Monday, January 31, 2011

Hobi Memasak Yang Entah Apa2..

aku kadang2 nak eksperimen makanan baru takdela kalau tanpa buku resipi. haha aku memang seorang yang perlukan measurement yang betul untuk sediakan bahan2 memasak. kecuali dah berapa kali masak resipi yang sama, baru aku ingat dalam kepala otak.

kat bawah ni adalah gambar makanan yang aku masak. memangla persembahan tak menarik, tapi aku puji diri sendiri sebab tahu memasak,..haha..yang penting boleh dimakan..yeay.

 ikan goreng, sayur campur+udang, nasi putih
 ini wedges siap sedia dimasak..haha...tipu je kan..
 maggi kari ..pergh tempting gak walaupun maggi je..sabar jelah..
 tempe goreng salut telur
cucur ikan bilis+bawang

aku patut letak gambar lempeng telur..tapi dah habis makan sebelum snap..kekekeke

Rotate!

sejak beli kereta tak pernah rotate tayar. jadi sabtu lepas aku buat rotation dengan alignment..balancing bagai. yelah CNY dah plan dengan mak nak jenjalan..baik kereta kasi servis supaya takde yang menggusarkan.

haha kereta takde tayar. lucu pulak tengok. okay lepas bunga tayar dah tak elok baru tukar tayar sepenuhnya ya..kena servis dengan minyak hitam sekali RM90. murah je...hehe takdela rasa terkejut...siap dapat bawak balik buah limau. tokeh suruh ambil banyak aku nak satu je. asyik ajak borak je tokeh ni..haiyya...

Sunday, January 30, 2011

Post-Birthday Celebration

tunggakan sambutan birthday sejak tahun lepas. tak silap aku sejak dari bulan puasa.meaning dari yang lahir bulan 9 la...punyalah lama baru nak sambut. semput jugala masa kena keluarkan duit collection. apapun happy belated birthday you all semua....
 acara menyanyi untuk mereka yang dah berumur..

 mak buyung mintak kawan dia simpankan kek
 beratur la...jangan rebut2 macam budak sekolah



Buat Kuih Tart Nenas

aku buat kuih? oven pun takde macam mana nak bakar? hahaha..aku sebenarnya cuma tolong sapukan telur kuning je pada tart nenas yang dibuat oleh Ping dan Auntie Mui Jumaat lepas. aku sebenarnya mengantuk tapi dah janji nak datang tolongkan..aku pun menapak jelah..kata jiran depan sebelah rumah je...

mesti yang ada tertanya nantikan halal ke makan ni? bab2 halal memang sensitif kan. aku pun risau jugak weh...ok Auntie Mui ni mak Ping. memang tak masak babi dekat rumah. kalau nak makan mereka pergi kedai. 

setiap tahun diorang ni buat kuih tart, goreng kerepek arrow head, goreng opok2 kacang tanah, goreng crab stick..lepas tu panggil budak2 ofis datang makan. last time pergi ada KFC..haha.. diorang ni juga tak bela anjing sebab contohnya Ping, penakut sangat dengan anjing dan kucing..weiii mereka comel la..

aku pun ada seorang kawan yang jenis direct tanya Auntie Mui & Ping. masak pakai minyak apa. kuali pernah goreng babi tak...macam2 la..aku tak berani tanyala..haha..lama2 berani la...tahniah kepada kawan aku yang direct itu. 

ok masa aku datang Auntie Mui dah siap buat doh. jem nenas ada 2 bekas besar
hasil dari 30 biji nenas dan masak selama 4 jam. Auntie guna mentega Farm Cows -eh ada eh?, marjerin daisy dan tepung blue key. aku nampak apa yang adala..kan...telur of coz la ada...kan...

 Ping suka menambah inti tart...
 ini baru mangkuk pertama...
 masa aku sapu kuning telur, rasanya dah 200 biji..kemudian masih ada belen lagi..aiyyaaa..banyak wooo
 ok nampak golden tak?
 Auntie dah siap gulung2 tart, Ping kena potong2
lepas dah kena bakar..pergh gemok2 tart dia..hahaha banyak inti..terbaik dari oven..

