Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mac 2020

, ,

اسمك گرند اوارد ٢٠٢٠

Asmak Grand Award 2020

Bertarikh 29 Februari 2020 yang lalu, Asmak Grand Award 2020 yang bertemakan "We Are Family" telah berlangsung di Dewan Wawasan 2020, Awana Genting Highland Golf  & Resort bagi menghargai usaha dan kerja keras ejen-ejen Asmak.


Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat pada jam 2.20 petang disusuli dengan makan tengahari.


Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan dari dif-dif kehormat. Susana majlis berjalan dengan amat santai dimana tetamu-tetamu diminta terus menambah makanan yang tersedia. Rasa kekeluargaan yang kuat di antara ahli-ahli yang hadir amat terasa.

Ucapan dari CEO Asmak, Puan Nor Fazilah Abd Mohd

Ucapan dari Penasihat Asmak, Tuan Sahar Sahad






Bagi meraikan ejen-ejen yang mencapai tahap jualan tertinggi, pihak pengurusan Asmak memberi penghargaan sesuai dengan kerja keras yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2019. Ejen-ejen terpilih juga memberi sepatah dua kata semangat kepada ahli-ahli yang hadir.







Kemuncak hadiahnya merupakan percutian ke Bali yang ditaja sepenuhnya oleh pihak Asmak amat memberi makna kepada pemenang-pemenang dan diharap menjadi dorongan kepada ahli-ahli lain untuk bekerja lebih keras pada masa hadapan.


Penyampaian cenderamata untuk dif-dif kehormat







Penyampaian anugerah khas.


Selain dari penghargaan kepada ejen-ejen, majlis kali ini juga dimeriahkan dengan pertandingan gaya fesyen dan pertandingan mewarna untuk anak-anak ahli yang hadir.










Acara terakhir ialah cabutan bertuah berasarkan nombor yang diberikan kepada tetamu-tetamu yang hadir.


Lagi gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung.
















Majlis berakhir dengan jayanya pada jam 6 petang.

Info Syarikat:

Asmak ialah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk berasaskan herba dan bahan semulajadi sebagai pilihan alternatif.  Misi mereka ialah membantu masyarakat dan sejagat, meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan, menjadi sumber membekalkan produk kesihatan yang selamat dan berkualiti kepada masyarakat serta mewujudkan peluang-peluang yang melahirkan usahawan bebas kewangan demi mensejahterakan kehidupan.



Sabtu, 14 Disember 2019

,

Ke Kenduri Kahwin Anak Kawan Blogger

Kemahen kan tak pernah berjumpa secara berdepan, tapi sebab teringin nak jumpa jadi acara kenduri kendara la paling mudah.

Jemputan majlis kahwin anak kawan blogger ni melalui WhatsApp je. Terus nak pergi pasang niat awal2 lagi nak jumpa Aishah. Memang takkan dapat berbual lama sebab dia dan suami nak kena melayan tetamu jadi kami sampai2 je salam2 je dulu. Pastu terus pergi makan. Ehehehe.

Aku makan nasi 2 senduk

anak bujang makan nasi dan keropok sahaja

Yang ni makan seronok dulu pastu baru nasi

Well hello nak masuk 2020..tahun depan dah nak 43.


meja makan kami terbaik. Ehehe..



Kek pengantin. Sedap.



Air teh tarik dia...tak dapat dihabiskan.

Aku asyik makan kek red velvet. 3 keping.

katerer ni biasa nampak kat tepi lebuhraya iklannya terpampang besar


Desserts lagi...Aqlan suka cheese tart. Siap tak habis angkut bawak balik apa ada dalam pinggan..dah kenyang sangat.

Perjumpaan blogger sendu. Ahahahah gambar ditangkap encik zcat.


Kena photobomb sikit dengan suami Aishah. Maaflah tak ajak join bergambar pulak. Dah terover bergambar dengan mak pengantin.


Amik kau Aishah tak tahan gelak.  Dia kata aku selsema ke..aku cakap tadi makan banyak pedas kot..sedap..pastu dia balas aku caj ya.. aku pun selamba cakap eh tadi aku dah bagi duit tau. Hahaha

Ha Kan.. aku ni memang cakap direct. Tak reti sangat cakap berlapik  8 lapis. Semoga ukhuwah yang berjalan diberkati Allah. Kalau ada Suzie ni aku taktahu apa pulak inti perbualan kami.



Bagi chance sikitla. Ada juga tangan kecil masuk frame.

Dah siap makan semua bila nak balik barulah berposing. Tq encik zcat sebab bagi kita peluang berjumpa kawan alam maya. Next time jumpa kita borak lama sikit la ye Aishah. Ehehehe...alamak bila masa pulak tu ye.