رسيڤي سابون چوچي ڤيڠگن جيكا اندا سوكا برجيمت چرمت

Resipi Sabun Cuci Pinggan Jika Anda Suka Berjimat Cermat

Sabun ni dah viral tahun lepas lagi. Ok memang ada yang dah share di IG. Tapi aku was2 nak ikut. So bulan 1 sampai bulan 3 aku masih pakai sabun cecair biasa beli kat kedai. Bantai beli ikut suka laki aku. Laki aku ni memang suka shopping barang dapur. So apa dia beli aku guna jelah. Sampai bulan 4 ni bila PKP masih berjalan dan nak elakkan diri keluar rumah selalu untuk beli barang keperluan jadi aku buatla kali ni.

Resipi asal..


  1. Sabun cecair 1000ml atau 1 liter la.
  2. Air 5 liter.
  3. Garam halus dibancuh dulu dengan air panas.
  4. Campur semua dalam satu bekas kacau2 la.


Resipi aku...


  1. Sabun Sunlight 1 liter
  2. Garam kasar 350gm dimasak dengan 1.5 liter air...memang lama ya nak masak garam kasar kasi cair...
  3. Selebihnya air paip untuk cukupkan semua bahan jadi 5 liter sahaja.


Sebab aku tak ikut resipi asal aku was2 sabun jadi cair.. kalau dah campur2 semua maybe jadi 6 liter dan boleh tahan pakai sampai 6 bulan kata yang share tu. Pada aku ikutla berapa banyak pinggan mangkuk dibasuh hari2. Maybe tak sampai 6 bulan macam dia maksudkan. Pulak2 musim PKP kerja makan je kan jadi kerjanya asyik basuh pinggan.


Ok step by step yang mudah..alahai anak kau pun boleh buat..







Hasil mungkin berbeza ikut jenis sabun cecair la. Kalau yang paling pekat setakat ni Joy. Garam pun kalau guna garam halus aku tatau macam manalah kan...ok bekas 5 liter tu bekas air untuk masuk dalam peti ais beli kat MR. DIY je dalam RM13++. La ni pakai bekas dari kaca untuk bubuh air kosong dalam peti sejuk lagi baik..prefer IKEA.

Review aku...haha..ok semalam masak kek..so bekas2 kek ni kau tahulah dia punya kesan minyak ya ampun kan...tapi bila aku cuci guna sabun buatan campuran ni kan elok je..bersih dan takde berminyak mudah sangat..lagi pulak la ni aku pakai silicone washer tu instead of sponge basuh pinggan scott brite yang selalu diguna tu..dah le mahal kan pastu kalau basuh hat minyak2 mulalah dia melekit rasa nak buang je..tapi guna silicone ni elok pulak. Eh sebab ada bulu2 halus tu pun satu hal membantu sangat...


Nah video air sabun tu..


Nampak je macam cair tapi hasil tip top. Ok sekian review free apa yang elok kita share kan..


رنچڠن يڠ دبطلكن نيتفليق تاهون ٢٠٢٠

Rancangan Yang Dibatalkan Netflix Tahun 2020 (Setakat Ini)

Sumber: JustJared.com


RT (rotten tomatoes)


  • October Faction - RT33% Tamara Taylor (Bones)
  • V-Wars - RT56% Ian Somerhalder (The Vampire Diaries)
  • Messiah - RT44%
  • AJ & The Queen - RT53%
  • Insatiable - RT11% Alyssa Milano (Charmed)
  • Soundtrack -  RT38% Jenna Dewan (Step Up)
  • Spinning Out - RT63%


So kalau dah tengok tu takyah harapla ada kesinambungan. Tapi kalau belum tengok..lega hahaha. Sebab takyah tengok langsung. so setakat ni aku tengok October Faction je. Kadang2 ukuran RT ni betul jugak.

Penguin pun nak tengok TV. Bosan dia eh masa PKP ni.




ليس نيتفليق تاهون ٢٠٢٠

List Netflix Tahun 2020

Currently Watching:-

Voice 16 episodes


Drama polis Korea. Seorang polis ada kelebihan mendengar suara/ bisikan yang membawa kepada penyelesaian kes2.