Octopus Sushi New Look

last time pergi Octopus Sushi di APSC ni makan ramai2 dengan mak2 buyung termasuk seorang bapak buyung..hehehehe..makanan kat sini takde yang baru. cuma ini je baru...


 amoi buyung ke-2 & bosnya buyung jugak
 mak buyung no 1
 mak buyung ke-2 dan bos buyung yang takkan beranak
 2 amoi yang masih dara
see...?still the same...

Friday, January 28, 2011

Sikap Pentingkan Diri Di Surau2 Awam.

Sikap Pentingkan Diri Di Surau2 Awam.
selalu solat di surau? aku tentunya. kerja dalam shopping complex, wajiblah guna surau yang disediakan pihak pengurusan. kalau jalan2 kat shopping complex lain pun, dah tiba masa, menapak ke surau jugak kan. tapi kalau driving rounding2 satu KL ke satu bandar di Selangor ke...aku suka solat di Masjid lagi...sebab ketenangan.

bukan surau tak tenang. tapi ada je jemaah yang tak menenangkan. dah tahu tempat solat, kat situ jugak dia nak lepak, makan, tido. berborak, guna handphone cakap kuat2. pening. yang baru nak angkat takbir kena 2-3 kali ulang sebab terganggu, yang tengah solat mungkin kena tahan diri dengar sebijik2 orang yang pentingkan diri ni dok mengumpat ke mengata ke si polan bin polan. 

kenapa ya? masih berlaku juga perkara ni walaupun nota peringatan jangan bising, jangan makan, jangan tidur, matikan handphone anda telah ditampal di dinding surau. ada yang aku tengok si mekap tebal, lepas ambil wudhu' mekap tak habis tanggal, dilap2nya guna kain telekung. dengan kesan lipstik, bedak...bau........? Ya Allah! sebab tu aku rela bawa telekung sendiri. walaupun nampak terbeban je. tapi aku pujuk diri demi nak solat dengan tenang.

jangan pentingkan diri sendiri. memang ada insan yang rajin ambil pahala cucikan kain telekong surau, tapi jangan ambil kesempatan dengan menggunakan tanpa perasaan tanggungjawab untuk menjaga kebersihannya.

Thursday, January 27, 2011

Walaupun Sengkek tapi ADA List Barang Nak Milik.

Walaupun Sengkek tapi ADA List Barang Nak Milik.
sila baca tajuk dengan perasaan macam ni...of coz la...keje penat2 nak jugak buat harta dari duit yang dapat tu...hahahaha..

ok list ni muncul sejak menyewa rumah. hahaha..bahagia....ok berangan dulu, maybe lepas kumpul duit sikit2 baru dapat beli. itupun mesti kena survey banyak kedai kasi puas hati.

  1. tikar getah - rumah aku sewa ni simen je. pecah2 tumit kaki sejuk weh...sebenarnya suka je pakai selipar tidur tapi kadang2 tak pakai..
  2. almari/rak pakaian untuk bilik lagi satu. actually ada almari lama aku tapi dah jadi tempat simpan bantal, comforter..jadi kena ada almari lain yang simple dan mudah pasang sebab aku ni suka beli barang DIY.
  3. rak stainless steel untuk pinggan mangkuk, tupperware, kuali periuk..segala mak nenek peralatan dapur - erk...kena fikir mana nak letak dan size yang sesuai.
  4. sofa..hahahah..kena beli yang untuk 3 orang duduk. sebab bila landing boleh terus tidur..
  5. langsir...buat masa ni langsir kaler macam2...aku nak beli kain, jahit sendiri tapi nak kena tumpang menjahit la pulak...langsir yang biasa2 dah..tapi mesti tebal supaya cahaya tak direct masuk.
  6. tilam/toto..haha sebab aku pasti ada yang nak datang tumpang tidur rumah aku ni. kawan2 ke saudara mara ke....
  7. kerusi makan. meja dah ada bangku2nya tapi nak duduk tu macam tak puas sebab berpunggung lebar..ekekekeke...

ok tu je buat masa ni aku dapat fikirkan.

Wednesday, January 26, 2011

Anak Mak Atau Taatkan Mak?

