In

Alat Merebus Telur 1/2 Masak

aku suka telur. aku adalah pencinta telur. adakah sebab telur ada warna kuning? hahahaha..

kuning jer

belum cuba lagila. nanti nak test...bila? hehe..stok telur tak pernah putus..ada je dalam icebox
zcat yang belikan sebab aku selalu kecewa bila masak telur setengah masak. pasti ke lepas ni tak kecewa.......? hehe

Read More

Share Tweet Pin It +1

19 Comments

In

Telekung

kalau ke surau/masjid aku mesti nak angkut telekung sendiri. sebab ada telekung2 awam ni yang agak geli untuk dipakai setelah dipakai olah pengguna2 lain. ada kesan mekap, basah dan aku tak puas hati sebab selalu kain2nya pendek. memang akan nampak kaki dan terbatallah solat dengan sendirinya.

selalu beg aku jadi kembung sebab telekung. lagi aku suka pakai kain pelekat ganti kain telekung yang warna putih dan kadang2 pendek bila dibeli siap. so dalam beg aku akan ada macam2 benda. jadi beg2 tangan kecik aku tak boleh pakai. kalau pakai pun majlis yang nak dihadiri tu kejap je masanya.

sudahnya, zcat belikan telekung. agaknya sebab aku suka cakap pasal beg aku kembung...telekung surau busuk..telekung tak bawak pulak. macam2 la aku ni kalau dah start borak..ngeeeeeeeee..

dah dapat telekung ni aku pulak direct cakap. telekung ni jarang. kain dia pendek. i pernah nampak orang pakai telekung jenis ni..kemudian kipas angin kuat sangat dah terlangkup telekung ni ke depan waktu dia sujud. sudahnya aurat nampak. dah batal...

tapi...aku pakai je telekung ni selepas dicucila. aku akan pakai tudung, dan setokin. sebab telekung ni jarang dan kain pendek. takde harapan nak tanggalkan seluar/kain. sebab jarang sangat.

anyway, thanks zcat! hehe.

Read More

Share Tweet Pin It +1

7 Comments

In

Terry Fox Run Malaysia 2011 - Fight For Cancer

Terry Fox Run 2011 di Kuala Lumpur akan diadakan pada hari ahad 13 November 2011. aku mengikut zcat beli t-shirt berharga RM30 sehelai di 1Utama semalam. ini ialah larian amal. jadi takkan ada goodie bag, medal dan segala yang kau harap dapat free. ini adalah larian penyelidikan bagi penyakit kanser. 

legasi dari Terry Fox sendiri yang telah pun mati akibat kanser pada tahun 1981. segala maklumat ni dan gambar2 ni aku ambil di facebook Terry Fox Run KL 2011.



larian dicadangkan ialah 3.6km kemudian diubah kepada 4.8km. 5km pun aku dah mampu sekarang. hehehehe..thanks to zcat sebab banyak memberi motivasi to keep my body fit. 



sebelum tu sempat minum teh ais sedap di Melaka Corner. sempat lagi kan nak mengisi teh sejuk dalam badan sebelum KFC-Pizza Hut walk for the hunger kat Putrajaya.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Nutox; Spot Away Results

Kegemaran aku bila beli barang mesti letak tarikh mula guna.. senang nak kira berapa lama produk tu telah dipakai dan berapa lama boleh bertahan. sebulan? 6 bulan? setahun?

Spot Away from Nutox aku start pakai mulai 14 May 2011. sebelum tu aku tunjukkan muka aku sebelum penggunaannya.

nasib. inila rupa paling dekat dengan dark spot paling kelihatan

20 October 2011 (dark spot betul2 bawah spek tapi dah kurangla kehitaman)
ini semua muka2 tanpa mekap. kalau dengan mekap?

17 April 2011 cover dengan loose powder je ni.
20 Oktober 2011. dah kurang sikit. (aku selalu tak pakai lipstick pagi2 sebab nak makan/minum)
berbaloi jugak keluarkan duit hampir RM70 jugakla untuk sebotol spot away ni.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Homst, Berdekatan Sunway Giza

wet butter prawn

taugeh

rice

salted soft shell crab
parking di Sunway Giza RM1. makan? beringgit2,..salted soft shell crab masih menawan perut. the gravy butter prawn, fully satisfied!

