Memaparkan catatan dengan label Mak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mak. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Mei 2019

,

Buka Puasa Dengan Mak, Jamu Sup Tulang

Lama dah tak masak2 untuk mak. Dulu2 mak masakkan siap panggil suruh datang buka puasa dan tidur. Ada keluarga kecil kami ni tak dapatla tidur dah. Kena balik rumah. Aqeel is the person yang suka tidur golek2 atas katil. Aqlan takpe dia boleh je tidur dengan mak aku atas toto.

So pagi2 dah prepared bahan untuk masak. Bila masak sup tulang laki selalu akan join. Jadi dia akan cuci daging, tulang dan rebus dalam pressure cooker. Pastu bawang2 semua dia kupaskan. Aku benci kupas bawang..especially yang kecil2.

After zuhur baru aku start masak. Senang je bila ada bahan dah siap untuk campak2 dalam periuk. Laki balik masjid minta tolong dia cek daging dah empuk je sebab time tidur bergolek Aqeel dah tiba.


Jam 6.30 petang baru kami bertolak. Bawakla sup, nasi dah garnish. Bawak juga limau naval yang manis gila tu.

Masa makan tengok mak makan bersungguh2 ya Allah seronok sangat. Dah hari2 dia makan lauk kedai kam sebab tinggal berdua je dengan abang lut. Kuih muih abang lut beli. Siap2 solat isyak semua baru kami balik.


If mak  sudi duduk dengan aku, aku akan cuba masak selalu untuk mak. Sebagaimana mak selalu masakkan untuk aku masa aku balik cuti sem dulu, sebab zaman tu aku balik rumah memang untuk tidur je. Macam qadak semua waktu. Now mak pun selalu take a nap. Letih kan. Mak aku dah nak masuk 80 tahun ni. Syukur sangat dia masih mampu uruskan diri. Jadi keadaan rumah abang lut yang kecil takde turun naik tangga memudahkan pergerakan mak ke mana2. Takde la rasa penat. Aku umur nak masuk 42 ni pun kadang rasa lelah naik turun tangga. Dukung Aqeel, bawak baju kotor dalam bakul. Kalau tertinggal barang pun naya. Haha tak habis2 cakap kat laki nak duduk rumah setingkat je. Tak larat wak..

Sabtu, 24 November 2018

, ,

Happy Birthday Mak Ku Sayang!

Today is my Mak birthday. She turns to 79. I rarely celebrate my Mak's birthday. So today I feel I should do it.

Takde tiup lilin ok...letak nombor je

Masa aku kecil hingga habis belajar, dah bekerja pun Mak masih sediakan juadah special bila birthday aku. Ada jamuan, ada yang dihantar ke surau. Even masa aku kat asrama pun Mak buat makan2 untuk orang surau atau masjid. Walaupun aku tak hadir kerana bersekolah. Yang pasti bila balik rumah ada je hadiah harijadi. Mak tak pernah lupa.

Bila usia mak makin meningkat mak pun dah tak larat nak sediakan juadah2 ni. Juadah mak paling sedap ialah karipap inti kentang dan daging. Sedap gila. Alhamdulillah laki sempat makan sebelum mak gantung kuali. Mak dah tak masak juadah istimewa lama dah. Mak dah penat. Buat karipap lagi penat.

Jadi hari lahir mak ni aku dengar2 mak teringin nak makan agar2 sirap. Aku nak buat tak terbuat2. Anak aku menuntut masa yang banyak. Alasan kan.. tapi ye aku anak 2 je tapi tak terhandle kadang2 tu. Mak aku kemahiran  mengurus anak2 dan rumahtangga tu...terbaik.