Anak Mak Atau Taatkan Mak?
biasa dengar? kalau perempuan dengar lelaki tu anak emak..mulalah mulutnya muncung..sebab..susah nak tackle anak mak ni. yelah asyik dengar cakap mak je. semuanya rujuk mak dulu.nak cari girlfriend pun mak kena tapis dulu...camner...

tapi.bagaimana sebenarnya lelaki itu anak yang taat emak? dia lakukan itu semata2 untuk mendapatkan keredhaan ibunya. dia tak mahu dianggap derhaka. menantu semestinya disukai mertua supaya rumahtangga rukun dan damai. tanggungjawab anak lelaki pada ibunya sehingga akhir hayat. tanggungjawab anak perempuan habis bila dia berkahwin. namun kita tetap boleh terus berbakti pada ibu bapa asalkan mendapat keizinan suami.
sekiranya lelaki itu anak yang taat pada ibunya, maka tak salah utuk memilihnya. lebih2 lagi sekiranya ibunya itu ibu tunggal dan memerlukan perhatian dari anaknya. namun pengalamn orang berbeza2. aku cuma bagi pendapat. sebab bagi aku, lelaki yang dapat menjaga ibunya dengan baik, menghormati orang tua, pasti dapat menjaga seorang wanita sebagai isterinya dengan baik. lelaki, mereka akan pilih isteri yang ada persamaan sifat dengan ibunya, dan wanita memilih suami yang ada persamaan dengan ayahnya. aku anak perempuan bapak. cuma, sekarang bapak aku sudah tiada lagi.

January 2011; Bulan Sengkek

January 2011; Bulan Sengkek
baru masuk tahun baru tapi dah sengkek. perbelanjaan belum melebihi tabungan. at least. kenapa aku sengkek?

  • ini bukan aku omelkan, tapi ini perkara terbaik sebenarnya....aku banyak beli groceries & toiletries. sebab mak tinggal bersama aku.. 
  • aku sempat jugak shopping baju baru di BTS sebab bila new year kena ada baju baru. baju2 lama banyak dah sedekah. itupun masih ada yang belum dikumpulkan.
  • kawan baik punya birthday..kena sediakan hadiah yang setara harga hadiah dia bagi masa birthday aku..ngeeeeeeeee...
  • kawan kawin, kena bagi hadiah jugak...kawin hanya sekali dan nak bagi hadiah yang best2 pulak tu..
  • BATERI KERETA mati setelah 2 tahun 9 bulan pakai kereta
  • collection birthday party office campur dengan perayaan yang nak dirayakan Jumaat 28 January 2011 ni

jadi duit penyelamat ialah;

  • duit tabung syiling 50sen ada RM40
  • duit Ping bagi pasal tiap2 hari dia tumpang balik kerja
  • duit mileage claim pergi site office
  • duit lebih duit raya tahun lepas
  • duit yang sepatutnya baiki kereta kemek akibat dilanggar jiran adik aku.  takpe nanti lepas buat aku claim betul2..dia baru bagi RM100..keta mahu ketuk cat lagi..ada yang kena RM250 ni. haduiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
kesimpulan..aku masih ada lah belen duit nak makan sebelum gaji (hopefully this Friday la..)sebab semalam tiba2 minyak habis dan aku gatal2 pump penuh RM60 sebab sabtu ni nak balik kampung..nganganganga...aku pun ternganga la....sila suapkan keropok.

Tuesday, January 25, 2011

Tengok Wayang: Season of The Witch

Tengok Wayang: Season of The Witch
huh..hari dating yang panjang..

lunch di kenduri kawin Aishah & Hazery
tea- break di Ali Cafe
dinner at Alexis
supper kat simpang kedai perabot Empire

sebelum supper pergi tengok wayang. kami tengok di Signature, The Garden. parking masuk di premier Rm7 sekali park. zcat kata yang penting dekat dengan pintu masuk. dia bukan jenis suka jalan2 kaki jauh. sendiri fahamla. bukan tak boleh jalan, tapi dia nak mudah. ikut jelah..orang nak belanja... 

lepas beli tiket siap2 (mak aiiii..RM23 seorang..gold class ke??) kami pergi alexis makan kek..lepas setengah jam baru naik ke panggung, sempat lagi tapau pop corn dan air. seat couple. memangla selesa..lebar....luas..dan duduk betul2 tengah2. terbaikla tempat duduk kami..

