Khamis, 17 September 2020

لاين AHS

Layan AHS (American Horror Story)

Mula2 dulu tengok sebab Lady Gaga berlakon dalam season 5, Hotel. Pastu dah ada Netflix kan tengok la dari season 1..baru masuk season 2.

Nak tengok pun tak boleh dengan anak2. Sebab Horror kan.. darah..scene tak pakai baju la. So sekali tu aku layan habis 1 season sampai 4 pagi baru tidur. Ada 12 episodes untuk "Murder House". La ni tengah tengok "Asylum" ada 13 episodes. Ingatkan sama banyak je.

Tengok creator laki baru si Gwyneth Paltrow tu, Brad Falchuk.

Sabtu ni akan ditayangkan season 9.

Aku tengok pelakon dia ada yang berlakon season lepas. Yang pasti Sarah Paulson asyik ada je....

Nak tengok..bila takut tutup mata dengan jari. Dasar.


,

رسيڤي كروتوڤ

Resipi Kerutup


Ok memang banyak je post aku masak kerutup. Kali ni aku buat kerutup laki aku suka pulak..macam rasa dia al dantè la. Kali ni bukan main agak2. Ada ukuran jadi sementara masih ingat..baik tulis.

Blend kering
1 sudu besar (SB) ketumbar
1 SB jintan manis
1 SB jintan putih
1 SB bunga lawang
1 SB serbuk kayu manis
1 SB buah pelaga
1 SK cengkih
1 SK lada hitam
2 biji buah keras

Serbuk kayu manis tu blend asing sebab dia kan kayu...ada juga jual siap2 tapi ada bau manis2. Sesuai untuk desserts.

Blend basah mesti campur air la...
20 biji Bawang merah
11 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas


Perapkan dengan 1.2kg daging batang pinang yang dipotong kiub, simpan dalam peti ais 2 jam minimum. Lagi lama perap lagi sedap. Kali ni aku buat perap dalam 12 jam.


Panaskan kuali
Minyak kelapa
2 biji bawang besar hiris
3 SB Cili boh
Masak hingga pecah minyak
Masukkan daging yang diperap

Selepas setengah jam..
Masukkan 2 kotak kecil santan kacau sebati dulu
1 SB asam jawa dibancuh dalam 1 cawan air
1 SK garam kasar
2 SK garam halus
1 SB Gula melaka/nira
3 SB kerisik

Bila hampir masak baru masukkan..
1 helai daun kunyit racik halus2
3 helai daun limau purut.

Selasa, 1 September 2020

بليان اتس تاليان

Belian Atas Talian

PKPP disambung hingga 31 Disember 2020. Terusla menyokong peniaga online sebab nak ke kedai bawak anak2 tak berani..lagipun boleh memilih dan membandingkan harga. Masuk cart berbulan2 sampai barang pun dah sold out tapi muka tetap selamba ambik pulak barang lain masuk cart. Hahahaha.

Sekarang suami pun dah beri kuasa kat aku untuk beli barang rumah..barang basah memang dia yang beli sebab dia suka p market. Jadi aku beli susu, rak, pakaian anak, sabun cuci kain secara online. Ada jugalah benda merepek yang lain.

April

Ko mampu muka aku disorokkan. Hahaha

3/4. Baju raya...online murah je RM70. Yang jahit lain. Yang nak beli pun lain. Ngada. Kain aku 2XL. Baju XL. Aku malas nak refund..alter je sudah.

Best betul letak guli. Tapi guli tu pulak Aqeel kemam..so guli kena sorok.

Mainan Aqeel. Hadiah birthday. Bagi murah2 je...hehe tapi dia suka. La ni mana pergi tah. Aku nak gam je laki tak bagi sebab nak bagi dia bina2. Ok yang ni laki yang bayar guna akaun shopee dia.

Beli dengan kakak aku,  member Tupperware. Musim PKP boleh la beli macam ni.

Tupperware mondo RM90. Untuk buat bawang goreng. Halus sangat racik. Best2.. siap beli free 2 biji Tupperware..

Yang ni mintak laki belikan. Puas hati. Setakat ni sekali je baru charge dan masih boleh guna dengan efisien. Bye bye razor. Ni dari stainless steel jadi  tak berkarat so takla luka kulit tu or merengse.

Harga shave ni memang mahal..tapi dapat beli RM130 je online dengan penjual dari China. Kat Malaysia harga nak RM200. Lepas tu kalau kepala dia nak tukar boleh beli je dalam RM50 lebih..kenapala tak pakai sejak dulu..masa2 kerja ada duit gaji tu kan...

Beli kaler hitam. Mula2 pakai 1 penutup je untuk 1 cucian..lama2 3 penutup. Hahaha..tapi bekas dia besar gabak ni so masa nak tuang sabun kena hati2. Penutup dia pun tak friendly la so aku pakai penutup sabun lama.

27/4. Sabun cuci kain jenama Dozee. BMF product ni. 10kg..puas hati pakai..masih ada baki. Tapi nak order baru dah. 4 bulan..lama..puas wehhh

May

Bila dah panas silicone merah tu jadi pink ya.

6/5. Non stick frying pan untuk masak lempeng RM 62.87. Best tau kuali ni memang aku syor korang beli.

7/5. Beli barang dengan online seller dari Johor. Tools saja RM27.12. Biasalah.



8/5. Beli gak shawl pleated dari sirah collection. Beli 2 free 2 scrunchy free pos. Yay. Sehelai RM59.


Beli sehelai baju untuk aku RM16.48. Beli sebab aku suka prints dia.


