Aku pun sampai menangis2 la malam tak leh tidur. Berjam2 sakit. Orang kata sakit gigi sakit no 2 lepas beranak. Aku rasa sakit gigi nombor 1 la. Sebab beranak aku czer. Ok lain orang lain rasa sakit dia. Tapi sakit gigi aku kali ni lain macam. Terlalu sakit. Nangis tu untuk kurangkan tekanan sakit tapi tak jalan la.

Esok hari Sabtu tu aku bangun2 je aku minta laki call klinik aku nak cabut dan dan tu jugak. Sebab aku dah tak tahan aku takleh tidur. Ok laki call klinik dan diorang suruh datang jam 10.

Aku terus siap2 sebab masa tu dah nak jam 10 pun. Sampai2 sana kena tunggu jap sebab ada patient ke aku tak tahulah tiba2 keluar seorang budak lari2 ke tandas. Kemudian jam 10 camtu aku masuk.

Diorang semua memang ingat akulah. Semalam baru datang. Tak sampai 24 jam datang lagi. Doktor cek sekali lagi dan usik2 gusi dengan peralatan dia tanya sakit tak. So bila sentuh gusi gigi bawah tu memang sakit lah.. dia tanya aku apa nak buat? Nak saya masukkan ubat ke? Aku cakap in the end kena cabut jugak kan. Sambil mulut tu mengepit sebab dah sakit gila nak cakap pun susah. Dia kata aah kena cabut juga cuma kalau sekarang sakitla kalau cabut sebab tengah sakit. Wehsss aku takleh bayang nak tunggu berapa hari pulak aku nak kena tahan... semalam pun aku marah2 diri sendiri kenapa bodoh tak teruskan je dengan cabut. Aku macam nak ambik playar je nak cabut gigi tu terus.

So aku proceed nak cabut dan doktor tanya aku dah makan ke? Memang belum makan sebab takleh kunyah apa...so dia risau dia minta pembantu klinik belikan Milo ais untuk aku. Wehs first time kot klinik gigi bagi patient minum air Milo sebelum cabut. Dia kata takde gula nanti aku gigil pulak. Sebab tanak jadi apa2. Jadi precautions la kan. So lepas aku minta untuk dibius sikit aku pun minum Milo tu. Lama gak nak tunggu ubat bius tu berkesan. Aku tengok jarum dia punyalah panjang... pedih sikit2la masa kena suntik kat gusi tu. Kalau kau jenis penakut tengok jarum baik tutup mata je. Tiba2 aku rasa macam dalam movie pulak...dentist punya alatan kan memang banyak.

Sementara tunggu aku kebas sampai area bibir, doktor Hazizi cek gigi2 lain. Aku pun dalam hati cakap doktor ni mulalah kan nak suruh aku datang lagi untuk buat rawatan gigi lain pulak. Amboiiii... tapi aku tak prejudis. Doktor ni sangat lemah lembut. Masuk bilik je dia bagi salam. Lidah dia selalu diucapkan Insyaallah...semua perkataan yang baik2. Everytime pun dia suruh mention jika aku sakit bila dia sentuh mana2 area gigi dengan peralatan dia tu.

Siap bius dah sampai ke bibir maka startla...mula2 prosedur biasa je. Tapi dia rasa macam agak payah. Berapa kali dia cuba cabut dan tak berjaya. Aku tengok playar dia pun, aku cakap cepatlah settle. Sakit one time ni sudahlahhhhh. Jadi dia cadang nak buat xray nak tengok apa kedudukan gigi ni...

Maka aku pun kena xray lah..xray gigi. Aku dipakaikan baju khas. Baju tu macam baju perisai. Agak berat. Pembantu dia terus pakaikan atas baju aku je. Kemudian dia letak sejenis alat untuk aku ketap gigi sebelum dia buat xray. Aku kena pegang alat tu sebab diorang semua keluar tinggalkan aku sorang. 2 saat je tapi radiasi xray kan bahaya. Jadi aku tutup mata masa dia tekan butang dari luar pintu bilik.

Siap xray tengok kedudukan gigi tu akarnya senget. Sebab tu payah nak cabut. Jadi dia kata kena buat surgery. Nampaklah gigi tu dah berlubang. Sebab yang tampalan je dapat cabut tadi. Nampak juga kehitaman pada akar gigi tu sebab tu kena cabut je.

