In

NY Steak Shack at IOI Mall, Sepang

Yer IOI Mall yang baru tu bawah daerah Sepang ye bukan Putrajaya. JANGAN MEMANDAI sebab Putrajaya tu Wilayah Persekutuan tapi Sepang ialah Selangor. Kalau tengok dekat lesen perniagaan kedai2 dalam mall tu semua alamatnya Sepang.

So setelah dok memikir nak lunch kat mana dengan bunyi keroncong perut kami ke IOI Mall. Nak makan Korean Food last2 masuk western. Ni pasal anak suka western. Hoiii tekak sangat.

Aku nak cuba bila nampak belon. Anak aku suka belon wehh. Kalau orang lain pegang belon dia sibuk nak. Aku memang tarik dia laju2 la. Belon pulak letak tengah2 kedai. Kau tak boleh minta sukahati macam Chilli's. Kalau bagi free korang pun dapat pengiklanan percuma tau sebab belon tu akan diletakkan pada stroller anak aku. Dah jom pesan makanan.

Buka2 je menu kena ambil dengan Aqlan. Dia nak belek juga. Colorful. Pastu dia koyakkan muka menu yang saiz kecik dari muka surat lain. Ni lagi satu hal buat perangai sebab lapar. Makan cookies tak cukup. Minum air sengaja keluarkan balik kasi baju basah. Geram tapi sabar jeeee.
Air sampai paling awal


Sampailah cendawan shitake. Itu pun dia makan.
Just nice for entrée 

Sampai ayam apa tah papa dia pesan. Kemudian sampai burger patty mummy dia. Last sekali sampaila ayam rosemary aku. Sedap tapi ayam overcook. Makan je sampai habis. Aqlan punya fish fingers tapi dia dok makan ayam aku. Sedap la tu.

Sedap ni..diorang kata vanilla ni dah lama tak rasa..sekarang aiskrim vanilla banyak dah tak rasa vanilla.

Expect pedas tapi takkkkk.

My lunch. Bila dicicah semua tu memang sedap. Lemon takyah perah pun takpe. Bawang putih win. Tapi perapan ayam tu sampai ke dalam isinya jadi sedap sangat.



Bagusnya ada menu untuk kanak2. Tak semua restoran sediakan potion untuk kanak2. Jadi bila ambil potion orang dewasa rugilah. Kecuali kalau kita lapar sekali bolehla makan lagi. Hahahaha.. kami selalu je share. Elakkan pembaziran.

Overall..aiskrim vanilla sedap. Steak patty sedap. Tapi definitely i will order again chicken rosemary. Yummy.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Hush Puppies 80% Diskaun Lagi..End 31 August 2015

Memang perabih duit je kalau p sale kilang. Pulak dekat dengan rumah. Memang habis. Tapi Encik Sebelah sanggup kita ikut je. Ada orang bayarkan..dan ada yang sanggup jaga Aqlan.

Sebabkan last day jadi tak banyakla yang dapat. Banyak saiz Aqlan dah habis. Aku beli untuk umur 1-2 tahun atau 18-24 bulan. Sempat juga belikan mainan untuk dia.



Yang tak tahannya aku sendiri. Boleh ke aku simpan baju2 dan seluar2 ni sampai tahun depan.?

Aku juga ambil 2 helai t-shirt untuk diri sendiri. Husband ambil satu boxer dan socks.


Total damaged RM210. Total savings RM300. Gila banyak tu.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Terjebak Dengan The Face Shop

Ni semua sebab ajakan adik ipar aku. Dia dah mula pakai lepas tu cakap best. Kemudian suruh aku cuba juga. Ditekankan pula ada promosi 30%+10% sempena bulan merdeka 2015. Tapi....ya ada tapi..kena beli 6 items ke atas dan jadi ahli.

Jadi ahli senang je. Bagi nombor dan no. IC. Tapi aku guna keahlian dia sebab aku barulah nak daftar. Dia dah daftar Sabtu lepas di Paradigm Mall.