Mula2 plan nak surprise balik Koyan. Sebab kata Kak Pa mak nak balik Koyan. Aku pun call mak katanya memang nak balik Koyan 24hb tu. So laki suruh aku tempahla jeli bunga2 dalam tu or jelly3dcake. Hah. Aku pun cari2 dalam tempoh 2 minggu. Jumpa la dalam IG. Bila tanya katanya tengok slot dulu ada tak. Pastu kata nak inform aku tak inform2 pun. Masa tu dia cuma bagi tahu harga, corak, saiz dan perisa. Aku tak tulis order selagi dia tak reply ada slot tak. Harga starting rm80 boleh jadi sampai rm200++. Ikut saiz dan perisa la. Last2 seminggu nak dekat tu laki aku cari kat FB je. Jumpala rm38 je untuk saiz 8. Murah kan. Saiz 10 rm50. Eh murah ni nak buat tak kreatif tangan tu. Padahal alat2 tu ada je jual di MR. DIY. Ahahaha.

Akhirnya kami tempah jelah. Semua urusan tempah aku kena buat. Laki aku ni pesen dia carikan je..yang kena tempah aku..tapi yang bayar dia. Yeay.. ni kena pick up sendiri di Damansara Damai nun. So pick up lepas balik kenduri di Penjara Sungai Buloh.

Aku mintak puding mangga bottom, bunga merah dan daun hijaula..

Masa angkut ni naik kereta laki bawak slow je risau pecah...sayang oiiii...

RM50 saiz 10x3.

Kemudian bab makan2 lain pulak. Asalnya Kak Pa nak order nasi beriani. Sekali pagi subuh 24hb tu dia kata kawan tu tak buat. Kawan Kak Pa tu ada restoran jadi tak jual nasi beriani hari tu. Aku malam semalam tu dah tengok lontong Kakcik Seroja. Emmm sedapnya bila la nak order kan. Dah jadi kejadian ni terus pagi2 aku order dengan Kakcik la. Bukan apa nak order takat makan 2 orang laki bini macam alaaa..so dah ada nak buat makan2 untuk mak ni order terus 10 bekas. 1 bekas RM5. Pick up sendiri la. Kakcik boleh je hantarkan tapi adalah cajnya so aku tak tahulah ye ikut tempat masing2 kalau nak suruh hantar tu...ok laki aku pergi pick up. Pastu ada mesej dari Kakcik kata laki aku buat tambahan lagi 2 bekas jadi telur rebusnya asing masaknya dari 1st group. Kakcik risau telurnya tak masak betul. Eh kami tak kisahla..in fact laki aku lagi suka telur lembik2 kuning tu. Hahah.

Kak Pa balik terkejut tengok saiz lontong. Eh besar katanya..ingat kecik2 je. Haha..murah weh RM5 je sebekas.

Ok settled semua bertolak ke rumah Kak Pa. Ada Dina dan mak je. Orang lain takde. So elok je zuhur, solat dulu pastu makan lontongla dulu..mak pun dah lapar. Aiyooo mula2 keluarkan tu mak kata banyaknya..ye memang banyak aku pun terkejut. Macam 1 empit nasi bungkus besar tu bahagi 2 je. Puas hati makan wehhh...mak aku dalam kata tanak makan banyak tu habis...semua dia makan kecuali sambal la. Aku makan hurmm licin..laki aku pun makan licin. Sama dengan Dina. Ed pulak dah pengsan tidur tak dan makan sebab letih sangat tak tidur semalaman. Sempat dia layan kami buatkan air dan sediakan pinggan mangkuk...layan nenek dia penuh kasih sayang...aaaaaaaa...

Sambalnya banyak tapi aku jenis tak tahan pedas aku buh sikit2 dulu.

Gerenti puas hati sayur banyak..nasi banyak..sambal sedap..

Licin aku makan. Siap hirup kuah macam minum air..sedap..pastu petang sebelum balik aku makan lagi sebekas...haha tapi share dengan laki la..sian pulak orang lain nak merasa..sebab adik aku belum tiba lagi dari kelasnya di Shah Alam.

