In Review

Spring BB Foot - Foot Peeling Mask

dah lama beli benda ni tapi baru je pakai....sejak dah hampir habis kemas rumahlah. ermmm tumit kaki kematunya hoii...laki tersentuh terus jerit...adoiiiii..



berbeza dengan Cosway, pek ni semata2 hanya mask kaki disediakan. kalau beli dengan Cosway, ada disediakan krim losyen untuk kaki sekali. sebab lepas dah pakai kenalah rajin pakai losyen kaki ya untuk mengekalkan kulit lembut tu.


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Family Birthday

30 January 2016

selamat hari lahir ke-50 untuk kak pa. tahun lepas baru dapat menantu pertama. tahun ni dapat cucu kot....Insyaallah.


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Food Tree Factory, Bandar Kinrara

saja nak try cafe hipster kat area Kinrara. aku tak taulah Bandar Kinrara lain ada tak kafe camni. ni dekat Bandar Kinrara 5 or nak cepat orang panggil BK5 je...

dekat sangat dengan Giant BK

menu yang kami makan..

Green Goblin RM12

aiskrim, soda dan pewarna hijau

Aqlan punya Mac & Cheese portion for kids but banyak RM10

Churros..pheww RM8. sedap gila tapi tak cukuplaaa

dia makan spaghetti aglio yang pedas gila. ada 2 keping roti RM15. agak sedikit jadi tak sempat ambil gambar dah kena ngappp. Cold Jasmine tea dia RM6


ni topi sejak baby. RM7 je kat H&M.

masa bayar diorang tanya food camner semua..aku jawab selamba je...

"food sedap tapi portion sikit. suami saya tak cukup makan kami nak kena top up." mereka pun gelak2. jangan gelak2 je dikkk ko kena ambil kira juga tau. aku bayar semua RM51.

siapa yang kebulor gila maybe kena ambil 2 hidangan baru cukup. ataupun 3 course meal la. appetizer, main course & dessert. semua ada wehhh..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Projek

Shawl banyak tak pakai dah. Sebab kelam kabut nak pin semua tak sempat dengan anak yang sedang lasak dan perlu perhatian.

Kadang pakai juga bila ada kenduri ke or jumpa my girlfriends. Tapi bila dah dukung anak, dia tarik2 pulak eiiii angin kejap mak kau ni haaa.

Sudahnya aku nak buat semua shawl yang sesuai jadi segera dipakai. Pelik2 sangat aku tak retilah. Aku pun tengok orang lain buat aku cuba sehelai dulu la.

Ada juga orang berniaga untuk pattern tudung. Ha yang ni aku tak beli. Aku buat taram ikut saiz shawl segera Hijabiza.

Kain banyak jenis dan banyak potongam yang berbeza2. Jadi aku nak menjahit yang potongan half moon, butterfly dan straight dulu. Yang hujung 2-2 bucu bulat aku tak boleh nak berfikir. Sebab semua projek pinkan dulu dan trying jahit hanya boleh dibuat after jam 12 malam. Senang Aqlan dah tdo. Kalau tak, dia sibuk nak berdiri atas kerusi yang aku sedang guna untuk menjahit.

Mengantuklah mak aiiii...ada 15 shawl nak jahit esok jelah sambung..gila mengantuk tapi gigih kan. Camner la yang buat bisnes tu ek bersengkang mata. Gigih jugak aku blog kan. Hahahahaha.

First trial tak boleh saiz muka dalam sama dengan luar. Nampak buruk. Saiz muka aku 10 inci.

Saiz muka luar akhirnya aku buat 12 inci. Sedang elok tapi boleh kecilkan 11 1/2 kot.

Aku dah tetas dan jahit balik. Ok shawl ni adik ipar beli kat Indon. RM6 je dia kata. 

Macam2 kaler dah. Benang aku kaler pun tak banyak..hurmmm ada harapan pergi kedai alat jahitan. Yang aku nampak kedai Singer la kat Giant tu.

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

Green

sekarang aku layan minum green tea Anis Coffee. aku tak tahulah jika ia adalah pengeluar sama bagi Anis Chocolate Moist Cake tu. rasanya sedap. layannnnn..

RM6. pita pengukur sebagai ukuran. besar betul bekas air ni puas minum.

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

ATM Drive Thru @ Petronas Kota Damansara

first time aku tengok atm drive thru. jadi aku agak jakun sikit. siap suruh laki posing. memang masa tu dia nak ambil duit.

mula2 pergi Petronas sebab nak pergi drive thru A&W nak beli Float. ko tahu jelah rasa float tu nikmat kot minum musim panas macam ni...

lepas tu dia kata nak keluarkan duit. tapiiiiii..dia tak parking kereta dan terus je. rupa2nya boleh drive thru.

okay jugak idea ni selamat pun. hehe.



Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In Family Birthday

25 Januari 2016

Selamat ulang tahun ke 26 untuk anak saudaraku Imran. Ini salah seorang anak buah yang masa kecik aku kena jaga masa cuti sekolah. Manja nau sampai aku dah kawin baru la tak terlentok kat aku.




Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Baby Room Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya

Hari ni first time ever pergi Atria. Jangan tanya kat mana sebab masa on the way ke sana aku tidur. Alih2 dah sampai dan sangat besar ok.

Benda penting...tentulah baby room. Cuma kali ni aku tak guna aku masuk tengok dan snap picture supaya senang next time tahu kat mana.

Kalau ikut peta lokasi, setiap tingkat ada baby room di area yang sama. Katakan pada pintu masuk utama Atria,  baby room ialah disebelah kanan. Jadi setiap tingkat sama la lokasinya.

Baby room ni kecil sahaja. Tapi selesa dan bersih. 1 baby je boleh masuk untuk tukar lampin. Kalau nak masuk adik beradik mak tok nenek tak muat. Takde air panas pada tingkat 1 yang aku masukla.




Sofa ni depan tempat tukar lampin dan sinki tu. Kan kecil..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Atria

Mallhoping tak pasal2 sebab tak pernah datang. Tujuan datang sebab adik ipar nak shopping jualan murah Doroty Perkins la up to 70%. Aku masuk jugak. Paling murah RM19. Tapi singlet la. Hahaha. Aku dah pegang sehelai pastu letak balik. Orang dah tak kerja memang macam ni. Kalau kerja setiap bulan nak beli baju kerja.

Besarnya Atria ni. Segala kedai ada. Chances nak datang balik tu ada. Mostly kat sini yang datang shopping ialah bangsa Cina ya. Tapi kami tak kisah. Luasnya anak aku berlari-lari seronok sangat. Panjang macam IOI City Mall. Tapi kemudahan more better that IOI la. Wa cakap lu. Eskalator dan lif banyak. Baby room setiap tingkat. Dan sekarang ni popular betul Playground indoor kan. Haaa harganya..  RM35 weekend dan RM25 weekdays. Tapiii itu untul bawah 2 tahun ye. Sila baca betul2. Atas 2 tahun lebih mahal.






Disebabkan mengantuk aku tak hilang jadi lepas shopping, balik. Gila ah pas isyak aku nak terus tidur je. Itu kata aku kat laki. Dengan budak Aqlan aku paksa tidur. Jadi laki pun dengan gembira keluar bilik main2 dengan Unifi dia tu. Pergh laju gila upload gambar okay. 30mb katanya. Haha tujuan asal dia nak amik 50mb aku kata tak payah. Kalau nak upgrade nanti free je. Maklum 4 orang je duduk serumah tapi guna internet dan data 24 jam.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Sarapan

Disebabkan aku hanya tidur dengan lena 1 jam je semalam, minum teh tarik dan mengemas dapur kemudian main game punya pasal, aku ajak laki pergi srapan di gerai Mak Jah di Ampang Jaya. Jauh la dari Puchong kan nak ke Ampang. Hahahaha.

Aqlan pun bangun. tukarkan lampin je sebab sejuk sangat nak mandikan dia. jam 8,12 camtu kami dah tiba Ampang.

kotormya tingkap kereta kann..

dah kena lap sikit dengan air...tengokla awan macam gelombang besar datang dari jauh nak makan kita

aku order lontong. laki tapau lontong dan serawa durian. Aqlan masih tidur dipangku dia. beli sedikit kuih-muih dan mee goreng untuk mak. cadang nak lawat mak lepas makan. lama dah tak jumpa rindulah...

sampai rumah mak, mak pun dah siap masak untuk lunch. disebabkan aku datang tanpa bagitahu semalam jadinya dia masak pun untuk dia dan abang Lut je, aku tak kisah pun sebab aku memang nak balik awal. sudahnya aku lena jap atas kerusi. haha layan ngantuk weh.

lepas bangun terus ajak laki pergi tengok rumput kat Sungai Buloh. anak aku lah paling happy dapat tengok ikan, ayam dan pokok2. actually dia suka tengok ikan dan ayam la... siap sentuh2. sabar jelah kena patuk dek ayam lagi. bukannya dia nangis pun. buat lagi ada. menahan je kan..

kena tangkap sentuh air

boqqq boqqq boqqq boqqq boqqq

dah usha2 harga kami pun balik. aqlan marah la tak habis tengok. hahaha.

aku mengantuk weiii...

tapi siap bagitahu laki eh you...sale Harvey Norman ada lagi tau kalau you nak beli tilam lipat. hamikk..laki aku jom aje.