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Free Samples; Libresse - Pad & Pantyliner

selepas kotex, aku godek2 pulak libresse. meh try apa yang dapat.

 


masih belum try. aku buat stok dalam kereta. in case la kan...takdela haru biru..hehe.
bacalah katalog ni. kalau tak nampak sila klik dan zoom.



apa yang penting bagi aku sebagai wanita Muslim, pad harus dicuci selepas digunakan. bukan main campak je. aku takkan momok2kan dengan kisah tah apa2 yang pernah aku dengar. toilet awam kebanyakannya kini ada tong sampah didalamnya. ada macam2 rupa bentuk. paling baik yang auto hapus selepas dimasukkan pad terpakai seperti di dalam toilet staff wanita di Petrosains.

sanitary bins, akan mengambil masa untuk menghancurkan pad dengan sedikit bahan kimia yang diletakkan didalamnya. aku first time guna bins macam ni di SMAKH, Kuala Terengganu. lain2 bin murahan/ terdedah..kadang2 ternampak hasil buangan pengguna pad amatla meloyakan.

jadi jika pad ini mudah dicuci, maka aku akan menyukainya. tapi aku tak suka pad maxi. rasa macam pakai pampers. jadi aku sukakan slim wings atau ultra thin wings. rasa macam tak pakai. even period hari pertama dan kedua agak heavy. mahu 4-5 pad kena tukar 1 hari. hujung2 hari ke-4 dan seterusnya dah boleh guna pantyliner yang agak tebal sikit.

dan libresse, mempunyai hampir kesemua keperluan aku sebagai wanita. anda bagaimana? sila dapatkan sample percuma dengan melayari laman web libresse.com.my

Read More

Share Tweet Pin It +1

9 Comments

In

Hari Jadi Dia

banyak plan terbatal akibat dari kes anak buah aku masuk ICU kerana denggi. tapi aku tak ralat sebab yang penting ialah nyawa. keluarga.

aku sejujurnya dah ambil cuti pada hari jadi dia. kira balas balik la kan dia pun sanggup cuti...inilah namanya memahami. chettt..dah jangan lebih2..

tiada hadiah, tiada kek, tiada makan malam di tempat yang dicadangkan.

maka aku bergegas balik rumah kemas2 baju, selepas melihat Ed di hospital. kemudian meraikan kenaikan usia dia di Restoran Alissara, Puchong.


nasi dengan daging lembu/ayam goreng.

Alissara nasi goreng

Ayam Pandan

i makan ye

terima kasih sebab belanja



walaupun hakikatnya ini hari jadi dia 21 October yang lalu.

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

Free Sample : Biore Makeup Remover for Eye & Lip

last week aku dapat bungkusan besar punya...dapat intercom dari cik Nora, our receptionist. "kau keluarla..rasanya personal ni.eh?"

aku tak tipu. kotak besar size printing paper

sampah?

tada..Ideriyanis dieja dengan cantik sekali





oh i love you!

erk..ada surat?

tada!

aku dapat sample ni setelah aku menjawab email dari pihak Biore Team. mereka berminat nak bagi aku sample selepas aku buat entry pasal Biore Cleansing Oil ni kot?...

aku ni jujur dengan penggunaan barang2 yang aku pakai. tak best kalu, aku cuba untuk tidak buat entry. lain orang lain rasa dan hasilnya. tapi untuk Biore Cleansing Oil itu aku memang suka sangat2..senangnya tak payah bawak cotton pads bagai.

aku akan buat entry khas lepas aku guna produk ni. Biore Makeup Remover for Eye & Lip. aku memang dah try sikit tapi aku nak try berkali2 dulu bagi aku puas hati.

aku memang suka pakai mekap bila ada masa lapang diwaktu pagi. kalau tak rush aku mekap penuh. kalau rush, aku mekap sikit. paling busuk aku sapu sunscreen la. mahu la guna SPF50.