Bila Kak Pa balik mak dah tidur. Okay tunggu lepas asar pulak. Tak suka kacau Mak tidur. Biarlah mak rehat2..lepas solat Mak naik atas pulak nak tengok TV. Masa ni kelakar kak pa suruh aku naik pujuk mak..sebab kebiasaannya mak akan tengok TV sampai maghrib baru turun. Elok aku keluar bilik lepas tidurkan Aqeel..eleh budak ni pun auta bangun pulak tiba2..Mak dah ada kat meja makan. Terus aku panggil semua orang dengan suara tinggi sila turun cepattttttttt... aku pun keluarkan kek jelly 3d. Mak terus eh...pastu nak ambil gambar terus mak nak tukar baju. Haha..

Mak, selamat ulang tahun ke 79.

Mak aku susah nak gelak kalau ambil gambar so ini rare

Kami 2 beradik je kat sini..

Apa mak doa dalam hatinya, aku tak tahu..




Diorang ni semua makan sorang sebekas lontong tadi kecuali aku, Aqlan memang tak nakla..dia tu susah nak pujuk makan yang baru baginya.


Thanks encik Zcat



Nasib mak tak sayang nak potong kalau tak kami tak merasa makan. Hahaha



Untuk pertanyaan lontong -
Kakcik : 0122830569

Untuk pertanyaan 3djellycake -
Azira Wati : 0122451435

Selasa, 11 September 2018

, , , ,

Cabaran 25 Hari Blogging - My Love

My husband - today we celebrate our 6th year of marriage. We met thru YM in year 2009 even we may chat earlier in 2006 and holla I asked you about our relationship in 2011. And dang we become husband and wife in 2012 😆😆😆.

My kids - Aqlan and Aqeel, my eternal love. You guys fill up my live with colourful moments. Everyday is a happy day.

My mom - Mak yang melahirkan, menyusukan dan menjagaku hingga kadang2 hatinya sendiri terasa dengan diriku. Mak sentiasa menyokong apa jua keputusan aku. Aku rindukan masakan mak dan zaman2 aku membesar tidur atas lengan mak. Sambil tu mak kipas2kan. Bila dah lena rupanya kena tinggal sorang2 mak pergi dapur sediakan minum petang.

Life is like a box of chocolates or a bar of chocolate. 

Selasa, 29 Ogos 2017

,

Kedai Nasi Arab Di Eight Kinrara Dan Kempunan Sundae Durian McD

Hari Selasa alang2 mak dah ada di rumah kami, bawak pergi makan nasi arab di kedai yang berdekatan.

Buat pengetahuan semua, Eight Kinrara ni ialah kedai2 dengan apartment. Dah lama buka tapi kedai2 masih belum banyak. Yang obvious dari jauh ialah Maybank, yang sebelum ni lokasi dalam Giant Kinrara tapi dah berpindah ke sini. Ada kedai kek My Own Bakes dan juga Papa Rich kot2 nak mengopi.  So kedai arab ni belakang sikit. Authentic sebab memang semua pekerja orang arab. Parking setakat ni free je..kalau parking kat luat silalah beli tiket dan tayang atas dashboard.

Sebelum ni laki pernah tapau untuk anak. Kali ni alang2 mak dah ada, kami pergi makan ramai2. Pagi tadi bagi mak makan karipap frozen je...

Kambing Kabsah RM16.80

Ayam Mandi RM11.80

Ayam kabsah RM11.80

Nasi sahaja RM3.80. Ni nasi kabsah.

Tengok mak makan bukan main berselera. Selalu kalau call mak nak datang dia minta tapau mee goreng. Jadi kali ni terus ajak pergi kedai arab. Elok je makan hehe.

Nasi dia sedaplah..tapi tang sambal tu asli sangat..so dah terbiasa dengan sambal di Saba jadi memang makan nasi dengan lauk serta sup je. Aqlan memang suka nasi arab. Senang.

Habis makan, hantar mak balik. Ingat nak tahan lama2 kat rumah tapi dia rindu nak balik Kota. Oklah..kita ikutkan jelah..raya haji ni jumpa balik mak di rumah Kak Pa. Insyaallah.