kami pun pergi Citta Mall dan terus pergi Harvey Norman. tilam tu depan2 pintu masuk je. ambik satu je. senang kalau sesiapa nak datang tidur nanti. kemudian merayap2 takde tujuan kat bahagian elektrikal. terus nampak mixer guna tangan yang aku nak sangat tu. aku tengok2 eh eh ada mangkuk la aku tak mahu..sekali pergi tengok bawah sekali ada mixer sahaja terus aku ambik. aku pun peluk. dan tiba2 ramai pulak orang datang kat rak tu. dan ada mata yang eyeing kat barang yang aku dah ambik. apakah dia harap aku letak balik? sebab dah habis stok. aku ambik tadi tu pun dah last. hahaha memang tidakla aku letak balik...

RM139 dari harga sebenar RM189

Harga RM228. harga sebenar tak ingat berapa tapi kami untung dalam seratus lebih kot.

kemudian laki tanya nak pergi Double A Cafe tak? aku terus nak..sebab nak tengok kek yang aku suka tu...malangnya takde...2x dah pergi, takde...ermmmm...

balik jelah....

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Tukar!

Hari ni ada 3 benda besar yang ditukar. Penting untuk kebahagiaan penghuni rumah ni.

Pagi2 dah datang tukang repair atap bocor. Oh rumah ni bocor dah bertahun2, bayar sewanya sama jugak. Aku tak tahu dah berapa tahun bocor tapi sejak aku duduk rumah 24 jam ni memang aku geram je dengar air titis masuk dalam bilik master bedroom kami. Satu lagi kat area family room tingkat sama master bedroom la. Itu lagi haru sebab si tu ada meja yang diletakkan album gambar. Lagi satu kat depan pintu masuk rumah.

So orang yang datang baiki diupah pemilik rumah. Laki cakap dia nampak bilnya RM500. Kalau laki aku kena bayar memang aku marah. Hahahaha.

Pasal kebocoran ni aku memang bising dah lama. Laki aku ni tak suka orang asing masuk rumah kami. Yelah siapa suka kan? Tapi sampai bila kami nak hadap bocor. Masa bulan Disember musim hujan berapa kali anak aku jatuh tergelincir depan pintu bilik. Menambah angin aku je.

So memang lega lepas dah dibaiki sebab petang tadi hujan lebatnya ya Allah. Siap guruh berdentum bagai.

Kemudian datang pula pembaiki aircond. Yang ni laki kena bayarla. Sebab sendiri yang mahu kan. Ini pun tak pernah diservis sejak Aqlan dilahirkan. Aircond tu dipasang pada hari MH370 hilang. Yang ni kena caj RM180. Aircond 2 hose power...gas pun dah nak abis. Amik ko. Sekali bila dah settle..on kan aircond sejuknya.....dengan kipas lagi pasti tambah hujan lebat..aiyyyy memang sedap tidur peluk anak yang berbantalkan lengan kita.

Pada masa aircond disenggara, tukang pasang Unifi pun sampai. Hah dia nilah paling lama duduk kat rumah kami. Tarik wayar. Cari port bagai. Upgrade yo dari Streamyx 2mb ke Unifi 30mb. Meletup la streaming youtube kat segala alatan gajet dan TV. Senang sikit aku nak main game Rayman Adventure. Haha. Tengok rancangan under Unifi pun best. Cantikla. Ipad tengok Youtube semuacam streaming HD je. Yang ni tak bayar apa2. Tapi bil internet makin naik. Dannnn..kami ada nombor telefon rumah sekarang. Dulu ada je, aku suruh laki cut sebab tak pernah guna dan  bayar tak pernah miss. Haiii pembaziran. La ni aku duduk rumah takpalah kan.

Pagi ni breakfast cucur bilis+taugeh. Lunch makan nasi bawang lagi. Kesian laki aku tak merasa makan semalam. Sekarang adik ipar temgah masak sup ayam dan laki pergi kedai mamak cari kari dan teh tarik.




Syukurlah. Laki aku menarik nafas lega sangat2. Banyak lagi plan hujung minggu kami. Especially bila masuk bulan 3 ni.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

RESIPI Nasi Bawang

Ini ikut sukatan akulah. Sebelum aku lupa. Tapi first time masak dah sedap cuma kurang garam. Aku memang masak selalu kurangkan garam. Gula memang aku tak pakai.



Idea nak masak nasi bawang ni bila aku tengok IG Dee Jangan Ketawa tu post pasal nasi ni. Terus terliur dan nak buat sejak sebulan lepas.

Ada macam2 resipi aku jumpa di internet. Tapi aku pilih yang paling mudah bahannya. Aku kan tak kuasa nak lebih2.