Behmen(Nicolas Cage) dan kawannya menyertai perang salib dengan alasan hendak mengampunkan dosa. setiap peperangan yang dimenangi mereka akan diampunkan dosa untuk 2-3 tahun mengikut jenis dosa2. banyak perang yang mereka ikuti sehingga pada satu tahap Behmen telah membunuh wanita. rupa2nya gereja telah menipu mereka. mereka dikehendaki membunuh kanak2 dan wanita termasuk orang2 tua di dalam satu kawasan. sejak kejadian itu, Behmen dan kawannya berhenti mengikut perang dan mengembara.

pengembaraan telah membawa mereka ke kampung2. terpencil dan tiada orang kelihatan, rupan2nya mereka telah dijangkiti wabak seperti cacar. dan pihak gereja percaya itu akibat sihir. pada permulaan cerita pihak gereja banyak membunuh wanita yang dipercayai pengamal sihir. mereka digantung dan dilemaskan.

untuk mengatasi masalah ini, seorang wanita yang dipercayai telah menyebabkan penduduk diserang wabak (termasuk paderi besar) ditangkap dan perlu dihantar ke satu daerah untuk dibicarakan. sepanjang perjalanan banyak kejadian berlaku dan Behmen percaya wanita itu betul2 ahli sihir. 2 orang telah mati dalam perjalanan. pergh ada Kay yang kacak telah mengikuti pengembaraan ini diketuai seorang penipu besar yang akhirnya mati diserang.

sampai saja di daerah tersebut, keadaan sangat sunyi. kesemua paderi dijangkiti wabak dan mati. teaser, rupanya perempuan itu dimasuki syaitan dan mereka (syaitan2) perlukan spell book untuk dimusnahkan. kerana buku itu memusnahkan mereka.

pendapat aku, cerita ni masa adegan perang tak real dan for sure tak boleh lawan Lord of The Ring. casting pelakon ok bagi aku. latar belakang menarik..memang macam zaman gelap di Eropah ~ baca tak buku Sejarah Tingkatan 4 dulu2? agak ngeri masa mereka diserang serigala. aku tutup matala..

cerita ini hanyalah cerita ringan. jadi tak susah nak fikir. kesudahnnya kalau nak tahu sila tengok ya. hahaha saje tak mahu kasi tahu...lalalalala...


Mahu Makan Kek Di Alexis Garden, KL

kerana tak dapat makan kek di Ali Cafe, aku pun masih meminta2 zcat. dia pun kata jom pergi makan kek sedap. aku macam biasa blur2. sebab dia ni selalu bawa aku pergi makan di tempat yang berlainan. jarang dibawa tempat yang sama untuk makan. thanks a lot! katanya aku kan suka blog....hu..sangat memahami...weeee tak tahu nak tulis apa lagi..mesti cakap "sukanya atau sayangnya awak!" pergh blush~blush..

masa masuk kedai ni pun aku masih tak perasan. bila dah pilih kek dan duduk, baru aku tahu ianya adalah Alexis. itupun sebab tertulis pada alas pinggan. haha. jadi kita nikmati minuman air suam je sebab perut pun tak mahu air pelik2. sebab niat asal cuma mahu makan kek. 
 tunggu kek datang
 ini lah alas pinggannya..simple jek
 ni je yang aku nak snap. takde mood pulak..
 Pavlova arrived
saje teaser kat korang....
 i can't wait to consume it...
 lets eat and share together
yummy, dah habis...nak lagi boleh?

sepotong kek saja hampir RM20 termasuk service charge. itupun air dah free. ok. memang sedap, marvelous. kata zcat di GE Mall lagi besar kerak kek tu. wah...sangat seronok makan.....

Monday, January 24, 2011

Minum Petang Di Ali Cafe, Seri Hartamas.

selepas kenduri Aishah, dan hantar Ping balik, aku dan zcat keluar. kami mahu jalan2 di hujung minggu. jalan2 dengan poket tak penuh. jadi misi jalan2 tak boleh lebih2 dari segi belanja. otak ligat fikir mana nak pergi...Pavilion/1 Utama/Berjaya Times Square/Ikea/ any idea? hahahah..

last drive je masuk DUKE. kemudian ke Seri Hartamas. minum2 kat Ali Cafe. nak kek..waaa nak kek..dah habis pulak. jadi kami minum je dan baca majalah & paper. sebelum tu main2 lidi. kumpul lidi, lepaskan kemudian kutip tanpa tersentuh lidi2 lain. pernah main tak masa kecil2 dulu?oldies tapi sangat seronok. kesimpulan aku kalahla. dah aku menang sekali je..itupun lastttttttt sekali..huwaaaaa..aku rasa aku kena ada permainan macam2 dalam kereta so bila bosan boleh main dengan kawan2 waktu lepak2 kat kedai minum. aku suka monopoly, kad terup, dan macam2 lagi..hahah yang penting mencabar minda.
 gila asyik time ni
 turn dia goncang
 haaa kau sekali.....