Balik dari hantar mak singgah McD. Beratur panjang. Order sundae durian..dah habis order tiba2 katanya alamak....durian habis. Masa tu kami dah order choc sundae juga untuk Aqlan. Pastu kami sedih tukatlah sundae oreo 2 dan cancel choc sundae tu. Tapi tatau napa...choc sundae tu kami dapat juga dan FREE pulak. Maybe sebab kami sedih tak dapat durian..wawawawa... korang perasan tak sejak pak arab pegang konsesi francais McD di Malaysia macam2 menu baru ada tiap2 bulan...pastu McD sekarang ada surau...cuma belum berpeluang solat dalam tu.

Selasa, 11 Julai 2017

, ,

Level 40 Of Anis Azalea

Wah gitew tajuk tanak kalah. Bila sebut level macam bila main game makin meningkat makin tinggi tahap skil. Kalau sebut 40 tahun tua dah..adakah ni denial? No is not.

Being 40 i just want to be more reliable. Be bold. Be calm. Be beautiful inside outside. I want more. Nothing less.

Lebih banyak berusaha untuk tingkatkan amal ibadah. Gunakan lebih banyak positive words. Kurangkan perkataan sia2. Lebih banyak berfikir dan muhasabah diri.

Actually bukan sebab dah naik umur je perlu ada penghijrahan yang lebih baik. Setiap hari pun kena bisikkan kat diri sendiri perkara2 baik. Ingatkan tentang mati. Amal. Dosa. Hubungan sesama keluarga, rakan2 macam mana. Yang putus sambungkan. Yang marah sangat2 tu maafkan. Tenangkan diri jangan mudah marah dengan perkara remeh.

Nak tulis banyak. Tapi cukuplah setakat ni. Simpankan 80% tu.

Bila dah masuk 40, ingatlah 23 tahun lagi pun belum tentu masih hidup. Sebab Nabi wafat usia 63 jadi anggaplah tempoh 23 tahun tu masa2 Allah berikan untuk lihat balik apa 40 tahun lepas sudah dilakukan terutama untuk agama sendiri. Apa kejahilan yang dah dapat dibuang dan diganti dengan ilmu yang bermanfaat.

Kepada emak walau emak tak baca blog, aku ucapkan terima kasih sejuta kali sebab lahirkan aku ke dunia. Mak kata lahirkan seorang anak perempuan putus urat 1x. Kalau anak lelaki 2x. Jadi mak dah putus urat 6×2 + 5×1 = 17. Tambah seorang kakak yang meninggal dalam perut dah 18.

Bila aku tenung2 balik mak menjaga kami seramai 11 orang, kemudian tinggal 9 sebab mak bagi 2 anak untuk dijadikan anak angkat oleh arwah makcik kami yang tiada anak. Pun begitu 9 orang masih sangat ramai. Dan bila masuk asrama, mak sediakan makanan untuk bekal di asrama macam ikan bilis goreng dan kuih gunting. Wah sedap sangat dan rindu masakan mak. Tapi mak dah tak larat masak. Mak dah level 77 sekarang. Mak makan pun dah kurang. Sayang mak aku, aku pun ada rasa takut2 kehilangan mak.


He loves me. 1 July 2017

He loves me with different ways. Haha. 2 July 2017.

Rabu, 28 Jun 2017

Balik Rumah Daaaaa... Tapi Lawat Mak Dulu

Oh hari ni nak kena balik Kinrara dah. Lama dah di Ipoh. Nak balik awal kena tahan dengan Mama. Dia nak juga kami makan sarapan dia pergi beli dulu. Elok si Aqlan tu pun tak bangun2 padahal kami dah siap semua.

Dalam jam 11 baru kami balik. Masuk kereta aku dah tidur dulu. Ngantuk sangat. Jalan pun takdelah jammed mana.

Sampai Kota Damansara dah lepas zuhur. Jadi solat kat situ jelah. Borak2 dengan mak dan abang Lut. Ajak datang rumah tidur semalam tanak. Sebab tiba2 abang sulung aku nak datang ziarah esok.