Just watched:-

Locke & Key 10 episodes


Adaptasi dari komik, 4 beranak berpindah ke rumah mansion lama tinggalan waris. Misteri dan adventure bermula dengan penemuan kunci2. Ok tak sabar nak tengok season 2. Tapi ni cerita 2019..nak filming sekarang musim covid-19 so...takyah harap sangatlah ya. Tapi.....kalau baca kat looper....bersedialah.

October Faction 10 episodes


4 beranak balik kampung untuk majlis pengebumian ahli keluarga. Mak bapak ialah pemburu monster. Anak pulak warlock. Ok cerita ni laki kata kaku. Sabar jelah so takda la harap ada kesinambungan.

هاري ڤرتاما سكتن ڤرگركن

Hari Pertama Sekatan Pergerakan

Tak pernah dibayang akan alami situasi ni. Ni antara sejarah terbesar negara akibat penularan wabak covid-19.

Sedikit recap apa yang kami buat bermula 1 Mac 2020.

1 Mac - Kami pulang dari Awana Genting Highlands. Mandi manda kat pool awam. Kami ke Nasi Lemak Saleha, dan jumpa PS Aishah yang baru je balik dari garage sale Rizalman.

2 Mac - Aqlan ada sedikit hidung tersumbat. Kami fikir sejuk mandi lama2 semalam. Atau sebab aircond. Tapi kami tetap hantar dia ke tadika.

3 Mac - Aqlan ke tadika macam biasa.  Midah, helper yang datang cuci rumah 2 minggu sekali datang cuci2 rumah lebih sikit sebab esok nak shooting. Ada barang2 kena keluarkan dari store.

4 Mac - Aqlan ke tadika, kami ke Hospital Serdang untuk jumpa paed Aqeel. Makan di kedai mamak. Beli nasi ayam di Ikhwan dan donut di bakeri Ikhwan. Petang shooting dengan krew Borak Kopitiam.

5 Mac - Birthday Aqlan ke 6. Abah dja belikan lava kek Secret Recipe. Dan aku makan sekeping kek keju.

6 Mac - Aqlan kena tanam pokok cili. Kami balik Ipoh lepas isyak. Mula2 cuaca elok kemudian hujan lebat.

7 Mac - Sarapan pagi di kedai kegemaran mama. Aqeel kejar kucing. Kemudian ke kedai elektrik, mama nak beli kipas. Then ke Tesco cari kek dan kasut untuk Aqlan dan flip flop untuk Aqeel. Eh aku pun dapat sandal untuk dalam rumah. Sambut birthday Aqlan. Tak ramai pun. 9 orang je. Malam makan laksa dan kak adik masakkan kuew teow.

8 Mac - Makan nasi mama masak. Siap bekalkan macam2. Pulang ke BK. Singgah solat di R&R Subang. Singgah rumah Jija hantar lauk mama kirim.

9 Mac -  Aqlan ke tadika macam biasa.

10 Mac - Rombongan tadika sepatutnya ke kilang Dominos dan Beryls dibatalkan. Aqlan ke tadika macam biasa dan lupa hal rombongan. Semua dah bayar tau. Postpone. Malam, dah tukar cadar cantik2...Aqlan muntah. Kami rasa perut dia kosong kemudian dia makan dah lewat jadi dia muntah banyak. Tukar cadar malam2 buta. Nasib Aqeel tidur dalam buai.

11 Mac - Aqlan ke tadika macam biasa. Dia macam takde sakit.

12 Mac - Aqlan ke tadika. Malam dia terbatuk2. Tidur atas sofa dalam bilik kami. Sekali dia muntah kahak. Aku tidur nyenyak. Tahu2 je laki dah settledkan semua.

13 Mac - Aku fikir Aqlan tak perlu ke sekolah. Tapi dia memang takde demam. Dia sihat happy2 aje. So dia ke tadika. Hari Jumaat kan balik 11.30. Lagipun hari ni ada pemeriksaan dental di sekolah. Bawak cawan, berus dan ubat gigi.

