Khamis, 4 Ogos 2016

Cari Ink Cartridges Dengan Segera? Try Apple Toner.

Inilah yang terjadi bila nak print gambar berwarna, ink color printer habis. Kalau print hitam putih tak seronok aku nak buat buku untuk Aqlan. Sekarang dia dah pandai kenal banyak… binatang, bentuk2 dan jenis kenderaan…sayuran dan buah-buahan.

Untuk projek buku Aqlan ni aku nak buat huruf Hijaiyah, sebab huruf2 Roman dah khatam. Laki aku pun selalu ingatkan..bila you nak ajar dia alif ba ta ni..? dia kenal sikit2 huruf2 tu…tapi kalau belajar dari buku tak berwarna ingat dia nak attached lama ke..memang tidak..

Jadi ya, ink habis dan aku perlu cepat siapkan. Google punya google aku terjumpa satu nama syarikat ni, Apple Toner. Eh untuk ink jenis gajet Apple je ke..? tak ya…macam2 ada….so aku yang suka beli online ni apa lagi cepatlah mengorder. Company base di Klang jual peralatan printing. Rasa macam jauh kan tapi sebab dia ada buat delivery aku check la website diaorang ni.

Aku pun tak tau sangat pasal printer dan ink ni. Aku search je ikut model printer aku Canon Pixma E500 dan keluar la senarai ink cartridges yang bersesuaian dengannya…





Boleh kata semua brand ink, cartridges, toner dan printer ada dekat Apple Toner ni. Ni membuatkan aku rasa lebih yakin nak membeli dengan diaorang ni. Sebab bila tengok website ni ada jenama-jenama yang aku kenal. Baru la ada keyakinan dan kepercayaan sebagai pelanggan.

Sebelum beli aku check juga rules and regulation sebab dah jadi kebiasaan untuk aku check dulu semua benda. Delivery dia kalau buat order sebelum pukul 2 petang boleh dapat esok. Kalau duduk kawasan Lembah Klang, order sebelum pukul 12 tengahari, boleh dapat barang yang diorder tu dalam hari yang sama. Okla aku leh tunggu sehari untuk ink catridges tu sampai.

Lupa aku nak cakap, ade offer free delivery kalau beli lebih dari RM100. So aku pun beli dua satu black satu color…untung kan macam pergi beli dekat kedai gak cumanya aku tak payah keluar pun. Jimat masa dan minyak kereta.


Nak bayar pun senang. Aku ni mana pakai kad kredit so bila ade option bank transfer tu senang la kerja aku. Petang tadi aku dah dapat pun barang yang aku order dan dah siap print gambar kartun untuk projek buku Aqlan. Kalau ada sapa-sapa yang nak membeli ink secara online, aku suggest try la dekat Apple Toner ni. So far aku berpuas hati la dengan servisnya. Hehehe.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.