Pastu kami pergi tapau nasi ayam hailam damansara tu. Nak makan kat kedai, Aqlan tidur. Sambil2 otw balik rumah tu kami pun bincang nak masak apa esok. Bahan nak masak semua takde. Kena pergi pasar pulak. Takat nak buat puding kastard tu adalah.

Sampai rumah makan2. Kemudian nak mendobi ni. Sebab esok dah nak masak2 memang tak dan. Balik Ipoh je dah nak 5 hari. So pakaian memang banyak. Yang masuk mesin dulu kasi settle. Yang nak cuci tangan tu hold on jelah. Tu nak celup2 je pun.

Sabtu, 18 Jun 2016

,

Kinrara, Bukit Indah, Axis & Kota Damansara

Jam 3 lebih keluar ke Bazar Bukit Indah, Ampang untuk beli tepung pelita. Last week lewat sampai dah habis. Kali ni siap tunggu owner buka meja. Kami juga dapatkan air tebu dan air mata kucing.

Dah dapat ke Axis Atrium untuk beli lauk di Asian Taste sebab tiba2 plan tukar nak buka puasa dengan Mak dan keluarga Yome.

Maka bermacam lauk dan kuih muih atas saprah dan suratkhabar. Duduk atas lantai makan ramai2.

Yome bawak KFC, roti john, agar2, air tembikai dan samosa. Beli kat area rumah mak je.




Popiah basah gemuk ni pun satu kemestian kalau ke Bukit Indah.





Tepung pelita Salleh. Dulu2 dalam bekas plastik custom made. Bila ditanya kenapa tak buat dah? Harga dah naik, dia tak untung. So 5 biji kuih ni RM3 sekarang. Kuih inilah menyebabkan kami ke Bukit Indah sekali lagi.

Dalam bentuk plastik pun ada. Rasa sama je.

Mak, aku dan Yome. Aku dan Yome dah membesar ni. So boleh pulak main2 siapa leher paling besar antara aku, Yome, Zcat dan Kema.

Jumaat, 15 April 2016

Winds Handphone Baru Mak

Minggu lepas berapa kali call mak tak angkat. Selalu fikir mak tak caj. Rupanya bila datang Sabtu lepas handphone tu yang rosak. Nak kena on off kan supaya dapat line.

Isnin baru2 ni pergilah klinik kat Giant sebab laki bini sakit perut. Lepas tu nampak kedai handphone kita belilah untuk Mak.

Handphone buatan Malaysia. Tapi features dia boleh tahanla. Ada radio tanpa perlu letak earphones dah boleh dengar. So kenalah datang dan terangkan pada Mak pasal handphone ni.

Lepas ni senanglah nak call. Kata Mak sayang handphone Nokia dia tu dah rosak. Habis dah lama pun. Lebih 4 tahun dah kot.


Kaler oren ni. Senang nak nampak taklah mudah diselindungi.

Style Mak Aku Menulis

Mak sekolah omputih. Walaupun tak habis. Tapi tulisan tangan mak tak berubah sejak dulukala. Masa duduk asrama selalu aje dapat surat dari mak. Kalau diberi bekal melalui bapak kalau mak tak ikut sekali, ada juga nota ringkas takpun surat panjang berjela2.

Sekarang zaman handphone. Semua nak tahu call aje. Mak tak tahu nak type mesej. Ada anak2 yang mesej tu kadang aku tak faham jugak. Sebab mak tak akan baca. Handphone mak kecil aje skrinnya. Mak rabun dekat.

Ini tulisan tangan mak aku. Masa tu aku minta resipi ayam masak merah sebab laki nak masak nasi tomato. Sampai ke sudah aku tak buat lagi.


Jangan ingat mak aku pakai perasa. Itu dia maksudkan tambah gula dan garam.

Mak masih suka guna buku tulis budak sekolah. Dah beli kertas nota yang kecil tu pun dia simpan buat perhiasan. Hehe. Mak ooo mak..malam ni kita jumpa ya.