14 Mac - Laki cuba beli lauk dari dalam MAEPS. Kedai tutup. Jadi kami ke Ikhwan Putrajaya, beli lauk. Kemudian ke Watson's nak top up toiletries.

15 Mac - Beli kuih di Mimpi Muor. Kemudian casting untuk Aqlan dan Aqeel di Misi Talent. Gary nama owner. Photog dia nama Karen. Settled kami ke rumah Jija dia ajak p collect medal unicorn run. Dah kena batal so ambik medal je. Makan laksa, kuew teow sup. Lepas isyak balik.

16 Mac - Aqeel turns 20 months. Yeay. Laki kena kerja dari rumah sebab bos dia nak buat cleaning ofis because of covid-19. Laki ke dobi cuci alas sofa dan beli barang dapur. Maghrib kami ke rumah Jija. Mama datang singgah dari Johor. Ada kenduri kawen di Pasir Gudang. Makan pizza. Mama tidur di rumah kami.

17 Mac - Laki masih kena kerja dari rumah. Mama balik Ipoh jam 8 pagi.

18 Mac - Arahan sekatan perjalanan bermula sehingga 31 Mac.


سميڠگو ده برلالو

Seminggu Dah Berlalu Keluar Cerita Koleksi Tin Di Rancangan Borak Kopitiam TV3



Siapa yang ada tengok Borak Kopitiam Jumaat lepas? Aku? Harusla tengok mula sendiri...walaupun rasa aneh. Hahahahaha.. salah satu aneh muka masuk TV, satu nak dengar suara sendiri, satu lagi nak tahu editing akhir macam mana..yelah shooting 2 jam..sekali aku cakap mesti keluar 2 minit je. Sekali betul kau...hehehe..


Cerita kita picisan je, tapi dalam group adik beradik family aku dan mentua jadi havoc kejap. First family keluar TV. Hahaha. Yang kawan2 pulak lepas keluar TV tu depa dah mula panggil retis la artis la. Eh geram pulak aku. Tapi bila aku cakap habis semua orang keluar TV tak kira penjahat pun retis? Apa lagi kawan tu terus balas tu kategori lain. Macam2 la aku kena bahan.. pastu aku pun dah geram aku pun ambik kesempatan la..ha kannn...nak sangat.

So laki aku paling happy. Aku sebenarnya akan reject je proposal ni kalau laki aku tak approved. Sekali dia yang super excited. So dia asyik panggil aku artis..kemudian mengusik aku banyak hari sampai last2 aku guna kuasa " artis" ni...ha sila bawa aku ke sana...aku nak benda tu.. aku nak beli..hahahahaha..so dia pun melayan, sebab masih hot kan.. masih panas kita layan permintaan artis. Haishhh tak tahu nak habaq laki aku ni bila datang angin mengusik dia... adik beradik aku pun pernah terkena dengan dia.

So yeah aku akan share la gambar masa shooting. Sikit2 sudah eh kalau banyak pun takpelah kan..aku maybe keluar sekali je kat TV. Hahaha. Bak kata blogger lain yang aku jumpa kat event Asmak, u dari mana tak pernah nampak. Hahahah duduk semeja dah last2 nak habis event baru bercakap. Tu pun sebab aku ajak diorang p cari budak2 yang masuk pertandingan mewarna. Aku ni tak pernah pergi event as a blogger. Dan blog pun sendu je. Rasanya aku memang tenggelam la..hahaha..anyway sapa nampak aku tegurla. Memang muka aku sombong. Matik. Tapi maybe akan menyesal bila berbual dengan aku sebab tiba2 aku bercakap banyak (ini testimoni kawan2 UKM). Kalau aku selesa la ya.. apa2 pun chill2 sudah. Aku pun dah nak 43, 24 Rejab ni. Eh tiber..

Ok baju ni beli masa tahun 2013 ke 2014 lagi. Pregnantkan Aqlan, nak attend kenduri kawen, so beli la senang nak sarung takyah iron. Aku takde masa nak fikir baju lain sebab baru balik dari Hospital Serdang..iron tudung pun malam sebelum shooting siap2.