kemudian nak pergi solat asar kat Masjid Wilayah. tapi member zcat nampak kami dan panggil. kitorang jumpa sekejap di Pelita. sham & senah. senah dapat tawaran untuk translate movie Inggeris. Zcat pun kata kawan dia cari translator untuk cerita Arab. dia tanya aku. aku ni pandai sikit2 je...bukan otai la..setakat basic bolehla. nak translate sampai 2 jam punya movie mahu terkial2. lagi kena interview dulu. sudahnya senah nak pergi cari dictionary. good for her..alas dia Singaporean..kacang jelah beb..tapi kalau siapa2 di sana cari atau kenal orang untuk dubbing alih bahasa anime translate ke BM, panggil aku ok. gila teringin nak jadi suara katun. tak boleh tahan aku..hahahaha..asyik tengok katun je kan...mahu gak aku jadi suara spiderman ke atau yang mana2 jelah...hahahah suka punya pasal.

dah habis kutip info..mari mengerjakan solat. dan sesungguhnya azan bilal sangat syahdu di waktu maghrib. (kami melepak di Masjid sampai lepas Maghrib. kadang2 kena lepak lama2 di Rumah Allah..baru insaf sikit...)

Sunday, January 23, 2011

Aishah & Hazery Wedding Reception

Last Saturday 22, aku ke kenduri Aishah & Hazery di Dewan Datok Keramat. dah ada map pun still tersasar gara2 aku jadi GPS bukan GPS garmin dalam HTC Zcat. kami 3 orang (aku, zcat & ping) pergi jam 130ptg. cuaca panas terik masa tu dan jammed sikit2...sikit2? hahah ni KL ok. 

dah sampai sana nak cari parking pula. katanya Aishah dah sewa parking di ruang parking Sekolah Agama bersebelahan dewan tapi dah penuh. kami pun gamble masuk parking dewan. nampak kereta bos aku..ahahaha..lari...pergi pusing cari parking lain. padahal dia tengah nak undur kereta dah nak balik. kami sampai jam 2ptg. elok je pusing, ada je parking.

kami masuk2, cari meja makan. sebelum tu dah terserempak dengan kawan2 se ofis, jadi salam2 la...so zcat telah ter'reveal' la...lantakla....hahahah...tak dapat sorok lagi...

kena q panjang nak ambil nasi minyak. nampak Aishah & Hazery tengah bersanding. kemudian pasangan pengantin turun untuk bersalaman dengan tetamu di dalam dewan. aku makan dan bergambar. lauk daging kurma sedap. gift door ialah telur rebus. ringkas dan teringat zaman dulu2. telur mahal tau sekarang ni..

selepas balik ingat nak tulis buku autograph tapi ada 2 orang budak kecil yang terhegeh2 tulis buku tukar2 pen magic. lama kami tunggu, last zcat cakap kita dah kalah dalam pertandingan mewarna. hahaha..selamba direct dia cakap depan mak budak2 tu. jadi Aishah, kami tak dapat sign buku tapi aku dan ping bagi hadiah sexy lingerie for you.. pakaila untuk Hazrey di malam pertama..kedua...ketiga........yeayyyyy (jangan tak basuh2 dah). hehehe gurau2 jek.

update gambar door gift dari Aishah, Hazrey & Family.



Miss..Missssss

Miss..Missssss
pagi2 pintu rumah kena ketuk. aku mula2 tanak bangun lepas tu rasa, eh rumah aku yang kena ketuk yea..kelam kabut la bangun..syok betul tidur lepas subuh kan di pagi Ahad. ehehehehe..

rupanya seorang jiran datang tanya ada tak lembaga sekolah cakap tak boleh parking depan rumah? aku kata tak de...aikk dah nak dekat 2 bulan baru ada orang tanya pasal aku parking depan rumah. lepas tu dia cakap, "ok, hari rabu minggu depan saya nak pindah, boleh tak alihkan kereta?"..oh boleh saja...aku kan kerja hari tu..dah tentu kau pindah siang2..takkan malam2 nak pindah kan..hehehe..

terus jelah bangun sarapan pagi...

