Memaparkan catatan dengan label Aqeel Shah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aqeel Shah. Papar semua catatan

Isnin, 17 Februari 2025

,

Sekolah Dah Si Bongsu

Pejam celik pejam celik yang bongsu pun dah masuk sekolah darjah 1. Macam2 persiapan dibuat berbulan2 sebab tanak terbeban. Beli sikit2 ikut bajet yang ada.


Anyway kisah si bongsu nak masuk sekolah ni dah berbulan ya masa masih di tadika lagi. Kita cakap nanti pergilah satu sekolah dengan abang. Cuma abang sekolah pagi dan adik petang. Vice versa sekolah pagi petang masing2. Jumpa waktu pagi, tengahari dan petang balik dari sekolah masing2. 


Dia kira hari bila nak start sekolah. Takpelah kita pun gembiralah sebab dia dah bersedialah kan. Beli barang2 sekolah tunjuk pada dia. Dia pun happy2 la sebab serba baru. Siap opahnya pun belanja bekas pensil PAW Patrol. Bukan murah ye. Nak beg Transformers pun kami belikan..nasib murah sale di Tropicana Mall.. masa tu belum tukar jadi IOI Damansara tau.


Tiba hari sekolah bangun pagi mandi gosok gigi makan sarapan semua ha elok je pergi. Kami berempat naik kereta sebab hari pertama macam2 boleh jadi. Lagipun boleh hantar masuk sekolah. Selepas hantar abang ke SK kita pun ke SRA la. Masuk la hantar dia ke tempat berkumpul. Siap bergambar semua. Muka pun ceria je jumpa kawan sekelas tadika. Ha..abahnya tulis surat ke guru besar minta satukan kelas senang. Lepas tu mereka kena masuk dewan kami pun balik la untuk sarapan pagi. Tup2 rupanya boleh tunggu hingga rehat. Takpela..jadinya ibu kawan dia teman la makan sama2. Ahahaha nasib bagi duit RM3 siap2 tadi. Dia pun beli air sirap dan waffle. Kemain eh. 











Masa jemput dia balik tu dia nampak la kita kat depan pagar sekolah..dia berlari2 anak dengan botol air biru. Dah confused la kita mana datang botol siapa ni.. sebab botol air dia hitam. Rupanya botol air best friend. Dia pun pergi hantar ke kawan tu. Pastu cakap ibu Afiq tunggu sampai balik kenapa ibu tak tunggu. Mana ku tahu nak..ibu penat nak balik aje. Ahahahah. 


Kemudian dah balik rumah bagi makan nak jemput abang dia pulak. Dia pun kenalah pergi SK sessi petang. Masa sampai terus masuk kantin. Abangnya sampai kita bagila makan siap2 bawak nasi goreng ayam dari rumah. Sebab kena tunggu dia ni masuk kelas pulak.. tapi sebab ada perhimpunan dengan guru2 kami pun balik dulu sebab nak hantar abang ke SRA.









Dah hantar abangnya kami ke SK semula tunggu dia rehat pula. Dia dapat air mineral dan roti krim coklat. Tapi dia tak makan..abahnya beli jiwa bawakkan air susu strawberry. Lepas habis rehat kami pun balik.


Dah petang jam 5.25 camtu pergi SRA ambil abang dia. Lepas tu hujan kan jadi kelam kabut sikit. Terus pergi SK semula. Kena ambik dia di dewan sebab guru2 nak lepaskan pelajar naik van dulu. Tiba2 ada seorang ibu ni minta cikgu lepaskan anak dia dulu sebab dia tinggalkan anak kecik tidur di rumah.. eh naya. Dah alang2 tu kami semua dapat ambik anak masing2 tak perlu tunggu semua pelajar naik van balik. Ramai weiii.






Dah ambik beg dia lari2 laju pula cari kereta abah. Dahla parking penuh jadi dah tentu aku pun mula la nak naik angin dengan ini budak sebab dia terus keluar pagar. Dapat tangkap dia ha dia mula buat perangai dahhhh.. tanak pegang tangan..konon dah besar sangat kita ni risau kereta motor van..


Dah akhirnya ajak makan di mall baru dia senyap. Dia menangis ya. Letih la tuuuu..


Ha penat kann kannnnn..

Ahad, 16 Ogos 2020

,

ستله ٣ تاهون بارو ڤريود

 Setelah 3 Tahun Baru Period

Nah...mahu tak terkejut tiba2 datang. Last sekali mestilah sebelum mengandungkan Aqeel..hmmm.
So memang ada aku tanya doktor masa last visit demam...Doc cakap kalau menyusu memangla tak datang bulan. Tapi aku punya kes nak 3 tahun beb..so bila datang bulan ni aku macam beremosi sikit. Dah hari ke-4 lagi la aku macam2 perasaan..dengan sakit sendi nak demam pun ada.