Mula2  dia dah ambil 2 barang. Aku ambil 1 dan seterusnya tiba2 semua dah jadi 10. Hello?

Promoter nama Azura tu pulak pandai melayan. Aku kalau orang pandai melayan aku ni aku suka. Lebih2 lagi dia ada pengetahuan pasal produk. Jangan jual kosong. Aku tak suka.

Masa kat Paradigm dia dah pujuk tapi yelah time tu kedai pun nak tutup. Aku pulak dok berkejaran dengan anak. Tapi kali ni...husband rela jaga anak...ahemmm habislah.

Disebabkan 31hb last day August jadi promoter tu beria pujuk. Aku nak ambil set trial dia kata baik ambik terus yang biasa sebab diskaun gila2. Pastu ada barangan buy 1 free 1 pulak. Heyyyyy..

End up...


Aku hanya perlukan moisturiser kenapa ada 5 lagi yang lain? Jumlah asal RM566.44. Bayar RM347.50. Jimat RM218.94.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

16 Zulkaedah 1436H - Bahaya Shopping Dengan Kawan Perempuan

Sebab mereka akan mempengaruhi kita. Ya jika mereka jenis shopping la. Kalau bukan jenis tu memang takdelah. Lagi bahaya dia anggap shopping ialah terapi. Waduhh.

Aku pernah shopping camtu camtu je sebab frust bercinta. Kah kah. Nasibla bukan gila barang branded. Beli pun barang yang memang nak dipakai. Bukan pakai beli je. Hentam asal mata nampak cantik. Padahal nafsu dah merajai diri.

Ok berbalik pada shopping sebagai terapi dan jadi mangsa pujukan kawan untuk menyoping.

Paling aku ingat shopping barang mekap dengan ketuanya, Mimy kat MidValley. Tak ingat pulak jenamanya. Tapi memang habis 200++ jugakla. Cisss. Barang mekap nak expired, so diorang jual murahla. Aku dah buangla tahun lepas lagi.

Kemudian....adik ipar aku memperkenalkan aku dengan L'occitane. Hurm masa tu baru balik Pulau Perhentian memangla kulit aku jadi sedihhhhh..

Lama gak aku pakai tu. Siap ulang beli. Tapi cam takde wahhhh sangat.

Kemudian dia ajak pi Kiehl's pulak. Yang ni aku tak overspending la. Tah aku tak de mood sangat lepas bersalin masa tu. Hahaha berjaya..

The Body Shop pun tak sangatla walaupun aku sign up jadi ahli.

Hari ni...hari ni...The Face Shop. Kedai kosmetik Korea. Last Saturday lagi dia dah memujuk. Krim Kiehl's aku pun dah nak habis.

Aku macam teringin nak pakai Seqy Beauty sebab asyikla tengok Mekchu post kat instagram. Ayat2 marketing mekchu tu pun boleh tahan..

Tapi tulah aku ni nak beli barang online susah sikit kalau berkenaan kosmetik  ke facial matters ke atau baju2. Sebab aku nak test.

Aku juga hampir selalu tengok bedak inovatif terbaru dari Korea..bedak yang basah2 tu. Laneige. Aduii bedak ni memang mahal kalau tengok di kaunter2 mekap shopping mall.
Credit to Google Image

Ada juga bedak yang hampir serupa dengannya yang aku lihat di page Minimarketkorea oleh snfad_diela. Huh.
Credit pic from minimarketkorea. Kat sini barang korea banyak betul. Tapi aku susah nak terpedaya dek sebab aku suka test.

Bedak Farmasi yang aku beli sorang2 tu pun belum banyak digunakan.

Dan hari ni rupa2nya kulit muka aku kering. Bukan kombinasi lagi dah...apa? ? ?

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

15 Zulkaedah 1436H - Jamuan Makan Eratkan Hubungan

Kami dijemput abang bad untuk join makan2 kat rumah iparnya di Saujana Utama Sg. Buloh. Sebenarnya lebih kepada jamuan sebelum tuan rumah berangkat ke Mekah untuk membawa kumpulan orang untuk mengerjakan haji. Tuan rumah dah pergi berapa kali dah.