So doktor duduk dan cerita pada aku pasal prosedur. Kalau aku tanak dia akan cucuk ubat dalam gigi je dan tampal balik. Aku terus tanya je..kos dia berapa? Sebab laki aku bagi cash RM100. Memang ada debit kad tapi kalau tak cukup amaun kad tak guna jugak. Laki aku memang letak aku kat klinik dan layan Aqlan makan. So aku buat keputusan sendiri jelah. Nak tanya dah tak kuasa sebab aku dah sakit sangat. Macam antara hidup dan mati. Doktor cakap tak kurang RM500 la. Paling tinggi RM700. Aku kata ok je. Aku dah nampak duit untuk beli mesin jahit tepi akan digunakan. Nasib tak beli lagi kan. Allah dah tentukan ni. Aku tanak kos jadi sebab aku nak stopkan semua prosedur cabut gigi ni. Ye aku tak bekerja dan laki aku baru je bulan pertama kerja baharu. RM500 tu banyak tapi aku fikir aku shopping2 pun kadang2 sampai jumlah tu. Bukan selalu ye sebab aku suka simpan duit. Dan bila nak shop till drop tu memang habis..so duit nak beli mesin jahitlah kena korbankan.

Maka mulalah prosedurnya. Mula2 doktor kata dia kena belah dua gigi aku ni. Sebab keras sangat. Cabut2 tanak tanggal. Akar gigi geraham kan 2. Belah 2 dan satu2 aku ditarik keluar. Ya Allah masa tampalan tu dicabut pun sakit ni nak cabut sampai ke akar 2x. Memang aku ada mengaduh jugalah. Aku tengok dia cucuk lagi sekali jarum bius tu. Penyuntik dia panjang lagi dari sebatang pensil panjang tu. Bleeding tak banyak sebab all the time sedut guna suction tu. Dari suction biasa aku dengar dia minta pembantu gunakan surgery suction. This is big matters guys!

Dalam hati aku tak putus2 doa minta pada Allah mudahkan prosedur ni. Maka aku tengoklah doktor guna drill untuk belah gigi aku ni jadi 2. Ko boleh bayangkan tak aku nampak semuanya. Bila sakit sangat je baru aku tutup mata. Tapi mostly sakit sebab peralatan tajam tu cam menghiris2 kulit aku. Tapi drill gigi? 2 ke 3 kali kot. Kemudian cucuk bius lagi. Sebab yeah aku makin rasa sakitnya. Aku siap berbisik...Gigi sampai sini je khidmat kau..kau kena pergi. Aku perlu sihat untuk mudah beribadah. Aku nak ngaji dan takmo kesakitan ni mengganggu. Jadi please go. Ya Allah aku teringat pulak kes2 orang yang buat surgery dan mati. Aku belum sedia nak mati banyak lagi aku tak buat...kan mulalah fikir macam2. Ngerinya macam czer nak beranak dulu.

Kemudian bila separuh gigi pertama dapat dicabut aku lega. Sakit weh..tapi doktor tu selalu bercakap2 dengan aku. Gigi aku terlampau keras. Masa tu dah sejam lebih aku dalam bilik. Dengar2 ada patient lain yang ada appointment jam 11 kena tunggu. Tak tahu jam berapa nak keluar. Rasa beranak pun kejap kot. Bila yang kedua dah boleh dicabut keluar aku pun macam ok....dahla tempat aku baring duduk tu memang boleh terus direct nampak jam. Aku tengok je masa berlalu...dah 11.30 kot ke lebih.. kemudian kena xray balik. Nak tengok semua yang nak dicabut tu dah habis ke. Aku tengah pening2 lalat kena bangun weh sebab kerusi xray belah lain. Tadi bangun ok lagi. Ni dah macam tak mampu. Ok tangkap dan tengok. Semua dah habis cabut. Doktor terangkan.. so dia trim mana2 patut. Kasi bulat...dannnnnnnn dijahit. Ok 3x bekas tapak gigi dijahit. Aku tengok je dia masukkan benang. Dan simpul jahit. Mula2 sekali. Pastu eh ada lagi..pastu eh kali ketiga dia cakap nak pastikan betul2 elok. Jahit tak rasa apa tapi tengok benang...alatan jahit tu..ermmmm....

