Ahad, 5 Ogos 2018

Aqeel Shah Ditahnikkan Oleh Mufti Wilayah

Kami bersyukur akhirnya impian dan hajat laki mahu anaknya ditahnikkan oleh Mufti Wilayah, Dr. Zulkifli Albakri terlaksana. Memang lambat ya..

Semasa lahirkan anak ni di hospital, pada hari kedua, seorang petugas khas telah melawat kami dan memberi madu dan kurma supaya dapat digunakan untuk mentahnik bayi kami yang baru lahir. Beliau juga mendoakan untuk anak kami.. masa tu anak kami dah ditempatkan di NICU, Serdang.

Hari berlalu, bulan berlalu. Aku memang follow IG Dr. Zul. Jadi tahulah beliau selalu mentahnik bayi2 yang baru lahir selepas ceramag dhuha di masjid2 tertentu. Ada jemputan beliau akan ke sana. Malah beliau ada juga menjemput ibu bapa yang  hendak mentahnik bayi mereka ke pejabat beliau. Jadi dalam minggu ni kami terlihat iklan di IG beliau sesiapa yang hendak bayinya ditahnikkan boleh datang ke masjid tempat beliau memberi ceramah dhuha. Hari Sabtu di Salak Selatan, hari Ahad di Nilai. Maka kami berkejar ke Nilai sebab mertua baru tiba dari Ipoh pada hari Sabtu. Jadi mertua dapatlah ikut sekali bertemu Mufti pada hari Ahad.

Makan nasi lemak yoo

Kami bertolak dari rumah jam 7.30 pagi. Jam 8 pagi dah sampai Masjid Putra Nilai @ Dato' Klana Petra Putra Nilai. Masa tu satu kereta je ada. Ceramah start jam 8.30 pagi jadi kami sarapan kat kedai luar masjid. Siap semua masuk masjid balik dah start ceramah pun. Jam 9.30 ceramah habis ada makan2 tapi kami haruslah terus masuk dalam tempat solat nak buat tahnik. Sebab ramai keluarga yang datang bawa bayi2 mereka. Alhamdulillah Aqeel baik dan diam je. Mengikut IG Mufti ada 11 orang bayi yang ditahnikkan.










Lepas tahnik nak kena susukan Aqeel sebab dia dah start dah.. dengar laki panggil2 aku kat dalam tempat solat wanita. Rupanya diorang bergambar dengan Dr. Zulkifli! Takpelah....





Balik kami singgah Bangi beli lauk. Senang masak nasi je takyah keluar rumah dah lepas ni. Budak kecik pun dah meragam sebab kali ni keluar lamaaaaaaaa...4 jam kot... banyak pulak menyinggah....ok kami beli lauk-pauk di d Limau Nipis dan Pak Mastar. Ada kedai keria kat area Pak Mastar tu sedap gila. Boleh repeat beli. Keria gula putih 5 RM2. Keria gula melaka 5 RM3. Dah takyah p Melaka dah. Sini pun sedappppp...#ecah. Eh eh..

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah..rezeki Aqeel... ha beb keria tu mmg sangat sedappp seiras elok perilaku dia mcm kat melaka kenn?? dia kat kedai nasi kukus depan kedai pak mastar tu kan? nasi kukus dia pun not bad situ. datang makan tetengahari terik..mmg menitik sama peluh dgn ais kat gelas.. sama lajuuuu. hahaha

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.