Mula2 kami ikut kereta abang Lut pastu kami berpisah jalan. Kami masuk highway. So end up kami sampai dulu. Abang Bad kena jemput mak dan abang lut yang terpusing2 jalan padahal dah dekat dengan kawasan rumah.

Kami sampai sebelun jam 6 petang. Majlis start lepas maghrib. Ada tahlil dan bacaan doa selamat. Kami nak jumpa keluarga je. Nak borak2 time ni sebelum lebih ramai tetamu datang. Sebab jemputan 300 orang. Kami datang pun sebab abang bad tu teringin sangat nak jumpa Aqlan sebab tak pernah jumpa. Kak ipar aku suruh balik lepas maghrib je..sebab ada 40 orang artis datang...mak tak minat artis. So its like i don't care.

Nak jadi cerita rupanya biras aku ni suaminya Ustaz Zul Ramli. Aku blur.? Penceramah kat TV9. Nampak tak..aku bukan tengok TV9. Maafla...adoyai..anak dah 7 pun weii. Semua info ni abang bad cepat2  bagitahu aku sebab aku blur bila sampai rumah diorang. Tuan rumah sangat sibuk. Yelah aku tengok rupa macam kenal tapi kat mana eh?

Semua makanan diorang masak sesama sendiri ahli keluarga. Tak suka catering.

Ada juga tetamu yang datang jumpa aku tanya kenal tak? Kenal? Takkk. Katanya pernah mengajar aku? Maaflah kalau dah 28 tahun lepas aku memang tak ingat sangat. Aku ni ingat guru yang buatkan aku semangat lebih nak belajar atau aku memang ada beberapa peristiwa yang buat ia terpendam dalam minda buat selamanya.

Selamba aku minta air. Air asamboi yang datang. Wahhhh cam restoran.

Kalau dah masakan rumah....semuanya memang sedapla. Banyakla aku makan.

Sangat sedap laksa ni kak ipar aku masak. Siap tapau bawa balik.

Aku suka makan nasi. Aqlan suka makan yong taufu






Suka la tu abang bad jumpa Aqlan. Orang dah takde anak kecik memang camni. Kami je baru start enjin. Hahahahaha. 

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

The Face Shop - Chia Seed Starter Pack

Kami ke Paradigm Mall sebelah malam. Naka makan Chilli's punya pasal. Makanan yang di order sama je. So takyah nak tunjuk cuma makin kurang makan sebab umur makin naik. Badan pun makin lebar. Keh keh.

Lepas tu pergi The Face Shop. Adik ipar aku coba memujuk aku. Aku lak takde mood. Haa aku nak tukar krim muka lagi ke? Tapi krim aku memang nak habis. Berialah dia suruh cuba sebab harga jauh lebih murah dari L'occitane dan Kiehl's. Kau rasa..? Memanglah murah, The Face Shop ni Korea punya.

Balik rumah dia bagi aku starter pack. Ada 3 barang dalam tu. Aku nak cuba tunggu krim aku habisla. Tak tau serasi ke tidak.


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

14 Zulkaedah 1436H - Tak Sangka Bertemu Bekas Pensyarah

Hari ni pergi wedding kawan seofis Encik Sebelah. Anaknya kawen di Dewan Gemilang UKM. Aishhh mengimbau sangat sebab aku pernah belajar di sana selama 3 tahun setengah.

Kami sampai dalam jam 12 lebih. Panas terik. Cari port parking kereta bawah pokok kat belakang dewan. Jadilah.

Masuk dewan je biasalah menyapa bapak pengantin. Aku senyum je. Tak kenal. Bukan kekwat k.

Aku makan dulu. Husband nak jaga anak. Okaylah aku beratur ambil hampir kesemua lauk. Ada lauk nasi ambeng. Jawa sangat.