Tak period pening..dah datang period pun pening.

Hari 1st memang takde mood nak masak. So ke rumah mak angkat kat LP8 nak bagi dia bundt kek. Nak balik dia tahan pulak suruh tunggu dia masakkan sup Kerbau untuk kami anak beranak.

Hari Sabtu makan nasi kandaq Kampung Melayu. Cam biasa kirim dengan Mamu beli kat Penang nun. Bayar upah la. Kali ni share beli dengan Reen so ke rumah dia pulak hantar food.





Tapi sebelum p collect nasi kandaq sempat pergi Super Save dan Watson's. Masuk Watson's bawak Aqlan. Kesian kat dia dah lama tak masuk kedai. Aqeel tak bolehla masuk..




Hari Ahad sampai ke Shah Alam masuk Decathlon beli kasut untuk budak2. Memang beli untuk depa je. Aqeel dah lama tak masuk mall apa lagi dia punya lari tu laju mencecet. Puas gak cari kasut sambil nak mengejar budak. Bila dah dapat kasut cepat2 sarungkan kat kakinya supaya dia calm down kejap. Pastu cuba cari kasut lain. Elok dia siap pakai abah dia sampai...depa 2 beranak p tandas..so aku kena cepat bertindak.



Abah dia lak kena jaga Aqeel apa lagi budak tu ajak turun naik escalator la. Masa tu aku cari kasut untuk Aqlan pulak. Aqlan kaki dah besar pakai saiz 30 dah. Aqeel saiz 22 atau 23.
Nak jamu mata pun tak dan. Siap pilih aku terus angkut Aqeel bawak ke kereta. Laki yang settled selebihnya.

Dalam kereta laki cakap kenan satu kasut tapi tak dan nak pilih. Sebab orang pun makin ramai. Kami first time masuk mall dengan anak2 semenjak PKP. Eh Decathlon ni besar gila tak habis round la.




Rabu, 17 Jun 2020

, ,

بروبه سوده بيليق انق٢

Berubah Sudah Bilik Anak-anak

Memang ambil masa nak mengubah. Mula2 nak kena plan. Nak susun atur macam mana. Susunan mesti memudahkan pergerakan anak2 ni. Maklumla seorang 6 tahun. Seorang 2 tahun. So memang lasak. Hari2 dok pujuk Aqlan untuk pindah bilik. Bagitahu dia tak boleh tidur dengan Ibu dah. Aqlan dah besar...dia akan jawab haaaa? Aqlan ni memang manja tak pernah pisah tidur kecuali masa aku kat hospital la..paling2 tinggi dia akan tidur dengan Abah dia. Pastu kang dia cari aku balik. Kadang2 boleh rasa ada jari2 halus lembut dok mengusap tapak tangan aku. Kan syahdu titiber.


Yang Aqeel masih kecil masih menyusu. Tapi nak ajar dia pisah tidur cepat memandangkan dia ada abang so bolehla buat teman. Hmmmm.. boleh ke.. 

Terus terang cakap aku memang nak pisah tidur dengan budak2 ni. Aqlan tu kami dah bagi dia katil lain dalam bilik kami. Tapi malam2 dia akan naik jugak katil kami. Sudah tak muatla jadinya...risau pulak terpenyek. Aqeel kadang masuk buai terus tidur lena sampai pagi. So Aqlan memang happy la boleh peluk2 aku. Adoi manja sangat ni.

Bilik ni sementara je. Bilik ni paling kecik la antara 3 bilik di tingkat atas.  Ada satu bilik lagi ditingkat bawah nak buat bilik pejabat dan belajar. So akan jadi library kecil. Eh tercerita sudah..hahaha..

Dulu bilik ni mentua duduk. Bila mentua dah remarried so mentua dah balik Ipoh duduk rumah sana. So kadang2 bila mentua datang memang beliau tidur di sini. Akibat PKP ni juga maka sapa2 pun tak datang jadi kami pun plan la nak buat bilik budak2 sementara. Bilik satu lagi penuh barang . Tunggu clear baru jadi bilik budak2 dan bilik ni akan jadi bilik tamu la.