Friday, January 21, 2011

PTPTN, dan baki yang perlu dibayar....

semalam aku copy paste pasal PTPTN buat new way untuk kutip hutang dari peminjam hutang (lapok). peminjam baru, dah sign surat confirm kena bayar tolak gaji. bila saje tempoh 6 bulan tamat lepas graduasi, maka kenalah bayar..kalau tak dapat kerja macam mana pulak ye? maybe mereka ada cara2 nak detect peminjam yang dah kerja tapi saja buat2 lupa nak bayar..sebab beli kereta lebih penting dari bayar hutang belajar. lagi nak kawin, lebih penting simpan duit untuk tujuan itu. menghalalkan hubungan. maklum sajalah 4 tahun main mata di universiti...tak tahan beb...(merapu pulak aku kan..)

okay aku mula start bayar March 2005. aku start keje secara professional March 2004. haaa setahun baru boleh bayar berdasarkan surat perjanjian..aku sendiri email orang PTPTN nak mula start bayar. diorang masa tu mana ada kejar budak2 peminjam ni. lagi nama aku kena semak..tah payah benar sangat nama aku ni..nama aku unik apa.. satu2nya di dunia ini...ehem aku lambat bayar sebab gaji masa mula2 kerja ialah RM1000.00..ok budak degree accountancy from UKM. sila jangan buat2 terkejut dan kasihan sebab aku dah berjaya pujuk diri aku masa tu jugak...company Melayu...

maka dengan selamba aku bagi tahu korang...baki pinjaman terkini yang perlu aku bayar ialah..........

nanti lepas buat kira2 sekiranya aku dapat menikmati kadar ujrah akak riba 1% dari baki pinjaman (kalkulator saintifik aku hilang...weh mane ni.....???) aku akan buat entry lagi...

aku selalu bayar bila dapat gaji.. dulu2 bayar tolak gaji (company lama). company sekarang tak mahu buat, aku bayar kat pejabat pos, mereka caj RM2 komisyen..kan banyak tu kalau setahun dah RM24. kemudian last few months sejak aku pandai online banking, aku transfer je..kena caj RM1. oklah kan.. aku nak bayar lebih2 tak dapatla..setakat RM200 saja yang aku mampu... alhamdulillah lepas tolak2 semua yang patut dibayar....aku masih dapat makan, beli baju...jalan2...erm...lepas dah kena bayar sewa untuk satu rumah ni..lagilah kena berjimat-cermat...huhu!

Thursday, January 20, 2011

Cuti Thaipusam (Dan List Aktiviti,....)

Cuti Thaipusam (Dan List Aktiviti,....)
hari ni cuti Thaipusam. dah petang2 buta baru nak buat etry. mana taknya bangun dah tengahari. semalam tengok anime online sampai jam 3 pagi.. ha  mata kemain besar layan cerita. pulak2 tengahari semalam lunch minum cham (kopi+teh) pergh terbaik walaupun RM4.50.

selepas sah bangun pagi....(itupun sebab ada orang sms good morning lagi nak 10 minit jam 12) barula aku nak gosok2 mata....golek2 lagi dah call pulak...aiyyy bila dah bercakap2 memang tak dapat sambung tidur balikla...sila bangun anak dara...mak pulak takde dah balik kampung dengan abang.

jadi aku bangun, cuci muka, goreng wedges. bukan kasut ya, kentang ok. memang sedap. nanti aku senang aku bagitau brand dia. terbaik...aku suka. hehehe..lepas tu harus minum nescafe gold...on laptop, baca blog tgk FB jap.. buka TV..kemudian, keluarkan ikan semua..

lepas mandi, aku memasak sambil washing machine basuhkan baju2 aku...elok semua siap, aku makan dengan aman. lepastu baru sidai baju...pergh..terbaik hari ni.. tapi ada rasa gatal2 nak alih2 barang dalm rumah.. padahal baru sebulan lebih aku pindah...hahahaha...bosan wei...mak takde..tak dapat borak2...