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Naili's Tapai Aiskrim

hahahahaha..

nasib orang peminat tapai. walaupun zcat tak suka tapai, dia tetap baik hati belanja aku makan tapai..malam2 buta pun sanggup redah cari tapai. eh takdelah sampai macam tu..dah ada dalam menu.. harusla aku order.

ni juga sebab dia rasa "bersalah" sebab asyik mms gambar tapai kat aku. akekekekeke..

silalah melihat gambar tapai!.. i know you read my blog!

delicious!

dah 1 gas, tambah lagi 1 gas beraiskrim jugak.
selamat makan tengahari yer..

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Starbucks Coffee - Ampang Point

selamat minum. gaji dah dapat rupanya bila ku cek akaun masuk 21hb, aku pulak yang busy ke hulu ke hilir ke hospital, tak sempat2 nak cucuk duit. sudahnya pump minyak pun zcat bayarkan dulu. ha....





er.er...ni gambar last month aku guna kupon. beli 1 percuma 1. kan best. oh ye jangan lupa gunakan kad jusco bila beli starbucks. dapat diskaun 10%. rasanya ramai yang tak tahu sebab diorang pun tak tanya kan.

Read More

Share Tweet Pin It +1

7 Comments

In

Panggilan Ke ICU. Aku Tergamam!

khamis lepas aku terima 1 mesej dari Biyah. aku agak musykil sebab dia ni tak pernah mesej2 aku. tapi no. handphone dia memang aku simpanla. aku baca je mesej terus tergamam. katanya nak mintak tolong hantarkan di ke Hospital Putrajaya. adiknya Ed masuk ICU. dia kena jumpa doktor sebab ada benda nak kena discuss.

aku jadi terpempan kejap. terus jumpa bos aku nak ke hospital. dan-dan sempat nak isi form EL, kawan2 marah aku cepatla pergi. hahaha..ok ini serius.

aku pun pecut ke Bangi. elokla time jam 12 tengahari..semua keluar lunch. jalan penuh dengan kenderaan. sampai je area rumah kakak aku nampak biyah dengan mariah di kedai. terus aku angkut diorang ke hospital. mariah dengan baju sekolah tadika..makan semua tak sempat.

kitorang sampai Hospital Putrajaya pun ada la lagi 1-2 minit masa lawatan tamat. ah..aku pun menunggu la di bilik dengan mariah. biyah jumpa doktor. itulah tak pernah datang..sesat masuk presint. tahu ke alamanda je kan.

alang2 tak dapat melawat, kami makan dan solat zuhur. zcat call nak datang menjengah. dia tahu pun sebab aku tanya dia kat mana lokasi hospital. senang, sila masuk exit ke-3 Putrajaya presint 7. dekat2 dengan balai bomba & polis.

jam 4 kami masuk. biyah tengok dulu. masa tu ada la beberapa kawan Ed datang menjengah. aku tak boleh tinggalkan mariah dengan zcat, dia tak biasa, muka dah semacam masa tu.

bila aku masuk, aku tengok keadaan Ed dengan topeng pernafasan, macam2 wire cucuk kat tangan...anak buah aku disyaki demam denggi berdarah.

hari pertama. tetap ceria. 6 hari demam baru nak pergi klinik. puas umi dia bising. akhirnya jiran sebelah tolong hantar jam 7 pagi. jiran pun kerja kat Putrajaya. ini wad ICU kat tingkat 1 bilik no 9. zcat cakap kalau masuk wad duduk depan2 kaunter jururawat maksudnya; ini serius!

hari ke-2. tetap menjawab panggilan kawan2 sehingga bateri kong.

hari ke-3. bila nak ambil gambar mesti senyum. masa ni dah masuk wad akut. platelet darah dia dah naik sikit. doktor buat pemantauan kemungkinan dia kena penyakit kencing tikus. last 2 weeks dia mandi kat air sungai gabai ketika hujan lebat. wad akut di tingkat 4A, katil no 17. elok sama dengan umur dia.

