Memaparkan catatan dengan label Homestay. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Homestay. Papar semua catatan

Rabu, 14 Ogos 2019

Homestay Belakang Sate Warisan, FELDA Sungai Koyan

Homestay ni takdak nama. Tapi memang terletak di area kedai sate warisan.

So kami kena caj RM200 semalam. Ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Satu ada tandas duduk satu lagi takde tandas..aircond di master bedroom dan living hall. Yang lain kipas je. Tapi rumah ni bersih gila...

Biasala mesti ada barang IKEA tapi bukan jadik rumah IKEA terus ya. Hehe.


TV pun ada siaran Njoi

aku cuma tak tahan rumah ni kaler pink. Hahaha.

Living hall. Sebelah kanan dinding laki diri tu ada master bedroom tah la lupa nak snap pic. Katil saiz queen. Kami semua tidur dalam tu. Aqlan tidur atas tilam atas lantai..tak muat ya. Hehe.

2nd bedroom jadi tempat kami tukar pakaian je

3rd bedroom buh baju yang di iron je

Ambik tong sampah besar gila disediakan


2nd bathroom. Aqlan suka betul mandi air kolah ni.. sejuk wei..

Toilet dan bathroom. Takde dalam master ye semua kat area dapur. Tapi disebabkan kami je sekeluarga tidur so tiada masalah aurat. Rumah ni banyak nota.. seperti INI HOMESTAY BUKAN HOTEL. hahahahaha

Ok nak contact ke apa aku pun tatau sebab semua kak ma uruskan. Tapi aku tahu la anak makcik mana yang punya rumah ni. Laki aku cakap next time balik raya rumah ni kami nak sewa. Sebab happy gila tinggal di sini walau semalam jek..kalau lapar ada kedai sate kat sebelah ya.

Macam biasa Aqeel ni muka dia buat2 sombong 


Aqlan makan cookie tuan rumah sediakan

Bergambar sebelum balik ke rumah mak sebelum ke Ipoh 

Isnin, 8 April 2019

,

Puteh Guest House, Panalex, Kertih

Puteh puteh melati
Merah merah delima
Aku tak ada hati
Aku dalam dilema

Nak dapatkan homestay Puteh ni honestly susah. Dah banyak rintangan tapi nak jugak. Dah macam2 cara tapi tak lepas2 jugak. Akhirnya adik aku, Yome yang berjaya book. Guna Airbnb jadi dapatlah diskaun. Kalau tak rumah ni semalam RM150. 2 malam dah RM300. Belum masuk cleaning fee RM50 dan Airbnb fee dalam RM40++. Total nak RM400 jugak...tak berbaloi...kata Kak Ma. Kalau direct dengan owner dia caj RM350 la. Owner siap pelawa kak Ma untuk sewa bagi pihak kami. Tapi beria2 dia suruh guna Airbnb. Kalau korang nak tahu 1st timer je dapat diskaun kalau buka akaun Airbnb. So aku dan laki memanh tak boleh. Kak Ma pulak kena reject card dia. Siap so owner surih pergi bank kot kad ada masalah. Sebab kena bayar terus ya. Full. So bila Yome dapat book bayar kurang RM300 jadi syukurlah. Yang akan duduk rumah ni, family aku, family Yome dan family Kak Pa. Sebab ada 3 bilik tidur dan 2 tandas katanya..dan ada aircond semua bilik katanyaaaaa.......

Sebab apa aku asyik sebut katanyaaaaaaaa dan kenapa kami sewa juga rumah ni dah tentu sebab terpedaya dengan gambaran rumah di dalam Airbnb la. Rumah putih...deco minimalist. Barang Ikea sangat. So kau pun akan terkinja2 nak la kan. Dan dekat je dengan rumah homestay utama untuk majlis kenduri tu. Aku sebenarnya dah book bilik sahaja di Mama Iman Guest House. So aku dah batalkan sebab sewa sini lagi murahlah. Adik aku pun suruh bayar RM100 je kat dia...kalau kat Mama Iman tu aku kena bayar RM180 2 malam..

Maka kami sampai dengan perasaan gembira nak cooling down dan hilangkan penatla sebab perjalanan jauh hampir 400km dari Kinrara. Dah tentu nak rest dan chillax.