Wednesday, January 19, 2011

PTPTN. dan komen2 dari sistem Ujrah 1%

PTPTN. dan komen2 dari sistem Ujrah 1%
share link kepada pemilik blog untuk tatapan pengambil hutang pinjaman pendidikan dengan PTPTN. di sini saya copy paste dari blog zaharuddin.


Ada yang bertanya saya berkenaan pengumuman rasmi PTPTN yang mengkhabarkan pertukaran konsep pinjaman sebelum ini yang berasaskan caj perkhidmatan (peratusan tertentu disandarkan kepada jumlah pinjaman dan baki setiap bulan) kepada konsep ujrah.
Konsep ini telah diluluskan oleh Jawatnkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.
Atas dasar itu, saya boleh mengucapkan tahniah kepada PTPTN atas perubahan terbaru yang dilakukan. Walaupun konsep baru tersebut masih boleh dibincangkan, namun ia adalah lebih baik berbanding konsep caj perkhidmatan sebelum ini yang tidak disahkan oleh mana-mana majlis Syariah, selain kejelasan unsur riba dalam kiraannya.
Apa yang paling menonjol dalam kiraan terbaru adalah perbezaaan peratusan yang dikenakan kepada pelajar, dahulu dikenakan 3 % dari jenis kiraan ‘reducing balance' atau 3 % dari hutang berbaki yang jelas adalah RIBA, ia juga sama dengan cara kiraan riba oleh bank-bank konvensional.
Dengan konsep ujrah sekarang, caj telah diturunkan kepada 1 % dan ia pula bersifat flat dan tidak lagi dikira berdasakan baki bulanan pinjaman. Secara umumnya, ia jauh lebih murah berbanding cara kiraan sebelum ini. Menurut statisik perbandingan dari petikan akhbar berikut (buka halaman 15 ), penurunan adalah sebanyak 47 - 48 %.
UJRAH
Untuk pengetahuan pembaca, ‘Ujrah' adalah perkataan di dalam bahasa arab yang membawa erti "upah". Ia mempunyai kaitan dengan istilah ‘Ijarah' iaitu sewa, kerana ijarah juga ada satu jenis dari upah, iaitu upah atas manfaat yang diberikan. Contohnya, sewaan rumah, beerti upah atas manfaat rumah yang disewakan. Ujrah juga boleh diletakkan di atas sesuatu tugas dan kerja, lalu ia dinamakan ‘gaji' bagi para pekerja tetap di institusi awam  dan swasta. Ia juga boleh tergolong dalam nama ‘komisyen' jika diletakkan kepada sebuah kontrak wakil (agency) seperti seorang broker tanah yang mengutip upah atau komisyen atas usahanya menjuakan tanah pemilik. Semua konsep ujarh dalam setiap kontranya mempunyai tatacara dan syaratnya agar ia dianggap sah dan halal di sisi syara'.
Justeru, apakah perbezaaan di antara ‘upah' yang halal dan ‘caj perkhidmatan' yang haram?
Secara dasarnya, ia boleh jadi sama dan boleh berbeza bergantung kepada cara dan formula kira-kiranya. Melihat kepada formula kiraan antara keduanya, Alhamdulillah terdapat perbezaan tetapi ada yang masih sama.
YANG BERBEZA
Bagi konsep ujrah yang terbaru, formula kiraannya adalah :
Upah = Jumlah pembiayaan diluluskan x kadar upah x tempoh bayaran balik
Contoh, jika sekiranya pelajar meminjam sebanyak RM21,000, maka kadar upah adalah satu peratus setahun, UNTUK TEMPOH BAYARAN SEMULA 10 TAHUN, maka jumlah upah adalah:-
Upah     = RM21,000 x 1% x 10 (tahun)
            = RM 2,100
Maka jumlah keseluruhan yang akan ditanggung atau perlu dibayar balik oleh pelajar dalam tempoh 10 tahun adalah : RM21,000 + RM 2,100 = RM23,100
Jumlah ini jauh lebih kecil berbanding cara kiraan caj perkhidmatan yang akan menghasilkan jumlah RM25,116 iaitu dengan nilai RM 4,116 jumlah caj perkhidmatan ribanya.
 
