Semalam masa dinner, encik zcat nak ke tandas kejap. Sekali dia punya bersin ke batuk ke tarik nafas lain macam..sampai menangis la budak kecik terkejut dan takut..
Rupanya ada seekor ular sesat dalam bilik air tingkat bawah. Sebelah dining area je.. uish uish.. terusla laki ambik handphone dan call Bomba. Memang terus tutup pintu lepas nampak ular tu bergerak2. Adududu nasib bukan Aqlan yang pergi guna tandas.
So sementara menunggu Bomba datang, aku pun cepat2la kemas meja makan. Hahaha takkan nak biar rumah selerak walau bomba je yang datang nak tangkap ular.
Selepas kemas semua naikla tingkat atas dengan budak kecik. Aqlan tak naik dia nak jumpa bomba kot.
So laki pun update, 7 orang ahli APM datang untuk tangkap seekor ular tu. Yelah kitorang mana tahu jenis ular so diorang pun mesti prepare untuk apa2 la.
So inilah ular sampah. Kecik je tak berbisa kata mereka. Kalau kena gigit berdarah je. Eiiiiiiiii taknakla kan. So Aqlan pun dapatla jumpa bomba dan sentuh ular tu. Ular tu dianggap gemuk ok. Hahahaha.. kat bilik air bawah banyak cicak gemok2. Kalau dia dah makan cicak2 tu lagi bagus.
Oklah baru siap mop rumah..korang jangan kerut muka pulak kalau bomba datang, memang diorang akan pakai kasut masuk rumah. Tapi rumah takdela kotor mana lantai walau basah kat luar rumah sebab hujan all day. Rasa diorang ni pun dah lap2 tapak kasut siap2 guna floor mat kat luar rumah. Terima kasih pihak APM.
Ahad, 15 Disember 2019
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Owh ular sampah namanya
BalasPadamTulah baru tahu namanya. Rupanya macam warna kulit cacing je kan.
Padameeeee.. klu aku yg ternampak mmng larik dari rumah terus.. penakut terukkkkk
BalasPadamDia memang tunggu keluar pintu bilik air je kata laki aku... eeeee ngeri..
PadamFirst time dengar nama ular sampah
BalasPadamKita pun baru tahu..
Padamohh tak tahu pulak ada ular sampah...datang dari kawasan sampah kot..ngeriii
BalasPadamTak tahu la..agak2 dalam timbunan sampah ada je ular ni
Padam