In Resipi

Nasi Beriani Resipi Ikut Rempah Faiza

Memangla aku kalau boleh tanak tunjuk gambar makanan pun sepanjang bulan puasa ni. Takat share dengan ahli keluarga tu memang ya. Berani betul aku nak tunjuk masak nasi beriani for the first time ni ye. Terlonjak2 hati nak masak. Sementelahan pula anak suka makan nasi berperisa. Nasiblah masa pregnantkan dia, Ibu dia ni makan nasi beriani beberapa kali juga.

Aku duduk salin resipi dari blog Azie Kitchen. Nasi Beriani Pakistan. Tengok bahan2 dan cara masak...banyak takde dan perlu masa yang panjang. Aku ni jenis masak terus makan. Jadi selalu jam 6 petang baru aku start masak. Tak suka masak awal2 kemudian nak makan panaskan pulak. Ni semua pasal suka tengok MKR. Jadi hold resipi tu, aku buat ikut belakang rempah beriani Faiza Sdn Bhd.

Patut aku tangkap je gambar rempah tu dan resipi kat belakang tu kan senang. Tapi sebab dah aku cakap tanak amik apa2 gambar jadi lepas masak semua dibuang. Jadi aku tulis ni berdasarkan apa yang aku masak. Ada yang tak dimasukkan sebab rasa tak sesuai..

Untuk nasi beriani...kalau ikutkan ada letak gula batu. Tapi adik ipar beli gula batu berperisa madu. Tak sesuailah..oh adik ipar MC seminggu kena chickenpox. Boleh makan nasi aje. Kesian betul. Nasibla nasi berperisa.

Aku tulisla sebab ada je kot yang nak tahu. Haha. Kalau tanak tahu takpe sebab ni sesuai untuk newbie macam aku. Yang dah otai.....ya..teruskanla dengan resipi turun temurun yang enak dan complicated bagi newbie cam aku..kalau ada masa panjang memang aku nak masak juga style kak Azie Kitchen tu.  Salin resipi pun dah drooling. Hahaha. Teruk betul.

Nasi Beriani Berdasarkan Aku Masak Tadi



  1. 2 1/2 cawan beras basmathi Kohinoor Faiza extra long dibasuh dan ditoskan airnya.
  2. 4 - 5 biji Bawang merah saiz sederhana dimayang.
  3. 4 ulas bawang putih dimayang.
  4. 3 kuntum bunga lawang.
  5. 4 biji buah pelaga.
  6. 3 helai daun pandan.
  7. 1 kiub ayam Knorr.
  8. 6 sudu besar susu cair Ideal.
  9. Satu penutup pewarna kuning telur.
  10. 2 1/2 cawan air.
  11. 2 sudu besar minyak sapi Promex.
  12. Garam.
  13. Daun pudina.


Panaskan periuk nasi atas dapur gas. Masukkan minyak sapi.
Masukkan bawang putih, bawang merah, bunga lawang dan buah pelaga.
Masukkan kiub ayam.
Masukkan daun pandan. Tumis hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau rata, tutup api.

Pindahkan periuk ke dalam acuan elektrik.
Masukkan beras dan air serta garam.
Apabila mendidih masukkan susu cair dan titikkan pewarna secara rawak.


Yang kuah beriani tu aku just panaskan periuk, taruh minyak sikit, masukkan pes, tuangkan 200ml air dan letak ayam. Api kecil. Ayam 3 ketul bahagian tight belah 2. Bila makan nanti sedap je sebab dia menyerap semua pes.

Kemudian ada salad sayur. Ha ni dari resipi Kak Azie Kitchen tu. Lettuce tak masuk sebab laki lupa beli. Takpa.

Salad Sayuran



  1. Timun setengah batang.
  2. Tomato cherry ikut suka..sebab preparation by Zcat..hehe.
  3. Daun ketumbar. Semua bahan2 ni potong dadu. Kemain suka Zcat main potong2 sayur...
  4. Lemon jus dari sebiji lemon.
  5. Minyak zaitun beberapa titikla...pakai sedap aku je masa buat tu.
  6. Gula dan garam.


Anak aku makan agak banyak sebab dia ni memang suka makan beriani. Apa yang aku sediakan ni cukupla untuk 3 orang dewasa makan. Kalau tak adik ipar sakit aku akan masak ayam lebih. Kami tak suka membazir jadi masak ngam2. Semua habis. Aku pun senang hati nak cuci pinggan. Cuma beriani ada belen esok boleh buat sahur dengan ayam goreng ke...hehe..

Related Articles

1 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Weekly Popular

Comments

Cerita Lain-Lain