Siap semua dia masukkan kapas untuk serap darah. Aku rasa prosedur surgery ni hampir 2 jam la. Aku keluar dan tunggu kat sofa, staff dia bagi minum Milo ais lagi. Hehe. Muka aku dah bengkak2. Aku pun text laki lah. Nak bayar pakai kad debit aku ke. Hehe. Pastu laki cakap jangan dia nak guna kredit kad dia. Oklah jadi aku tunggulah dua beranak tu datang. Aqlan macam biasa senyum2 dan bawak mainan doktor2 dia.


Pain killer lagi kuat dari Ponstan. Doktor tak caj ubat2 dah. Yang caj tadi tu untuk surgery je. So aku dapat juga ubat kumur dan satu tiub kecil ubat gigi lagi.

Siap semua kami pun balik. Cerita seterusnya proses pemulihan la pulak. Dah panjang bebeno rasa type ni. Makan pain killer la. Kalau tak mahu aku nangis lagi lepas kesan ubat bius habis.

Jumaat, 22 September 2017

Bila Ada Orang Masakkan

Pergh memang rilek sikitla. Boleh duduk2 sambil nonton. Basuh pinggan je nanti.

Ikan tu hasil beli kat Pulau Indah nun. 2 beradik dah sampai jam 11
Kedai bukak jam 12 tengahari. Tunggu pulak si abang solat Jumaat, barulah dema balik. Dah balik adik ipar terus masak2. Nasibla kami dah makan sarapan.




Khamis, 7 September 2017

Tak Boleh Upload Gambar

Apakah makna entry tanpa gambar. Kalau nak meluah perasaan pun nak letak gambar. Ni pergi jalan2 pun tak dapat letak gambar sebab server reject katanya. Tahla..puas menaip panjang2 simpan draft jelah dulu.

Gambar menung tatau nak buat camner...

Sabtu, 5 Ogos 2017

Lama Tak Meluah Perasaan..

Kalau tak hari2 nak up cerita. Kalau takde diam aje. Tapi cam dah 3 hari la pulakkk..

Gambar baru pun takde ambik. Padahal macam2 je buat...

Selepas up entry dermatitis tu kan kita tak sihat balik. Bila cerita2 dengan laki katanya akibat dari makan ubat untuk gatal2 tu. So bila makan berterusan badan jadi penat. Letih lesu. Satu hari ok, esoknya letih satu hari. Dah tu bilanya nak siap kemas rumah. So kita stop makan ubat gatal tu. So hadap jelah gatal2 akibat Dermatitis ni. Macam ruam budak tapi bila datang gatal meghenyam tu yang nak garu je. Udah tak lawa kulitku...

Malam Khamis pergi jumpa mak kejap di Kota Damansara. Nak hantar rak Ikea yang mak nak tu. Elok pulak ada anak buah kat situ si Ema san adiknya Suria. Katanya esok nak bawak nenek balik Penang. Kemain mak aku. Baru je balik dari KT sempat bagi aku sebungkus besar keropok pedas manis tu. Abang aku beli TV baru dan pasang Astro. Gitew budak2 ni layan GOT. Aku tak minat drama tu. Tengok sekali je dan amendeeeee laaaaa...


Khamis pergi beli buku untuk anak di Shah Alam. Nama kedai tu MRKB Agency. Buku2 sangat banyakkkkk...aku menahan diri je..sebab aku suka buku jugakk..lepas tu terus pergi lunch.

Kat sini ada Buku Fixi yang dah tak diterbitkan lagi..ha sape nak buat koleksi penuh tak cukup tu datang sinilah.


Pastu pergi Karysma beli barang2 jahitan. Anak buah tempah buat seluar jeans. Kenalah aku study ya. Aduh dah jahit sikit benang putus la. Sangkutlah..padahal dah ikut semua step. Guna jarum khas. Benang khas. Tah mengantuk kot...last2 aku tido jam 4.30 semalam.

Hari Jumaat pasang cadar semua untuk sambut Mama datang. Hari tu kan basuh semua cadar dan sarung bantal dia. Kemas2 bilik. Tunggu Mama datang dan nak bincang2 pulak apa barang dia nak kita tolong sortkan mana nak lagi mana tanak dah. Aku ni kan datang rajin semua aku nak kemas. Kalau takkk memang berhabuk jelah..