APA YANG SAMA DAN SEPATUTNYA BERBEZA JUGA
Walaupun tahniah diucapkan, pintu kritikan ilmiah, pembaikpulihan dan cadangan tidak tertutup semestinya, malah ia patut sentiasa digalakkan bagi mengembangkan kefahaman ilmu muamalat Islam.
Justeru, sekalipun cara kiraan ini kelihatan murah dan baik, serta TELAH disahkan oleh Jawatankuasa Fatwa Malaysia, cara kiraan ini tetap tidak berjaya menembusi piawaian hukum yang diputuskan oleh para ulama antarabangsa. Ini adalah kerana cara kiraannya masih terdapat yang sama dengan cara kiraan riba sebelum ini. Iaitu pada sandaran caj upah. Dahulu ia disandarkan kepada jumlah pinjaman, dalam konsep ujrah terbaru juga disandarkan kepada jumlah pinjaman.
Sekadar ingatan kembali, di dalam hukum Islam, pemberi pinjaman sama ada individu, institusi kewangan swasta atau kerajaan, TIDAK BOLEH mengenakan sebarang caj kewangan kepada peminjam khususnya dari jenis peratusan yang disandarkan kepada jumlah pemberian pinjaman. Berubah dengan berubahnya jumlah pemberian pinjam.
Namun cara kiraan yang diguna pakai oleh PTPTN 'ujrah' yang baru masih disandarkan kepada jumlah atau nilai pinjaman yang diberikan. Selain atas dasar kefahaman nas, para ulama antarabangsa melarangnya untuk mengelakkan caj upah ini menjadi helah kepada riba (helah ribawiyah) yang asalnya caj tambah kepada pinjaman kerana tempoh (time value of money). Kerana dari sudut konsep dan jurus pandangan ekonomi, kedua-dua jenis caj riba dan upah itu adalah sama. Jalan keluar yang paling kukuh adalah TIDAK MENJADIKAN jumlah pinjaman sebagai sandaran untuk mengira upah.
Menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan lain-lain majlis Shariah yang berautoriti tanpa kepentingan tertentu di mana-mana syarikat dan institusi kewangan di seluruh dunia, caj yang dibenarkan dikenakan kepada peminjam hanyalah kos sebenar yang lahir dari urusan pemberian pinjaman sahaja.Ia tiada kaitan dengan nilai pemberian pinjam.
Cara kiraan caj atau kos sebenar itu menurut ijtihad ulama antarabangsa adalah berdasarkan formula berikut[1]:-
Ujrah              =                 Actual Administrative Expenses During   The Year                   x          100
                                           Average Asset During The Year
Untuk mendapatkan average asset during the period berikut formulanya :
Average asset    =          A1        +          A2
                                                2
Nota Keterangan
A 1 : Total asset at beginning of the period
A 2 : Total Asset at the end of the period
Cara inilah yang juga diiktiraf di Pakistan dan ulamanya, serta diamalkan bagi sebahagian jenis pinjaman di sana. Cara kiraan ini tidak meletakkan sebarang ikatan kepada jumlah pinjaman yang diberi. Ia lebih menepati ijtihad majoriti ulama sedunia.
KESIMPULAN
Apapun, yang pasti para pelajar Islam kini boleh menarik nafas lega kerana harga yang lebih murah dan kedua, ia TELAH disahkan oleh sekumpulan ulama Malaysia. Justeru, tiada lagi sebarang tanggungan spiritual yang harus mereka galas apabila mengambil pinjaman PTPTN. Saya peribadi, saya mengucapkan tahniah atas usaha dan kesungguhan untuk melakukan perubahan. Dan bagi Jawatankuasa fatwa yang meluluskan, kita harapkan ijtihad mereka diterima di sisi Allah, jika tidak dua pahala, satu pahala masih milik mereka inshaAllah.
 
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
16 Sha'ban 1430 H
08 Ogos 2009

aku sendiri akan komen bila dah selesai pendaftaran sistem ini. apa pun hutang tetap kena bayar! jangan lupa dalam kubur nanti, hutang2 yang tidak dibayar akan melilit kita dan di dunia ini hidup sentiasa tak tenang. apa2 hutang ajalah maksud aku.  

Feeling2 Kejap.. (kejap je....4 jam....)

 rumah dengan kolam
 yang berhenti aliran airnya mengikut masa ditetapkan
 di mana boleh berjalan2 tanpa selipar dan main kejar2
ok stop berangan 2 orang ni. sila balik rumah masing2 dan hentikan angan2. apapun usaha tangga kejayaan..mana tahukan.....?