Khamis, 4 Ogos 2016

Nasi Tomato Olahan Dari Azie Kitchen Yang Memudahkan

Sebab apa aku kata olahan...sebab Azie Kitchen punya resipi untuk 10 orang. Kami 3 orang je nak makan. Jadi kenalah pandai2 nak adjust..supaya tak membazir dan secukup rasa.

Memang aku selalu cuba resipi kat blog dia. Mudah dan barang2 nak dapat pun selalu ada kat rumah. Tak payah pening kepala.

Jadi setelah ada rempah kari udang Babas barulah nak masak nasi tomato. Nak masak ayam masak merah ok je tapi laki nak kari udang macam masak bulan luasa hari tu. Kita turutkan aje. Udang beli 9 ekor nak masak koay teow sepatutnya..emm tak beli koay teow camna nak masak kan..last time masak 15 ekor memang puas hati..ni kena pandai2 nak jimat makan. Adoiii..

Masak nasi pun sepot je...laki aku macam tak cukup makan pulak sebab dia tak lunch. Aku ni pulak selalu masak 2 pot atau satu setengah pot masa bulan puasa. Bila selalu tak habis...aku sedihla nak kena buang kalau dah basi ek..ada ke nak makan makanan semalam?

Nasi Tomato Untuk 2 Orang (aqlan makan sikit je sebab termakan tomato terus dia tanak dah)

1 cawan beras basmathi Kohinoor Faiza extra long
1 cawan air
2 helai daun pandan
4 sudu besar susu cair Ideal
1 biji tomato
4 sudu besar sos tomato
Garam
2 sudu besar minyak sapi untuk menumis

Bahan Tumis....
5 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1 inci halia
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang...

Dah tumis masukkan tomato, sos tomato, susu cair, daun pandan dan garam. Dah didih masukkan beras kacau rata. Pindah ke rice cooker dan masukkan air dan biarkan hingga masak.

Kari udang

Nasi tomato. Jangan lupa biarkan 10 minit lepas masak dalam rice cooker baru hidang. Jadi berasnya tak patah2.
Acar jelatah laki buat. Gigih dia tau.


14 ulasan:

  1. tak pandai masak..hiihi
    kena bljar satu hari nti,klu anak request(pengsan)
    msak bubur kacang pun dah haru biru....

    BalasPadam
  2. Wahhh sedapnya nasi tomato kak... hihi.. :D

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Tak tahulah saya sebab kalau pakai beras biasa macam mana sukatan air tu. Kalau terlebih air nasi jadi melekat dan lembik. Selain beras Kohinoor saya pernah juga pakai beras Faiz untuk diabetic tu. Elok je.

      Padam
  4. wah sedapnya. huhu belum lagi rajin nak masak cenggini.

    BalasPadam
  5. salam .kalau xdak minyak sapi ganti dgn butter blh ke ?

    BalasPadam
  6. Anak suka nasi tomato..so sy suka yg baham² simple yg sedia ada dir umah je..resepi ni pun mudah je..tq share resepi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga bermanfaat..anak2 memang nak makan benda sedap..biar simple tapi sedap kan..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.