Pastu hari ni dah ok balik sambung kemas bilik beradu aku pulak. Tukar2..alih2..hahaha.. aku memang mudah jemu. Dan selagi tak puas memang nak alih je. Masa buat2 ni semua Aqlan takde. Ikut abahnya keluar. If ada dia tu memang sukar sikit nak kemas. Ni aku nak tunggu laki buat spring cleaning dia punya barang pulak. Aduhh dia punya barang lagi banyak dari aku.

Lepas Mama tiba dan rehat2, lepas maghrib kami pergi makan seafood kat Restoran Tasik Idaman kat Bangi nun. Satu gambar pun tak ambik. Nampak tak lapar..order bihun untuk Aqlan dia makan nasi dengan udang butter. Makanan sedap dan murah. Kami amik ikan pari masak pedas, ketam, lala, siakap stim, udang butter, nasi putih 4 pinggan, bihun goreng, tembikai laici 2, laici, barli panas 2, sirap limau dan ais kosong. RM137 je kata laki wow...aku makan sikit je. Percayalah dah naik 40 ni memang kurang makan. So ada harapan nak kurus sikit kot. Hahahaha..

Rabu, 2 Ogos 2017

Vertigo Strikes Again

Pagi semalam bangun je dari katil rasa macam terhuyung hayang sikit. Mandikan anak macam biasa..Kemudian tiba2 rasa Eh kenapa badan aku ada kat pintu sliding bilik mandi? Nasib tak jatuh terus kan. Jadi semalam banyak duduk dan baring la. Kang pitam tiba2 susah jugak.

Pagi tu juga tiba2 laki kejut dan tanya mana kunci rumah aku? Teringat kelmarin budak kecik tunggu abah dia balik siap ambil kunci. Kemudian dia cuba gantung balik. Tapi takde di tempat kunci2. Kemungkinan jatuh celah2 sofa. Aku nak cari rasa bila menunduk ni lagi kuat vertigo. So sudahnya aku naik. Tiba2 lagi sekali laki aku jerit kenapa tak kunci pagar....I tunggu u dalam kereta lama dah..oh tadi lepas laki keluar aku ingat dia bawakla kunci dia jadi aku kunci pintu kayu rumah jelah terus naik. Kan aku pening... So 2x turun dalam keadaan terkejut tu menambah vertigo aku.

Dulu kena sekali masa kerja. MC terus. Ha la dari aku pitam terus baik aku drive balik.

Vertigo ni sebab musababnya banyak juga. Antaranya bagi penghidap kolesterol macam aku. Tapi aku lebih kepada tak cukup air, tidur dan rehat. Kan aku baru sihat terus alih2 katil la almari la.. alahhhh banyak terbengkalai ni...

Bilik menjahit/komputer dah lapang...


Khamis, 22 Jun 2017

Kisah Ramadhan 1438H #27

Bangun sahur makan lauk lebiham semalam. Semua main panaskan dalam microwave je. Aku makan bihun Aqlan yang tak habis tu. Apa budak ni makan tah. Macam2 benda dia reject.

Naik dari sahur tu tengok dia dah bangun dengan ipad. Semalam aku amik suruh dia tidur. Dia nak main lagi tapi aku tutup lampu. So dia cuba keluar dan cari abah dia tapi tak jumpa. Haha abah dia ngaji dalam bilik sebelah. Kalau aku takde selalu kat bilik menjahit.

Hari ni plan macam2 juga. Entah jadi ke tidak. Aku nak kena kemas baju dah. Toiletries dan barang2 Aqlan macam sabun segalanya.. Aqlan ni masih pakai barang2 baby. Laki pun suka dia masih dipakaikan macam tu. Contoh sabun mandi dia plus shampoo guna Sebamed. Sabun cuci baju pun masih pakai baby detergen. Jenama apa ku tak ingat. Sabun cuci botol pun still Pureen. Minum masih Ribena. Kadang2 dia minta air kitorang tapi bile sedut sikit mulalah muka lain macam. Hehe. Tapi tak bagi kopi dan teh. Milo memang dia tak suka tak tahu kenapa. Kalau bagi air dalam kotak tu either susu or Milo ke mesti dia nak picit kotak tu. Minum dari cawan pun masih tumpah sikit2. Jadilah kan. Yang pasti kita tak boleh bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Setiap kanak2 special perangai.