Makan2 satu meja dengan beberap orang lain tak dikenali. Lepas satu2 couple suami isteri pergi. Ya dewan ni ada bahagian lelaki, perempuan dan keluarga. Tapi aku tengok dah tak tersusun. Tapi mostly tetamu sangat beradab.

Anak aku je haaaaa jalan kaki seronok sangat nak bersosial. Aku makan. Husband jaga.

Kemudian ada satu keluarga ni datang. Aku ye tegur anak dia kenapa tak makan demam ke.  Yelah dahla aku duduk seorang makan rasa akward sangat baik aku mula borak. Hahahahaha.

Borak sikit dia katanya kerja di UKM. Aku tanya jabatan mana? Matematik. Phew.. saya dulu belajar akaun. Cheh nak juga bahitahu kan. Padahal orang tu tah tah pangkat besar. Alaaa orang berbudi kita berbahasa la kan.

Katanya ni yang buat majlis Ismail. Dia tu anak murid bapa saya. Aku lak jawab saya kenal seorang je Ismail, pensyarah akaun masa first year. Tapi dia naik wheelchair dan saya pernah tolak kerusi dia masuk lif.

Haaaaa dialah tu..dia memang naik kerusi roda. Dia lumpuh.

Wahhh aku apa lagi.. bersinar biji mata.

Aku kalau jumpa bekas guru memang excited.

Makin rancak bual. Kemudian beliau sekeluarga minta diri.

Lepas makan aku terus pergi jumpa beliau. Aku kena sapa. 14 tahun lepas dia mengajar aku.

Jumpalah....dia kata minta maaf saya tak kenal. Tak ingat. Aku cakap takpe. Saya anak murid saya ingat..Encik Ismail banyak anak murid mana nak ingat semua.

Wahhh aku dah excited. Sebelum balik minta husband ambilkan gambar kami berdua. Nak update kat IG. Nak bagi ingat ke kawan2 sepengajian.

Pengantin aku tak ambil gambar k. Aku tak kenal. Aku kenal bapak pengantin lelaki. Husband pun kenal bapak pengantin perempuan.

Habis. Happy aku sepanjang hari.

Dewan Gemilang UKM. Mengimbau kenangan banyak sangat.

Terima kasih Tuan.

Muka ceria je. Katanya nak ambik gambar banyak pun takpa.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

10 Zulkaedah 1436H - Sebulan Lagi Raya Haji

Ah ye cepat benar masa bergerak.

Usia bertambah. Badan makin tua. Tenaga makin kurang. Anak makin membesar.

Berita kak pa nak pergi haji tahun ni amat mengejutkan. Takde cerita apa tiba2 abang musa tanya siapa kot2 boleh tolong jagakan 3 anak dia. 2 orang sekolah rendah. Ayub baru 3 tahun. Kenapalah lagi 3 minggu je nak pergi baru nak cakap.

Aku tak jawab apa2 sebab aku macam nak tolong tapi aku nak pindah. Nak kemas barang jadi kerja aku asyik ulang alik Ampang dan Puchong. Aku tak boleh duduk rumah diorang. Aku ada hati nak jaga tapi aku tak mahu duduk sana. Encik Sebelah pun kerja dan banyak sangat meeting sekarang ni.

Hati aku sedih. Kenapa sampai abang musa yang kena cakap. Kenapa kak pa tak cakap sendiri. Aku datang rumah dia malam tu. Dah balik rumah dapat mesej kat whatsapp dari abang musa.

Adik beradik aku sepah2 duduk. Mereka boleh jaga Ayub. Dina dan Baby sekolah jadi susah lah sikit.

Haiiiiiiiii.....aku doa adalah orang nak jaga anak2 tu.

Kalau ada abang2, kakak2 dan adik aku yang baca luahan aku ni...aku minta difahami je. Janganlah cakap kenapa aku tanak tolong. Padahal aku dah tak kerja kan. Tentu ada kelapangan.

Aku dah nak pindah. Dah nak masuk 3 bulan aku tak kerja. Kalau terus menyewa kat Ampang ni rugilah.

