Rabu, 17 November 2021

Lebihan Tulang Gigi

I don't know which title I supposed to use for this entry. Literally I try to seek some attention about my stories this time. About what happened to me since last time I made a dental check up? 

My entry about Pembedahan Gigi in year 2017 agak menarik minat pembaca dan banyak komen diterima. Actually I do not remember what is actual title for that. It's 4 years ago. Before I had my second child. 

And after 4 years baru nak jumpa dentist balik. Dentist pun rindu kau kan..gigi problem tanak jumpa sebab macam2 alasan yang rasa munasabah kat diri sendiri. So akhirnya pergi sebab lepas vaksin ada rasa kebas2 yang agak kuat pada kawasan gusi dan gigi..dan di atas kulit muka. Semua bahagian kiri sahaja. 

Mengikut pula nasihat anak buah yang merupakan doktor gigi, jadi aku cuma beli ubat gargle dan ubat gigi untuk periodontics. Sebab nak tunggu aku habis 14 hari kuarantin lepas vaksin kedua jadi itulah penyelesaian sementara. 

8hb Sep aku vaksin pertama. Hari kedua aku start rasa kebas dan aku pulak dapat ulser sebab berus gigi kuat sangat. Sepatutnya ulser dan bengkak gusi akan hilang selepas beberapa hari kan. Ulser hilang tapi bengkak gusi tidak. Aku sentuh2 dia terasa keras. Bengkak atau tulang terlebih aku tak tahu.

29hb Sep aku selesai vaksin kedua. Jadi 14hb baru aku tamat tempoh kuarantin. Sempat pulak aku balik kampung dulu sebab rindu mak.

23hb Oct baru aku jumpa dentist. So bila dia tengok dia pun tak boleh bagi nasihat lanjut jadi dia rujuk kes aku ke doctor pakar di UM. Jadinya hari tu aku buat scaling jelah.

27hb Oct baru aku pergi ke pakar UM. So ambik appointment je dulu. 

2hb Nov aku jumpa doctor dan yang merawat aku ni bukanla doctor yang dirujukkan. Tapi doktor yang dirujukkan tu ada je untuk lihat kes aku. So conclusion nya diorang cadang aku buat x-ray sebab diorang tak tahu apa ada dalam gigi..gusi aku. Worst case aku kena buat biopsy tapi doctor bagi aku ubat saraf dulu untuk kurangkan masalah nerve aku yang sentiasa kebas2. All the time kebas tu sejuk2..macam ada ais mengalir melalui mata ke gusi. Gusi aku kebas sentiasa. Sekarang tengah menaip pun dia kebas.

Adakah aku berimaginasi yang aku ada tulang lebih? Tulang tu mungkin dah tumbuh perlahan2 sejak aku kecik tapi sekarang baru aku perasan kewujudannya? Jadi kebas tu sebab proses tulang sedang membesar atau worst case? Ngeri untuk dibayangkan tapi bila kau dah start Google segala penyakit gigi..maka hmmmm jelah.

So sepanjang tempoh 2 minggu sebelum jumpa doktor balik aku makan ubat saraf yang doctor kata supplements sahaja. Doc juga nak tahu apa ubat2 lain aku makan. Penyakit dan alahan. Doc cakap muka aku sebenarnya bengkak sikit sebelah kiri. Tapi aku rasa sebab aku dah gemok. Hahahaha.

1st week lepas consume ubat takde perubahan.  After that baru kurang kebas. Kebas masih ada tapi sangat sangat sikit. Kadang aku lupa aku alami kebas sepanjang hari. Aku takde masalah makan minum. Muka aku tak jatuh. Aku risau strok or bell palsy.

16hb aku jumpa doktor selepas buat x-ray gigi. Ah dah berapa kali aku buat x-ray ni? Nak masuk matrix dulu.. bedah gigi dulu..pastu sekarang. Biasalah lepas dah dipakaikan baju besi kat dada kau pun kena tinggal sorang2 dalam bilik x-ray dan mesin mula buat kerja. Macam2 la aku fikirkan. Camner esok kat kubur sorang2. 

Keputusan x-ray pun keluar. So takde apa yang berbahaya. Gigi dan gusi semua elok. Jadi pemeriksaan mulut sekali lagi kali ni doktor sentuh tulang lelangit aku pula. Found that aku ada tulang yang berbeza dari orang lain. So apa yang ada di gusi kiri adalah tulang lebih. Kalau tak..kat situlah diorang nak buat biopsy. Apa tu biopsy. Senang cerita..bedah sikit potong ambik tisu dan kaji kalau ada benda lain. 

Alhamdulillah takde apa yang membimbangkan. Mak Mentua aku sentiasa tanya perkembangan kes gigi aku. Ha jadi aku pun mintalah doctor bagi aku ambik gambar x-ray gigi. Lepas pos ke laki, laki aku cakap takde yang hitam. Kalau ada hitam meaning something inside there. So aku just kena sambung ambik Neurobion. Jumpa lagi doctor sebulan kemudian. Lepas tu nak buat rawatan apa pun kat gigi buatlah kot. 


Kalau perasan gusi kiri aku besar dan lelangit menggelembung sikit. Tu lah lebihan tulang. Gigi tengah dah sesuai buat crowning kata doktor.


Inilah mesin x-ray yang digunakan. Kena gigit dekat tengah2 gigi pastu lidah kebelakang. Mata ke depan. Pandang cermin. Benda tu berpusing 360 darjah  sebab tu namanya mesin x-ray panoramic.



Oklah aku pun baru start guna berus gigi letrik 2 hari lepas. Aku cadangkan korang beli jugak. Best. Aku pakai Oral-B Vitality.