Teringin nak buka puasa nak makan nasi lemak masak sendiri. Tapi takde santan. Beras pun laki asyik cakap tak sedap guna herba ponni. Habis tu je yang ada..

Pasal cikti, akhirnya dia terperangkap dalam tong sampah khas untuk plastik. Laki perasan terus ditutup ketat. 2 hari kemudian baru hantar ke tong sampah jauh dari rumah. Kata laki masa dia keluarkan dari tong tu cikti dah berpeluh2. Cikti terus lari masuk bawah keta. Jadi laki risau cikti ikut balik rumah. So kami ni pun dok berjaga2. Pintu belakang langsung tak buka. Tingkap2 pun tutup. Pintu depan rumah yang selalu dibuka sikit pun tutup. Memang panasla berkuap. Tapi bila pasti cikti tak datang balik baru kami bukalah. Kami tak tahu cikti dapat survive tak hidup kat luar. Sebab cikti ni rasanya sejak kecil datang tumpang makanan kucing. Masa Jack Jack sakit, dia duduk belakang. Memang pintu besi tu loose bawah dia so cikti selinap dan curi2 makan. Bila Jack Jack dah mati dah takde makanan kat belakang tu. So cikti cakar pintu dapur nak makan. Bila ada hari terlupa buka pintu nak masak dia terus masuk laju2 dan sorok. Memang cikti ni busuk sangat tau. Now dia makan makanan Oggy pulak. So adik ipar pindahkan mangkuk Oggy ke tingkat atas, cikti tak reti naik tangga. Dia naik rak bawah dapur masak dan makan kentang pulak. Satu yang pasti cikti ni tak reti makan benda lain. Walau ada makanan lebihan ke atau kerepek2 ke..semua dia tatau. Dia dah biasa dengan makanan kucing. Bukan murah punya pulak tu. Tu pasal cikti tu kadang dia lari2 kita nampak dia gebu. Yang si Oggy tak boleh pakai, mata dia bulat je tengok. Haha. Ok sekian cerita cikti. Semoga cikti tabah hidup di sana.

Jack Jack ketika hidup sebelum dapat penyakit Sapporo 

Oggy sampai sekarang tak geng dengan Aqlan

Kucing jantan pakai baju kurung dan shawl bulu2. Macam Oggy dia tu jantan pondan takde telur sebab kena buang akibat penyakit. Ni tatau kucing siapa tapi dihantar dalam group telegram. Haha comel..


Khamis, 25 Mei 2017

Kali Ni Rasa Idea Tak Mencurah

First week of May, kami mula tukarkan susu Aqlan. Turn out dia tak nak minum susu dah sebenarnya. Masa tu dia minum Karihome dan Purenat. Akhir sekali Khalish. Ok semua susu tu sekarang akan dihabiskan abah dia. Aku minum susu kambing masa mengandungkan dan menyusukan Aqlan je.

Bila balik cuti idea berkobar. Gambar banyak. Draft pun dah berjela tapi tak publish sebab tiba2 macam padam idea pulak. Aku pun tak tahulah bila nak tengok balik..malah aku nak komen di blog kawan2 pun macam.. sorry takde idea.

3rd week mak mertua datang seminggu. Seronok je melayan. Bawak jalan2. Dua anaknya masing2 take turns untuk spent masa bersama2..hanya berdua.

Aku cuma masak nasi ayam je. Sebab hampir setiap hari ada agenda kat luar.

Bulan puasa pun dah nak tiba, kami panggil lagi helper untuk datang tolong kemaskan rumah. Kali ni tingkat atas. Rumput pun aku masih tak cabut.

Tiba2 semalam pulak aku terus dapat ambil darah. Padahal aku patut 5 Jun. Aku mintak tukar tarikh tapi memang dah puasa siap2 kot2 dapat ambik hari tu..dan memang dapat..jadi 3 jam la menunggu dan sempat habiskan satu buku bertajuk Aksara trilogi dari Ajaib dan Awan. Siapa peminat Buku Fixi tahulah ek.


Ada banyak benda nak cerita tapi esok esok jelah..ni kan diary. Hahaha bukan semua boleh pakai terus luah sebab diary umum.

One day..when my day come to end this blog should be deleted.