Aku pun nak buat kerja sampingan. Selepas aku pindah sepenuhnya. Sekadar nak lepaskan sikit ketensenan aku je.
Peluk mama ketat2 


Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

9 Zulkaedah 1436H - Luncheon Together At Jaya Grocer

Tengah tidur baik punya dapat call dari Encik Sebelah. Jom lunch kata beliau setelah habis meeting di Suasana Kijang.

Maka kami berdua pun cepat2 bersiap. Bawak air ribena dah. Alangkah seronoknya kan....Aqlan ni dah pandai, tahu bila aku pakai cantik2 nak keluar. Nampak sangat mama ko ni agak comot dirumah. Haha.

Kami ke Main Place. Aku tak pernah sampai tempat ni. First time. Banyak naa shopping mall sekarang kan. Either meletop or lingkup je bergantung kepada marketing dan management.

Masuk je parking nampak signboard BELANJA RM30 KE ATAS DAPAT 2 JAM PARKING PERCUMA. Sape tanak free parking dalam kawasan bertutup pulak tu. Encik Sebelah ni nak guna touch n go je tapi aku ingatkan dia. Aku cakap makan mesti lebih RM30. Guna jelah kelebihan tu.

Pastu naik je jat concierge aku tengok signboard tu lagi. Adakah makanan termasuk. Kot2 kena shopping selain makanan baru dapat kan..ok tak. So proceed. Pastu nampak stroller untuk disewa. Deposit RM50 untuk 3 jam pertama which is bila dipulangkan akan dapatla balik deposit tu.

Masuk2 je terus p makan. Kata tujuan utama. Kami ke Jaya Grocer. Kedai makan dalamnya nama Alfresco. Mmmm aku nak makan salmon. Boleh share dengan Aqlan. Encik Sebelah makan pie. Aku ada lagi additional. Mash potatoes. Haha.




Lepas makan terus balik. Dia nak p meeting kat Putrajaya pulak.

So kena datang lain kali baru boleh dikira mall hoping.

Terms parking tadi tu untuk weekdays je yer...

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

6 Zulkaedah 1436H - Playdate Aqlan

First time....First time aku keluar 2 orang dengan Aqlan sahaja ke Lestari Perdana. Nak jumpa mak angkat. Last jumpa masa aku menikah.

Dia pun ada cucu baya Aqlan. Eloklah selang sebulan je. Mainlah korang kejap sementara kita nak borak2.

Aqlan ni sukalah ambil mainan kat tangan budak tu. Ada anak patung busuk dia yang itulah Aqlan nak. Geram betul. Pastu turun tangga naik tangga. Haishhhhh...





Airis Nursakinah

Dah penat tidur. Mama kau pun mengantuk weii

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Ya Allah Rezeki...Syukur. Terima Kasih Hijabiza.

Aku ni sekarang macam suka beli barang online balik. Tapi tudung jelah buat masa ni. Sejak terkena dengan Dealmates aku stop.

La ni trending tudung 2 lubang. Aku mula2 pun try beli yang satu lubang 3 helai, aku bagi mak mertua dan adik ipar, tengok diorang suka ke tidak. Lepas tu puas hati sebab takyah gosok dan kejap je pakai plus kain dia tak jarang, jadi aku belilah yang 2 lubang.

Aku terus beli 21 helai hari dia launching. Jumaat selalunya. Pakai kat ofis- masa tu kerja lagi..ada yang berkenan. Aku pun juallah 5 helai. Ingat nak pakai semua..haha tamak. Sebab mudah aku memang jarang dah pakai tudung guna pin ni. Lagi nak dokong anak kadang2 tudung memang boleh senget benget.

Yang 2 lubang ni kalau adjust boleh bawak solat. Sebab labuh. Kalau nak fesyenkan pun boleh jadi silang atau 2 3 layer. Ada juga cadangan jadi kardigan.