So sebelum ni katil disusun dua tingkat, atas tu jadi tempat simpan bantal dan cadar2 je. Memang tak guna sebab seram dekat dengan kipas siling. Tangga pun kami letak ke arah dinding sebab Aqlan suka naik. Risau ahhh..lepas tu adik dia pula lahir..lagila risau. Jadi ada almari mentua, almari budak2, rak buku mentua dan budak2 serta tempat sidai tuala. Ada juga beg2 travel letak kat sini. Kira bilik ni penuh barang kumpul habuk aja. 

Aqlan ni dia suka teman aku tengok rancangan deko2 kat HGTV. So dia suka ubah2, renovate, buat baru dan cantik2 macam bilik hotel. Tengok rumah Rizalman pun dia dah mula plan nak rumah macam tu. Adoi.. InsyaAllah nak, kena rajin usaha la. Jadi sebab nak suruh dia pisah tidur maka aku kenalah come up with this plan. Haha. Satu permintaan dia. I want aircond. Because if not it's gonna be hot. Eeee..mintak kat Abah hang la....dah sedari kecil tidur dengan aircond kan. Haaa amik..

So mulalah aku cari design yang sesuai untuk depa. Warna especially. Nak katun2 ka..roket ka...atau terus LELAKI. Ha aku kalau boleh takmo kena beli ubah deco banyak kali. Duit bukan cop ya. So aku cari yang sesuai untuk boys la. Berlambak je keluar kat Google pastu ke Pinterest.

Macam2 aku kenan..last sekali aku pilih putih dan kelabu sebagai main color. Sebab katil dah warna coklat gelap, dinding warna krim. Memang tak akan tukar cat sebab kami duduk rumah sewa je. Kalau cat terkupas kita cat balik warna asal. So bermulalah cari kat Shopee sampai 2 minggu baru order. Hahaha. Cerewet satu, nak yang berkualiti tapi mampu milik. 

Beli semua dengan lain2 penjual jadi bila tiba lain2 hari. Tapi tak sabar tetap nak pasang walau2 satu2 diubah. So mula2 sampai ialah sarung comforter. Kemudian bedsheet. Pastu langsir. Last sekali baru sarung kusyen sebab dari China. Yang lain Malaysia aje.

Katil disusun begini sebab nak ada ruang untuk bermain.  Memang lagi cantik kalau susun bersebelahan tapi ruang akan sempit

Drawer baju harian. Baju jalan2 hang je. Tunggu laki gantung Mulig Bar IKEA tu.

Budak kecik ni selalu jadi model sebab dia memang suka ikut ke mana sahaja. Untuk katil Aqlan yang dia tengah sandar tu. Katil dia ada penghadang.

Aqlan minta aircond. Ambikla yang portable tu. Hehe sejak duduk Kg. Baru Ampang lagi guna tau. 

Akhirnya langsir sampai. Sekali jenis kain memang sama dengan sarung comforter. Puas jugakla cari..tu jadi lama memilih.

Last sekali sampai gak sarung kusyen. Tapi size 45×45 jadi takde kusyen yang muat. So aku buat kusyen baru. Aku sentiasa ada bahan jahitan ya...


Budak2 ni bukan perlukan kusyen pun tapi aku nak letak jugak bagi lawa.

Warna kelabu dia tak sama kelabu sarung comforter. Asal ikut pallete sudah.

Nak letak hiasan takla..tunggula pindah bilik besar sikit. Sementara tu macam ni ringkas sudah. Tak pening nak kemas. Aqlan tu puas gak hari2 pujuk suruh tidur di biliknya. Dia akan jawab..NO....lembut je pastu terus patuh arahan sebab tanak tidur asing.

Harga Barang2 Semuanya RM141.36 tidak termasuk pos. Kalau pilih poslaju mahal sikit tapi sokonglah...

Cadar RM18 × 2
Sarung Bantal RM7 for 2
Sarung Comforter RM19.80 × 2
Sarung Kusyen RM4.74 × 4
Langsir RM19.90 × 2

Yang lain semua dah lama...

Rabu, 4 Mac 2020

سلامت تيڠگل هوسڤيتل سردڠ

Selamat Tinggal Hospital Serdang

Setelah hampir 2 tahun di sini, doktor paed akhirnya releasekan Aqeel.

Hari pertama lahir dah kena hantar ke NICU. Masuk inkubator. Duduk dalam bilik khas. Satu bilik 2 baby je. Penuh demgan wayar. Tebuk pusat. Masuk wayar dalam lubang pusat. Tebuk paru2 kiri nak masukkan tiub untuk kembangkan paru2. Orang biasa kata paru2 bocor. Doktor kata pneumonia.  (Pneumonia is an infection in one or both lungs. Bacteria, viruses, and fungi cause it. The infection causes inflammation in the air sacs in your lungs, which are called alveoli. The alveoli fill with fluid or pus, making it difficult to breathe.) Mulut hidung pun ada tiub. Nasib aku berpantang tanpa anak 11 hari.