10/5. Pusheen plush toy untuk Aqlan RM20. Nampakla anak pun pandai pilih mainan.


12/5. Measuring cup kaca. RM22.32 500ml dengan penutup kaca juga. Silicone mould  waffles RM4. Cartoon wall sticker RM6.06 beli 2. Cake mix batter dispenser RM15.60. Ni la barang2 beli dengan orang yang hantar tak cukup barang..order 11 dapat 5. Tapi dah dapat refund pun.


19/5 Boleh terjebak beli kuali batu Spotlight. Masa ni dah boleh keluar beli2 barang ramai2. Tengok orang beratur kat mall berjam. Bayar jelah postage RM15. Kuali ni... RM80 untuk 2 murahla kan.

June

2/6 beli lagi satu kuali batu Spotlight. Kali ni 26cm. Sebelum ni saiz 20cm dan 30cm. RM42.50..half price yooo.



6/6. Easy mop 3 in 1 RM59.90. So beli sebab tanak bawak baldi dan mop ke hulur ke hilir. Senang nak mop dapur dan ruang makan.


Sarung comforter RM19.80 sehelai beli 2. Adil untuk anak2.

8/6. Susu Pediasure RM56.90 sekotak. Beli 2 kotak buat stok.


11/6. Cushion cover 4 helai RM18.25. Tapi ada terms and conditions kalau tak..takdelah dapat diskaun..



First time pakai Sendayu Tinggi. Not bad huh. Marilah sokong produk Bumiputera yang berkualiti.

9/6. Sarung Bantal RM7 2 helai. Sarung tilam RM18 untuk sehelai beli 2 la adil kan.


10/6. Langsir bilik budak2 RM19.90 sehelai.

Puting susu tommee tippee 2 teats RM21. Beli gak botol susu 9oz RM23.90.


15/6. Rak besi serbaguna RM68.50. Asal buat rak pantri tapi tak muat..stok makanan banyak. Akhirnya jadi rak botol air dan Tupperware.

Ingat nak pasang sendiri tapi gagal. Susah weh.


29/6. Rak besi Mega Rack RM90 satu. Beli 2..ya ampun lama gila nak sampai kat tangan. Tak tahu kenapa PosLaju simpan lama sangat.

July


9/7. Susu Pediasure RM56.01 sekotak. Mesti beli 2 sebab Aqeel minum sekotak 10 hari. Nape tak beli 3 terus? Haha.


11/7. Marble print wallpaper RM16 5 meter. Beli sebab nak balut2 perabot yang dah usang.


14/7. Boxer untuk Aqlan RM14.58 untuk 4 helai. Laki aku suka budak ni pakai boxer lagi. Elok untuk anu depa bernafas.



17/7. Mask untuk Aqlan RM36.90 50 helai. Dah order juga mask Rizalman untuk dia tapi belum tiba. Add on mask untuk laki RM23 50 helai gak.


18/7. Samu Giken Digital Turbo Air Fryer RM365.90 untuk 10 liter. Khind kami dah kaput. Puas hati pakai yang ni.

20/7. Sebamed soap for baby RM75.80 1000ml. Murah kot. Jauh tu kat Kedah... anak2 memang pakai sejak lahir. Dulu2 beli kat farmasi mahal juga kan.

20/7. Filler untuk mask RM12 untuk 30 helai. Kena beli la sebab dah beli mask kain Rizalman. Hahaha.

Lapik tu kat kedai bakeri RM15 jugak. Reflective mirror tu bergulung lama sebelum dibuka...

23/7. Lapik untuk rolling dough RM6.55. Gatal beli...pakainya belum juga.

Pastu beli reflected mirror RM28.77. Laki suruh beli nak tampal balik ke frame cermin aku sebab dia pecahkan. Bila nak buat tak jadi..macam susah. Berkedut. Sudah tak payah guna..tertipu ni.


24/7 order shawl pleated dari Sirah Collection lagi...beli 4 helai free 2 scrunchy hehe. Free pos. Yay.

AUGUST



4/8. RiMask Rizalman. Beli 2. Satu RM29. Ada filler pocket tau. Order sekali untuk budak2 tapi masih dalam production.

6/8. Susu Pediasure RM55.70 sekotak. Free delivery sebab dihantar oleh Shopee Xpress. Susu ni memang best beli..order hari ni esok sampai. Perghh...salah order terbeli 2 kotak perisa coklat. Layan jelah...


10/8. Rak besi Mega Rack RM100 untuk pantri. Kayu rak upgrade so mahal sikit berbanding dulu. Tapi puas hatilah kali ni dia hantar guna Gdex laju je. Dulu pakai PosLaju..nak dekat 4 minggu kot....



9/8. Sanitizer Rizalman. RM79.90 beli dengan PS Kak Mar. Siap dia hantar ke rumah. Hahaha..rupanya dia duduk dekat Taman Kinrara.


14/8. Rak besi untuk microwave, air fryer, periuk nasi dan toaster RM83.90. Kali ni beli dengan TS Brilliant sebab Mega rack takde warna yang aku nak. Beza la rak ni besi dia kurang kukuh. So patutlah murah....tapi sebab 2 tingkat je so takpelah.

27/8. Susu Pediasure RM55.90 sekotak. Tapi kali ni beli dari Johor sebab yang biasa beli tu takde stok 600gm. So kenalah caj pos tapi murah je sebab ada diskaun shipping. Hehe. Beli vanilla dan chocolate. Lama dah Aqeel tak minum susu vanilla. Sekali tu 1 hari dia bantai minum 15oz. Amik.