Now keluar kaler baru lagi. Aku beli 3 helai warna asas. Hitam. Coklat dan bahulu katanya. Ehehehe. Yang bestnya bila koyak parcel ada 4 helai. Syoknya  dapat sehelai free.

Aku anggap itu pemberian balik sebab aku ada bagi sehelai kat kak ted sempena birthday dia 2 Ogos lepas.

Yang bestnya kaler yang aku dapat tu memang aku takde. Macam tau2 je diorang ni.

Thank you Hijabiza.


Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Soto Juara Di Ampang

Claim Juara. Tapi adakah betul2 ianya juara. Mari kita test. Taste ke tak..?

Soto ayam dengan begedil ditambah lagi sebiji jadi 2 biji. Ok. Tak boleh lawan soto Mak Jah kat Jalan Kerja Ayer Lama tu. Juga ada rasa berasap dan nasi soto tak cukup lembut.

Next time kalau dah kedai lain tutup pastu kebulur giler baru datang makan balik. Ada juga makanan goreng2.

Ni semua pasal balik Ampang sebab tertinggal purse. Baguslah sangat takde IC kan. Yang aku risau kad debit.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

5 Zulkaedah 1436H - Yes! Akhirnya Aku Berjaya Edit HTML

Setelah beberapa minggu gagal membuat sebarang penyuntingan, hari ni baru berjaya.

Hari ni, selepas scroll ke bawah selepas entry blog dan previous next entry, author nama aku, gambar memang dah confirm muka aku malahan info pasal aku pun dah berjaya ditukar. Dah takde gambar perempuan tak pakai tudung minum dari mug dan ayat 'lorem' tu.

Ah leganya. Semuanya dapat dibuat selepas netbook aku dah update OS ke Windows 10 Home secara free kerana Windows 7 aku sebelum ni original. Jika tidak kena bayar beratus dolar US jugak.

Syukurlah ada Encik Sebelah pakar IT.

Nak edit pakai smartphone memang agak sukar. Kalau ipad lagilah terkial-kial.

Mula2 aku yang edit. Tapi gagal. Kemudian Encik Sebelah datang tolong. Adalah terma2 IT yang aku pun berkata pada diri sendiri bukan tak pernah buat tapi kenapa boleh lupa? Sebab aku ni dah berapa kali tukar template.

Huish.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

1 Zulkaedah 1436H - Her Graduation Day

5 tahun berlalu dan ini hari graduasi dia. Anak buah yang ke berapa yer...hurm lamanya nak fikir. Maklum anak buah je..dah lebih 50. Okay dia anak sulung kak ted. Dah dapat kerja pun sebelum grad. Alhamdulillah.

Kami bertolak ke bangi nak ambik mak untuk dibawa ke Uniten. Mak excited nak tengok cucu grad. Oh mak ku...

Dah nak ambik mak, baby dan ayub anak kak pa pun nak ikut. Keta dahla kecik haha..6 orang naik. Nasibla kanak2 tu tak banyak karenah. Tak bagi ikut mulanya. Dah si ayub tu taknak dengar cakap umi dia dan terus ikut aku naik kereta. Hahaha. Adoiii.

Sampai Uniten semua jalan nak ditutupnya. Ibu bapa je boleh parking dalam. Tapi Encik Sebelah cerdik. Dia masuk jalan belakang, angkat tangan kat guard...settled. kalau tak kena parking jauh dan naik bas pergi dewan.

Oklah kami still kena jalan kaki sebab memang tak boleh masuk parking sebelah dewan. Gigih kami jalan tengah2 panas naik bukit.

Tunggulah nak dekat sejam jugak baru ema turun dengan kak ted satu family. Dari duduk bawah bumbung zink yang boleh tahan air peluh mengalir laju kami pergi masuk kat foyer.

Legalah sikit......

Ramai gila graduan. Terus teringat zaman grad 11 tahun 8 hari lepas. Tapi.....tak boleh lawan jumlah masa aku grad. Dari Jumaat sampai Isnin.

Yang penting bunga coklat. Jangan kau cair...lama dah plan nak bagi ke Ema.














Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...