Hari ke 7 baru masuk wad ramai2 baby. Tapi masih ada tiub2 cuma dah takde di pusat. Setiap beberapa jam nurse datang cek. Kena jaundice sebab ditebuk. The feeling is real man..

Ibu harap Aqeel sihat dan membesar dengan normal. Moga2 jadi anak yang berguna untuk Islam, masyarakat dan negara. Jadilah anak yang takutkan Allah lebih dari sesiapa pun di dunia ni.







Overall doktor cakap Aqeel needs protein. Sebab dia kecik. Dia ni pulak ayam tanak makan..ikan pun..telur pun. So kena pandai bagi makan masak style yang dia boleh telan food tu. Nampaknya kenala aku lebih kreatif.

Rabu, 20 November 2019

,

Aqeel Vaccination 18 Months

Aku suka cakap Aqeel dah setahun setengah..tapi orang yang bertanya akan cakap balik ohh 18 bulan..

Sebenarnya aku pun tak ingat Aqeel akan kena vaksin. Aku ingat dia kena follow up je sebab berat badan dia kurang. Doa jugak janganlah kena jumpa pakar nutrisi. Tak larat nak ulang alik..

So sampai klinik awal..ambik nombor masuk dalam pocket beg. Dah masuk ruang menunggu tengok balik nombor 7113..lor jauhnya..

So sambil duduk2 tu adalah 3 orang wanita Cina suka dengan Aqeel ni. Masa ni laki dan Aqlan tak ikut diorang p masjid. Wanita2 ni suka sangat tengok telatah Aqeel. Aku walaupun tak nampak sebab tak pakai spec kan hilang...tapi aku nampak juga riak muka diorang ni. Aqeel pun mesra sangat..haha.

Tak lama laki pun masuk jaga Aqeel so aku duduk dengan Aqlan pulak. Nombor masih belum naik. Ada pulak misi tegur rambut Aqlan. Eh cantik siapa potong, macam mana potong? Aku pun cakap aku yang potong sebab Aqlan takut dengan barber. Misi tanya lagi eh tak pakai mangkuk potong rambut? Sebab elok je bulat..eh takkkkk la aku cakap.. (well hello there aku potong rambut Aqlan dah  bertahun.) Memang kadang tak betul dah macam rambut satu puak tu. Anak aku dia suka gerak2 kan kepala..kalau ko potong kat barber cina depa caj lagi mahal sebab budak tak duduk diam. Last potong rambut dia melalak teruk sambil barber tu ingat kali kedua kami datang..akhirnya dahhh takyah pergi. Baik ibu je potong. Hahaha..esok2 dah besar pergilah barber balik.

Lama2 tunggu laki aku dah lapar. Dia pun ke kafe. Aku pun baru tengok HP ada call dari klinik. Lor sampai diorang call aku tak sedar nombor dah dipanggil ke? Aku pun terus ke depan bilik2 rawatan..biasa untuk saringan ni kan bilik2 pakai langsir je. Ada banyak bilik2 kecil dalam tu. Aku nampak seorang misi terus tanya..dia pun cek kan dengan misi yang bertanggungjawab. Sebab aku dah call klinik balik takde sapa angkat. Dia pun tanya nama anak..aku pun jawab.. dia pun kata eh nombor siapa awak bagi? Nombor awak lain la...lor aku salah tengok nombor? Aku pun cek balik rupanya aku tertukar dengan nombor giliran lama bulan 8 lepas..facepalm.

Masa tu dah jam 4. Kau rasa? Aku tak marah misi pun. Misi pun macam nak defend diri. Aku kata saya tak marah..salah saya la.. saya ok je. Misi yang rawat Aqeel pulak cakap saya call 2.30 lagi dah..ingatkan merajuk dah balik rumah..larr...Aku pun gelak sama2 dengan dia. Terus cepat2 rawat..cek buku..ada ujian sikit..Haha.. kemudian kena cucuk dan jumpa doktor. Ok alhamdulillah misi kata berat dia ok takyah risau so takyah jumpa pakar nutrisi.. legaaaaaaa..



2 hari dah hilang spec

Balik tu kami terus ke Sg. Merab laki ambik popcorn. Sedap weh..1kg RM15 jerrr.. makan la dulu sebab lapar sangat dah...sian anak2. Salah ibu haaaaa.

Upah

RM27 kat Lazada.