Memaparkan catatan dengan label Baby. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Baby. Papar semua catatan

Rabu, 24 Oktober 2018

Baby Had Been Kissed..Again

Terjadi Isnin lepas. Dalam perjalanan suami pulang ke rumah. Selepas siap2 dia tapau makanan untuk ahli2 keluarga. Malang memang tidak berbau. Ia cuma perlukan kesabaran.


Hari ni kereta dah masuk bengkel. So suami pun dapat la kereta lain sebagai ganti sementara.


Imbas balik kali pertama kena langgar Oct 2008. Masa tu baru 5 bulan pakai kereta..senang2 diri tunggu kereta depan membelok kita pula rasa hentaman yang amat kuat.

Kali kedua puh tunggu trafik light bertukar hijau. Tiba2 kena langgar dengan motor. Koyak sikitla...masa tu 1st anniversary kahwin dan tengah mengandungkan Aqlan. Suami yang bawak..kita kat depan nasib tak terlanggar perut tu ke dashboard.

So inilah kali ketiga...sedih? Entahlah masa ni suami yang bawak..orang yang langgar tu pulak tengah sarat mengandung. Terhentak ke stereng. Lagi 6 minggu nak beranak. Kesian kata suami kerana apabila suami pemandu tu tiba, dimarah pula isterinya tu.

Apa pun kami claim la insurance dia. Dia report atau tidak, sebab kami dah report..tak kuasa nak baiki kereta dengan duit poket sendiri.

Khamis, 11 Mei 2017

Settle Tukar Nama Di Geran Kereta


Hahaha kelabu asap je gambar. Tulah gambar curi2 ambil.

Dah cop batal loan bank untuk Baby. Buat kat JPJ Bandar Manjalara. Takde orang sangat pun.

Sebelum tu jumpa mak sat..mak nak p duduk rumah kak Ma kat KT nun. Bagi mak sedikit ole2..mak pun bagi kita ole2 balik. Hehe..

Balik rumah cuci kain 4 round..maklumlah cuti panjang bawak balik baju busuk dan baju busuk sedia ada sebelum bercuti.

Muka dah merah terbakar sikit..memang tak pakai apa sunscreen pun masa di Langkawi. Punyalah malas..just spray face mist dan pakai bedak..ko ingat cuti2 ni nak melawa sangat ke...memang la nak melawa tu pagi je..lepas dah solat zuhur..memag hilang semua..hahahaha..

Cerita Langkawi memang akan ke tarikh ke belakang...dok buat draft je tapi satu gambar tak upload. Nak kena pilih guna PC la. Besar sangat saiznya..

Jumaat, 5 Mei 2017

Happy Birthday To My Baby!

Baby ialah nama kereta aku. Ok 9 tahun dah umur dia..dulu2 aku yang drive dia. Tapi sejak 5 tahun lepas sugarbaby yang drive dia. Hahaha..muntah ijo..😄😄😄

Banyak jasa Baby ni. Tujuan asal beli pun untuk memudahkan nak bawa ahli keluarga ke mana2. Kenapa bukan jenis Kancil ke Kelisa kan...sebab masing2 punggung lebar. Ok diam. Lagi satu aku suka seat belakang boleh turunkan..mudah bila nak pindah randah barang. Hahahaha.

Masa bujang berjalan2 dengan mak sampai ke Kuala Terengganu, Pulau Pinang, dan Melaka.

Jalan dengan kawan2 pulak sampai ke jeti nak ke Pulau Perhentian melalui jalan Kuala Lipis-Merapoh-Pasir Putih. Fuiyoo masa tu memang menguji skil. Bawak malam pulak tu..

Tapi bila dah dengan sugarbaby ni dia sampai ke Johor Bahru. Sampai Kedah. Nasib tak sampai Singapura.

Kenapa sugarbaby? Sebab dia yang bayar maintenance Baby. Bayar petrol. So Baby tu dah digula2kan sampai aku pun dia tak berapa nak kawan. Aku nak drive pergi KD sorang2 pun tanak bagi.. asyik fikir yang bukan2 je..Helo ni my first baby tau!...

Hari ni juga baby kandung dah 3 tahun 2 bulan. Amboi pagi semalam naik baby pusing taman je siap cakap kat aku Goodbye Ibu. Amboi ko...

Excited.

Ni baby jugak ke?haishhhh