Untuk testing kali pertama...


  1. 1 pot beras (ikut cawan periuk nasi) basmati Faiza dibasuh dan ditoskan 
  2. Bawang besar 2 biji dihiris..banyaknya bawang bersamaan dengan sepot beras tulah. Bawang besar aku guna saiz sederhana, sebab tu 2 biji
  3. Bawang putih seulas dihiris
  4. Halia 1 inci dihiris
  5. Air. Ni tricky sikit. Kalau satu pot nasi, air mestilah pada ukuran nombor 2 pada garis periuk nasi..kalau tak nanti nasi tu keras..which is aku memang tak suka nasi keras kering
  6. Bunga lawang 1 kuntum
  7. Buah pelaga 3
  8. Kulit kayu manis 1
  9. Creamy butter 1/10 dari saiz 250gm untuk menumis
Patut ikut resipi asal ada daun pandan tapi aku takde stok. Patut tanam je kan..

Step by step

  1. Cuci beras dan toskan
  2. Panaskan periuk dan cairkan butter
  3. Masukkan bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
  4. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia
  5. Kacau sampai wangi
  6. Masukkan beras kacau sama rata
  7. Pindahkan ke periuk nasi automatik dan masukkan air
  8. Bubuh sedikit garam 
  9. Tinggalkan biar dia masakla..kata periuk nasi automatik
Makanla dengan apa2 lauk pun. Sebab nasi ni makan macam tu je pun ok.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Baby Room Alamanda, Putrajaya

dah ada anak perkara paling penting bila pergi shopping mall ialah baby room. kat situlah bilik air kedua ya. budak tu tak suka atau kita pun tak suka..kena terima dan guna kalau dah terpaksa. takkanlah nak ke hulur ke hilir dengan bauan yang kurang menyenangkan..

so 12 Jan 2016 aku pergi Alamanda. anak aku muntah. yer...nak tanak kenalah cari baby room. tapi aku dah lap dia siap2 atas stroller masa dalam kafe lagi. sebab aku tak mahu on the way ke sana ada yang pandang tengok anak aku baju dia kotor dan berbau. tisu basah memang wajibla bawak ke mana2 pun haiii..

ini first time aku guna baby room Alamanda. aku tak tahu sebelum ni rupa dia macam mana. tapi bagi aku....aku happy gunakan bilik ni. bersih (maybe sebab weekdays...takde orang pun..kami je yang guna masa tu).

pintu tekan automatic sliding door akan terbuka dan tertutup bila kita masukla.

large basin memang terbaikla. depannya tandas untuk parents dan anak

tempat menunggu luar dari bilik basin tadi

bilik menyusu

tempat tukar lampin. takde kain ya. silalah bawa alas sendiri. lebih bersih kan. takde keraguan.

i am happy

Read More

Share Tweet Pin It +1

8 Comments

In

Alteration

sejak mesin jahit dipasang aku masih buat dekk nak menjahit, laki bising seluar dia dah berbulan tak alter. aku pulak selamba mintak upah. hahaha. kami memang macam gini. mata duitan sesama sendiri.

katanya dah masuk akaun bank tak tengok ke??? duit nafkah selalu dapat cash kali ni masuk bank plak....memang aku malas sikit guna cash. dah terpaksa baru aku guna. most of the time debit card je.

so aku pun alter la seluar laki. dan dia pun happy. dan ada beberapa lagi...tunggu untuk diambil ukuran je. maka jimatla belanja alter. kalau tak terbang RM30. ye dia suka pergi kedai macam Za Altera tu...harga alter dia.....boleh bayar sewa bawah The Curve dan seumpamanya.

tapi aku alter baru noob je. aku pun alter beberapa pakaian aku especially seluar dan skirt yang labuh sangat masa beli. tak pakai2. dah alter baru rasa nak pakaila kan.

disebabkan mesin jahit aku ada 80 jenis stitches, aku sukala nak bereksperimen. seluar aku yang kat kaki tu memang jadi bahanla. seluar laki aku tak buatla. kang kena bahan lak laki aku.

tetas sebab getahnya amat mencengkam pinggang. dah gemuk kan...haha


jahitan biasa je. ni first kain aku alter setelah sekian lama beli.


jahitan asal seluar sebelum kena alter

Lepas dah alter sukati aku je nak jahit corak apa. Ni tahun lepas lagi dah beli. Lama dah berbulan.

next alteration aku ialah nak jadikan shawl aku express shawl. aqlan kalau dah tarik tudung aku....ermmm memang senget benget la jadinya...geram ye...sabar jelah. anak kan..

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

Weekly Popular

Comments

Cerita Lain-Lain