Kak Ma bawak masuk sebab kunci ada tempat khas. Ada nombor khas untuk buka tempat  simpan kunci rumah. Kiranya memang tak jumpa tuan rumah. Canggih..pintu depan macam pintu masuk kedai. Pintu masuk rumah pintu besar siap ada stained glass. Putihla...

Masuk2 je rasa hangat. Rumah siling rendah. Ok mana aircond di ruang tamu? Tak ada...ada kipas je. Masuk bilik2 ada aircond..oklah kan..cek dapur..bilik air...hahaha nak nangis.

Terus teringat kat isteri Yome. Kema tu tengah sarat mengandung. Bilik air is failed. Mesej2 diorang takyah duduk sinilah.....dia kata takpe sebab tidur semalam je. Adik aku datang esoknya sebab Jumaat masih bekerja. Aku kata bilik air sedih siap tunjuk gambar..dia husnuzon jugak...

Aku pulak ON kan aircond kat semua bilik tanpa mengetahui bilik master ada problem. Laki aku la pergi masuk dan cek takde rasa sejuk pun. Kira bilik kami dan bilik kat belakang je aircond berfungsi. So bila aku cakap aircond problem je....baru Kema tu tanak duduk. Orang pregnant mana tahan panas...

Pastu aku tak jumpa iron. Gelabah dah...esok kenduri weh nak iron baju..biasa aku siap2 iron dari rumah tapi kali ni aku tak sempat nak buatla. Dahla baju2 aku bawak semua memang nak kena iron.. maka aku pun mesej kak Ma la.. laki aku jumpa iron dalam bilik Master. Oklah kan ada gak..walaupun bukan stim iron.😂😂😂

Masa guna bilik mandi akan ada satu sound dari paip air gegegegegek macam paip tu bergetar. Haha. Ok. Sinki pun basuh2 tangan bocor lak..hish aku ni geli wehh...kepala paip pun bergerak bila kita pusingkan dia. Haha. Ok air panas elok. Tapi aku tak guna. Cuaca panas buat apa guna. Tapi nak naik tandas tu.. tinggi weh..ko dah lama manja guna tandas duduk now kena mencangkung memang penat lah weh. Aku sampai ke sudah tak buang air besar ye sepanjang duduk rumah tu. Anak aku nak naik pun tinggi..orang tua..orang gemuk..orang mengandung semua takle naikla..

Aku harap owner take note la. Janganla sebab ada tukang bersih sampai tak datang cek apa yang terjadi sebenarnya kat rumah tu. Kalau tengok kat page FB dia pun lawa dan kau akan terpukau. Sila update la..sila upgrade tandas tu. Bilik mandi tanpa tandas jangan panggil "tandas dalam master bedroom". Memang kalau kami tahu keadaan sebenar rumah tu kami takkan sewa. TAK AKAN!

Adik aku dan familinya memang tumpang tidur siang sekejap kat Puteh. Sebab lepas kenduri dia penat sangat dan bilik2 kat homestay utama dah penuh sangat. Diorang tidur kat bilik kami sebab kami takde. Lepas tu mereka semua rasailah sendiri pengalaman tu. So aku cakap sebab korang yang book thru Airbnb korang komplen la kat situ. Ikut aku memang nak komplen je kat FB Puteh tu. Hahaha. Memang sadis je nanti.

Selepas membawang banyak... aku tunjuk gambar jelah yer..ni dari S4 aku yang dah makin tua ni.

Ruang yang dibazirkan dipintu masuk ruman. Boleh dapat satu bilik.

Aku cakap panasnya kat ruang tamu takde kipas. Rupanya ni kipas. Bila on maka akan terbukala bilah kipas tu
Kerusi Ikea ni tak lepas keselesaan punggung nak duduk. Bolehla duduk sekejap 2-3 minit.


Hujung tu bilik ke 3. Dalam almari plastik Ikea tu adalah linen.

Almari besi ni sebagai hiasan je tau. Berkunci

Bagi anak tengok TV je.

Tu bilik Master. Air tu kami beli sendirila..

Master bedroom


Kak Ma intai dia ingat belakang tu ada tandas duduk.