Jemputla masuk rumah kami yang mesra kanak2. Karpet pinjam kawan baik laki punya. Ingat karpet masuk TV juga. Hahaha.

Masa ni Ainin nak aku berlatih sebelum interview. Jadi ada soalan2 yang aku kena jawab. So bukanla masuk gambar tin je.









Laki aku cakap, aku seperti seorang professional. Bercakap langsung takde gentar. 

Hasil tangkapan anak bujang

Aqeel tidur masa ni..nyenyak dalam buai.

Photog in making






Amacam tak nampakla perut buncit tu kan

Nasib ada lagi barang mekap. Malas dah nak mekap2 ni ha..

Puas Ainin nak bercerita. 



Sebelum balik jamu depa donut gula dan air sejuk je. Aku nak buatkan air diorang tanak. Panas..maaflah ya..kami aircond tak pasang kat living hall.

Tu bukan rumah kami ya

Ni pun bukan rumah kami. Sukati diorang park depan rumah jiran. Hehe.


Ibu..it's TV3..yeahhh


Seronok lepas shooting? Baru tahulah shooting tu macam mana. Laki aku berceritalah dia pun dulu ada berlakon iklan tapi untuk luar negara. Gitew..patutla suka orang TV datang.

Yang pasti, krew ni best. Very professional. Ah harusla..dah jadi photog 20 tahun sorang tu..sorang lagi 16 tahun. Ni bukan kerja main2 ya. Tapi...sempat lagi sebelum balik Rudy tu cakap, " Akak suka masak ya"
Hahahaha..ko sempat melilau mata tengok dapur aku ya..bersih tau cuma memang banyak alatan memasak. Open shelves ok.




اسمك گرند اوارد ٢٠٢٠

Asmak Grand Award 2020

Bertarikh 29 Februari 2020 yang lalu, Asmak Grand Award 2020 yang bertemakan "We Are Family" telah berlangsung di Dewan Wawasan 2020, Awana Genting Highland Golf  & Resort bagi menghargai usaha dan kerja keras ejen-ejen Asmak.


Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat pada jam 2.20 petang disusuli dengan makan tengahari.


Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan dari dif-dif kehormat. Susana majlis berjalan dengan amat santai dimana tetamu-tetamu diminta terus menambah makanan yang tersedia. Rasa kekeluargaan yang kuat di antara ahli-ahli yang hadir amat terasa.

Ucapan dari CEO Asmak, Puan Nor Fazilah Abd Mohd

Ucapan dari Penasihat Asmak, Tuan Sahar Sahad






Bagi meraikan ejen-ejen yang mencapai tahap jualan tertinggi, pihak pengurusan Asmak memberi penghargaan sesuai dengan kerja keras yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2019. Ejen-ejen terpilih juga memberi sepatah dua kata semangat kepada ahli-ahli yang hadir.







Kemuncak hadiahnya merupakan percutian ke Bali yang ditaja sepenuhnya oleh pihak Asmak amat memberi makna kepada pemenang-pemenang dan diharap menjadi dorongan kepada ahli-ahli lain untuk bekerja lebih keras pada masa hadapan.


Penyampaian cenderamata untuk dif-dif kehormat







Penyampaian anugerah khas.


Selain dari penghargaan kepada ejen-ejen, majlis kali ini juga dimeriahkan dengan pertandingan gaya fesyen dan pertandingan mewarna untuk anak-anak ahli yang hadir.










Acara terakhir ialah cabutan bertuah berasarkan nombor yang diberikan kepada tetamu-tetamu yang hadir.


Lagi gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung.
















Majlis berakhir dengan jayanya pada jam 6 petang.

Info Syarikat:

Asmak ialah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk berasaskan herba dan bahan semulajadi sebagai pilihan alternatif.  Misi mereka ialah membantu masyarakat dan sejagat, meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan, menjadi sumber membekalkan produk kesihatan yang selamat dan berkualiti kepada masyarakat serta mewujudkan peluang-peluang yang melahirkan usahawan bebas kewangan demi mensejahterakan kehidupan.