22 Oktober, birthday girl sambut dekat hospital. cian mariah. dah 5 tahun.

akhirnya ada jugak aksi lucu, yuhana bawak balik bubur pulut hitam ed. hahahah..macam pencuri.

aku berdoa Ed keluar hospital cepat. dia nak ambil SPM 14 November ni. teringat pulak zaman aku kat uni di tahun akhir tengah minggu exam suspek denggi, sudahnya aku ambil exam dalam bilik pensyarah. hehehehe..

kalau dah demam 2 hari tu, pergilah jumpa doktor. jangan malas macam Ed. memang nak kena ceramah dengan aku lepas ni.

sedikit info;
waktu lawatan - jam 12 tengahari - 2 petang, 4 petang - 8 malam
wad ICU - hanya 2 orang dibenarkan masuk setiap kali. kanak2 dilarang masuk. kena tinggalkan IC/lesen.
wad akut - hanya 2 orang boleh masuk setiap kali. kanak2 bawah 12 tahun tak dibenarkan (tapi tak strict, kitorang ramai2 masuk je)


Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

Tapai Pulut

aku suka tapai pulut. last time aku ingat tapai paling best dimakan semasa pergi warming house rumah Amin & Hani. perghhh memang terbaik...

tapi zcat tak suka tapai langsung. dia tengok je aku makan, lepas tu dia cuba makan dan ingat kenapa dia tak suka tapai. dan ya sebab2 dia tak makan tapai sebab dia tak suka. hahahaha..

tapi dia kadang2 suka mengusik aku dengan menghantar mms.....





itulah perangai orang yang.............isi sendiri tempat kosong.

Read More

Share Tweet Pin It +1

7 Comments

In

Free Samples; Kotex - Pantyliner

aku ni kekadang datang rajin terlebih aku akan tengok website2... dan..dan...suka naa mintak free samples. dah dibagi peluang untuk cuba percuma...apa lagi...harusla isi form.

sebenarnya dah lama aku dapat sample ni. masa bulan puasa lagi. tapi aku baru nak buat entry setelah menggunakannya. yelah kan baru aku bagi tahu feeling2 lepas guna. kira aku bagi testimoni. kotex bagi free samples, aku bagi free entry untuk diorang.

ok inilah yang aku dapat.

agak menarik sebab ini keluaran terbaru




pandaila kan guna kaler hijau..memang nampak dan rasa fresh

gentle care & ultra v-care. masing2 aku dapat 2 sample.


gentle care ni bagi aku sesuai la sangat untuk orang yang berkulit sensitif. "tang" situ memangla sensitif tapi super sensitif macam aku ni..sangatla sesuai. contoh..aku tak boleh pakai panty yang selain dari kain cotton. harusla aku rasa gatal2 je nanti. itu pasal beli panty pun boleh berjam. begitu juga panty yang renda2 ni...(tapi - keluar tajuk sikit, yang panty harga mahal / kain jenis bagus tu takdela pulak gatal2nya).. memang saja la kan. kita2 perempuan mestilah penjagaan lebih...aku ni pencuci wanita pun aku dah tak pakai. dulu2 pakaila..tapi nak dapatkan yang terbaik payah. last2 aku stop je. penat aku mencuba pelbagai variasi kat pasaran.

yang ultra v-care ni lagila terbaik. ini untuk penjagaan vagina. so pendek katanya jadi v-care. kita perempuan2 ni period tiap2 bulan, lagi kadang2 ada discharge. jadi penggunaan pantyliner ni memudahkan kita nak bersolat. tak perlula bertukar seluar dalam bagai. tukar pantyliner dan guna yang baru. fresh!

disebabkan aku menyukai produk ni, seriusla aku tak tipu sebab dah try, aku pun dah beli dan guna. aku beli pun yang ada scent green tea. sebab aku suka feeling2 fresh. ehehehehe..

ya memang ada jugak dengar penggunaan pantyliner ni tak elok secara berterusan. aku selalu pakai pun bila kerja dan keluar rumah. ini disebabkan aku nak mudah bila nak solat. nak tukar2 panty tak kuasa la. takkan aku nak pakai pakai-buang panty. lagila aku tak kuasa.

terpulang pada masing2. anda lebih tahu kawasan sensitif anda.

untuk ke laman web kotex dan dapatkan sample percuma, aku daftar diri jadi ahli. senang je....silala ke alamat ini.http://www.kotex.com.my

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

Weekly Popular

Comments

Subscribe