Aku mandikan anak pun dah penuh langgar2.

Iron ni atas almari. Board tepi almari. Kena iron dalam bilik sebab risau Aqeel tarik tali cord.

Kipas ni canggih la rupa...tapi nak ON kena kat kipas tu sendiri. So bila aku iron baju aku tak ON sebab takut. Laki pulak dah tidur masa tu.

2nd Bedroom

Bilik kami. Ok aku tidur dengan Aqeel. Aqlan pinjam toto kak Ma. Laki tidur katil sebelah.

Alhamdulillah bilik kami paling selesa dan sejuk. Masa tidur meja dan tong sampah kena alihkan. Tong sampah tu Aqeel asyik nak main.

Dalam almari ada la tuala dan sejadah. Tuala anak2 memang aku dah bawak siap2.


3rd Bedroom


Akhirnya Ahmad tidur seorang. Isterinya Yuhana tidur menyempit dengan mak dia di homestay besar. Kak Pa pun tidur sana..mana muat.

Dapur letrik aku tak reti guna. Aqeel tak dapatlah aku masak bubur nasi dia.

Laki aku tak berani guna air bertapis ni.

Bilik air ni sebelah dapur je. Pintu dia....sedehhh..

Rasa air titis dari tangki tu..

Tak guna pun..mana dan nak basuh2 ni.

Punya besar tempat sidai baju belakang bilik ke 3. Hurmmm...

Jumaat, 13 April 2018

Homestay Premium Taman Tropika

Kadang aku keliru dengan alamat rumah akak aku ni. KAJANG ke BANGI. Sebab ianya terletak dekat dengan stesen komuter UKM Bangi. Haha..

Hari Rabiyah nak dikahwinkan tu akak aku ni sewa 2 Homestay untuk kami adik beradik, anak sulung dia dan sedara mara yang nak datang tidur. Aku sekadar datang tumpang mandi dan solat serta rehat2 je bila waktu senggang. Sebab tetap nak balik rumah di BK. Bukan jauh sangat pun. Nak datang pun untuk berborak2 dengan adik beradik. Nak jumpa diorang ni mostly bila ada kenduri kendara camni lah.

Rumah ni disewa RM250 satu malam. Akak aku sewa 2 malam. Punyalah besar rumah ni terletak di corner lot. Guna autogate. Bilik ada 5 tapi satu ditutup. Bilik air pun banyak. Yang paling syok tentulah sebab ada aircond di setiap bilik kecuali bilik bawah. Ruang tamu ada je aircond. Syok la lepak2 lebih2 lagi musim panas. Walaupun ada juga hujan lebat malam tu. Kat ruang luar ada tempat lepak juga. Tapi takde pulak hati nak melepak kat luar.

Bilik bawah yang takde aircond. Tapi ada kipas siling dan kipas berdiri.

Aku lepak bilik ni lah. Ada banyak je sejadah dan kain telekung. Tapi aku tetap pakai sendiri punya telekung.

Ni tandas sebelah bilik. Bukan dalam bilik.

Walaupun ada heater tapi aku suka mandi air sejuk gak.

Meja makan besar. Tapi ada satu kerusi dah goyang.

Meja makan breakfast. Dapur sangat besar tau.

Bilik air sebelah dapur.

Tak masak apa pun sebab akak aku tempahkan makanan untuk kami makan dari jirannya.

Sukalah sinki ni sangat besar gitu.


Memang layan TV tak syok sangat baik pergi borak. Layan aircond bolehla.

Ada juga kerusi bar. 

Bilik2 tingkat atas aku tak ambil gambar pulak. Sebabnya dah diduduki kakak2 yang dah berkeluarga. Aku pun malas nak round2. Haha.

Overall siapa ada family besar nak datang tidur sini memang sesuai. Mesin basuh pun ada..siap disediakan sabun cuci.

Alamat? Tak ingat nombor berapa..tapi ni kat Jalan Tropika 5. Memang sederet rumah kakak aku. So kami lepas bungkus goodie bag tu kami jalan kaki je balik. Masa tu dah nak maghrib. Laki aku pulak belum balik kerja. Dia just drop aku kat rumah kakak je.